30.10.06

Siri Akhir

Akhirnya pak-kaduk menyudahkan juga 'episod akhir' fitnahnya yang bertajuk "Apakah keterangan Mad Radhi kepada team Penyiasat? " .Bila pulalah ahli-ahli yang setia dihantar oleh Tuan Guru untuk mendesak Naib2 Presiden menghentikan siasatan?Bukankah antara menyuarakan ketidakpuashatian terhadap siasatan,dan menghentikan siasatan adalah berbeza?Rujuk kronologi sebenar di sidebar blog ini.

"Pak Kaduk juga mendapat maklumat bahawa semasa siasatan di jalankan, Mad Radhi telah banyak kali mengganggu ahli jawatankuasa penyiasat dengan cara menghantar SMS kepada mereka untuk mempengaruhi mereka-mereka ini supaya berpihak kepada beliau. Malah SMS yang di hantar ada yang bebaur ancaman dan ugutan. Rekod SMS ini masih disimpan kemas oleh semua mereka yang terbabit sebagai bukti sahih bahawa Mad Radhi telah mengganggu proses penyiasatan dan cuba mempengaruhi ahli team penyiasat."
-Pak-kaduk

Siapa yang menganggu siapa sekarang ini?Siapa yang menghantar SMS menghasut kepada ahli lain seolah-olah Tuan Guru bersalah semasa siasatan sedang dijalankan?Siapa lagi kalau bukan Dato' Khalady.Walhal dia bukan JK Penyiasatan pun,mahupun Kehakiman.Dan Dato Khalady hanya menundukkan muka bila 'disergah' oleh Tuan Guru semasa Mesyuarat MMT 3 Sept.Kenapa takut?Tuan Guru masih menyimpan semua SMS berkenaan.Bukan Dato K sahaja punya kerja,ramai lagi puak-puak penentang lain begitu 'galak' menghasut ahli lain kononnya Tuan Guru bersalah semasa Siasatan sedang dijalankan.Apa kes nak tuduh Tuan Guru pula?

Siapa yang tidak hormatkan Abang Azhar dari kalangan Ahli-ahli setia?Peliklah pak-kaduk buat cerita.Kuda apanya?Bila pulalah Abg Azhar hantar kereta Tuan Guru.Hari itu puak-puak penentang "guna" nama Sawi kononnya disuruh oleh seorang 'hingusan' (meminjam istilah pak-kaduk) untuk menjemput anak Tuan Guru.La ni guna nama Abg Azhar pulak?Dasar pemutar alam! Dah habis modal ke pak-kaduk?

Tuan Guru bukan memburukkan anak murid,tetapi masalahnya Tuan Guru telah "dibogelkan" sebegitu rupa oleh puak-puak penentang.Dan adakah pak-kaduk,kalau mengalami keadaan yang sama dengan Tuan Guru,akan duduk tersenyum gembira?Sepaling kurang Tuan Guru mesti menyampaikan FAKTA bagi membersihkan FITNAH walaupun FAKTA itu boleh memburukkan nama orang lain.Itupun masih banyak yang belum diceritakan Tuan Guru,walaupun dirinya difitnah sebegini hebat.Cuba kalau puak-puak penentang tidak memulakan FITNAH ini,adakah Tuan Guru akan sengaja memberitahu rahsia anak-anak murid beliau?Sebagai contoh sebelum krisis ini berlaku,adakah sikap Tuan Guru suka mangadu domba?Tindakan beliau tidak lebih untuk mempertahankan diri dari fitnah dan tohmah puak-puak penentang,bukannya untuk memburukkan orang lain!

Saya ingin bertanya kepada pak-kaduk ,adakah sama diantara mengoyak dan dikoyakkan?Sebagai contoh,pak-kaduk bedua-duaan dengan seorang wanita.Tiba-tiba wanita itu mengoyakkan bajunya.Dan kemudian wanita itu mendakwa pak-kaduk yang mengoyakkan bajunya.Bagaimana kalau kita berada dalam situasi ini?Kemudian keterangan wanita tersebut diterima berdasarkan surat sumpah semata-mata,tanpa soal siasat.Bagaimana kalau pak-kaduk mengalami situasi seperti itu?Cuba fikir sikit,guna akal dan jangan guna hati yang busuk itu.

Kalau nak kata FITNAH,memang SAH semuanya FITNAH belaka.Kita masih ingat bagaimana keluarga PEMFITNAH ini (Man Ce,Yayah dan Sawi) mereka-reka cerita kononnya Tuan Guru 'menindih' tubuh isteri seorang ahli ketika untuk mengubati isteri ahli berkenaan semasa di Mekah.Dan apa kata isteri ahli berkenaan?KARUT!Cuba kita bayangkan,sampai ke tahap itu mereka berani memfitnah Tuan Guru.Cuba kita fikirkan sejenak,kalau di Mekah,baru kita niat atau silap cakap sahaja Tuhan sudah bagi 'cash', inikan pula ke tahap sebegitu dasyat?Kalau sampai di tempat mulia seperti di Mekah,semasa mengerjakan Umrah pun mereka boleh karangkan 'kisah' untuk dijadikan FITNAH,apatah lagi setakat yang melibatkan BUDAK 16 tahun.Bukankah lagi mudah MENGURUSKAN BUDAK 16 tahun?Anak sendiri dan anak saudara sendiri pula tu!

Mereka terlalu asyik MENABUR FITNAH,sehingga terlupa isteri ahli yang difitnah berkenaan tidak mudah DIURUSKAN.Oh ya,kita ada juga lihat salinan surat aduan FITNAH dari ahli dan isteri ahli berkenaan.Tetapi kenapa aduan tersebut tidak diambil kira?Bukankah ahli tersebut mempunyai hak sebagai ahli seumur hidup?Kenapa Majoriti MMK hanya mendiamkan diri sahaja?Sepatutnya aduan tersebut turut diambil kira,memandangkan aduan tersebut terhadap mereka yang mendakwa Tuan Guru melakukan perkara tidak baik!

"Kalau beliau tidak melakukannya, kenapa beliau perlu berbohong? Pak Kaduk tidak hairan apabila team penyiasat membuat kesimpulan ’bahawa ada asas yang kukuh peristiwa mencabul ini berlaku’ serta Pak Kaduk juga tidak hairan kenapa Jawatankuasa Penghakiman berpendapat bahawa Mad Radhi BERSALAH ATAS DAKWAAN MENCABUL KEHORMATAN ini !!! Bukannya susah hendak membuat keputusan kalau beginilah caranya Mad Radhi memberi keterangan. Kata orang ’sudah terang lagi bersuluh....’""
-Pak-kaduk

Atas dasar ulasan pak-kaduk semata-mata terhadap video siasatan berkenaan,kami boleh percaya Tuan Guru berbohong?Silap besarlah kaduk.Aku taklah rapat atau kenal betul dengan Guru aku tapi aku lagi percayakan Guru aku dari kau,kaduk yang memang sah-sah berbohong ni macam hobi.(Teringat cerita seorang puak penentang yang terkantoi berbohong semasa berapi-api menghasut ahli-ahli lain di UPM.Dah kantoi bohong muka selamba badak pulak tu!Tapi itu bukan pak-kadukkan,itu orang lainkan?huhu..)

Mana dia asas yang kukuh untuk mengatakan Tuan Guru bersalah?Mana dia?Tunjukkan,kami hendak tengok!Kalau setakat yang ada ini boleh dikatakan 'kukuh',sungguh tak 'kukuh' lah kepercayaan puak-puak penentang pada Tuan Guru!

Apa dia yang sudah terang lagi bersuluh?Puak-puak penentang ni betullah serupa tak belajar mengaji.Kalau iya betul nampak,mungkin kita boleh percaya.Adakah dengan 'mengatakan' Tuan Guru 'berbohong' sudah cukup untuk mensabitkan Tuan Guru bersalah?Kalau iya Tuan Guru 'berbohong' semasa memberi keterangan,kenapa tidak dipertikaikan waktu itu?Kenapa terus-menerus membiarkan Tuan Guru 'berbohong'?Kalau macam inilah siasatan dijalankan,dimana JK Penyiasatan terus-menerus 'membenarkan' saksi 'berbohong',maka tidak hairanlah kalau keputusannya pun BOHONG juga!Sebab saksi-saksi pendakwa lain pun bila berbohong JK Penyiasat buat bodoh jugakla!

Kalau tak silap saya yang banyak tak tahu ni,kalau di mahkamah sebenar,jika keterangan saksi bercanggah dengan yang sebelumnya,peguambela atau pendakwa raya (bergantung kepada saksi siapa,pendakwa atau pembela) akan cepat-cepat pertikaikan.Objection! Bantahan Yang Arif! Macam kita biasa tengoklah dalam T.v tu.Tapi saya terlupa pula,JK Siasatan tak profesional macam hak yang dalam T.v tu.Bila saksi berbohong angguk je.Haa je.Layaklah dapat BERUK!Harap sekolah saja tinggi.Yang berlakon lagi pandai dari mereka yang betul-betul peguam!

Pak-kaduk kalau kita perhatikan dalam ulasan dan kesimpulannya,menunjukkan kelayakannya untuk menjadi Hakim!Handal betul pak-kaduk!Kalau macam nilah punya cara,setakat tengok satu keterangan video sudah boleh mensabitkan kesalahan,tidak hairanlah kalau keputusan lain yang dibuat silap juga!Baguslah orang-orang macam pak-kaduk ni kena tapis.Susah juga untuk pergerakan kalau orang-orang macam pak-kaduk ni ada.Memang elok sangatlah.Bukan apa,kalau tersimpan pun buat jadi duri dalam daging sahaja!

Memang kemelut ini satu penapisan.Penapisan untuk mereka yang Hasad dengki,Irihati,Buta Perut dan Ragu-ragu pada Tuan Guru.Kalau dahulu segelintir dari mereka berjaya,tetapi kali ini mereka terkandas.Tapi 'andaikata' pihak Tuan Guru 'salah',adakah dengan Guru-Guru sekali terkandas dalam proses penapisan?Cuba fikirkan.Sejarah sudah membuktikan,pihak Guru yang Sah dan Hak tidak pernah terkandas.Kenapa kita tidak mengambil iktibar dari sejarah Kalimah dan Cekak Malaysia dahulu?Fikir-fikirkanlah..

Nota kaki: Saya bersetuju sangat kalau video tersebut boleh dipertontonkan kepada semua.Takkan segelintir komunis je boleh tengok?Macai-macai balaci-balaci komunis pun nak tengok juga.Kami ahli-ahli setia pun mahu tengok juga.(Khabar-khabarnya tempoh hari video tersebut hendak dipertontonkan di sebuah IPT di PJ,tetapi tak jadi,kenapa ya?)Tapi kami turut mahu tengok rakaman semua penyiasatan,barulah adil bila buat keputusan.Kami mahu lihat juga bagaimana pendakwa-pendakwa beri keterangan.Kalau masa nak periksa kain putih FafaFifiFufu itu pun ada rakaman,kami mahu tengok juga.Setakat tunjuk sekerat-sekerat,tak acilah macam tu.Kalau dapat tengok surat sumpah Hasyimah 'as-siddiq' x-rated pun bagus juga.Ala,dah alang-alang tunjuk bukti dan hasil siasatan ,tunjuk jelah semua,ye tak?Kalau pak-kaduk boleh jadi 'hakim',kami yang lain pun mahu jadi 'hakim' juga.Tapi kami mahu jadi hakim yang telus dan adil,kerana kami takut 'dihakimi pula' di 'sana' kelak.Pak-kaduk taknak mintak tengok video keterangan pendakwa-pendakwa ke?Tengokla macam mana sahabat baik Man Ce,Yayah dan Sawi beri keterangan.Kot-kot pak-kaduk boleh buat analisa juga?Kami nak tahu juga!

Mana Ni?

Sudah hampir 2 hari berlalu dari tarikh yang 'sepatutnya' puak-puak penentang 'mengisytiharkan' "guru" mereka.Apakah masih buntu memikirkan 'calon' yang sesuai?Bilakah masanya akan tiba?Puas dinanti-nanti namun 'tarikh' tersebut tidak kunjung-kunjung tiba!Mungkin sedang enak dan leka menikmati kuih tat dan semprit lagi agaknya!

Ahli-ahli puak-puak penentang sudah semakin gelisah di seluruh negara.Tidak tahu apa yang patut dilakukan apabila Majlis Ijazah sudah dibekukan.Bagaimana nasib mereka yang hendak menjalani ijazah kedua dan ketiga?Kita bukan apa,cuma risau ada ahli yang tidak tahu keadaan sebenar berputus asa dan menyertai Cekak yang satu lagi!Perkara ini pernah disuarakan oleh seorang ahli yang masih belum tamat,apabila diberi penerangan tentang 'salah laku' Tuan Guru oleh YDP di sebuah negeri.Maka terkeluarlah tegahan dari mulut YDP tersebut supaya ahli berkenaan tidak menyertai Cekak yang satu lagi.Juga terkeluarlah dari mulut YDP tersebut supaya menunggu 40 hari!

Puak-puak penentang mungkin tidak sedar,betapa besarnya salah mereka apabila menyekat Majlis Ijazah oleh Guru Utama yang HAK.Mungkin mereka tidak perasan,kesan akibat tindakan mereka itu ramai ahli-ahli yang sedang belajar tertanya-tanya dan akhirnya berputus asa untuk tamat.Inilah yang TERPAKSA ditanggung oleh puak-puak penentang jika dipersoalkan di akhirat kelak.

Puak-puak penentang sebenarnya terlampau yakin untuk menang di mesyuarat MMT 3 Sept lepas.Terlampau yakin sehingga dikeluarkan surat sumpah ahli MMT yang ditandatangani pada tahun 1993.Surat tersebut menyatakan pendirian semua ahli MMT yang akan bersetuju semua keputusan mensyuarat MMT,mengikut kata majoriti.Jika ada ahli MMT yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan,beliau terpaksa menerima juga segala keputusan yang dicapai dalam mesyuarat setelah menandatangani surat tersebut.Surat ini tidak lain dan tidak bukan menunjukkan keyakinan puak-puak penentang waktu mesyuarat 3 Sept itu.Strategi mereka mudah.Jika keluarga Almarhum dan pendokong ssebenar perjuangan Almarhum dalam MMT tidak bersetuju dengan keputusan pada mesyuarat itu,mereka akan mengedarkan surat sumpah berkenaan kepada semua ahli untuk menunjukkan keluarga Almarhum dan pendokong ssebenar perjuangan Almarhum yang melanggar sumpah.

