16.10.06

Tertutup?

Untuk makluman semua,tahun ini penganjuran Majlis berbuka puasa diadakan dua kali di Lembah Klang dalam tempoh seminggu.Satu di adakan di bekas Rumah Persatuan Kg Dato Keramat pada 7 0kt yang dihadiri dan disampaikan tazkirah oleh Tuan Guru sendiri dengan bayaran RM 10 seorang ,dan satu lagi pada 14 Okt yang tidak dihadiri oleh Tuan Guru,tanpa bayaran.Majlis di Keramat dihadiri kira-kira 300 orang anak-anak murid setia termasuk dari luar lembah Klang seperti Pahang,Negeri Sembilan dan Johor.Manakala majlis satu lagi pada 14 Okt di satu tempat yang tidak pernah diketahui sebelum ini sebagai tempat berkumpul ahli (bukan hotel atau restoran). Dan tazkirah disampaikan oleh 'pak ustad' CYCM berkecuali (konon-konon),dihadiri kira-kira 100 orang.Dalam jumlah 100 orang itu,seramai 10 orang ahli yang memihak kepada Tuan Guru turut serta.

Mereka hendak hadir setelah mendapat undangan melalui SMS mengatakan tentang Majlis berbuka tersebut,juga tentang satu tayangan video.Juga turut diiklankan di laman web 'rasmi' Persatuan cekakhanafi.com.Maka mereka pun bertanya dengan pihak penganjur iaitu Encik Double N (dia ni lah yang senyum macam kerang busuk masa diperli oleh Tuan Guru masa di HUKM tempoh hari) maka En Double N mengalu-alukan kedatangan.Namun Shah Rukh Khan Gombak pula berpendapat perlu ditanya dan dirujuk pada Megat Sri Ram Ar.Maka berkata Megat Sri Ram Ar "boleh datang,tetapi jangan buat kacau". Bila pihak yang setia dengan Tuan Guru bertanyakan tentang tanyangan video,Megat Sri Ram Ar mengiyakan,namun ia terbuka hanya untuk "selected people"

Semasa majlis berbuka tersebut berlangsung,orang yang konon-kononnya" dengan rela hati letak jawatan tetapi ditolak oleh MMK" turut sama hadir.Betullah macam 3 Abdul,penuh lakonan dan sandiwara.Tiada apa-apa yang menarik berlaku sepanjang majlis berlangsung,tiada 'kesamsengan' dari ahli-ahli setia seperti yang sering didakwa oleh pak-kaduk berlaku.Tetapi kebaculan dari puak-puak penentang berlaku apabila Shah Rukh Khan bertanyakan kepada seorang ahli yang setia,lebih kurang mahu provokasi.Hujungnya Shah Rukh Khan Gombak mengajak ahli yang setia tersebut try di tingkat bawah dan dengan berani dan yakin ahli yang setia berkenaan menerima 'jualan' tersebut.Tetapi Shah Rukh Khan Gombak terus berlalu macam tiada apa-apa,padahal dia yang mulakan dulu.Inilah yang kita namakan sebagai 'Gertak Hindu'.Mula-mula kata dah jual,kemudian tak jadi pula nak jual.Padahal customer dah tak sabar-sabar nak beli.Apa cerita?Sungguh pelik perangai puak-puak penentang ini.Cakap berkobar-kobar,berapi-api sampai nak terbakar bibir,tetapi satu sen pun tak boleh pakai.Kononnya tak mahu gaduh.Padahal kau yang ajak,tapi kau yang takut?Apa bacul sangat?

Majlis berbuka tamat sekitar 10.30 malam apabila diumumkan dan hadirin pun bersurai termasuklah ahli-ahli yang setia ini.Dan sekitar 12.15 malam,maka bermulalah tayangan video yang cuma boleh dihadiri oleh selected people, salah seorang darinya pak-kaduk seperti yang dia katakan (betul tak betul,kita tak tahu) Semasa majlis,yang memberi Penerangan ialah orang yang dikatakan jujur meletak jawatan iaitu sifu m.nasir.Sungguh tidak disangka,permainanan wayang kulit yang puak-puak penentang tontonkan selama ini.Ramai sungguh pelakonnya,tetapi kita tak tahu lagi siapa 'tok dalang dan tukang karutnya'.Memang betul-betul dalang dan karut sungguh!

Kita hairan kenapa majlis tanyangan video ini hanya untuk selected people. Kalau di Korea semasa perang Korea Utara - Korea Selatan dahulu,mereka terpaksa menyoal siasat ideologi orang yang disyaki sama ada Komunis atau Nasionalis ,baru mereka akan lepaskan atau mereka bunuh.Maka di pihak penentang dan pengkhianat sekarang ini,tindak-tanduk mereka semakin menyamai komunis!Kenapa perlu dibuat tertutup?Apa pasal kebenaran seperti yang didakwa disekat?kenapa perlu disembunyikan?Kalau benar itu kebenaran,bukalah majlis tersebut kepada semua ahli yang mencari kebenaran!Jika di pihak ahli yang setia dengan Tuan Guru boleh membuka penyertaan pada semua semasa Majlis Penerangan di Pusat Bandar Damansara Ogos lepas,(pak-kaduk pun datang juga la!),kenapa kali ini hanya dibuat tertutup?Apa yang disembunyikan?Apa yang puak-puak penentang dan pengkhianat takut dedahkan?Kalau dulu boleh dibuat CD menegak kebenaran dan diedarkan kepada semua ahli,tetapi kali ini,kenapa hanya yang benar-benar dipastikan komunis baru boleh menonton?

