9.10.06

Salam Takziah

Baru-baru ini pada hari Jumaat tempoh hari, seorang ahli telah mengalami kecelakaan jalan raya.Di khabarkan tulang kakinya patah.Takziah buat ahli tersebut.Semoga cepat sembuh dan sama-sama kita doakan.Sehubungan dengan itu,YM Tuan Guru dan beberapa orang ahli pun mengunjungi ahli tersebut di wad ortopedik,tingkat 4 HUKM semalam.Lihat,inilah yang dinamakan sebenar Guru.Walaupun desas-desus mengatakan ahli tersebut tidak menyokong beliau dalam krisis ini,beliau masih memberikan kunjungan kepada ahli tersebut.Dan kunjungan Tuan Guru memberi kejutan kepada ahli-ahli yang sedia ada di wad tersebut,juga ahli-ahli yang dikatakan tidak memihak pada Tuan Guru.

Teringat segelintir ahli yang mengatakan Tuan Guru telah hilang gerun.Tetapi peristiwa di wad tersebut membuktikan yang Gerun beliau masih ada dan berbisa.Tuan Guru seperti yang kita kenal dengan ketegasan dan kelembutannya,memarahi seorang ahli (penyelia sebuah pusat pengajian tinggi) kerana memfitnah beliau dan Tuan Guru berpesan kepada ahli tersebut untuk bertanya kepada beliau sendiri.Juga hinggap sedas tamparan di mulut ahli tersebut kerana menjawab apabila Tuan Guru bercakap memarahinya.

Kenapa tidak ambil kaedah D?

Puak-puak penentang ini,sesungguhnya,hanya berkobar-kobar dan berapi-api apabila di belakang Tuan Guru tetapi menjadi semut,tikus,takut bila berdepan Tuan Guru.Kalau yakin benar dengan diri sendiri dan Tuan Guru bersalah,mengapa harus takut?Kenapa harus gentar dengan "kebenaran" yang kalian pegang?Usahlah diceritakan semasa Mesyurat MMT tempoh hari.Kenapa takut?Di ruangan maya,menghantar sms cercaan dari nombor misteri,menghantar e-mel rawak?Setakat itu sajakah keberanian mereka yang dikatakan "benar"?

Usahlah menabur fitnah dan merosakkan perjuangan ini lagi.Sudah-sudahlah.Janganlah ingat jasa kalian yang "menggunung" itu menghalalkan apa saja tindakan kalian.Kebenaran pasti akan tertegak dan waktu itu,dimanakan diri kita berada?Adakah menjilat kembali kahak yang telah diludah?Atau terus-menerus meludah kelangit dan akhirnya terpalit ke muka sendiri?

16 comments:

Anonymous said...

kelakar sungguh bila baca penulisan saudara ni...terlalu mengagungkan tuan guru...ingat la,dia manusia juga...saya memang hormat tuan guru kita juga...malah saya masih sayang kan dia juga...saya sedih bila silat kita jadi begini...tapi bila berlaku perkara sebegini(perkara pokok) saya sedar bahwa dia juga manusia biasa dan tidak seharusnya di agungkan...semoga pihak yang benar akan ketawa akhirnya

Anonymous said...

kenapa tak amek kaedah D? takpon try serang balek ke. hahaha

kata org lama, mandi silat banyak kali dah kot. da mintak pertolongan Allah da banyak kali. kene tampar sbb apa tak pakai silat? sbb ilmu tu da takda bila perlukan. btol ke salah? cuba la komen sikit. anak murid derhaka, penampar pon sikit je tu sebenarnya, patut kena kaw2 lagi. tak paham nak ulas lebih2. sorry to say, tapi padan muka kena tampar... hahaha (i have the last laugh)

Anonymous said...

Saya tak nampak pon di mana 'bab' penulis 'mengagungkan' YM Tuan Guru...jgn hanya baca yg tersurat...pandang juga yg tersirat...

hana_kirana said...

hahaha (ikut gelak sekali)

habis tu disebabkan kita tak agungkan guru, maka bolehlah kita mencerca dan mencaci (itupun di belakang guru sahaja sebab memang dasar penakut) ikut sedap mulut dan hati?