Tetapi mereka LUPA mereka HANYA MAMPU MERANCANG.Mereka terlalu yakin Tuan Guru akan 'kalah' waktu itu.Mereka telah mengira kuota ahli MMT yang menyokong Tuan Guru,dan yang menolak Tuan Guru.Maka mereka dengan YAKIN mengeluarkan surat sumpah berkenaan yang Tidak pernah dikeluarkan selama 13 tahun.Tetapi,KEHENDAK-NYA mengatasi perancangan jahat puak-puak penentang.Individu-individu yang telah mereka hasut dan mereka yakini akan menentang Guru,akhirnya berubah hati atas kehendak-Nya.Maka kuota berubah dari pada awalnya yang memihak mereka,akhirnya memihak Tuan Guru.Tidak timbul isu undi rahsia atau tidak,kerana sewaktu cadangan undi terbuka dibuat,tidak langsung dipertikaikan.

Kita hairan juga kenapa mereka ini tidak BERANI menjadikan Mesyuarat MMT 3 Sept tersebut sebagai 'medan bertarung' dengan Tuan Guru.Kenapa tidak diluahkan semua segala isi hati waktu itu?Kenapa tidak BERANI berdebat dan 'bersilat' dengan Tuan Guru yang dikatakan 'tidak baik' itu?Kalau YAKIN di pihak benar,ayuh tunjukkan KEBENARAN!Ini tidak,semua terketaq lutut.Sayang sungguh perjalanan semasa mesyuarat tersebut tidak dapat divideokan.Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Macai-macai dan balaci-balaci puak penentang mungkin tidak tahu cerita di sebalik perjalanan MMT 3 Sept.Mungkin yang mereka tahu pun versi mentor-mentor mereka.Maka semakin jauhlah mereka menyimpang.Apa boleh buat,sendiri salah, sendiri tanggunglah..

Tiba-tiba teringatkan pak-kaduk yang berjanji untuk mendedahkan 'salah laku' Tuan Guru di hotel.Mana ya pak-kaduk?Tidak cukup bahan lagi hendak menabur fitnah?Atau sumber pak-kaduk memang tidak boleh dipercaya?Juga teringatkan pak-kaduk yang begitu bersemangat apabila artikel "Guru Silat Cabul" terpapar di Harian Metro tempoh hari.Nampaknya semuanya tidak lebih dari sekadar gimik murahan belaka.Bilalah siasatan pihak polis hendak dimulakan ye pak-kaduk?Oh yaa,polis sekarang ni ramai yang sibuk dengan Ops Sikap agak-agaknya.Itu yang kena tangguh siasatan dulu kot?Huhu.

Biar buta mata tapi tak buta hati.Sedangkan ahli yang 'tidak nampak' pun boleh mengenal mana satu yang asli mana yang palsu.Kita yang celik mata ini takkanlah tidak boleh nampak?Itulah kelebihan mereka walaupun tidak nampak yang kasar,tetapi mereka boleh 'melihat'.Marilah kita sama-sama renungkan.


Taat ke Guru membawa berkat
Sedikit Belajar Banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat


Hayatilah rangkap pantun ini..

29.10.06

Kembali 2

Setelah 'bercuti' beberapa lama,pak-kaduk akhirnya kembali dengan taburan dusta dan nista yang baru.Kali ini penulisannya tidak berapa panjang,ditambah dengan Nas dari Quran untuk menguatkan 'hujahnya'.

Nampaknya pak-kaduk masih tidak puas-puas mempertikaikan wang tawaf,walaupun telah dikatakan di post Kembali di blog anti-fitnah ini.Walaupun telah dikatakan petua tersebut dari Almarhum juga,pak-kaduk tetap mengatakan ianya karut.Ini JELAS menunjukkan yang pak-kaduk sudah MULA MENOLAK Almarhum Ustaz.Sebab itulah pak-kaduk memfokuskan "Berani Menegur".

Saya hairan jugalah bila ada yang mempertikaikan petua wang tawaf ini.Kenapa tidak dipersoal Air Tawaf yang dibuat oleh Dato Ismail Kamus?Kismis tawaf sebagai contoh lain.Kalau nak ikut cara penerimaan dan penyampaian agama Tuan Guru dan Almarhum,ikutlah semua.Janganlah ambil yang kita rasa sesuai dengan kita,dan buang yang mana kita rasa tak sesuai.Tak bolehlah macam itu.Itu bukan adab berguru.Kalau sudah tahu diri itu tidak berilmu dan bodoh,usahlah dipertikai ilmu yang diberi Guru.Lainlah kalau memang kita sudah mencapai tahap menyamai Guru,barulah kita boleh keluarkan pendapat sesuatu perkara.Ini tidak,dah tahu diri itu JAHIL,mahu juga 'bersuara'.Macam kita bertaqlid jugalah,kenapa kita ikut semua Imam Shafie punya cara?Kenapa tidak dipersoal apa yang bertentangan ajaran Imam Shafie dengan Imam Muktabar yang lain?Imam Shafie sendiri bila mengeluarkan pendapat beliau dengan Guru beliau Imam Hanafi begitu berhati-hati menyusun bicara,agar tidak tersilap langkah,mengecilkan hati Gurunya.Yang dipertikai itu ilmu dari Guru,hati-hatilah sikit bila bercakap,jangan main ikut sedap mulut kata karut!

Pak-kaduk menyeru pembaca blognya untuk berani menegur kepada kebatilan,menyeru kita supaya mengamalkan maa'ruf,menidakkan yang mungkar.Saya keliru sedikit dengan seruan pak-kaduk itu.Kalau pak-kaduk dah lama rasa Tuan Guru tidak betul,kenapa tidak ditegur dari dahulu lagi?Kenapa perlu tunggu sampai 13 tahun baru berani nak buka mulut?Itupun masih tidak berani bercakap direct dengan Tuan Guru.Kalau rasa tidak betullah.Bagi saya,apa yang diajar Tuan Guru semua tidak ada salahnya,maka untuk apa saya menegur kepada benda yang benar?

Teringat juga cerita Tok Mudin Lembut yang kononnya sudah mengetahui 'sikap buruk' Tuan Guru sejak dahulu lagi.Tapi kita hairan juga,kalau sudah tahu lama,kenapa masih menghantar anak yang lain berguru dengan Tuan Guru?Kenapa mengikut sekali Tuan Guru ke Tanah Suci,kalau dah lama tau Tuan Guru tidak betul.Kononnya tahu Tuan Guru 'tidak betul' sekitar tahun 2000,tapi pergi umrah tahun berapa?Maka digunalah alasan, "hendak menangkap pencuri,kena jadi pencuri juga". Tapi kita hairan juga sebab kalau nak tangkap pencuri,tidak perlulah dengan bersemangat dan berazam hendak ikut pergi haji pula!Siapa yang terkocoh-kocoh untuk menjadi makmum Tuan Guru apabila mendapat tahu Beliau hendak mengerjakan solat?Siapa kalau bukan Tok Mudin sendiri!Tetapi apabila diberi pilihan antara untuk mempercayai anak atau Guru,dia lebih berat pada anak.Maka Tuan Guru dijadikan mangsa fitnah yang sebenarnya untuk menutup kelemahan dia sendiri.

Bukan kita tidak tahu,sebahagian puak-puak penentang sendiri dulu yang begitu taat dengan Tuan Guru.Tuan Guru tiba sahaja,cepat-cepat membuka pintu kereta dan ingin menjadi orang pertama bersalaman.Tuan Guru perlukan khidmat mereka,maka dengan pantas mereka memberikan tenaga.Bila Tuan Guru menyampaikan ilmu,semua terangguk-angguk faham.Tetapi sekarang,siapa yang menentang?Selama 13 tahun boleh taat,patuh kepada Tuan Guru,kenapa baru sekarang nak lawan?Baru sekarang Tuan Guru 'tidak baik'?

Seperti kata salah seorang puak penentang,sudah lama mengetahui sikap 'tidak baik' Tuan Guru,malah sejak dari tahun 1994 lagi!(akibat terpercaya,atau saja buat-buat percaya kata adiknya) Tetapi 'kononnya' memberi 'peluang' untuk Tuan Guru 'berubah'.Aduhai,sungguh lawak statement tersebut.

Sebenarnya,puak-puak penentang semuanya BUSUK HATI.Semuanya menyimpan perasaan DENDAM,TIDAK PUAS HATI dan RAGU-RAGU pada Tuan Guru.Tidak kira dari kategori mana pun.Baik dari yang lama,sampailah yang diijazahkan sendiri oleh Tuan Guru.Semuanya tidak "menggigit tali menggunakan geraham".Bukankah Tuan Guru berpesan semasa sambutan Hari Tenaga Pengajar yang lepas di Putrajaya?Selama ini semua puak-puak penentang boleh taat dan patuh dengan Tuan Guru,tetapi disebabkan dakwaan seorang BUDAK 16 tahun,semua berakhirnya begitu sahaja??Di mana kepercayaan kalian pada Tuan Guru selama ini?Tidakkah kalian terfikir,Guru yang kalian sanjung selama ini tidak mungkin melakukan perkara terkutuk itu?Sedarlah,kita BARU diuji Tuhan dengan FITNAH dari BUDAK 16 tahun.Kita belum diuji dengan Ujian-Nya yang lebih berat lagi.

Bagaimana agaknya kalau kita berada di zaman Rasulullah?Bolehkah kita menerima pengakuan Baginda yang mengatakan pergi ke Baitul Maqdis dalam tempoh semalaman dari Mekah?Cuba bayangkan bagaimana tegarnya kepercayaan Abu Bakar As-Siddiq r.a (ini baru betul as-siddiq) kepada Baginda.Mampukah kita sehebat atau paling tidak sepercaya Abu Bakar apabila dikatakan Israk Mikraj itu berlaku?Padahal ianya sama sekali diluar kemampuan akal kita.Bolehkah kita masih terus mengikut Rasulullah jika secara tiba-tiba baginda memalingkan dadanya menghadap ke Kaabah selepas dua rakaat mengerjakan solat Zuhur menghadap Baitul Maqdis?Akankah kita berjaya JIKA kita diuji seperti berada di zaman Rasulullah?Dia lebih Mengetahui..

Renung-renungkanlah.Kita BARU dilanda Ujian FITNAH dari BUDAK 16 tahun,yang segelintir dari kita pun tahu sedikit sebanyak 'perangainya'.Adakah kita perlukan 'keluarbiasaan' seperti bayi boleh berkata-kata dalam kisah Nabi Musa a.s apabila difitnah melakukan zina?Kalau ya begitu,kita masih belum kuat menggigit tali,masih mengunakan gigi taring,belum lagi ke tahap gigi geraham.Renung-renungkanlah rakan-rakan seperguruanku sekelian.Selama ini kita boleh menganggap Beliau SEBENAR GURU,selama 13 tahun kita begitu setia dan percaya.Takkanlah HANYA kerana dari kenyataan sumpah BUDAK 16 tahun yang belum dipastikan sejauh mana kebenarannya,kepercayaan kita tergadai begitu sahaja?

Saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan sekelian,untuk kita sama-sama renungkan sejenak pengalaman peribadi masing-masing bersama Tuan Guru.Pasti berbeza situasi setiap dari kita.Pernahkah Tuan Guru mengajar kita perkara-perkara mungkar dan lagha selama ini?Pernahkah Beliau menunjukkan contoh dan peribadi hina selama ini?Siapakah yang selama ini,seumpama tempat mengadu masalah dan tempat dirujuk bila kita memerlukan?Siapa yang sanggup mendengar dan melayan kerenah kita yang berbagai-bagai ini?Guru kita.Guru kita jasa beliau tidak terperi bagi setiap dari kita.Terlalu banyak.Takkanlah kita hendak lupakan semua itu akibat terdengar kata-kata BUDAK 16 tahun?Siapa BUDAK ini yang boleh meragut kepercayaan kita pada Tuan Guru?Siapa?Renungkanlah,renungkanlah,renungkanlah..


Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah,kerana menetapkan hatiku dalam kemelut ini.Aku mengharap pada-Mu Ya Allah,supaya Dikau terus menetapkan hati ini.Janganlah Dikau kalihkan hati ini Ya Allah,Jangan Dikau jadikanku buta pada kebenaran selagi aku masih bernafas.Aku mengharap pada-Mu supaya dibukakan kembali hati-hati mereka untuk menerima sinar kebenaran.Namun jika itu ketentuan-Mu,aku redha dan pasrah.Kerana Dikaulah pemilik hakiki hati ini,dan hati-hati yang lainnya..

28.10.06

TIME'S UP!!

Tit..tit..tit..Berlalu sudah 40 hari..Tinggal beberapa minit saja lagi sebelum masuk hari ke 41 untuk puak-puak penentang ‘mengisytiharkan’ “guru” mereka.Nampak gayanya memang takdelah.Terpaksalah balaci-balaci dan macai-macai puak penentang patuh sekali lagi dengan mentor-mentor meraka untuk bersabar,mungkin tambah lagi 40 hari?atau 40 tahun?huhu..

Saya ingin mengajak pembaca meneliti Perlembagaan Persatuan Peraturan 8 Ceraian 1 & 2:

1. Sebuah Majlis Mesyuarat Kebangsaan yang mengandungi mereka yang tersebut di bawah, hendaklah menjadi pegawai persatuan ini. Mereka yang bertindak sebagai pegawai dan menjalankan tugas perintah persatuan sama ada dipilih atau dilantik setiap persidangan satunya mestilah warganegara Malaysia:-

Seorang Presiden
Dua orang Naib Presiden
Seorang Setiausaha Agung
Dua orang Penolong Setiausaha Agung
Seorang Bendahari Agung
Seorang Penolong Bendahari Agung
Seorang Ketua Perhubungan & Seranta
Seorang Penolong Ketua Perhubungan & Seranta
Sebelas orang Ahli Majlis Biasa

Kecuali Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Perhubungan & Seranta dan lima (5) orang daripada sebelas (11) orang Ahli Majlis Biasa yang tersebut di atas yang akan dinamakan dan dilantik oleh Presiden serta dua (2) orang Penolong Setiausaha Agung yang akan dinamakan oleh Setiausaha Agung dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan serta seorang Penolong Bendahari Agung yang akan dinamakan oleh Bendahari Agung, dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan, serta seorang Penolong Ketua Perhubungan &Seranta yang akan dinamakan oleh Ketua Perhubungan & Seranta dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan, maka semua jawatan pegawai tersebut hendaklah dilantik tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.

2. Kecuali jawatan seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Perhubungan & Seranta, dua (2) orang Penolong Setiausaha Agung, seorang Penolong Bendahari Agung, seorang Penolong Ketua Perhubungan & Seranta dan lima (5) orang ahli majlis Biasa yang dilantik seperti di Ceraian 1 peraturan ini, maka semua pemegang-pemegang jawatan itu akan dicadangkan dan disokong, dan pemilihan akan dijalankan dengan undi suara yang terbanyak di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. Semua pegawai-pegawai ini boleh dilantik semula tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.