Sungguh hairan,pelik bin ajaib.Untuk apa kebenaran disembunyikan?Pihak penyokong Guru tanpa sebarang takut membuka penyertaan pada semua,tetapi kenapa tidak pihak penentang dan pengkhianat?Nampak betullah yang mereka ini dasar pengkhianat dan bacul menyembunyikan kebenaran.Kalian dengan puak-puak Pak Ak dua kali lima sahaja.Elok juga kalian ikut Pak Ak kali ini.Pergilah memohon kemaafan dengan Pak Ak,dan ikut serta mereka.Untung-untung boleh tenyeh dahi Pak Ak,boleh jadi 'guru'.Nak tenyeh kepala Tuan Guru takut terketar-ketar,pergi sanalah lagi baik!Usah membuat kacau dan onar lagi di sini.Sungguh jelas sekali semua ini hanya fitnah dan konspirasi!

Kepada pihak yang kononnya 'dicabul' itu,saya secara terbuka mencabar kalian anak-beranak untuk buat laporan polis yang sebenar-benarnya dan tunjukkan bukti laporan polis tersebut,bukannya sekadar omongan kosong seperti pak-kaduk!Kalau boleh kronologi dipaparkan di cekakhanafi.com,paparkan laporan polis tersebut!Dan kami akan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Semoga Dia membuka pintu kalian untuk bertindak,dan seterusnya membersihkan diri dan hati kalian.Ingatlah,setiap seorang yang percaya dengan fitnah cabul ini,kalian terpaksa tanggungnya di akhirat kelak!Dan apabila semakin ramai yang mempercayainya,dan menyebarkannya pula,semakin beratlah masalah kalian.Insaflah,semoga di Ramadhan yang mulia ini,Dia mengurniakan hidayah untuk kalian berani atas nama kebenaran.Usahlah berselindung di sebalik topeng kesesatan.Sudah-sudahlah,tiada gunanya kalian menjatuhkan Tuan Guru,tidak kemana untungnya.Wang persatuan bukan banyak pun,takkan senang pun hidup kalau makan duit ahli lain secara Haram. Nak jadi 'guru' pun tak boleh,tak seorang pun layak,mandat tidak akan dapat ke tangan kalian kerana seorang pun tak berhak melainkan Tuan Guru sendiri.Kalau yang dapat lebih banyak dosa dari keuntungan,berbaloikah?Fikir-fikirkanlah..

44 comments:

Anonymous said...

Rupa-rupanya ada niat lain masa datang buka puasa tu. Ingat datang nak buka puasa ja. Tentu sedap makan free kan tak payah bayar RM10. Kalau belah sana pun tak bayar aku kompom datang jugak hari tu

Anonymous said...

a'kum..
sedara,ade lg 1 nak tanye skit la...
sedara b'cerita ber iya2 yg ade tygn video mlm 2... sedara ade kat situ ker??????
sy b'ada d sana smpi sume b'surai, takde pun....
tak baik menipu bln posa ni....

Anonymous said...

akum...
saya bersetuju dengan kenyataan ini..kenapa hanya dikeluarkan dan dipertontonkan oleh orang orang yg tertentu sahaja? jika pihak disana(menentang cik mat) yakin bahawa mereka berada di pihak yg benar, benarkan kami ahli ahli ni melihat sama! kami mahu melihat kebenaran! bukannya melihat pertelagahan! kenapa kebenaran harus diselindungi? kenapa apa? untuk tidak mengaibkan guru utama? ikhlas saya cakap, kalau hendak menutup aib,lupakan sahaja..nama guru utama sudah tercalar habis,beliau sudah diaibkan sebegitu rupa,saya yg hanya ahli biasa pun..sedih dan teramat kecewa jika diperlakukan sebegitu rupa..kalau hendak menutup aib,ia bukannya persoalan lagi..sekarang kami menuntut kebenaran! benarkan semua ahli,tidak kira lama atau pun baru, unutk melihat semua! biarkan kami yang menilai siapa yg benar dan siapa yg salah! hidup cekak hanafi! hidup kebenaran!

Anonymous said...

lawakla kamu ni labu....

kalau semua org tgk.... bekas guru utama nih malu besar woooooo.....

takpe satu hari nnt kuar kat laman web baru hang semua tau.....

wahahahaha....lawak....lain kali tgk video baru tau la...... jgn over confident bekas guru tu bagus sgt...merana nnt....

Anonymous said...

akum...
itulah..seperti mana yg saya katakan tadi...kalau nak dikatakan malu besar..jangan bimbang..guru utama pun sudah malu besar..tapi,apa yg lebih penting ialah unutk membuktikan siapa yg berada di pihak yg benar atau tidak..itu yg lebih utama..dan kami ahli ahli hanya ingin melihat satu perkara sahaja. kebenaran. dan kebenaran hanyalah dapat dibuktikan dengan bukti bukti. hairan juga, jika pihak yg menentang guru utama yakin berada di pihak yg benar..kenapa tidak adakan sahaja MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN LUAR BIASA? BIARKAN perwakilan sahaja yg menentukan siapa yg berada di pihak yg benar dan siapa yg berada di pihak yg salah..kan lebih mudah daripada bertindak dengan emosi? :)

Anonymous said...

apahal pulak GU nak malu besar...!!!dia tak buat benda2 ni smue...buat apa nak malu...kalu die buat,baru la die rasa malu....ingat,puak2 penentang adlah pembohong semata mata...percayalah kata2 saya...mereka akan buat walau apa cara sekalipun untuk menjatuhkan GU...kalau penentang di pihak yang benar,kenapa mereka mesti berselindung....kenapa dah tak datang lagi rumah persatuan...biasanya orang yang berselindung dan takut2 ni di pihak yg salah....