Anonymous said...

sape yg kene lempang tu? apasal sibadan yg kena lempang tak report pd polis je kalau dia rasa abg mad telah melanggar human right dia sbg seorang manusia? pelik lah satu perangai org melayu (sorry cakap kalau terasa), kenapa org melayu tak suka nak follow betul-betul segala peruntukan yang telah disediakan dlm perlembagaan & undang-undang? skit-skit takpalah, belakang tak puas hati, cakap-cakap belakang. kalau ye betul rasa diri tu benar, take a bold step, pegi report, pegi saman, buat cara betul, kenapa tak buat?? kalau kita tengok, bangsa mana yg paling ramai pegi masuk tribunal pengguna? boleh kira berapa kerat ke org melayu. apasal melayu tak berani? tak reti nak cakap? itu senang, lawyer melayu byk boleh jadi tukang cakap. boringlah, dok isu berbalah-balah, belakang takde kearah nak settle secara undang-undang. kalau mcm ni lah sifat org melayu, sampai bila bangsa melayu takkan maju sbb pemikiran yg sgt lemah & tak berani. maaf sbb saya kutuk bangsa sendiri kat sini tp saya mmg menyampah perangai melayu yg suka nak berdongeng tak habeh-habeh. kunun hebat sana sini, otai itu ini, belakang habuk pun tarak, poyo je lebih.

pengamal silat cekak
uk

Anonymous said...

Quoted from anonymous:
"jgn hanya baca yg tersurat...pandang juga yg tersirat..."
---------------

Jika guru itu sama arafnya sebagaimana ibu dan bapa, jia ibu bapa menampar kita, wajarkah kita menggunakan silat untuk counter mereka? Sekurang2nya yang kena tampar itu tahu mengenai adab2 dan mengamalkan sungguh2 pantang larang silat cekak. Tahniah saya ucapkan kepadanya. Mungkinkah itu yg dikatakan "yang tersirat" oleh aonymous itu?

anti_fitnah said...

"Jika guru itu sama arafnya sebagaimana ibu dan bapa, jia ibu bapa menampar kita, wajarkah kita menggunakan silat untuk counter mereka?"

Benarkah ahli tersebut masih menganggap Tuan Guru masih gurunya?Kalau Guru patut dipertahankan Guru bila difitnah sebegini,sebaliknya pula,ditambah fitnah lagi siap multimedia presentation lagi.Anak murid jenis apa ni?Untung kena tampar kat mulut je(itupun tipu buat report polis, kata kena tampar pipi,kiri dan kanan)

"mengamalkan sungguh2 pantang larang silat cekak" apanya kalau dah buruk2 kan dan fitnah Guru?

Jawab Maharaja Syaitan Puaka..

Anonymous said...

Adakah yg ditampar itu ialah orang yg menfitnah itu? Jika ya, memang patut pun.

Dia membuat report polis semata2 kerana ditampar? Aiyoyo.. Gila koman.. Itu tidak logik.. Jika itu pun mahu dilaporkan, maka penulah report polis dengan laporan tampar-menampar couple2 yang dalam pergaduhan.

Jika dia yang memfitnah, memang wajar ditampar. Jika kata2nya kurang adab (walaupun bukan dia yang menfitnah), juga memang wajar ditampar. Kerana tugas guru ialah membentuk adab anak2 muridnya supaya menjadi elok.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah, biarpun dia selayaknya ditampar, sekurang2nya masih ada sekelumit (walaupun tidak banyak) rasa hormat kepada guru kerana tidak melawan tindakan tersebut. Itu seharusya dipuji. Semoga dengan sekelumit rasa hormat itu, dia sendiri tahu di pihak mana yang dia harus berada.

Biar apa pun terjadi, tidak kira sama ada GU innocent atau bersalah, Tidak kira di pihak fahaman kanan atau kiri, hakikat tetap sama:

1)Dia tetap guru kita (sama ada MASIH atau PERNAH MENJADI guru kita).

2)Dia yang mengijazahkan dan mengajar kita (untuk golongan muda).