Hmm..Mungkin ramai yang tidak perasan sebelum ini kan?Termasuklah saya.Tetapi selepas dibangkitkan sendiri oleh seorang Insan yang mulia semasa bersembang dengan beliau tadi,baru saya terperasan.

Perlembagaan persatuan dengan jelas menetapkan tiga jawatan iaitu Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penolong & Seranta dan lima orang ahli majlis Biasa DILANTIK oleh Presiden.Bukan untuk dipertandingkan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.Sila baca dengan teliti Peraturan 8 tersebut sekali lagi jika masih keliru.

Bagaimanakah keadaannya apabila keahlian Presiden DIGANTUNG?Ada semacam tidak kena disini.Keahlian Presiden digantung,sedangkan yang MELANTIK Setiausaha Agung dan Bendahari Agung adalah Presiden.Bagaimana status Setiausaha Agung dan Bendahari Agung apabila Presiden yang MELANTIK mereka,digantung keahlian oleh Majoriti Ahli MMK termasuk mereka sendiri?Sungguh tidak kena keadaan ini.Sepatutnya,apabila keahlian Presiden digantung,mereka dengan rasa rendah diri turut sama "menggantung" tugas mereka.Kerana mereka DILANTIK oleh Presiden.Ini terbalik pula.Mereka DILANTIK oleh Presiden,seterusnya mereka setuju untuk menggantung keahlian Presiden.Mana punya budaya ni?

Maka sepatutnya Setiausaha Agung turut sama meletak jawatan seperti yang dilakukan oleh Naib2 Presiden dan Bendahari Agung.Tetapi letak jawatan biarlah betul,bukan main wayang.Masalahnya puak-puak penentang ini sungguh handal bermain drama dan sandiwara.Sungguh licik dan strategis.Kenapa Datuk Kha'lady' Ce tak ikut letak jawatan sekali macam sedaranya lakukan?Mengapa perletakan jawatan 3 pegawai persatuan ditolak?Konspirasi.Jika benar sungguh meletak jawatan,letaklah betul-betul.Tak payah nak campur urusan Persatuan lagi.Pergi bersilat sahajalah,tak payah nak sibuk-sibuk lagi datang meeting ke bagi taklimat apa-apa lagi.Tapi nak bersilat apa kalau 'tiada guru'?

Masa dah benar-benar suntuk untuk puak-puak penentang memikirkan calon 'guru' baru mereka.Mungkin ada yang tidak tenang beraya sekarang ini kerana terlampau memikirkan individu yang sesuai.Itulah,lain kali jangan buat silap lagi,kan dah pening kepala.Guru yang HAK difitnah,dikutuk,dikeji dan cuba dijatuhkan.Kepada puak-puak penentang,insaflah sambil-sambil beraya tu.Tengoklah iklan raya petronas tu banyak2 kali (nak-nak yang memang dah keje petronas) Takkan nak kena perli dengan budak umur 5 - 10 tahun baru nak sedar?Selayaknyakah,Insan yang kita panggil Guru,Ibu dan Bapa kita perlakukan sebegini rupa?Selayaknyakah Bapa kita dihidangkan dengan bekas yang sama untuk hidangan haiwan?Selayaknyakah Guru (jika tidak mahu mengaku Guru pun,sepaling kurang hormatilah Beliau sebagai Zuriat dan Anakanda Almarhum sendiri) diperlakukan seperti itu?

Semoga semangat Aidil Fitri memberi kesan kepada kita semua untuk merenung kembali jika ada kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.Usahlah terlajak semakin jauh.Semakin jauh kalian pergi,semakin sukar untuk kembali ke pangkal kerana perjalanan ini tidak mempunyai lebuhraya yang bertol.Mudah dan cepat hanya perlu wang.Perjalanan ini berliku-liku,macam jalan persekutuan dan jalan negeri.Harap kita tidak 'tersenarai' dalam statistik 'kemalangan maut'.Sama-samalah kita berusaha dan meminta pada Dia agar diselamatkan dari 'terkandas' dan selamat meneruskan perjalanan.

Jika terlibat dengan 'kemalangan maut' sekalipun,masih ada masa untuk berusaha supaya dapat 'bernafas' dan menyelamatkan diri.Marilah kita mengharap petunjuk dari-Nya..

Pisang emas di bawa belayar
Masak dengan tanah di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang Fitnah di bawa ke mati

Buai hati-hati
sampai pokok sena
Apa rahsia hati
tak kusangka sifat hina

Sorong uncang tarik uncang
Buah keranji dalam para-para perahu
Suruh rancang hamba betul rancang
Suruh mengkaji hamba pura-pura tak tahu

Nasi Kerabu Buah Bidara
Sayang tenusu hamba lurutkan
Buang Guru Buang Saudara
Kerna Nafsu hamba turutkan

Kajang Tuan Guru kajang berlipat
Kajang Hamba mengkuang layu
Dagang Tuan Guru dagang bertempat
Dagang Hamba musafir lalu..

Renungkanlah..




26.10.06

Beberapa Jam Sahaja Lagi..

Kemeriahan Syawal masih lagi terasa,kehangatan Aidil Fitri masih lagi membara di hari raya yang ketiga ini.Selamat Hari Aidil Fitri saya ucapkan kepada semua ahli-ahli Silat Cekak di seluruh pelusuk rantau.Semoga Hari Raya yang menjelma memberikan keceriaan dan keinsafan dalam jiwa kita.Insya Allah..

Setelah beberapa hari tidak menulis,saya kembali untuk menangkis fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh puak-puak penentang.Kalau diteliti laman si badan besar,dituliskan

"Siapa boleh lupa peristiwa yang berlaku pada 18 Oktober 2006 apabila Harian Metro telah memaparkan di muka hadapan satu berita yang menikam kalbu setiap ahli Silat Cekak. Semuanya gara-gara Md Radzi Hanafi yang tidak berdisiplin. Bila guru tidak berdisiplin maka anak murid apatah lagi. Ini adalah dipihak yang taksub kepada beliau.."
-Si badan besar

Kita semua sedia maklum,Harian Metro tidak memaparkan nama sebenar 'guru' tersebut,mahupun nama perguruan.Artikel tersebut juga kita sedia maklum jauh meyimpang dari versi yang direka-reka dalam kronologi ciptaan 'nabi' Megat Sri Ram Ar.Maka,atas dasar apa si badan besar hendak mengatakan Tuan Guru tidak berdisplin?Sunggug tidak berasas.Adakah secebis keratan akhbar tabloid boleh dijadikan rujukan kes?

"Begitu juga peristiwa yang berlaku pada 8 Oktober 2006 yang menyaksikan Md Radzi Hanafi telah menampar penolong setiausaha agung di HUKM sehingga menjadi kes polis.."
-Si badan besar

Iya,memang benar menjadi kes polis,tetapi apakah kesudahannya?Bukankah polis telah menasihati individu tersebut supaya tidak memanjangkan cerita?Maka apakah kesan laporan polis tersebut?Tiada apa.

"Siapa boleh lupa peristiwa pada 14 Oktober 2006 apabila 10 orang penyokong Md Radzi Hanafi telah hadir dalam majlis Nuzul Quran yang diadakan di pejabat baru persatuan di Wangsa Melawati. Diberitakan Md Radzi Hanafi berada di sekitar kawasan itu bersama-sama dengan isteri dan anak. Turut meninjau adalah Aminuddin Dahlan.."
-Si badan besar

Apakah dia peristiwa 14 Oktober tersebut?Bukankan 10 orang ahli yang setia tersebut sekadar datang ke majlis tanpa menimbulkan sebarang kekecohan?Salahkah mereka hendak datang ke program persatuan?Bukankah mereka ahli persatuan juga?Si badan besar memang percaya pada khabar angin kerana Tuan Guru LANGSUNG TIDAK BERADA di sekitar kawasan itu semasa majlis tersebut berlangsung kerana Tuan Guru berada di sebuah lokasi lain,YANG SAYA SENDIRI HADIR.Sungguh tidak boleh dipercayai sumber-sumber si badan besar.Dasar pemfitnah lidah bercabang.

"Kelmarin di laman web yang tidak rasmi, Md Radzi Hanafi telah menyampaikan ucapan Hari Raya atas kapasiti Presiden/Guru Utama Silat Cekak Hanafi. Nampak sangat beliau seperti gila talak dengan Silat Cekak. Masih tidak sedar diri betapa besar kesalahannya terhadap perjuangan Ustaz Hanafi. Masih tidak sedar diri bahawa keahlian dan jawatan presiden telah digantung. Begitu juga dengan jawatan guru utama yang menantikan keputusan MMT selanjutnya.."
-Si badan besar

Kita sebenarnya terkeliru dengan kenyataan laman web rasmi persatuan.Ramai yang berpendapat cekakhanafi.com adalah laman web rasmi.Memang ya dahulu,tetapi kini tidak lagi.Sila lihat Perlembagaan Persatuan dalam Peraturan 9 Ceraian 7 ;


Ketua perhubungan dan Seranta akan bertanggungjawab bagi hal ehwal penerangan dan penyebaran berita persatuan ini kepada ahli-ahli dan orang ramai. Ia dibolehkan membentuk sebuah jawatankuasa kecil atau sebuah jabatan yang tetap dengan ia sendiri menjadi pengerusi atau ketuanya untuk menjalankan kerja-kerja penerangan menurut garis-garis yang telah ditentukan oleh mesyuarat Majlis Mesyuarat Kebangsaan.

Setahu saya,cekakhanafi.com bukan diurus oleh KPS sebaliknya oleh Cekak Hanafi Web Team.Siapa mereka ini?Maka sekarang ini,KPS telah menggunakan platform baru untuk penerangan dan penyebaran berita melalui silatcekakhanafi.org, bukan lagi di cekakhanafi.com.

Bukankah MMT telah bersidang pada 3 September lepas dan keputusannya telah pun diketahui?Sungguh tidak relevan kenyataan si badan besar.Mungkin si badan besar terlupa atau tidak tahu yang tiada seorang pun puak-puak penentang dalam MMT berani bertindak balas apabila di'tembak' Tuan Guru.Yang berani angkat muka pun boleh bilang.Yang lain pucat muka toreh pun tak berdarah.Sayang sungguh perjalanan mesyuarat MMT 3 Sept lepas tidak dapat dirakamkan.Kalau boleh dipertontonkan kepada ahli, sudah tentu pecah tembelang puak-puak penentang yang selama ini hanya berapi-api di belakang Tuan Guru,namun di hadapan Tuan Guru semua macam 'tikus'.

"Kita ingin mengingatkan bahawa Md Radzi Hanafi telah melakukan dua kesalahan besar terhadap perjuangan Ustaz Hanafi. Pertama, dia telah mencabul anak gadis sahabatnya. Kedua, beliau telah memfitnah orang-orang lama kononnya ada dalang dan ada pakatan yang ingin memalukan diri beliau di samping menjatuhkan beliau sebagai guru utama. Sejarah merakamkan bahawa semua ini dilakukan oleh Md Radzi Hanafi.."
-Si badan besar

Kesalahan besar?Cabul?Kita pelik betul dengan kes cabul ini.Berapi-api Si badan besar bercakap,tetapi bila laporan polis dibuat?Tidak ada pula Tuan Guru dipanggil polis atau direman bagi membantu siasatan (konon-kononnya) .Mungkin pihak polis 'bercuti raya' sekarang ini.Maka siasatan ditangguhkan seketika ya?Huhu,sungguh menggelikan hati.Bukti,kami mahu bukti.Jika dahulu "ustad" Ak ada video yang sudah terang lagi bersuluh,sekarang ini pun kami mahu bukti.Mana bukti yang mengatakan Tuan Guru bersalah?Setakat "kitab" kronologi karangan "nabi" Megat Sri Ram Ar atau pengakuan sumpah Hasyimah "as-siddiq" X-rated itu boleh dikatakan bukti,tahulah kita yang semua ini memang benar-benar konspirasi yang amat jahat untuk menjatuhkan Tuan Guru.Oh,lupa pula.Sekadar ingin memaklumkan kepada semua,cuba diteliti di antara kronologi lama (sebelum dipublish di cekakhanafi.com) dan kronologi baru (selepas dipublish di cekakhanafi.com) .Kita akan menemui beberapa "fakta" yang telah berubah tarikhnya.Meniru Bible mungkin,Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.Patutlah Al-Quran pun sudah tidak diterima pakai.Huhu.

"Ikutlah MMK, tentu selamat!.."
-Si badan besar

Ayat tersebut sungguh menunjukkan puak-puak penentang semakin terdesak.Siapa MMK? MMK DIPILIH oleh para perwakilan semasa AGM.Dan perwakilan yang sama meminta untuk diadakan EGM.Apakah maknanya itu?Kata-kata si badan besar itu sungguh "taksub" MMK seolah-olah MMK itu "terpelihara dari sebarang dosa".Kita hairan juga kenapa MMK menolak permintaan EGM dari cawangan-cawangan.Menunggu arahan mahkamah baru hendak bertindak agaknya.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk puak-puak penentang "mengisytiharkan" 'guru baru' mereka.Kita ternanti-nanti juga.Almaklumlah,Guru Utama yang BERHAK sudah ditolak.Majlis Ijazah pun MMK sudah bekukan.Siapalah agak-agaknya hendak dilantik ya?Kalau dilihat pada anti-fitnah vote caster,Hasyimah "as-siddiq" lah yang paling banyak diundi.Iyalah,budak 16 tahun mana pandai menipu,ye tak?"As-siddiq" lah katakan.Layaklah jadi Guru!huhu.

Sedarlah si badan besar,pak-kaduk dan puak-puak penentang.Tindakan kalian bukan sahaja menjahanamkan perjuangan Almarhum,malah turut menganiaya keluarga Almarhum.Berapa ramai yang sudah tidak lagi menziarahi rumah Bonda Mak Teh raya ini seperti kelazimannya?Usahlah membuat onar menabur tahi lagi.Sedarlah.Sedarlah seperti anak di dalam iklan raya petronas.Sementara boleh,insaflah..

21.10.06

Kaduk & Buasir

Saya amat berbesar hati kerana pelayar-pelayar blog ini sudi memberikan komen yang membina serta meggalakkan, tidak kurang juga yang agak menjengkelkan.Walaupun komen-komen tersebut mengata puak-puak penentang,tetapi caranya kurang menyenangkan apabila terdapat perkataan-perkataan yang tidak elok digunakan.Saya berpendapat komen-komen tersebut tidak lebih dari provokasi yang ditimbulkan oleh puak-puak penentang sendiri yang sengaja mengaibkan pihak penyokong Tuan Guru.