Anonymous said...

Sudahla Mejar D yg naik peogeot tu.. AKU BENCI TINDAK TANDUK ENGKAU!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum sedara ku ahli silat cekak...
Saya mengkagumi saudara sebab menjadi seorang ahli yang tidak menerima fitnah..
Tp sayang tanpa saudara mengetahi apa-apa saudara dah mula berkata-kata sehingga tanpa saudara sedari saydara sudah mul menjadi sumber kepada fitnab baru. Pada 14 Oktober yg lalu tiada sebarang tanyangan video diadakan walaupun selepas para penyokong Guru Utama pulang.. Jadi jangan lah saudara membuat cerita yang bukan2 kerana perbuatan saudara ini cuma menambahkan kesangsian saya terhadap kebenaran yang saudara cuba timbulkan.. Ceritalah sesuatu yang benar dan saudara pasti ianya benar dan bukannya anggapan saudara semata2. Jika tidak berkemungkinan penulisan saudara akan menjadi sebab pertambahan para "penderhaka" Guru Utama.
Terima Kasih,selamat balik kampung utk raya..

Anonymous said...

Pasal pak Ak, seingat sy ada persatuan Cekak Hanafi keluar kenyataan rasmi yg kita di pihak Cekak Hanafi harap pak Ak benar-benar ikhlas bertaubat dan tak ulang lagi perbuatan salahnya tu. Pendirian ni jelas ada dlm web site rasmi persatuan, kalau tak silap tahun 2001 (2000?) dikeluarkan oleh Ketua Perhubungan Seranta masa tu. maknanya ni adlh pendirian silat cekak hanafi iaitu berbaik sangka kepada org yg bertaubat. Sungguh murni pendirian kita. memang ini lah yg dianjurkan oleh Islam. Orang yg berakhlak memang mcm ini pendiriannya. tapi betul ke ni pendirian kita? atau itu hanya atas kertas saja? itu hanya untuk tunjuk2 saja? mari kita cek balik. perasan tak kalau sembang-sembang sesama kita, termasuk guru utama sendiri, mesti kita kutuk2 si pak ak. kita kata pak ak dah tak betul, merapu, cakap sorang2, duduk rumah la tak boleh keluar, ijazah murid pun maidin yg ijazah kan. betul ke? mari kita cek. rupa-rupanya tak. dia siap dpt pingat lagi. kalau function besar, dia turun,siap duduk sebelah menteri, timbalan menteri, vip yg rasmi program lagi. ada bukti dlm website dan keratan akhbar. adakah itu satu rekaan? jadi cerita pasal pak ak dan biol ni nampak macam tak betul la. dari mana sumbernya. siapa yg kata? apa buktinya Pak Ak dah biol? tapi kenapa kita dok kata dia tu dah nyanyok, kena bala dari Allah, etc termasuk Guru Utama sendiri ada cakap. nampaknya BUKTI yang ada BERCANGGAH dengan apa yg kita cakap. Satu lagi KITA TIDAK KONSISTEN dengan pendirian bertulis kita. Secara rasmi, kita kata kita mcm bersangka baik kat dia, war2kan satu dunia kata kita harap dia ikhlas bertobat dan tak buat lagi. tapi yang sebenar2 kita masih dok kutuk2, marah, simpan dendam, perasaan benci, etc. Kita ni sakit sebenarnya. kalau hati kita bersih, kita redha saja dgn perbuatan dia tu. buang saja kebencian. lagi pun, dah 13 tahun dah kita pecah dan bawak hal masing-masing. biar lah depa dengan cara depa, kita dengan cara kita. pasal apa masih dok fikir? kalau asyik dok marah kat cekak malaysia, maknanya kita mundur ke belakang. bukan kah kalau seseorag nak maju kena selalu pandang ke depan? yg sudah tu, sudah lah. satu lagi, kita selalu kata persatuan cekak malaysia tu makin mundur la, tak boleh tarik org ramai2, tak boleh buat function grand2 mcm kita. benarkah??? mari kita cek. kalau kaji web site mereka saja, kita akan tengok mrk jauh lebih advance dr kita. cth : majlis makan malam 40 thn mrk, dpt kumpul 1,500 org buat pulak di PWTC, antara tempat yg termahal di KL. tengok pula siapa VIPnya. Masa sambutan 40 tahun, TV3 jadi media rasmi Cekak Hanafi tapi siapakah yg diundang ke MHI pd tahun yg sama? jawapannya Cekak Malaysia. Cekak Malaysia sudah terbitkan biografi Pak Haji Zain tapi Cekak Hanafi terbit apa? Dlm simposium ulama pendekar di UIA, mrk dpt kumpul tokoh2 wibawa dlm dunia persilatan dan agama di malaysia utk duduk satu meja berforum. Kita ada buat macam itu? Ini satu BUKTI dan FAKTA. sayang sekali kita bercakap tanpa BUKTI dan FAKTA. Kita canang sesama kita kononnya Cekak Malaysia tu mundur, kita lah maju. Tapi faktanya terbalik. Apa pun, yg penting, kita CAKAP TAK SERUPA BIKIN. on paper saja kita kata kita bersangka baik kat dia, tapi sebenarnya masih dok buruk sangka, geram, mengutuk, menghina. Kalau lah dia betul bertaubat, kat akhirat nanti macam mana kita nak jawab? Kita bukannya boleh baca hati Pak Ak tu. Kalau pun, hari ni dia tak bertobat, mungkin esok lusa, Allah bukak hati dia, macam mana? Harap semua dpt cek balik kenyataan rasmi mengenai pendirian cekak Hanafi terhadap Ishak Itam yg tersiar dlm web site Cekak Hanafi itu.