3)Dia terlibat secara langsng dalam salasilah mandat penurunan ilmu - dan memang tidak boleh diubah.

Semua ada baik buruknya. Hanya terpulang pada kita nak melihat yang mana. Baik atau buruk. Terpulang pada diri masing2.

Anonymous said...

Oh ya, terlupa saya untuk menambah isi untuk perenggan terakhir entry saudara:

"Ludah kat tangan, sapu kat kepala.. Baru boleh masuk juga.."

:)

Anonymous said...

"Ludah kt tangan, sapu kt kepala...baru senang nk masuk.."

;)

Anonymous said...

wahai,anonymous yg tulis pukul 10.02.kamu kalo dah tak yakin dengan guru dan kalo tertarik sgt dgn puak penentang,declaire je...x yah tunggu lagi..kita bukan mengagongkan GU,tapi kita menghormati GU yg banyak bjasa dan kita sanjung sifat2 peribadinya...ingat!! apa yang USTAZ dulu ada,GU kita ada.sebab die dah perturunkn segalanya kpd GU...

Anonymous said...

wahai,anonymous yg tulis pukul 10.02.kamu kalo dah tak yakin dengan guru dan kalo tertarik sgt dgn puak penentang,declaire je...x yah tunggu lagi..kita bukan mengagongkan GU,tapi kita menghormati GU yg banyak bjasa dan kita sanjung sifat2 peribadinya...ingat!! apa yang USTAZ dulu ada,GU kita ada.sebab die dah perturunkn segalanya kpd GU...

Anonymous said...

macho aaa maharaja_syaitan_puaka (macam nama watak cam dalam komik Alam Perwira dolu2 je..hehehhe)

sebagai orang yg tak tahu menahu apa yang berlaku di spital tu, tak tahu ape punca kejadian, ataupun apa yang buatkan Tn.Guru menampar, belai,sapu..picit..hehehe si mangsa tu.

kita tukar sket skop...Kes Zidane tanduk sapa mamat itali masa World Cup dulu.

Kenyataan Zidane - mamat itali tu mengatakan sesuatu yang buruk pada mak dan juga famili dia...tu sebab dia tanduk mamat tu..makin butak laa pale dia nanti.

Dalam kes ni, mungkin ada sesuatu yang menyebabkan GU buat-tampar ke ape pada mangsa tu. Mungkin juga mangse tu yg carik pasal....saya mana tau sebab saya takde kat sana.

Quote from Maharaja_syaitan_puaka

Biar apa pun terjadi, tidak kira sama ada GU innocent atau bersalah, Tidak kira di pihak fahaman kanan atau kiri, hakikat tetap sama:

1)Dia tetap guru kita (sama ada MASIH atau PERNAH MENJADI guru kita).

2)Dia yang mengijazahkan dan mengajar kita (untuk golongan muda).

3)Dia terlibat secara langsng dalam salasilah mandat penurunan ilmu - dan memang tidak boleh diubah.



kepada yang menentang Md. Radzi, jangan laa anda kutuk atau mencaci beliau kerana saya pasti ada yang beliau sampaikan pada anda yang merubah kehidupan atau adab kepada yang lebih baik walaupun sangat kecil perubahannya.

Anonymous said...

aku sokong...aku mmng hormat dia lg sebagai bekas guru...sedih aku bila jadi camni...aku x suka kutuk2 abng mad dan aku pon x sokong orang lain kutuk abng mad...x best la kutuk2 ni,x dapat pepun...aku cuma mencari kebenaran

Anonymous said...

yus.hang ni memang tak boleh pakai la..dah kutuk2 guru,pastu kau kata nk cari kbenaran?kbenaran ape yg ko nk cari?bnyak la kau punya kebenaran...!!

Anonymous said...

respon kepada Maharaja_Syaitan_Puaka 10:32 AM
==================================

sama 'araf' sebagaimana ibu bapa?

haihh, kalo betul.. adakah kamu percaya cakap org lain berbanding cakap ibu bapa.. mcm kamu percaya cakap org lain, berbanding cakap GU ?

dasar jenis 'cakap lawa'!!