Maka atas sebab tersebut,blog anti-fitnah ini akan menghadkan komen iaitu kepada ahli-ahli blogger yang berdaftar sahaja,bukan terbuka kepada sesiapa seperti dari anonymous-anonymous seperti sebelum ini.Di harapkan dengan cara ini membuatkan kita menjadi ahli yang lebih bertanggung-jawab terhadap setiap perbuatan dan penulisan kita.Janganlah kita menyalahgunakan kemudahan yang telah diberikan kepada kita.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu perkara.
____________________________________

Pak-kaduk setakat ini telah 'menyempurnakan' postnya yang menceritakan tentang video yang ditontonnya dalam 6 'episod' .Sudah macam siri 'Samarinda' pula.Postnya bakal menemui 'episod akhir' tidak lama lagi.

Beberapa perkara yang ingin dibangkitkan.Jika benar laporan video itu,kenapa tidak dipertontonkan sahaja di laman rasmi Persatuan cekakhanafi.com?Kenapa pak-kaduk dan 'selected people' sahaja yang dibenarkan menonton rakaman video tersebut?Mengapa pak-kaduk 'yang dipertanggung jawabkan' mengulas rakaman video tersebut bukannya Cekak Hanafi Web Team di cekakhanafi.com (walaupun kita tahu,pak-kaduk salah seorang dari Web Team).Kerana apa yang disiarkan bukanlah yang benar,melainkan fitnah semata-mata,dan puak-puak penentang tidak mahu bertanggung jawab di atas ulasan dan fitnah terbabit! Ulasan oleh pak-kaduk itu langsung tidak menggambarkan situasi sebenar semasa soal siasat dijalankan.
Apa yang ditulis oleh pak-kaduk telah dimanupulasi dan diubah suai mengikut kehendak dan seleranya dan puak-puak penentang.Di dalam postnya,pak-kaduk juga ada mengatakan berjumpa sendiri dengan Tuan Guru.Benarkah pak-kaduk?Kalau setakat bertanyakan penyakit buasir,usah kelentonglah pak-kaduk.Usah berbohong dan menabur fitnah.

Apapun,kami di pihak Tuan Guru mempertikaikan ketelusan 'mereka' yang mengawal rakaman soal-siasat berkenaan.Mengapa hanya 'selected people' yang boleh menonton,dan mengapa berbohong video berkenaan tidak boleh dirakam dan diceritakan sedangkan pak-kaduk bukan main galak lagi menceritakannya?Takkanlah puak-puak penentang tidak tahu pak-kaduk mengulas rakaman berkenaan di blognya?Kalau tahu dan 'benar-benar' ingin merahsiakannya,mengapa tidak diambil tindakan pada pak-kaduk?Jangan berbohong jika mengatakan puak-puak penentang terutamanya mentor-mentor tidak mengenali siapa sebenar pak-kaduk.

Kita juga masih hairan sampai sekarang,mengapa soal-siasat Tuan Guru boleh dibuat dan dirakam pula,tetapi keterangan Hasyimah 'as-siddiq' X-rated hanya sekadar berpegang pada surat akuan sumpahnya,tanpa disoal-siasat,tanpa disoal balas?Satu kemusykilan yang hanya boleh dijawab oleh JK Siasatan.Adakah memadai dengan satu surat akuan sumpah,dan sedikit keterangan dari ibubapa 'mangsa' sudah memadai untuk mensabitkan kesalahan Tuan Guru?Undang-undang mana yang digunapakai?Undang-undang hutan barangkali (selayaknya dipanggil beruk).

Sedarlah rakan-rakan seperguruan sekelian.Cuba diperhalusi setiap siri post pak-kaduk berkenaan ulasan rakaman video soal siasat Tuan Guru.

"Oleh kerana beliau merupakan suspek utama, maka keterangan beliau amat penting untuk dibuat analisa. Beberapa kaedah analisa yang boleh dibuat adalah dari segi kesamaan keterangan beliau sendiri. Sekiranya keterangan sama dari mula hingga akhir, maka satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah beliau bercakap benar, jika sebaliknya, maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa beliau telah berbohong kepada jawatankuasa penyiasat..."
-pak-kaduk

Adakah tidak penting keterangan Hasyimah 'as-siddiq' x-rated?Kenapa 'gadis' ini tidak disoal-siasat sama sekali?Itulah persoalannya.Ayuh,bersama kita renungkan.Di kesempatan Aidil Fitri yang bakal menjelma,mari kita muhasabah diri kita.

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1427 H YM TUAN GURU

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Hari Raya Aidil Fitri tiba lagi. InsyaAllah kita semua akan menyambutnya beberapa hari sahaja lagi bersama keluarga tercinta dan sahabat handai. Sebagai umat Islam, kita disyariatkan untuk merayakan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran serta menghiasinya dengan ibadah seperti bertakbir, ziarah menziarahi dan memperbanyakkan sedekah jariah.Bertakbir lah pada malam Hari Raya Aidil Fitri sebagai tanda kita mengingati kebesaran Allah SWT dan diri kita sebagai hamba yang sentiasa tunduk kepada-Nya. Ini selaras dengan firman Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran yang bermaksud, “Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

Junjungan besar kita Rasulullah Muhammad SAW juga bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid” dan daripada Anas r.a. yang bermaksud, ”Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.”

Selain itu, di kesempatan ini, ingin saya menyentuh sedikit tentang kemelut yang berlaku dalam persatuan kita sekarang. Fitnah terhadap saya semakin bermaharajalela, ada yang datang secara terbuka, melalui sms, e-mel, laman web dan blog. Apabila fitnah itu disebarkan menggunakan teknologi maklumat, sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mengetahuinya. Kemunculan blog yang bertujuan untuk mengaibkan saya tumbuh bagaikan cendawan.

Tidak kurang juga blog-blog yang bertujuan untuk mempertahankan saya. Samada menentang atau menyokong saya, kita terpaksa akur pada kenyataan bahawa blog-blog berkenaan menyediakan ruang untuk kita terus berkrisis, bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri. Saya perhatikan, samada menyokong atau menentang, tulisan-tulisan itu lebih cenderung untuk menggunakan bahasa kesat, kotor dan penuh dengan caci maki. Tulisan-tulisan itu dibaca oleh pihak luar dan ini adalah satu perkara yang sungguh memalukan. Nama Silat Cekak Hanafi yang selama ini harum di seluruh negara sudah pun tercemar.

Di luar sana, ramai yang ketawa dan tidak kurang juga yang kesal melihat perpecahan dan permusuhan sesama kita walhal kita adalah ahli sebuah pertubuhan yang memperjuangkan agama dan budaya. Sikap yang ditonjolkan oleh segelintir ahli-ahli itu adalah tidak selaras dengan ajaran Islam yang mana kita maklum bahawa perjuangan pertubuhan kita adalah bertunjangkan kepada kefahaman tauhid yang jitu. Saya tidak berupaya menghalang ahli yang menentang saya agar menghentikan fitnah terhadap saya melalui blog-blog mereka.

Namun, kepada ahli yang menyokong saya, saya nasihati agar semua ahli menghentikan tulisan-tulisan itu dengan segera. Pada dasarnya saudara/i berniat baik iaitu ingin mempertahankan saya. Saya sangat-sangat menghargai usaha murni saudarai/i itu. Namun, pada masa yang sama tindakan kalian itu adalah lebih cenderung untuk mendedahkan onar yang berlaku dalam persatuan. Tindakan itu sama lah seperti yang digambarkan dalam peribahasa Melayu iaitu menepuk air ke dulang, terpercik ke diri sendiri. Sekalipun hanya beberapa individu sahaja yang melakukannya, ia sama lah seperti, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.’

Sekiranya saudara/i menyokong dan menyayangi saya, semua pasti dapat berfikir bahawa tulisan itu sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi lebih memburukkan keadaan. Bagi saya, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah berusaha menyelesaikan krisis ini dengan cara bijaksana dan pada masa yang sama berdoa kepada Allah SWT supaya menunjukkan dengan jelas sejelasnya pihak manakah yang berada di dalam kebatilan.
Justeru, saya ingin mengajak diri saya sendiri, isteri saya, anak-anak saya, bonda mak teh dan adik beradik saya serta semua ahli untuk berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar pihak yang berada di dalam kebatilan diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Ini selaras dengan Surah Ali Imran, ayat 61 yang sebahagian daripadanya bermaksud, “.....marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”

Mubahalah bermaksud memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Ayat ini diturunkan kepada nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang berhadapan dengan perwakilan daripada Najran yang beragama Kristian yang enggan mengakui kebenaran nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir. Wakil Najran tetap enggan menerima baginda walaupun baginda berjaya menjawab semua soalan-soalan mereka dengan yakin dan menggunakan bukti-bukti yang terdapat di dalam Surah Ali Imran iaitu surah yang menceritakan tentang nabi Isa A.S. Akhirnya baginda mengajak mereka melakukan mubahalah. Bagaimanapun, wakil Najran tidak berani melakukan mubahalah dengan nabi Muhammad SAW lalu rakyat Najran yang berjumlah 100,000 orang itu kekal dengan kepercayaan Kristian. Begitu lah penyelesaian yang Allah SWT turunkan kepada nabi kita. Sebagai pengikutnya, kita wajar mencontohi tindak-tanduk baginda dalam menyelesaikan apa jua krisis. Kita tidak seharusnya menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang dengan cara yang tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh nabi kita. Mari lah kita sama-sama berusaha menyelesaikannya dengan cara paling berhemah, penuh dengan hikmah serta pada masa yang sama berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.

Akhir kata, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli diseluruh Malaysia,tak lupa juga yang berada di luar negara . Semoga Aidil Fitri pada tahun ini akan menjadi medan untuk ahli ahli sekalian merapatkan silaturahim yang sudah terputus angkara fitnah oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kedudukan saya sebagai guru utama.Sempena bulan yang mulia ini dampingilah kedua orang tua semasa hayat mereka masih ada dan sentiasa berhati-hati dijalanraya. Saya akhiri dengan maksud takbir, mudah-mudahan semua ahli dapat menghayatinya.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan bagi Allah jualah segala puji Allah Maha Besar”

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikum.
MD RADZI HAJI HANAFI
RAMADHAN/SYAWAL 1427 HIJRAH
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
_________________________________________________________

Sebarang komen atau cadangan,
bolehlah e-mail pada saya

anti_fitnah@yahoo.com

Salam Aidil Fitri 1427
Maaf Zahir Dan Batin

19.10.06

Realiti dan Fantasi

Tidak sabar-sabar rasanya hendak menatap Metro esok hari.(Post ini ditulis di dua pertiga malam).Apa agak-agaknya yang terpapar besok ya?Harimau Belantara mengganas di tengah kota metropolitan?Dan berharap juga agar Metro esok memaparkan laporan polis yang konon-kononnya telah dibuat berhubung kes 'cabul'.Biarlah laporan itu benar-benar REALITI dan bukan sekadar omongan kosong atau FANTASI puak-puak penentang dasar pengkhianat!
Biarlah perkara ini dibawa ke pihak berkuasa dan diselesaikan di Mahkamah.Semoga kebenaran akan menyuluh puak-puak penentang dasar pengkhianat di hujung jalan..

Tinggal sekitar 8 jam untuk puak-puak penentang 'mengisytiharkan' "Guru" baru mereka.Bukan puak-puak penentang saja ternanti-nanti,kami ahli-ahli setia di belakang Tuan Guru turut ternanti.Dan apabila itu berlaku,maka berakhirlah kegemilangan 'perjuangan Almarhum' yang didakwa pihak-pihak penentang.Maka terpadamlah salasilah perguruan yang diagung-agungkan oleh semua selama ini.Waktu itu,kami ahli-ahli setia hanya tersenyum melihat kalian.

Sudah bertemukah dengan 'calon' yang sesuai?Atau mungkin 'calon' tersebut masih 'ingin' mempertahankan salasilah perguruan?Maka terketar-ketarlah lutut hendak berjumpa dengan Tuan Guru meminta mandat.Almaklumlah,bak kata puak-puak penentang sendiri,mandat boleh diambil hanya dengan 'bersalam'.Memanglah mudah kalau Guru bukan lagi Guru dalam erti kata lain Hilang Kelayakan.Tetapi bagaimana nak ambil mandat kalau yang hendak dijumpa itu masih Guru Sebenar-benar Guru? Guru Yang Masih Sah dan Tidak Pernah Pun Hilang Kelayakan?

Dengar cerita ramai puak-puak penentang sekarang ramai yang mengaku tidak berguru.Maka berguru dengan SYAITAN lah mereka! Sebab itulah tindak-tanduk mereka pun mirip-mirip 'guru baru' mereka.Tapi pelik juga ya,bulan Ramadhan kan syaitan sedang digari..hmmm..Keliru juga memikirkan.Mungkin mereka melantik Nafsu mereka menjadi 'guru' buat sementara waktu sementara menunggu 'guru sebenar' mereka dibebaskan menjelang 1 Syawal!Huhuhu..

18.10.06

Harimau Belantara?

Maka terpampanglah di dada akhbar arus perdana yang berbentuk tabloid hari ini,Guru Silat Cabul.Pagi-pagi lagi hampir 10 mesej memenuhi 'inbox' anti-fitnah.Setelah me'rajin'kan diri membeli akhbar tesebut,saya yang marah pada mulanya(sebab baru bangun tidur) terus tersenyum selepas membaca artikel tersebut untuk kali ke 2 nya.Nampaknya akhbar yang pak-kaduk kata sebagai 'doa dimakbulkan' Tuhan itu tidak lebih dari provokasi murahan oleh puak-puak penentang yang semakin ketandusan strategi dan langkah seterusnya.Maka diteruskanlah tidur yang terganggu oleh GIMIK MURAHAN tadi.

Tujuan mereka semata-mata adalah untuk 'mehangatkan' Tuan Guru dan penyokong-penyokong setia beliau.Tidak lebih dari itu.Maka sebab itulah nama,cerita dan 'fakta' lain dalam artikel tersebul sama sekali bercanggah dari 'kitab kronlogi' rekaan 'nabi' Megat Sri Ram Ar.Nama gelaran juga sungguh menggelikan hati dan ketiak pembaca.Sejak bila Tuan Guru dipanggil 'Harimau Belantara'?Sungguh lucu.Kalau di baca berulang-ulang kali artikel tersebut,satu kesimpulan dapat dibuat; busuknya hati puak-puak penentang dasar pengkhianat ini!