Anonymous said...

kalau dah degil tu..degil jua..nak buat mcm mana..kalau nak kata tayangan video tu tak wujud pada 14 oktober & fitnah belaka..maka pak kaduk juga menipu lah ye? sebab pak kaduk sendiri dgn bangganya kata ada dibuat! apa cerita ni? selain tu, saya setuju bila disebut..kalau yg kuat menentang GU itu mengaku mereka perjuangkan kebenaran, mengapa dah stop jumpa sendiri para ahli lain, kenapa dah tak mau bersemuka dgn GU? bukankah dulu masa kes dgn Pak Ak, sibuk canang supaya Pak Ak & GU bersemuka! kononnya itu adalah cara yg terbaik, apa tunggu lagi anjurkan supaya GU-En.Azman-Hashimah Asnawi & Family dapat bersemuka & bersaksikan para ahli laa..terutamanya para YDP, ahli MMN seluruh Msia & para ahli MMT..apa nak tunggu? org lain mcm PSSCM & beladiri lain dok tepuk tangan,bersorak & ketawakan SILAT CEKAK HANAFI ni..anda semua masih suka teruskan mcm ni? rela terus begini? Inikah dia Gemilang 40 tahun Silat Cekak??

Anonymous said...

Berikut adlh cadangan saya :

1. Pihak MMK mesti buat penerangan terbuka dan menunjukkan video secara terbuka bagi menunjukkan 'body language' sebenar GU semasa siasatan. Ahli tidak boleh bergantung kepada cerita pak kaduk, ajk siasatan,penghakiman dan rakan2 mrk krn boleh jadi mrk berbohong.

2. Keluarga Hasyimah perlu membuat laporan polis. Jgn fikir tentang mencemar nama persatuan krn nama persatuan sudah pun tercemar.

3. ada rumours report dah dibuat di Bukit Aman. jadi kalau betul, diminta keluarga hasyimah siarkan salinan report itu melalui web site rasmi Cekak Hanafi.

4. GU juga perlu menyaman (saman malu) SUA dan MMK kerana menyiarkan kronologi yg memalukan beliau. Beliau layak menyaman mrk krn masyarakat mengenali beliau sbg seorang pemimpin pertubuhan silat. penyiaran kronologi itu memang memberi 'damage' kepada reputasi beliau sbg guru pertubuhan silat yang dikenali di seluruh Malaysia.

5. Ahli2 samada penyokong GU atau penyokong MMK perlu berhenti drp mencaci, memaki hamun, mengeluarkan kata2 kesat, menghina, mengkutuk, mempersenda sesama sendiri. Disebabkan caci maki dan kutukan itu dibuat melalui internet, org satu dunia sedang mentertawakan kita. Tengok lah, kononnya hendak memperjuangkan tauhid dan akhlak, tapi tindak tanduk tak nampak pun mcm berakhlak. sekaligus masyarakat menganggap silat cekak hanafi tidak bagus kerana sikap segelintir ahli yg emosional, tidak rasional, fanatik dlm mempertahankan pendapat/sokongan terhadap sesuatu kem. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


6. Bendahari Ikmal (atau bekas bendahari saya tidak pasti) mengatakan tidak tahu pasal kes cabul kerana dia tidak nampak bukti yg kukuh, tapi membangkitkan isu wang persatuan yg hilang entah ke mana. Harap Ikmal dpt siarkan bukti di laman web tentang akaun2 dan butir2 kewangan yg dimaksudkan itu.

7. Pak Kaduk membangkitkan isu kereta Mercedese. harap Daud Sutan dpt kemukakan bukti dlm bentuk notis2 bank, perjanjian sewa beli, etc siarkan dlm web site juga.

Tentu ramai yg mahu membuat analisis berdasarkan bukti yang sah, nyata dan konkrit sebelum menetapkan pendirian masing-masing.
Ahli yg cerdik tidak akan terpengaruh dengan blog2 yg ditulis oleh org yg emosi, fanatik, tidak rasional, tiada bukti sokongan sekalipun menggunakan org itu menggunakan ayat Quran dan hadis. Malah ia semakin memualkan.


Berikut adalah analisis tentang blog :

1. Pak Kaduk - lebih kepada attack pihak yg mahu diattacknya. Yakin. Straight to the point. Mendedahkan perkara satu persatu. Tulisan menarik minat. Ada unsur suspense. Tapi umum tertanya2 benarkah? Boleh percaya ke dia ni?

2. Anti-Fitnah - nampak macam defensif, marah2, emosi, tidak straight to the point. matlamatnya jelasn iaitu utk mempertahankan GU.

3. pak Pandir - penuh misteri. Muncul sekejap dan kemudian menghilang. tidak mempertahankan hujah bila menerima hujah balasan. tulisannya membuka minda tetapi kenapa menyepi bila dihentam, dihujah dan dicabar?