Tiada laporan polis yang dibuat atas tuduhan cabul.Tiada.Silalah rujuk ke Bukit Aman kalau tidak percaya.Kalau betul ada laporan polis tersebut,kemukakanlah bukti.Kami tidak kisah,malah itu pun yang kami pihak penyokong Guru mahukan!Tetapi sehingga kini,laporan polis tersebut tidak dapat disahkan dengan sesahih-sahihnya.Membaca artikel tersebut,juga menyerlahkan lagi kedangkalan ilmu puak-puak penentang Guru, yang menambahkan lagi cerita dari apa yang mereka sendiri reka sebelum ini!Sebagai contoh,membuka seluar dan mangsa menjerit.Tiada pula dalam 'kitab kronologi' ditulis sebegitu.

Maka,apa yang boleh disimpulkan ialah,usah dilayan provokasi mereka.Saya menyeru kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang terus setia di belakang Tuan Guru agar terus bertenang dan tidak melatah kerana artikel tersebut tidak menyebutkan nama dan perguruan,kes yang disampaikan juga jauh bezanya walaupun nampak hampir sama,dan atas alasan,bukan semua berita yang disampaikan dalam akhbar adalah benar,lebih-lebih lagi akhbar tersebut yang sememangnya terkenal dengan sensasi sirap!

Anti-fitnah tiada masalah untuk turun naik mahkamah jika perlu berbuat demikian,pak-kaduk.Tiada apa yang perlu dirisau dan ditakutkan kalau YAKIN di pihak yang BENAR.Malah itulah yang terbaik jika perkara ini di bawa ke mahkamah,itulah yang diminta dan dilaung-laungkan di anti-fitnah ini,termasuk dari komen-komen pelayar.Ayuh pak-kaduk,desaklah perkara ini sehingga BENAR-BENAR di bawa ke pihak berkuasa,dan tunjukkan BUKTINYA! Desaklah semua mentor-mentor kau tu!Memang itu yang kami mahukan.

Oh ya,pak-kaduk mungkin cemburu dengan pihak Tuan Guru yang mempunyai lencana.Puak-puak penentang sekarang mungkin tengah mempertimbangkan hendak membuat lencana terpampang muka Hasyimah 'as-siddiq' x-rated mungkin.Di atasnya tulislah,KEBATILAN UNTUK KAMI, di bawahnya tulislah MEMANG KAMI BACUL.Huhuhu.

Di 'sidebar' blog anti-fitnah ini,disediakan 'countdown' untuk kalian puak-puak penentang dasar pengkhianat menghitung hari untuk 'melantik' "guru" kalian.Tarikh yang dikira 40 hari dari 17 September iaitu tarikh MMK menolak Kepimpinan Tuan Guru masih berbaki lagi kira-kira 8 hari lagi.Di harapkan Hasyimah 'as-siddiq' x-rated telah bersedia untuk menjadi 'guru' kalian (berdasarkan undian di blog ini).Tetapi kalau dia belum cukup umur,mungkin boleh dipangku sementara oleh 'mentor-mentor' puak-puak penentang yang lain.Berebutlah sesama sendiri.Huhuhu.Main 'ooowsoom' tak pun 'lat talilat tali tammplom' pun boleh jugakla!Huhuhu.

Si badan besar 2


Si badan besar rupanya masih wujud,ingatkan sudah 'keok' ditumbuk senapi di peneraju.com.Tetapi kenapa tukar link,interface dan symbol orang badan berketul-ketul tu?Hairan juga.Tukar link terus bagitau pak-kaduk ye?Mesti member kamceng ni,takpun memang orang yang sama.Kenapa tak bagitau anti-fitnah sekali?Kan di anti-fitnah ini turut ade link si badan besar.Bagitaulah sekali kalau-kalau tukar lagi lepas ni,mudahlah sikit mereka yang masih meraba-raba hendak mencari kebenaran melalui blog anti-fitnah ini,namun sebaik-baiknya rujuklah pada Tuan Guru.Pak-kaduk pun kalau agak-agak nak tukar link,bagitaulah sekali ye.Itu barulah namanya gentleman,buka komen,bagi link sumer.Nak takut ape,ye tak?Bertindak atas kebenaran,berani kerana BENAR!

Benarkah YM Tuan Guru ada 'body guards' tetapi Almarhum Ustaz dulu tiada seperti yang didakwa si badan besar?Saya pun kurang jelas maksud 'body guards'.Kalau yang dimaksudkan itu pengikut setia yang membela di kala Guru diuji,zaman Almarhum pun ada!Antaranya sekarang ini dalam puak-puak penentanglah!

Apakah peristiwa yang dimaksudkan di Pahang dan di Johor itu?Kalau setakat nak kata ganas,rasanya puak-puak penentang lagi ganas (tapi bacul sebab hanya berani di belakang Tuan Guru yang didakwa 'kononnya' sudah tiada 'gerun').Kalau tidak masakan Rumah di Keramat sanggup di mangga?Apa hak si pemangga itu?Kalau setakat atas alasan 'sedara' dan bagi pihak tuan rumah, kita hairan juga kenapa tuan rumah terus lagi bagi menginap sampai sekarang?Pelik.Pelik.

Dan adakah prinsip Silat Cekak jika menghantar SMS lucah kepada Tuan Guru dan Keluarga Almarhum?Bukan kami tidak tahu dari mana SMS tersebut dihantar.Bukan sekali dua.Siang malam tanpa rasa bosan?Pakai duit persatuan ke?Hak aku tu!Jangan nak guna sesuka hati!

"Sebaliknya, pihak MMK menggunakan pendekatan yang penuh hikmah. Tertib berpersatuan tetap dijaga. Rahsia persatuan diamanahkan kepada yang boleh memikul amanah. Tindakan MMK lebih diplomasi. Contohnya, baru-baru ini kehadiran konco-konco Md Radzi Hanafi dalam majlis berbuka puasa telah diterima secara baik. Layanan diberikan secara baik..."
- Si badan besar

Tertib persatuan dijaga?Jaga apa kalau siarkan Kronologi Fitnah Salah Laku di laman web rasmi?Rahsia persatuan diamanahkan?Ohh..itu yang Shah Rukh Khan suruh Wan Su-Khan simpan video tu?AMANAH lah tu NAMANYA?Benarkah dilayan dengan baik?Kalau tidak kenapa Shah Rukh Khan Gombak ajak 'bekas jurulatih di bawah seliaan' dia beradu kekuatan?(namun bacul dan takut juga melarikan diri)

"Bagi mereka yang mengutuk Tuan Hj Che Yusuf Che Mat, maka sahlah mereka tersasar jauh daripada ajaran Ustaz Hanafi. Mereka hanya mendengar suara-suara sumbang terutama suara Md Radzi Hanafi.." - Si badan besar

Maka yang mengutuk Tuan Guru tidak jauh tersasarlah?Malah makin dekat dengan ajaran Almarhum Ustaz lah?Adakah Pak Ustad CYCM Berkecuali (konon) ini dinamakan dulu sebagai pengganti Guru oleh Almarhum?Ada?Mungkin Si badan besar nak kata yang Almarhum dulu salah buat keputusan menamakan pengganti!Rujuk salasilah perguruan,ramai puak-puak penentang dah lupa!

"Untuk pengetahuan semua, Ustaz Hanafi tidak ambil upah atau sumbangan bila mengajar ugama. Cuba bandingkan amalan beliau dengan Md Radzi Hanafi. Berapa banyak wang yang diterimanya hasil daripada kursus "Perkasakan Solat?" Setahu kita, Md Radzi Hanafi tiada tauliah untuk mengajar ugama. Maka perkara ini akan mengundang masalah kepada pergerakan Silat Cekak. Lainlah semasa zaman Ustaz Hanafi, beliau ada tauliah.."
-Si badan besar

Bila masa pula Tuan Guru ambil upah ajar agama?Itulah,biasa si badan besar / pak-kaduk sibuk dengan PA system je,mana nak tahu!Tuan Guru sendiri pernah mengatakan beliau tidak mengambil upah bila ajar agama!Hak kursus solat dulu yang mahal sampai seratus,lima puluh dulu siapa yang anjurkan?Bukan puak-puak penentang juga?Duit itu kemudian masuk ke poket siapa?Srikandi?ke 'Kak' Yayah?Ada Tuan Guru ambil?Kalau ada pun itu hadiah yang disediakan penganjur,bukan Tuan Guru yang minta!Nampak sangat selama ini puak-puak penentang ini memang tidak menerima Tuan Guru seadanya,selama 13 tahun!Maka sebab itu dipertikaikan tauliah!Busuk hati!

"Ramai yang berkata bahawa ahli-ahli MMK dan MMT yang terlibat dengan kes ini semuanya tenang. Tiada kekalutan. Mereka tidak memusuhi sesiapa pun. Mereka hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh persatuan kepada mereka.."
-Si badan besar

Ramai yang kata?Siapa yang kata?Tenang dan tiada kekalutan?Cuba tengok sendiri air muka Datuk K Ce masa berunding dengan Abang Yang 30 September lepas.Dekat laman si badan besar sendiri ada.Tenang ke tu?

Sendiri mahu ingatlah.Siapa yang tenang,siapa yang tidak.Siapa yang 'tenang' tapi bertindak macam orang gila?Sudah-sudahlah si badan besar dan pak-kaduk.Dulu kau orang bolehlah nak temberang orang sesuka hati.Sekarang ni kot ye pun fikir-fikirlah sikit.

Sebenarnya,di zaman perpecahan dengan CM dahulu,Ahli Silat Cekak terbentuk kepada 3 kumpulan.Satu yang berpihak pada Tuan Guru,satu lagi sayangkan kepentingan bersama 'ustad' Ak dan satu lagi pihak di yang tidak setuju dengan 'ustad' Ak,tetapi berharap dapat 'mengawal' Tuan Guru mengikut kehendak hati masing-masing atas alasan 'senior dan berpengalaman'.Pihak yang ketiga ini sangkakan Tuan Guru boleh 'ditunjal' kepala sesuka hati tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali.Tuan Guru seperti yang kita kenali mempunyai pendirian yang mantap dan jitu yang tidak mungkin di'boneka'kan oleh sesiapa.Kita tidak hairan kalau selama ini pun,sebelum krisis ini berlaku,kedengaran suara-suara 'sumbang' mengomel dan tidak berpuas hati dengan Tuan Guru.Siapa punya suara?Faham-faham sajalah.Mereka ini terlampau lama iaitu 13 tahun memendam perasaan,memendam semua busuk di perut mereka,takut hendak 'dikucilkan'.Nah,apabila peluang iaitu fitnah Hasyimah 'as-siddiq' x-rated datang,maka mereka pun melancarkan strategi kotor dan jahat mereka.Akhirnya,berpecah belahlah sekali lagi Ahli-ahli Silat Cekak atas tindakan mereka yang sudah lama memendam perasaan ini.Sepatutnya dipertahan dan dibela "Putera Hanafi",tetapi tidak,lihatlah apa yang telah dilakukan!Ke mana janji-janji mu dulu untuk menjaga keluarga Almarhum?Layakkah Guru yang dinamakan sebagai Almarhum yang kamu sanjung sebagai pengganti menerima fitnah sebegini dasyat?

"keluarkan isi akalmu,jangan keluarkan isi perutmu" - Almarhum

Yang kelakarnya,puak-puak 'ustad' Ak pun tak percaya Tuan Guru mencabul!
"Ini kerja _____________ la ni,kan dah kata dah dulu!" ujar mereka.

Tapi itu kata merekalah.Terpulanglah hendak terima atau tidak.Insaflah puak-puak penentang.Usahlah diretakkan lagi perjuangan yang satu ketika dahulu kamu sanjung.Jika benar kalian di pihak kebenaran,selesaikanlah perkara ini melalui cara dan kaedah yang betul.Iya,mungkin kita dahulu tersilap apabila tidak membawa perkara ini ke pihak berkuasa,tetapi masanya masih ada untuk melaporkan.Biar pihak berkuasa menyiasat perkara ini.Biar mahkamah yang tentukan.Dan,jika sudah dibuat laporan polis,tunjukkanlah bukti kepada kami Ahli-ahli Silat Cekak.Jika 'benda' yang satu masa dulu 'kononnya' hendak dijaga aib tetapi akhirnya terpapar juga di laman rasmi persatuan,tidak ada salahnya kalau laporan polis turut dipaparkan sama.

Semoga kehadiran Syawal akan membuka hati kalian untuk bermuhasabah diri,menginsafi dosa-dosa silam dan seterusnya memohon maaf pada Insan yang tidak selayaknya kalian lakukan sebegitu.Kepada balaci-balaci dan macai-macai yang sentiasa patuh kepada abang dan mentor masing-masing,renung-renungkanlah tindak tanduk kalian.Siapakah yang menyampaikan ilmu,petua dan nasihat selama ini?Siapakah yang kalian cari dikala dilanda masalah dan gunda-gelana?Dan siapakah yang "bersaksikan" pengakuan syahadah kalian?Ayuh,usah ragu-ragu lagi dan bertindak segera.Sementara masa masih ada,sementara roh dan jasad masih bersatu,sebelum Izrail menjemputmu pulang...

KEBENARAN UNTUK SEMUA

JASAMU TETAP DIKENANG,YM TUAN GURU!!

17.10.06

Cik xxx

Terima kasih kepada semua pelayar yang sudi memberikan komen,sama ada dari kalangan ahli yang terus setia dengan Tuan Guru,atau dari pihak penentang,mahupun dari pihak yang 'play safe'.Banyak sungguh komen yang diterima,dan semacam blog anti-fitnah ini dirasakan seperti untuk tempat melepas geram pula.

Tidak mengapa,tidak menjadi masalah bagi saya kerana pada saya,hanya orang benar dan yakin dirinya benar yang tidak takut dengan sebarang kritikan dan komen.Juga,orang yang benar sahaja tidak menyembunyikan apa-apa perkara yang diyakini benar.Kerana apa?Kerana orang berani bertindak atas nama kebenaran.Maka sebab itulah,di anti-fitnah ini,di buka ruangan komen,untuk sesiapa sahaja memberikan pandangan dan sokongan,mahupun yang melepaskan geram atau yang cuba menabur lagi fitnah-fitnah tambahan.Terima kasih diucapkan atas sokongan dan dorongan anda.

Tidak seperti blog pak-kaduk yang takut untuk memberi peluang pelayar untuk memberikan respon.Satu ketika dahulu pak-kaduk 'berani' sekejap membuka ruangan komen,namun tidak sampai 24 jam,ruangan tersebut ditutup.Kerana apa?Kerana pak-kaduk dan puak-puak penentang ini tidak berani,tidak sanggup menghadapi kenyataan.Kerana mereka ini seolah-olah wujud di dunia mereka sendiri,bersandiwara,menabur fitnah terus-terusan,dan terus leka dan lalai dengan masalah yang mereka sendiri ciptakan.

Sekali lagi tanpa jemu dibangkitkan,kenapa 'kebenaran' yang didakwa oleh pihak penentang dan pengkhianat itu disembunyikan?Sehingga mereka yang menentang (balaci-balaci) turut tidak tahu?Sungguh kasihan mereka (balaci-balaci) ini.Sudahlah menyisihkan Guru akibat menelan bulat-bulat kata-kata mentor dan abang masing-masing,kini dinafikan hak pula untuk sama-sama berkongsi 'kebenaran' mereka itu! Sungguh kecewa jika saya diperlakukan sebegitu.Kepada balaci-balaci dan macai-macai ini,sedarlah,yang kamu semua sedang ditipu,sedang dipergunakan dan sedang diperalatkan.Hak kamu sedang dinafikan oleh mereka yang kamu agung-agungkan sendiri,yang kamu sanjung sehingga sanggup mengetepikan Guru sendiri!Dan lihat apa yang mereka lakukan?Setelah sama-sama berjuang demi 'kebenaran' kalian,tiba-tiba kamu tidak terpilih sebagai 'selected people'.

Kebenaran yang hakiki sepatutnya mestilah telus,tiada sebarang unsur dengki dan khianat dalam penyampaiannya.Sama seperti di pihak ahli-ahli yang setia menganjurkan Penerangan,ianya terbuka kepada sesiapa yang mencari KEBENARAN.Juga seperti di anti-fitnah ini,tanpa sebarang rasa prejudis membenarkan sesiapa sahaja,untuk memberikan respon terhadap apa yang disampaikan.

Maka yang dikatakan 'tayangan video perdana' oleh pak-kaduk itu tidak layak sama sekali dipanggil perdana.Kerana yang sama-sama menentang diperingkat balaci dan macai pun tidak tahu diadakan tayangan tersebut,sehingga di anti-fitnah ini lebih tahu dari mereka,perdana apa namanya itu?Sungguh tidak adil kepada kalian wahai balaci-balaci kategori ketiga puak-puak penentang.Kalian hanya dipergunakan oleh abang dan mentor kalian,sedangkan mereka hnya duduk di kerusi empuk menyaksikan kalian macam orang bodoh cuba mengusir ahli-ahli yang setia dari Keramat tempoh hari dan berapi-berapi mengutuk Tuan Guru.

Tayangan video itu,yang kita tidak tahu sejauh mana kebenaran pak-kaduk mengulasnya,bukannya boleh dijadikan bahan bukti yang Tuan Guru bersalah.Video tersebut dari awal lagi telah menjadi isu kerana orang yang bertanggung jawab memegang amanahnya iaitu Shah Rukh Khan Gombak telah menyerahkannya kepada salah seorang macainya iaitu Wan "Su-Khan".Video tersebut hanyalah keterangan dari pihak Tuan Guru yang berani datang disoal-siasat atas nama kebenaran dan bukannya seperti Hasyimah 'as-siddiq' (cik xxx konon,tak payahlah nak sembunyikan nama syima tu pak-kaduk,satu malaya dah tahu dah.Tapi elok jugak pak-kaduk bahasakan syima sebagai cik xxx,nampak sangat lah syima ni ketegori X-Rated!,pak-kaduk pun rasa macam tu!) yang kononnya 'trauma' (tahi kucing!) dan boleh dipercayai semata-mata berdasarkan surat sumpah yang diberi.Bagus juga kalau sistem penghakiman dan perundangan di Malaysia macam yang di amalkan oleh JK siasatan dan kehakiman dan juga MMK.

Saya akan menghantar surat kepada polis mengatakan pak-kaduk dan puak-puak penentang telah mencabul dan meliwat saya beramai-ramai.Kemudian polis akan memanggil saksi-saksi dari pihak pendakwa yang terdiri dari kalangan kawan-kawan rapat dan keluarga saya tetapi bukan saya sendiri (atas alasan saya dalam keadaan trauma).Semua keterangan dari puak-puak penentang diambil,siap dengan rakaman video lagi (ini lagi satu yang kita pelik,dalam mahkamah mana boleh bawak video?harap je belajar undang-undang tinggi,tapi bodoh bertingkat-tingkat). Maka polis,dengan mengambil keterangan dari saksi pendakwa dan keterangan pencabul-pencabul semua,berdasarkan 'body langguage' semata-mata (ini mana punya undang-undang?betullah 3 abdul!) dan atas alasan pendakwa iaitu saya tidak mungkin berbohong,maka dengan ini polis menjatuhkan hukuman mereka bersalah!dan muktamad!tanpa memberi peluang untuk membela diri..

Cereka di atas adalah cereka semata-mata.Kenapa saya mengisyaratkan polis?Samalah macam situasi sekarang ini,orang yang tidak berhak yang membuat keputusan,orang yang tidak layak menjatuhkan hukuman.Kes ini selayaknya dibawa ke pihak berkuasa dan biarkan pihak berkuasa menyiasat kes ini seadil-adilnya,kerana pihak berkuasa tidak mungkin mempunyai kepentingan ke atas persatuan,tidak seperti MMK!

Maka diserulah sekali lagi tanpa rasa jemu dan bosan,laporkanlah kepada pihak berkuasa jika benar kejadian 'cabul' ini berlaku.Usahlah berselindung lagi.Jangan disangka apa yang berlaku boleh berakhir di dunia tanpa di bawa ke akhirat (saya terdengar mak si mangsa berkata sedemikian) kerana yang diperlakukan ialah GURU dan yang dipertaruhkan ialah pegangan..Maka,insaflah,saya tanpa rasa jemu dan bosan menyeru kepada kalian puak-puak penentang.Semoga Dia membuka pinta hati kalian kembali.

16.10.06

Tertutup?

Untuk makluman semua,tahun ini penganjuran Majlis berbuka puasa diadakan dua kali di Lembah Klang dalam tempoh seminggu.Satu di adakan di bekas Rumah Persatuan Kg Dato Keramat pada 7 0kt yang dihadiri dan disampaikan tazkirah oleh Tuan Guru sendiri dengan bayaran RM 10 seorang ,dan satu lagi pada 14 Okt yang tidak dihadiri oleh Tuan Guru,tanpa bayaran.Majlis di Keramat dihadiri kira-kira 300 orang anak-anak murid setia termasuk dari luar lembah Klang seperti Pahang,Negeri Sembilan dan Johor.Manakala majlis satu lagi pada 14 Okt di satu tempat yang tidak pernah diketahui sebelum ini sebagai tempat berkumpul ahli (bukan hotel atau restoran). Dan tazkirah disampaikan oleh 'pak ustad' CYCM berkecuali (konon-konon),dihadiri kira-kira 100 orang.Dalam jumlah 100 orang itu,seramai 10 orang ahli yang memihak kepada Tuan Guru turut serta.

Mereka hendak hadir setelah mendapat undangan melalui SMS mengatakan tentang Majlis berbuka tersebut,juga tentang satu tayangan video.Juga turut diiklankan di laman web 'rasmi' Persatuan cekakhanafi.com.Maka mereka pun bertanya dengan pihak penganjur iaitu Encik Double N (dia ni lah yang senyum macam kerang busuk masa diperli oleh Tuan Guru masa di HUKM tempoh hari) maka En Double N mengalu-alukan kedatangan.Namun Shah Rukh Khan Gombak pula berpendapat perlu ditanya dan dirujuk pada Megat Sri Ram Ar.Maka berkata Megat Sri Ram Ar "boleh datang,tetapi jangan buat kacau". Bila pihak yang setia dengan Tuan Guru bertanyakan tentang tanyangan video,Megat Sri Ram Ar mengiyakan,namun ia terbuka hanya untuk "selected people"

Semasa majlis berbuka tersebut berlangsung,orang yang konon-kononnya" dengan rela hati letak jawatan tetapi ditolak oleh MMK" turut sama hadir.Betullah macam 3 Abdul,penuh lakonan dan sandiwara.Tiada apa-apa yang menarik berlaku sepanjang majlis berlangsung,tiada 'kesamsengan' dari ahli-ahli setia seperti yang sering didakwa oleh pak-kaduk berlaku.Tetapi kebaculan dari puak-puak penentang berlaku apabila Shah Rukh Khan bertanyakan kepada seorang ahli yang setia,lebih kurang mahu provokasi.Hujungnya Shah Rukh Khan Gombak mengajak ahli yang setia tersebut try di tingkat bawah dan dengan berani dan yakin ahli yang setia berkenaan menerima 'jualan' tersebut.Tetapi Shah Rukh Khan Gombak terus berlalu macam tiada apa-apa,padahal dia yang mulakan dulu.Inilah yang kita namakan sebagai 'Gertak Hindu'.Mula-mula kata dah jual,kemudian tak jadi pula nak jual.Padahal customer dah tak sabar-sabar nak beli.Apa cerita?Sungguh pelik perangai puak-puak penentang ini.Cakap berkobar-kobar,berapi-api sampai nak terbakar bibir,tetapi satu sen pun tak boleh pakai.Kononnya tak mahu gaduh.Padahal kau yang ajak,tapi kau yang takut?Apa bacul sangat?

Majlis berbuka tamat sekitar 10.30 malam apabila diumumkan dan hadirin pun bersurai termasuklah ahli-ahli yang setia ini.Dan sekitar 12.15 malam,maka bermulalah tayangan video yang cuma boleh dihadiri oleh selected people, salah seorang darinya pak-kaduk seperti yang dia katakan (betul tak betul,kita tak tahu) Semasa majlis,yang memberi Penerangan ialah orang yang dikatakan jujur meletak jawatan iaitu sifu m.nasir.Sungguh tidak disangka,permainanan wayang kulit yang puak-puak penentang tontonkan selama ini.Ramai sungguh pelakonnya,tetapi kita tak tahu lagi siapa 'tok dalang dan tukang karutnya'.Memang betul-betul dalang dan karut sungguh!

Kita hairan kenapa majlis tanyangan video ini hanya untuk selected people. Kalau di Korea semasa perang Korea Utara - Korea Selatan dahulu,mereka terpaksa menyoal siasat ideologi orang yang disyaki sama ada Komunis atau Nasionalis ,baru mereka akan lepaskan atau mereka bunuh.Maka di pihak penentang dan pengkhianat sekarang ini,tindak-tanduk mereka semakin menyamai komunis!Kenapa perlu dibuat tertutup?Apa pasal kebenaran seperti yang didakwa disekat?kenapa perlu disembunyikan?Kalau benar itu kebenaran,bukalah majlis tersebut kepada semua ahli yang mencari kebenaran!Jika di pihak ahli yang setia dengan Tuan Guru boleh membuka penyertaan pada semua semasa Majlis Penerangan di Pusat Bandar Damansara Ogos lepas,(pak-kaduk pun datang juga la!),kenapa kali ini hanya dibuat tertutup?Apa yang disembunyikan?Apa yang puak-puak penentang dan pengkhianat takut dedahkan?Kalau dulu boleh dibuat CD menegak kebenaran dan diedarkan kepada semua ahli,tetapi kali ini,kenapa hanya yang benar-benar dipastikan komunis baru boleh menonton?

Sungguh hairan,pelik bin ajaib.Untuk apa kebenaran disembunyikan?Pihak penyokong Guru tanpa sebarang takut membuka penyertaan pada semua,tetapi kenapa tidak pihak penentang dan pengkhianat?Nampak betullah yang mereka ini dasar pengkhianat dan bacul menyembunyikan kebenaran.Kalian dengan puak-puak Pak Ak dua kali lima sahaja.Elok juga kalian ikut Pak Ak kali ini.Pergilah memohon kemaafan dengan Pak Ak,dan ikut serta mereka.Untung-untung boleh tenyeh dahi Pak Ak,boleh jadi 'guru'.Nak tenyeh kepala Tuan Guru takut terketar-ketar,pergi sanalah lagi baik!Usah membuat kacau dan onar lagi di sini.Sungguh jelas sekali semua ini hanya fitnah dan konspirasi!

Kepada pihak yang kononnya 'dicabul' itu,saya secara terbuka mencabar kalian anak-beranak untuk buat laporan polis yang sebenar-benarnya dan tunjukkan bukti laporan polis tersebut,bukannya sekadar omongan kosong seperti pak-kaduk!Kalau boleh kronologi dipaparkan di cekakhanafi.com,paparkan laporan polis tersebut!Dan kami akan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Semoga Dia membuka pintu kalian untuk bertindak,dan seterusnya membersihkan diri dan hati kalian.Ingatlah,setiap seorang yang percaya dengan fitnah cabul ini,kalian terpaksa tanggungnya di akhirat kelak!Dan apabila semakin ramai yang mempercayainya,dan menyebarkannya pula,semakin beratlah masalah kalian.Insaflah,semoga di Ramadhan yang mulia ini,Dia mengurniakan hidayah untuk kalian berani atas nama kebenaran.Usahlah berselindung di sebalik topeng kesesatan.Sudah-sudahlah,tiada gunanya kalian menjatuhkan Tuan Guru,tidak kemana untungnya.Wang persatuan bukan banyak pun,takkan senang pun hidup kalau makan duit ahli lain secara Haram. Nak jadi 'guru' pun tak boleh,tak seorang pun layak,mandat tidak akan dapat ke tangan kalian kerana seorang pun tak berhak melainkan Tuan Guru sendiri.Kalau yang dapat lebih banyak dosa dari keuntungan,berbaloikah?Fikir-fikirkanlah..

Kembali

Setelah beberapa hari mengumpul bahan berita,akhirnya pak-kaduk kembali lagi dengan fitnah baru.Banyak lagi yang hendak diputarkan ye pak-kaduk?Tak puas-puas lagi pak-kaduk ni ye?Selepas termangu dan dungu sekejap terkena 'buah potong' anti-fitnah,pak-kaduk mengatur strategi untuk membuat 'potong buah potong' la konon-kononnya.
Tetapi kita hairan juga kenapa blog pak-pandir dan laman si badan besar dah tiada.Mungkin puak-puak penentang menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada pak-kaduk sahaja.Mungkin juga pak-kaduk dan si badan besar individu yang sama.