4. Big Guy - lebih kurang pak kaduk. tapi lebih byk analisis.

5. Suwabara - berilmu, bernas tapi macam kurang sambutan berbanding anti-fitnah. tapi seperti anti-fitnah, defensif juga kadang2.

Anonymous said...

masalahnya...macam mana nak dtg.
korang takkan terima termasuk GU sendiri.

kalau ada org yg dah dilabel puak penentang tiba2 dtg rumah persatuan...keluar la ayat..."dia ni dtg buat pa"..."dia ni spy ke"

Anonymous said...

saya copy/paste: "..masalahnya...macam mana nak dtg.
korang takkan terima termasuk GU sendiri.

kalau ada org yg dah dilabel puak penentang tiba2 dtg rumah persatuan...keluar la ayat..dia ni dtg buat pa..dia ni spy ke.."

*end copy/paste*

jadi..
itu kena tanya diri sendiri, kalau jujur dlm perjuangan yg dilaungkan..usaha! Kalau nak seribu daya..kalau taknak..?

ayat anda tu betul2 bunyi ayat org PSSCM bila ditanya kenapa ziarah kubur ustaz hanafi tapi tak ziarah terus Mak Teh?

cadangan2 yg saudara kita seterusnya berikan itu mmg menarik tapi sebelum nak proceed cara tu, kita lihat semula secara jujur & telus, BERSEMUKA!
kalau dah dulu kata nak selesai secara dalaman, maka selesaikan secara dalaman..BERSEMUKA secara profesional! siapa dgn siapa? yg menuduh, yg mengaku jadi mangsa & yang kena tuduh! mereka ini wajib BERSEMUKA! para YDP,ahli MMN setiap cawangan & para ahli MMT boleh jadi saksi..sekali lagi, kalau nak seribu daya ok.

kalau nak bersemuka pon tak terbuat..inikan pula nak jalankan cadangan tersebut? rela terus keluarga Cekak jadi begini??

emosional? bersifat analisis? terlalu subjektif & luas maksudnya, jadi jangan sedap tangan menaip atau sedap mulut melafazkan seseorang itu emosional atau amat dalam analisisnya..

apa pon..sekali lagi diulang..BERSEMUKA..

kpd yg mengaku menolak kepimpinan GU & perjuangkan kebenaran sejati..baca semula dari awal mesej ini..

kalau nak seribu daya..kalau taknak?

**kalau dah taknak..maka mmg ayat anda tu ala2 PSSCM..(faham2 sendiri lah ok)

Anonymous said...

Kepada anonymous 9:19 AM


Satu cadangan yang amat baik dan satu pendekatan yang bagus untuk kita fikirkan.

Sekarang apa yang ditunggu oleh semua ahli adalah satu BUKTI yang dapat menunjukkan KEBENARAN yang dapat diterima oleh SEMUA AHLI SILAT CEKAK HANAFI.

Kalau dilihat sekarang, suasana bukan ke arah mencapai jalan penyelesaian tetapi lebih kepada memburukkan keadaan. Yang paling teruk silaturahim persahabatan telah terputus akibat isu ini.

Semua cerita yang bertaraf cerita 'dalam kain' yang belum tentu benar, dicerita sesedap mulut hanya sekadar untuk memuaskan hati pelaku.

Ingatlah siapa yang berbohong dalam hati kecilnya akan mengaku dia sendiri berbohong.

Kita hidup tak lama, esok lusa mungkin MATI..

Anonymous said...

kebenaran tidak akan datng bergolek....maka dengan itu,kitalah yang harus mencari kebenaran itu sendiri....sambil berusaha sambil meminta kepada Tuhan....

Anonymous said...

assalamualaikum....allahuakbar!!!!......berjuang utk md radhi...sikit kuman tarak goyang....alfitnatul assyaddu minnal koadr

Anonymous said...

tahniah anonymous 9.19 AM!!

isu supaya pihak-pihak yg bertelagah ini bersemuka & tunjukkan BUKTI disaksikan oleh ahli-ahli tak kira tua ataupun muda, lama ataupun baru, memang SERING & SELALU dilaungkan oleh ahli-ahli yang cerdik, yang tidak mudah dipengaruhi oleh cerita-cerita mulut & cerita-cerita blog.

kenapa payah sgt kedua-dua pihak yg bertelagah ni untuk menyelesaikan perkara ini dgn sistematik, transparent, takdak selindung sana sini, takde kecuali sapa-sapa pun? kenapa??

adakah mmg jenis bangsa MELAYU yg mmg suka bergaduh & berpecah belah?? kenapa bangsa MELAYU tak suka buat satu perkara dgn secara rasional & tranparent? balik-balik kena dengar kata pucuk pimpinan, kata org-org lama, kena ikut adat istiadat dll? apakah kata-kata org diatas tak boleh disanggah? apakah org dibawah kena ikut secara melulu? kena terima bulat-bulat tanpa ditunjukkan bukti yg sahih sesahihnya??

saya tahu, ramai ahli silat cekak hanafi yg merupakan cerdik pandai & golongan professional. adakah golongan professional membuat keputusan dengan dengar cakap si polan si polan? mana pergi ilmu membuat keputusan yg golongan professional & cerdik pandai pernah belajar di universiti dulu??

cukuplah dgn apa yg dihidangkan hari ni. TUNJUKKAN BUKTI!!!! itu yg kami mahu!

pengamal silat cekak
uk

Anonymous said...