Kepada mereka yang masih belum maklum,di blog anti-fitnah ini ada diuploadkan satu album khas untuk tatapan pelayar blog ini.Album peristiwa 30 Sept 2006 boleh diakses di side bar di sebelah ini.Lihatlah bukti kekejaman mereka yang layak disamakan dengan Zionis dan Komunis.Kerana di anti-fitnah ini tidak disajikan dongeng cereka rakyat (macam pak-kaduklah,nama pun cerita rakyat),tetapi yang dihidangkan adalah FAKTA yang mesti diketahui.Juga disediakan satu vote caster untuk puak-puak penentang mengundi siapa 'guru' mereka selepas ini.Kepada ahli yang terus menyebelahi Tuan Guru,kalau nak undi pun boleh juga tetapi sekadar memberikan tamparan (jangan buat laporan polis pula) kepada mereka puak-puak penentang.Setakat hari ini,majoriti vote menunjukkan Hasyimah 'as-siddiq'(budak 16 tahun tak mungkin berbohong) layak menjadi 'guru' mengatasi yang lain-lain.

Kenapa dipertikai petua wang tawaf?Perkara ini sepatutnya tidak boleh dipertikaikan tidak kira di ruangan maya,mahupun secara terang-terangan.Pak-kaduk dan mentornya Abdul Wahib 3 Abdul mungkin tidak tahu petua yang dipertikai itu datangnya dari Almarhum Ustaz juga.Cuma mereka tidak dapat,jadi mereka pun katalah tiada.Serupa juga dengan ayat belayar,pun dipertikai juga tapi bukanlah dalam ruangan maya.Adakah semua sahabat di zaman Nabi S.A.W dahulu merawikan semua hadis?Sudah tentu tidak.Maknanya,bukan semua orang mendapat ilmu yang sama rata.Sebab itu kalau belajar Ulum Hadis,setiap hadis dikaji sanad dan matannya.Samalah juga dengan pak-kaduk dan mentornya Abdul Wahib 3 Abdul.Tetapi tidak semestinya mereka tidak terima ilmu tersebut bermakna ilmu itu tiada.Mungkin pak-kaduk tidak tahu kenapa not 1 riyal dipilih,bukan 5 riyal,bukan 10 bukan 50 riyal.Cuba diperhatikan apa beza not 1 riyal dengan not-not riyal yang lain.Kalau cerita dengan pak-kaduk bukan dia tahu pun,sebab dia bukan pernah pergi Umrah dengan Tuan Guru melalui tulisannya "Pak Kaduk pun dapat lah juga 'se RIYAL' dua sebagai kenangan, simpan lah dalam dompet duit sebagai kenangan sahaja hadiah dari kawan.." (Tak tahu malu,sudah pertikai tapi masih disimpan dalam dompet.Kalau tak suka tak payahlah simpan dalam dompet)

Siapa yang sebenarnya mempersoalkan yang ranting?Puak-puak penentang termasuk pak-kaduk sendiri yang membangkitkan cerita-cerita lain,umrah,pingat dato dan sebagainya.Cerita WFT 7 sendiri misalnya,bukankah sudah dipersetujui untuk tidak siasat tetapi siapa yang pukul canang cerita tersebut?Puak-puak penentang juga!Siapa yang mengatakan Abdul Wahab 3 Abdul layak menjadi 'guru' dan membangkitkan peribadi adik-beradik Tuan Guru yang lain?(semua fitnah belaka)

Bukan kita tidak tahu jawatan kuasa penyiasat yang mungkir janji berjumpa dan minum dengan si pemfitnah Man Ce semasa siasatan sedang dijalankan.Bukan kita tidak tahu bagaimana puak-puak penentang cuba menghasut dan mempengaruhi Abg Tat dan Abg Ji semasa siasatan tengah dijalankan.Siap panggil Abg Tat "Yang Mulia" lagi.Siapa yang pergi ke berjumpa Abg Ji untuk menghasut beliau konon-kononnya Abg Ji tidak serasi dengan Tuan Guru semasa siasatan masih dijalankan? Semua ini boleh diragukan kerana kedua-dua jawatankuasa tidak bertindak adil dan tidak telus malah melanggar sumpah mereka untuk merahsiakan sebarang maklumat,demi perpaduan kononnya.Perpaduan tahi kucing!

Pak-kaduk bertanya," ada sesiapa juak juak Mad Radhi yang dah bertanya? ingat lah Tn Hj Yahya tu pun seorang Peguam juga dan menjadi peguam rasmi persatuan bukan seorang yang tak bersekolah..Saya ingin bertanya,berapa kerat puak-puak penentang yang berjumpa sendiri dengan Hasyimah mahupun Tuan Guru?Pak-kaduk ada jumpa Hasyimah?Ada jumpa Tuan Guru?Siasatan apa kalau yang disiasat (Hasyimah) tidak hadir apabila dipanggil memberi keterangan?Merujuk ayat pak-kaduk sendiri, "Adalah PERLU beliau (merujuk Tuan Guru) hadir dan memberikan keterangan dan memaklumkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kerana beliau sendiri yang mengetahuinya dan beliau orang yang paling layak untuk menceritakannya.." Kenapa pak-kaduk tak desak Jk Siasatan untuk menyoal siasat sebenar-benarnya Hasyimah sendiri dan bukannya 'Abg' Sawi dan 'Kak' Yayah yang hadir atas alasan "mangsa" dalam keadaan trauma?Pak-kaduk tahu pula keperluan Tuan Guru memberikan keterangan,tetapi pak-kaduk tak tahu keperluan Hasyimah "As-siddiq" memberi keterangan?Sungguh tidak masuk akal.Yang dituduh dipanggil,yang menuduh tidak dipanggil?.Kenapa yang menulis surat aduan tersebut si bapa saudara pihak mangsa(konon-kononnya)?Kenapa bukan si ayah atau si ibunya sendiri?Padahal mereka pun ahli juga.

Malah keterangan yang diberi oleh fafaFiFifufu bercanggah dengan ayahnya Pak Mudin Lembut tetapi diabaikan oleh JK siasatan.Mengapa bantahan dan cadangan Abg Tat dan Abg Azhar tidak dilayan sedangkan mereka ahli JK Siasatan juga?Sebab itulah dulu Almarhum berhajatkan ramai ahli dari lulusan undang-undang,sebab Almarhum sudah dapat rasakan,yang ada dahulu dan sekarang ini ramai yang tak boleh pakai!Harap sekolah sahaja tinggi,tetapi bodoh bertingkat-tingkat nak buat apa?Mungkin pak-kaduk tidak tahu yang bukan semua peguam boleh buat kerja peguam jenayah.Pak-kaduk dan puak-puak penentang kena belajar baca komik "Penyiasat Remaja" dan tonton "Detektif Conan" di TV3.Cuba belajar macam mana buat domestic inquiry yang sebenar-benarnya.

Kenapa pihak Tuan Guru pula yang hendak buat saman malu?Kenapa puak-puak penentang tidak desak Hasyimah sendiri membuat laporan polis sebab dicabul?Satu dunia dah tahu Hasyimah kena cabul (konon-kononnya).Buatlah laporan polis.Kena tampar/tepuk berani pula buat laporan.Hak yang kena cabul tak buat-buat juga laporan pasal apa?Kami di pihak Tuan Guru ternanti-nanti.Tak sabar nak lihat apa kenyataan budak 16 tahun pada pihak polis dan mahkamah.Takut habis pecah tembelangkah?Dengar-dengar cerita adalah beberapa orang tu,apabila mahkamah memutuskan yang mantan TPM bersalah dahulu,dia tetap kata mantan TPM tidak bersalah,mahkamah tak telus dan sebagainya.Tetapi bila Tuan Guru difitnah oleh budak 16 tahun percaya pula!Kalau yang memfitnah itu suci macam Siti Maryam bonda Isa a.s boleh dipertimbangkan lagi!Ini tidak,gedik dan lain macam perangainya dah ramai orang tahu!Mana mungkin budak 16 tahun berbohong,kan?Tidak masuk akal.Budak 7 tahun pun dah pandai bohong zaman la ni,inikan pula budak 16 tahun yang gedik.Betullah,peguam bodoh.

Kita hairan juga kenapa video siasatan tidak mahu ditunjukkan seperti kata pak-kaduk.Kenapa tidak didedahkan kepada semua ahli video tersebut?Dulu masa zaman Pak Ak kan siap buat CD,hak yang ni tak berani pulak ke?Boleh ditunjukkan kepada mereka yang betul-betul "komunis" sahajakah?Sungguh tidak adil bagi kami di pihak Tuan Guru.Mana nak adil kalau yang menyiasat sendiri pun tidak dapat salinan video rakaman?(Abg Tat dan Abg Azhar) Kita hairan juga bagaimana puak-puak penentang ini bertindak.Dari awal lagi mereka memang sudah merancang sebenarnya.Kita tidak pelik kalau puak-puak penentang untung bila hendak menjatuhkan Tuan Guru dari jawatan Presiden,sebab dengan jelas,memang mereka yang memegang kewangan persatuan!Meminjam kata pak-kaduk,siapa yang 'masyuk' sebenarnya?Tetapi apa hak pak-kaduk mengatakan "boleh juga tengok bagaimana Mantan Guru Utama memberi keterangan kepada anak murid beliau.." ?Sejak bila pula dalam Tuan Guru letak jawatan ?Dulu puak-puak penentang juga yang berapi-api mengutuk puak-puak Pak Ak yang menghasilkan Resolusi 1 dan 2 pada masa itu mengekalkan Pak Ak sebagai Guru Utama kononnya puak-puak Pak Ak tidak tahu perlembagaan persatuan.Sekarang ini boleh pula dilakukan benda yang sama?Besar betul kuasa MMK,maka ramailah puak-puak penentang yang taksub pada MMK!

Cuba diperhatikan keadaan di pihak Tuan Guru sekarang ini.Apa yang tinggal?Stok uniform pun habis dikebas!Tang mana yang dikatakan 'masyuk'?Kalau tidak kami di pihak Tuan Guru sudah makan percuma semasa Majlis Berbuka di Keramat tempoh hari.Tetapi siapa sekarang ini yang makan percuma semasa majlis berbuka?Dengar-dengar cerita orang yang layak menerima zakat pun tidak hadir,kenapa bukan pak-kaduk sahaja yang terima zakat?Kan untung.Pak-kaduk bukan ada Guru pun sekarang ini,buat saja sesuka hati,tiada siapa hendak menegur.Tetapi kami di pihak Guru SANGAT-SANGAT YAKIN,Tuan Guru di pihak yang BENAR.Kebenaran tetap kebenaran,dan kebenaran tetap akan tertegak.Bila ketikanya,kita serahkan bulat-bulat pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui.Marilah sama-sama kita bersabar menempuh kemelut ini.

Saya ingin menarik pembaca merenung kembali sejarah Yusof A.s.(bukan pak ustad CYCM berkecuali) Adakah salah Yusof a.s memasuki istana Zulaikha waktu itu?Adakah Baginda dengan sengaja hendak menjerumuskan diri Baginda ke lembah fitnah?Adakah dipenjara Yusof a.s bermakna Baginda bersalah?Renung-renungkanlah.Sejarah menuntut kita untuk belajar darinya.Supaya kita sentiasa berhati-hati membuat keputusan apabila mendengar dan melihat sesuatu.Telinga dan mata boleh berbohong,seperti melihat kapal terbang di awan yang nampak perlahan tetapi sebenarnya laju.Maka gunakanlah AKAL untuk berfikir.Yang dipertaruhkan ialah pegangan.Saya tidak sanggup menyerahkan pegangan saya kepada budak 16 tahun yang telah jelas perangainya berbanding seorang Insan yang selama ini mengajar dan mendidik menjadi manusia,InsyaAllah.Tidak pernah walau sekali,yang diajar beliau sesat atau ilmu yang lagha.Marilah kita sama-sama renungkan. Benarkah Tuan Guru yang kita kenal sanggup melakukan seperti yang dikatakan puak-puak penentang?Beliau sebagai seorang pemimpin selama ini hanya menunjukkan peribadi contoh kepada kita.Adakah dengan tiba-tiba beliau boleh berubah menjadi tidak baik?Fikirkanlah..

13.10.06

Salasilah Perguruan

Terima kasih kepada semua rakan-rakan setia di pihak Tuan Guru kerana sudi membantu saya menangkis hujah-hujah karut yang dikomen oleh puak-puak penentang Guru.Terima kasih dan tahniah juga saya uacapkan kepada puak-puak penentang Guru yang sudi memberikan komen, dan seterusnya mendedahkan lagi kekalutan kalian.

Kepada semua pelayar blog anti-fitnah ini,terima kasih saya ucapkan atas kesudian anda mencari maklumat sebenar yang lain dari disampaikan oleh blog dan website puak-puak penentang.

Nampaknya pak-kaduk,si badan besar dan puak-puak penentang semakin tertekan dan buntu mencari idea untuk memutar alam lagi.Pak-kaduk sudah dua hari bercuti bekerja keras memikirkan fitnah-fitnah yang hendak direka.Jenuh mereka memikirkan point-point penting untuk "diputarkan".Bagaimana pula dengan strategis-strategis puak penentang?Si Ram Ar misalnya.Tapi kebanyakan dari mereka ini sekadar mengikut-mengikut sahaja,macam taklid jugalah.Tapi taklid pada imam mentor.Dengar dan percaya.Di suap,tak kunyah terus telan.Dan sekarang ini semua tengah senak dan sakit perut.

Mari kita lihatkan kembali salasilah perguruan Silat Cekak.