erm...alasan demi alasan...yg jadi mangsanya ahli2 kat bwh nie bgaduh tak tentu hala...sy masuk cekak nie dulu pn sbb sy respek keperibadian ahli2 mmk and mmt yg ada...diorg nmpk very professional...mnampakkn keistimewaan silat ini berbanding dgn silat lain...tp skrg?kite muhasabah diri sendirila...

kalau nk katakn abg mad bersalah,buktikn dgn cara yg betul,telus dan professional..jgn buat dgn cara macam nie...i know it is a delicate matter, tp korg sendiri yg loose control...kalau benar2 ada bukti,tunjukkan kepada kami ahli2 silat cekak nie...kami bknnya kanak2 yg tidak tau beza baik dan buruk...

ramai yg hangat bkata2 skrg nie tiada kekuatan apa2 utk menyelesaikan pkara nie tmasukla diri sy...lagi byk bkata2,lagi mburukkan keadaan...

ramai yg syorkn knp tidak bsemuka kedua belah pihak dgn kami semua manjadi saksi?kenapa perlu berselindung?adakah kerana tidak mahu mendengar cacian atau tohmahan maka sudah gentar utk menegakkan kebenaran?inikah contoh terbaik yg dipaparkan kepada kami ahli2 di bwh ini?inikah sifat berani yg harus ada pada stiap ahli silat cekak hanafi sendiri?

saya smp skrg menanti satu pihak yg neutral yg dpt membawa kedua2 belah pihak menyatakan kebenaran masing2 secara bersemuka...bknnya membiarkn perkara ini berlarutan seolah-olah semua puas hati dgn perkara yg blaku...stiap org dpt melepaskn geram ke arah satu sama lain..

kami ahli2 biasa nie tiada sbrg kuasa hanya skadar mampu melihat mdgr dan bkata...saya secara peribadi ingin mengsyorkan kepada kedua belah pihak utk menetapkan satu tarikh, tempat dan masa di mana kedua2 belah pihak dpt bsemuka dgn cara yg baik utk bsama2 kite lihat kebenaran yg sbnar...lagi lama pkara ini blarutan,lagi byk dosa kte menanggungnya...knp?sbb ego diri kite masing2, kte biarkn pkara ini blarutan,kte biarkn anak murid btelagah sesama sendiri smp ada yg tputus ikatan psaudaraan,kter biarkn timbul fitnah2 baru dan kita biarkn perpecahan dlm ppaduan kite terlerai...persatuan ini bkn atas satu individu tp bpegang kpd tunjang keimanan dan tauhid...

Anonymous said...

memandangkn pkara ini telah blarutan tlalu lama,sy syorkn kpd pemilik blog utk membuat satu undian, iaitu tarikh desakan ahli2 kpd kedua belah pihak utk bersemuka dgn secara baik, utk menyatakn bukti2 tuduhan dan pembelaan masing2 kepada ahli...tak kiralah ia mengambil sehari suntuk pn utk dibentangkan tp pkara ini perlu diselesaikn dan tidak dibiarkn blarutan...seelok2nya pada bln syawal ini bln yg penuh dgn kemaafan...

Anonymous said...

saya setuju! satu pertemuan orang menuduh dan orang kena tuduh diadakan untuk kami ahli biasa ni menyaksikan hujah pihak masing masing.

kehadiran mereka yang terlibat dalam konflik ini seperti GU, hashimah dan mak bapak dia, ahli MMK, SUA dan isteri tercintanya...

selesaikanlah segera...jgn putuskan ikatan sesama ISLAM

diluar sana puak bukan islam berlumba lumba MEMURTADKAN umat islam di Malaysia ni, kita pulak nak bergaduh berpanjangan..

Anonymous said...

kita diutuskan ke dunia untuk memperhambakan diri kepadaNYA,buat apalah kita AMAL MUNKAR NAHI MAARUF lebih baik kita AMAL MAARUF NAHI MAARUF...

Anonymous said...

Juak cukup pandai,licik,dan apa lagi,sndiri mau tau la?????

Anonymous said...

KNAPA KAU SINISKAN JUAK,MEMANG BTOLLAH KATA JUAK,PRNAH X ADA SSIAPA YG DGR SSUATU ITU DTG BRGOLEK..HIDUP JUAK....

Anonymous said...

setuju!!
BERSEMUKA semua pihak yg bertelagah!

GU
Hashimah & family
saksi salahlaku seksual
dan sesiapa yg berkaitan dgn tuduhan.

dakwaan & soalbalas..ya betul!!
SOALBALAS kpd pihak yg buat tuduhan!

itulah yg dituntut skrg!!
SOALBALAS!..pembelaan yg saksama!
bentangkan semula keterangan saksi yg bercanggah, bentangkan hujah pembelaan!

kononnya yg di sana suka canangkan diri mereka mengaku telus & profesional..jgn pandai ckp saja!

apa mcm skrg..sanggup begitu?
kalau tak sanggup..toksah ckp banyak la pasal perjuangan!

toksah ckp banyak & sememangnya yg 'di sana' suka melihat para ahli serata Msia menjadi mangsa bertelagah sesama sendiri!

Anonymous said...

Aku pun setuju utk mencari penyelesaian bg kemelut ini...tak sanggup lg utk melihat ramai ahli-ahli yg berpecah-belah angkara petualang persatuan...kita ahli yg bawah ni,hanya mengikut je...mane yg rapat dgn guru,akan ikut guru...yg rapat dgn pihak sana,akan terus ke sana...rasanya sudah sampai masanya kita cuba merungkai segala apa yg serabut ini...

Usah la kita biarkan yg difitnah terus teraniaya,dan yg memfitnah terus berdosa...jika penyelesaian tidak dpt dicapai secara dalaman, adalah lebih elok kiranya kita serahkan kpd pihak berkuasa...aku kadang2 hairan gak,kenapa family budak pompuan tu tak buat report polis? kalau benar laporan sudah dibuat,bagus la...harap ada pihak yg akan attach kan di cekakhanafi.com utk tatapan umum...bukaan ape,just nak meyakinkan sejauh mana kebenaran yg pihak sana war-warkan...

Anonymous said...

sy rase perlunya barisan pendesak utk mendesak mereka bersemuka,sudah tibanya barisan yg bawah ini bangkit mencari sinar kebenaran....saya tau ramai yg sygkn persatuan ini, dan sbb itula kte agak heated bler satu2 pihak dicerca...tp tindakan kter takkn solve apa2 dgn mencerca blk...hanya dgn mdesak mereka bersemuka barula perkara ini akan selesai...sy rase bler keadaan sudah menjadi sebegini, tiada sbrg mekanisme yg tepat melainkan membiarkn siasatan dibuat oleh pihak ketiga yg tiada sangkut paut pn dgn persatuan...ini bagi mengelakkan double standard ataupn prasangka daripada kedua2 belah pihak...tp itupn perlukn persetujuan kedua2 belah pihak bahawa mereka takkan masuk campur dlm siasatan dan akan akur dgn hasil siasatan tersebut kelak...

Anonymous said...

Jd,kembalikan semula maruah silat kita dengan mrapatkan hubungan antara ahli2 silat berpadu tenaga dan bersepakat dalam hal ini dan bersetuju kah anda semua bahawa kebenaran di pihak yg benar sahaja yg insyallah dapat mengembalikan maruah dan martabat silat kita?HHHHHHHHHHHHHHHHiiiiiiiiidddddddddduuuuuuuuuppppppppppppppppppppp GGGGGGGGGGGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUU...SAYA DIBELAKANG MU..

Anonymous said...

tak sabar rasanya nak tau mcm mana pula 'body language' cik hashimah bila disoalbalas bertubi-tubi nnt..kononnya dia amat trauma..tapi alkisahnya disaksikan ramai org...dia biasa saja malah tetap ceria di khalayak awam...itupon puak2 sana masih nak pertahankan lagi?

Anonymous said...

Sebagai mekanisma untuk mendesak puak-puak yang bertelagah untuk bersemuka & membuat perhitungan dengan disaksikan ahli cekak hanafi seluruh alam, demi perpaduan & kesatuan ahli silat cekak hanafi & org-org MELAYU, saya mencadangkan agar diwujudkan barisan pendesak secepat mungkin & aturkan DEMONTRASI secara AMAN dihadapan rumah-rumah mereka yang terlibat secara langsung dalam kes ini. Kita berkumpul & berunding dgn golongan yang terlibat untuk mencadangkan bila time dia free, jadi kita sbg BARISAN PENDESAK akan jadi org tengah. Masa berunding ni, kita sbg ahli biasa yg tiada apa-apa kepentingan boleh tengok dengan mata kepala sendiri siapa yg suka berdolak dalik bagi mcm-mcm alasan. Kita bukan nak paksa tp nak harapkan kedua-dua puak untuk bersemuka & berdebat tunjukkan bukti nampaknya mcm takdak harapan langsung. In English, no one makes the effort to meet each other, so some one from the third party must do so.

Saya rasa inilah jalan terbaik, ayuh bangun ahli silat cekak hanafi yg takda kepentingan mana-mana, yg sayangkan persatuan, yg sayangkan perpaduan & kemasyhuran silat cekak hanafi. Kita ada ramai ahli tamat cerdik pandai dari IPT, yg celik otak & golongan professional merata-rata (kita ada tuan majisteret, doktor berlambak, engineer tak terbilang, akauntan tak cukup jari tangan kaki nak kira, tuan cendiakawan professor-professor universiti, tuan jurunilai, tuan juruukur, tuan-tuan bisnesman dll), kita semua takdak apa kepentingan dlm persatuan tp kita sebagai ahli tamat, kita sayangkan persatuan & kita mahu mendokong persatuan, ayuh turun ramai-ramai, buat satu barisan & adakan DEMONTRASI!!!

ingat! ini bukan cikai punya demontrasi, ini demontrasi org yg empunya otak & akal. kalau dulu 4-6 tahun boleh saja kita perah otak utk dptkan sescroll degree, apasal sekarang ni kita tak buleh nak perah otak sikit & put pressure atas org-org bertelagah supaya depa bersemuka. boleh tak????

PROTES SAMPAI BERSEMUKA!
HIDUP CEKAK HANAFI!

DR_IR_CA_LLB_PHD

Anonymous said...

ada sesiapa boleh cadangkan tarikh utk rapat umum ini?kalau sudah ada tarikh cadangan,bolehla kter war warkn pada ahli yg lain.sy rase insya Allah ramai yg akan turun nanti...seeloknya satu perhimpunan yg mdapat kebenaran pihak bkuasa la...tak nak nanti timbul masalah yg lain pula...

Anonymous said...

GU dan penyokong2 GU sedia untuk menghadapi sebarang pertemuan atau apa2 untuk menyelesaikan hal ni.....tapi puak2 penentang macam tak mahu dan mgkin dorg tengah rancang bende yg lagi hebat kot...kapade KAY,tkaseh sbb stuju dgan apa yg saya katakan...