Panglima Ismail
Guru
Panglima Tok Rashid
Guru
Encik Yahya bin Said
Pemegang Amanah
YM Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad
Guru / Pemimpin Agung
Tn Hj Ishak Bin Itam
Pemangku
YM Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi
Guru Utama Sekarang/Semasa
Salasilah inilah yang kita dengar dan diajar semasa kita baru-baru hendak mengenal Silat Cekak.Salasilah inilah yang kita pegang untuk menangkis serangan dari Ahli-ahli Kalimah dan Cekak Malaysia.Dan Salasilah inilah yang kita sampaikan apabila ada orang bertanya atau semasa Majlis Penerangan.Salasilah inilah,yang kita pegang setiap kali berlaku kemelut dari sejak zaman Long Bersaudara bersama Pak Ya,zaman "ustad" Ak dan kini zaman "Dajjal" (maaf kerana saya masih belum jelas siapa Mastermind di sebalik konspirasi ini).Dan sejarah telah membuktikan,pihak Guru akan menang dan terus maju ke hadapan meninggalkan mereka yang "tertinggal".Kita semua maklum tentang hal ini.Malah kita dengan berani dan yakin melaungkan kebenaran terhadap sesiapapun sebelum berlaku isu fitnah ini.Dua kemelut sebelum ini berlaku antara Guru semasa dengan bekas Guru.Tetapi kemelut kali ini agak berbeza kerana yang menentang tidak mempunyai "guru" dan yang ditentang masih lagi Guru yang sah.
Kita tidak tahu apa kesudahannya kemelut ini.Kita terdengar puak-puak penentang sudah mula melupakan salasilah perguruan.Sudah mula mengatakan salasilah perguruan tidak penting.Mana boleh tidak penting.Kerana salasilah perguruan
lah yang menentukan pihak yang benar.Kerana salasilah perguruanlah ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.
Si badan besar mengatakan "Kita bersilat kerana Allah swt bukan kerana silat. Bukan kerana guru.." dan mengatakan "Jika benar kita sayangkan Silat Cekak sebagaimana yang dikehendaki oleh Ustaz Hanafi maka kita mesti melahirkan pendirian.."
Mungkin si badan besar sudah lupa pantun yang dikarang sendiri oleh Almarhum
Taat ke Guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika derhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat
Yang ditentang sekarang ini adalah Guru mereka sendiri.Guru yang sepatutnya dibela apabila difitnah,sebaliknya mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Guru.Apakah sikap ini?Bukankah Tuan Guru Md Radzi adalah pilihan Almarhum sendiri?Jika mereka mengagungkan Almarhum,tetapi menentang pilihan Almarhum,apa ertinya perjuangan yang dilaung-laungkan?Jika diimbas pada sejarah,adakah Almarhum menamakan pengganti beliau selain dari Tuan Guru Md Radzi?Kita imbas kembali apa kata-kata Almarhum pada ahli-ahli waktu itu sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.Apa yang disampaikan kepada Almarhum kepada Cikgu Rauhi?Apakah Almarhum silap membuat keputusan menamakan pengganti?TIDAK,kerana pengganti Almarhum memang Insan yang paling layak dan paling tepat!Jangan ada yang komen tentang Pak Ak dalam isu ini kerana hendaklah jelas,Pak Ak hanyalah pemangku dan beliau yang menuntut hak perguruan sebagai pemangku.Maka sebab itulah ditubuhkan MMT,untuk mengkaji tuntutan Pak Ak pada waktu itu.Almarhum bukan menamakan Pak Ak sebagai pengganti sebaliknya sebagai pemangku.Itu pun berdasarkan kata-kata Pak Ak.
Jadi apa ertinya mengagungkan Almarhum,tetapi menolak pilihan Almarhum?Sebab itulah puak-puak penentang kehabisan idea sehingga terpaksa "menerima" situasi mereka yang tidak berguru seadanya.Apa gunanya ilmu jika tidak beroleh keberkatan?Hayati dan fahami sebaik-baiknya pantun karangan Almarhum itu.
Apakah benar dakwaan ahli yang menghantar surat pertuduhan dahulu?Kita masih waras memikirkannya.Cuba dikaji pengalaman kita bersama Tuan Guru.Adakah beliau mengajar ke arah kesesatan?Adakah beliau mengajar kita berbuat jahat dan ilmu yang meragukan?Adakah beliau sebelum ini memang terkenal dengan sikap tidak baik?Seorang yang mempunyai sikap tidak baik,kaki perempuan misalnya, tidak akan menunjukkan belang di usia 45 tahun.Sikap tersebut biasanya akan ditunjukkan seawal di usia muda lagi.Adakah Tuan Guru menunjukkan sikap tidak baik dari dahulu sebelum menjadi Guru lagi?Cubalah dirisik pada rakan-rakan yang rapat dengan beliau,rakan-rakan sekolah beliau atau rakan-rakan yang pernah tinggal serumah dengan beliau.Apakah Tuan Guru playboy di usia mudanya?
Mungkin selepas ini,pihak-pihak penentang memiliki salasilah perguruan seperti berikut:
Panglima Ismail
Guru

Panglima Tok Rashid
Guru

Encik Yahya bin Said
Pemegang Amanah

YM Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad
Guru / Pemimpin Agung

Tn Hj Ishak Bin Itam
Pemangku

YM Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi
Guru Utama Sekarang/Semasa
MMK menentukan "Guru" melalui kiraan undi.Pengundian juga dibuka melalui perkhidmatan sms 33733.MMK akan menentukan 20% keputusan dan selebihnya bergantung pada undi sms.Caj RM 1.00 dikenakan bagi setiap mesej yang diterima.Individu di bawah umur 18 tahun hendaklah meminta kebenaran ibu bapa.Bukan ahli juga boleh turut mengundi.
Pada pendapat saya,mereka yang menentang ini terdiri dari tiga kategori.Pertama,yang tidak benar-benar rapat dengan Tuan Guru.Mereka yang terdiri dari kalangan ahli-ahli zaman Almarhum.Dalam erti kata lain,yang susah hendak menganggap dan menerima Tuan Guru sebagai Guru mereka atas faktor umur, mungkin.Kedua,mereka yang terpengaruh dengan kategori yang pertama walaupun mereka agak rapat dengan Tuan Guru.Mereka sering bersama Tuan Guru tetapi kepercayaan mereka kepada Guru terbatas malah lebih mempercayai orang-orang kategori pertama dari Tuan Guru sendiri.Ketiga,mereka yang mengikut-ikut kategori Pertama dan Kedua tanpa berfikir dan atas dasar lebih mempercayai orang lain dari Guru sendiri.Mereka berpegang pada teori "tidak mungkin orang lama dan orang yang rapat berbohong atau berbuat silap".Maka mereka memperjudikan pegangan mereka kepada kategori pertama dan kedua.
Kepada puak-puak penentang,di kategori manakah anda berada?Fikir-fikirkanlah.Renungkan kembali apa yang telah dilakukan.Hayati pantun Almarhum.Apakah kalian benar-benar dan sungguh-sungguh YAKIN kalian di pihak benar?Memetik sabda Nabi s.a.w, " ulama (orang berilmu) pewaris Nabi".Di dalam pergerakan kita,siapakah yang paling layak dikatakan orang berilmu tersebut?Gurulah jawapannya.Bukan orang lama,bukan Presiden,bukan NP,bukan SUA,bukan bendahari,bukan SU LPT,bukan KPS,bukan MMT,bukan MMK.Insaflah,bersama-sama kita kembali ke jalan yang benar.Guru yang kita kasihi tidak selayaknya diperlakukan sebegitu.Rakan-rakan seperjuangan juga tidak patut menerima layanan buruk dan hasutan dari kalian.Sementara masa masih ada,sementara nyawa masih melekat di badan,sementara belum bertindak lebih jauh..Insaflah..

12.10.06

Peneraju Informasi Terkini

Alahai si badan besar..Sudahlah menciplak "Tag line" peneraju.com,"berita" yang disampaikan pun melalut dan tak up to date langsung.Kenapa?2-3 hari lepas asyik sibuk di pak-kaduk.blogspot.com,sampai terlupa awak tu ada lagi satu homepage ke?Kejadian Penyelia IPTS di Bangi itu ditampar @ ditepuk di mulut berlaku hari Ahad, la ni baru nak kuar?Informasi Terkini apa namanya tu?

Itulah yang dikatakan PENAKUT,PENIPU dan BACUL.Puak-puak penentang semakin kekeringan isu sekarang ini.Maka di "highlight" la kononnya kesamsengan Guru dan anak-anak murid yang setia.Si badan besar tapi akalnya pendek mengatakan "Seorang yang beriman akan serah bulat-bulat kepada Allah swt sekiranya dia difitnah.." Memang betullah si badan besar ni akalnya pendek.Maka apabila difitnah,tidak payahlah berusaha utnuk membersihkan nama?Tidak payahlah menegakkan kebenaran?Tuan Guru memang menunjukkan beliau difitnah maka dengan berani beliau menampar/menepuk mulut si Penyelia dan MMK yang dungu itu tanpa mendapat sebarang tentangan.Itu baru sikit,pak-kaduk dan si badan besar dah melatah tak tentu pasal.Terfikir juga kenapa isu ini dilaporkan ke polis selepas 24 jam.Dan terfikir juga kenapa si penyelia dungu tidak berani keluar kereta semasa dipanggil ke balai pada malam Isnin lepas.Siap mengadu kat polis lagi macam budak-budak "Diorang ni macam nak makan saya je" sambil merujuk kepada penyokong-penyokong Guru yang mengiringi Tuan Guru ke balai polis malam berkenaan.

Tuan Guru minta maaf?KARUT.Penyelia dungu SEBENARNYA dimarah pula oleh polis kerana tidak mahu hal diselesaikan dan mahu memanjang-manjangkan cerita walhal "kes" dah selesai pun.Dahlah BOHONG masa buat laporan.Itulah,lain kali mintalah pendapat Criminal Lawyer.Minta pendapat Conveyancing punya orang,kena gelak jelah dengan polis.Lain kali minta Family Matters punya lawyer bagi nasihat,ye?Patutlah dulu Almarhum berhasrat ramai ahli dari kalangan pengamal undang-undang,kerana yang ada sekarang ini,SIKIT sangat yang boleh pakai.Sebab itulah nak buat domestic inquiry pun tidak tahu.Pura-pura tak tahu pun boleh jadi juga.

Terfikir berkali-kali,kalau setakat kena tepuk/tampar berani buat laporan polis (walaupun selepas 24 jam) kenapa yang hak konon-kononnya kena cabul tak buat-buat laporan polis?Nak tunggu lagi 24 tahun ke?Ke nak tunggu budak tu kena cabul dengan orang lain pulak?Ataupun budak tu yang mencabul?

Maksum?Bila pulaklah Tuan Guru mengaku beliau maksum.Itulah,selama jadi murid Tuan Guru dulu tidak mahu jadi kroni Guru.Yang dipilih, jadi kroni mentor.Maka dapat info pun info mentor lah,bukan ilmu Tuan Guru.Dia dengan mentor yang JAHIL lagi PEMBOHONG,dikata pula Tuan Guru hanya pandai baca surat khabar.Cuba rujuk mereka yang pernah sama-sama hidup membujang dengan Tuan Guru dulu,tanya mereka apa bahan bacaan Tuan Guru?Sebab itu lah mereka yang kenal dengan Tuan Guru secara personal (bukan setakat jumpa Tuan Guru di program-program rasmi atau jumpa bila ada masalah keluarga macam yang tulis surat pertuduhan) dari beliau muda lagi,tidak akan percaya Tuan Guru melakukan perbuatan yang terkutuk itu,melainkan orang itu mempunyai agenda licik dan jahat serta konspirasi atau hajat besar nak jadi guru.

Adatlah ahli-ahli yang setia mencabar,itulah namanya PROVOKASI.Tup-tup puak-puak penentang melatah pula,kata ganas la apa-apa la yang seumpama dengannya.Tapi yang pelik,bila puak-puak penentang provok Tuan Guru,keluarga Almarhum malah anak Tuan Guru yang pada ketika itu sedang sibuk bersiap sedia nak hadapi peperiksaan takpe pulak ye?Siapa punya angkara yang menghantar mesej lucah dan melampau kepada Insan-insan ini?Bukan 1,bukan 2,malah banyak.Terlalu keji mesej yang dihantar dan tidak layak dituliskan di blog ini,malah tidak layak dipanggil MANUSIA ,bangsat yang menghantar mesej itu.Itulah dia,nombor yang saya paparkan di post yang lepas --- 019 234 4177 .Siapa punya angkara mesej-mesej tersebut?Konon mengaku mengagungkan Almarhum Ustaz.Tapi adakah Almarhum mengajar puak-puak penentang jadi BANGSAT sebegitu?Lepas hantar mesej-mesej keji tersebut,forward banyak-banyak pada Tuan Guru dan Keluarga,selepas itu,tutup telefon.SAH BACUL,TIDAK LAYAK MENGAKU MANUSIA.Malah di bulan Ramadhan yang mulia ini pun tetap aktif menjalankan kerja keji itu.Apakan tindakan Tuan Guru selepas itu?Adakah Tuan Guru melatah?TIDAK.Malah ada ahli yang setia sanggup datang ke Kuala Lumpur dari jauh kerana telampau marah apabila membaca kandungan mesej keji tersebut.Namun adakah Tuan Guru mengizinkan kesamsengan dan keganasan seperti yang si badan besar dakwa itu berlaku?Apa kata Tuan Guru? SABAR. Setelah bermacam-macam kezaliman yang kalian puak-puak penentang lakukan,sudah macam ala-ala Zionis,baru kena tampar/tepuk sedikit dah melatah habis satu dunia tahu?Lihatlah dunia,lihatlah ahli-ahli yang masih lagi meragui dan belum tetap pendirian.Kezaliman demi kezaliman yang mereka lakukan,menyalahgunakan kuasa yang konon-kononnya di tangan mereka.

Apakah salah anak Tuan Guru sehingga diheret sama dengan permasalahan ini?Banyak lagi yang mereka lakukan.Fitnah sudah jadi macam rutin,macam sudah jadi makanan ruji.Hasutan demi hasutan dilemparkan dan khianat demi khianat yang dipaparkan mereka.Apakah matlamat mereka sebenarnya?Kalau benar ingin Tuan Guru jatuh,maka siapa selayaknya pengganti beliau?Puak-puak penentang ini memang buta sejarah,buta asal-usul.Tidak mengapa,post akan datang saya akan MENGINGATKAN mereka tentang salasilah perguruan yang menjadi TONGGAK kejayaan mereka di pihak yang BENAR sejak dari dahulu lagi.

- "Ayuh bangkit saudara-saudara ku sekelian!......Fikir-fikirkanlah dan beranilah bertindak" - (big-body guy)

- "Sabarlah Mad Radhi, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar....Namun harus diingat, Allah tidak akan bersama-sama orang-orang yang tidak bercakap benar dan memutar-belitkan kenyataan. Renung-renungkanlah......."- (pak-kaduk)

Tak payahlah nak menasihati kami di pihak yang benar.Kalian puak-puak penentanglah yang harus dinasihati.Sekadar bertanya,sejak bila pak-kaduk dan si badan besar tahu dan pandai sampaikan mesej di hujung penulisan?Sejak semakin sedar fitnah dan hasutan kalian semakin tidak menjadi?Atau apabila menyedari ada blog-blog lain yang menangkis fitnah dan hasutan kalian?Tidak payahlah menyeru kepada kesesatan.Kalau cakap 10 , 12 tak boleh percaya,tak payahlah nak seru orang lain.KAU BETULKAN DULU DIRI KAU YANG SEMAKIN JAUH MENYIMPANG.

Sama-samalah kita di pihak BENAR berdoa dan berusaha agar Dia terus menetapkan kita di jalan KEBENARAN.Dan marilah kita berdoa agar pintu hati mereka saudara segama kita itu terbuka kembali menerima cahaya kebenaran..amin...Dengan Izin-Nya..Tiada Daya Dan Upaya Selain Dia..