Anonymous said...

Siapakah yang memalukan Persatuan dan Silat ini sendiri? Siapa yg menjaja cerita ini pada majlis2 ijazah dan memalukan Persatuan dan Silat ini? Siapakah yang cerita pada para pelajar baru dan biasa yg tidak tahu menahu di majlis wajadiri dan akibatnya memalukan Persatuan dan Silat ini? Siapakah yg mengatakan Silat ini boleh bergerak tanpa Persatuan dan akibatnya memalukan Persatuan dan Silat ini? Siapakah yg menyebarkan cerita ini dgn SMS dari Benih Hanafi akibatnya memalukan Persatuan dan Silat ini? Siapa2 dan siapa2? Tepuk dada tanya selera....

Anonymous said...

Ello pada pendapat saya...saya nampak Puak Penentang Guru Utama ibarat Puak Reformasi ala Dr. Anwar Ibrahim. Golongan Amar Makruf Nahi Mungkar...

Pandangan 2 sen saya :D

Anonymous said...

kalau rasakan diri tue tak bsalah,marila kter bjumpa bsama..kalau tak dpt selesai kes pn,plg kurang ada pendekatan yg baek...drpd dok kutuk,keji sana sini...takyah melibatkan anak murid laen yg tak bsalah nie...kalo dok sebok nk cari salah org jer,smp bler pn kes tak selesai...dok sebok cari slh org len smp dh jauh menyimpang dari mslh sbnar...apa kata masing2 cool down dulu, fikir dgn waras apa yg kter dh buat slama nie dan cbe cari jln penyelesaian yg baik...apa kata 21 syawal djadikn tarikh desakan pertemuan kedua belah pihak untuk selesaikan mslh?tp syaratnya, pertemuan hendaklah dgn niat yg baik...tak nk ada unsur cabar mencabar, gaduh2...apa kata,yg sokong GU mintak GU bjumpa dan yg sokong MMK mintak diorg bjumpa?sama2 berusaha ke arah kebaikan...kan lebih elok?

Anonymous said...

akum ..
cadangan yg cukup bijak dari pihak anonymous...cukup baik...berjumpa sahaja..mudah...kita masing masing dalam satu persatuan..masih lagi dalam satu pergerakan...bersatulah kembali ahli silat cekak hanafi...janganlag mengkhianati pergerakan ini..saya yakin, lambat laun kebenaran pasti akan timbul...insya Allah...

Anonymous said...

Adakan rapat umum scepat mungkin yg mlibatkan semua ahli dari seluruh Malaysia........kita sama2 menentang duri dalam daging yg wjd dalam silat kita..........saya berharap agr phak yg bnar declare siapa duri dalam daging yg smemangnya dilaknat ALLAH akhirat kelak....ayuh,tgakkan kebenaran.........

Anonymous said...

sblum adakan ssuatu,mintalah dahulu pendapat GU kerana berkat GU itu kita sgt perlukan...

Anonymous said...

btol...tarikh itu cme cadangan dari saya sahaja...apa kata kite mintak pendapat dari guru utama?

Anonymous said...

ya betul...harap sesiapa yg boleh jumpa GU..mcm penggerak Hanafi Abadi ka..Benih Hanafi...dll..dpt persetujuan GU supaya dibuat utk bersemuka.

pihak sana dok senyap sepi kononnya tenang..langsung tak berminat nak bersemuka (setakat ini)

kpd anonymous yg kata GU mulakan jaja cerita masa ijazah..sayang sungguh..kurang info..kalau ada pon tak tepat..

kesian...

apa pon kalau anda juga yakin di pihak sana..sampaikan & bincangkan dgn mereka supaya pihak sana & hashimah & family & yg menuduh...untuk hadir bersemuka dgn YM GU..kita bersoalbalas satu sama lain..biar yg luar menilaikan..kami tiada kepentingan..kami sayangkan Silat ni..

tolonglah ye..

Anonymous said...

erm buka harian metro hari nie...www.hmetro.com.my

Anonymous said...

kepada sesiapa yg dok baca blog big body guy tue, tak payahla emosi sgt...aku kenal saper penulisnya...masih budak2 lagi,umur pn br dlm lingkungan 22 thn,dhla masuk universiti kena buang,bljr tak lepas,skrg dok menabur bahasa kasar dari perak plak...jgn ingat org tak kenal hang,hang berani sgt nk kata org tak tentu hala...hang dulu pn byk bwk mslh jgk...cume kami ni bkn mcm hang jer,dok nk bawa mulut cter hang tue...org tak tau hang sape,hang beranila nk ckp mcm2...tp kalau blarutan, aku tak teragak2 bgtau sume org saper hang...dari dulu suke bwk mulut, smp skrg hang tak insaf2 lagik...bertaubatlah...

kalau org tue salah sekali pn, kte takde hak nk kutuk dia...bdosa...kalo dia tak bsalah,lagila byk dosa kter...fitnah,memutuskan sillaturrahim dan lain2...fikir2kanla...

Anonymous said...

Big Body umur 22 tahun? Betul ka nih? Tekaan anda meleset sama sekali.

Anonymous said...

sapa ada no fon big body tu, leh pass kat aku tak? kalau ada alamat boleh kasik gak..aku ada kerja ckit..dh lama tak pi mengutip ni.

Anonymous said...

Big body bukan berumur 22? hmmm... apasal gaya tulis macam baru 22?