25.1.07

BENARKAH TINDAKAN MMK BERANI DAN BERMARUAH ?

Sejak kebelakangan ini semakin galak puak-puak pelampau meneruskan penulisan didalam blog masing-masing.Jika sebelum ini puak-puak pelampau didalam penulisan yang terdahulu cuba menyakinkan ahli-ahli tentang perbuatan salah laku YM Tuan Guru kini mereka cuba untuk mempengaruhi ahli-ahli untuk mengikut mereka dengan alasan ikut MMK pasti selamat.

Puak-puak pelampau didalam penulisan mereka mengatakan tindakan yang diambil oleh MMK adalah perbuatan yang mulia dan sangat bermaruah dan sepatutnya dipuji oleh ahli-ahli.Bagaimana pula tindakan mempengaruhi Sdr Moktahrudin dan Sdr Jamaluddin oleh puak pelampau untuk mengambilalih jawatan guru utama dari En Md Radzi semasa siasatan sedang dijalankan?sedangkan mereka adalah antara orang yang menjadi ajk siasatan dan penghakiman.Sepatutnya perbuatan tersebut patutlah dikeji oleh ahli-ahli kerana perbuatan tersebut adalah hina dan sangat tidak bermaruah.

Puak-puak pelampau juga didalam penulisan mereka banyak mempertikaikan ahli-ahli baru,antara ayat-ayat yang digunakan :

"Yang pasti juak juak ini bercerita kepada pendatang baru @ yang baru setahun jagung didalam silat, mereka mereka ini disogok dengan perlbagai cerita dongeng.
Yang bagus budak budak ini senang ditipu, kerana mereka ini baru dan berkemungkinan mereka mereka ini takut untuk membantah almaklumlah cerita dari guru sendiri paling tidak pun cerita datang dari orang rapat dengan "tuan guru", malahan "tuan Guru" sendiri pun sibuk bercerita, ditawar kan lagi kepada pendatang pendatang baru ini apa apa soalan " dan saya akan jawab" ini lah ini lah tawarannya sebab "tuan guru' tahu budak budak ini tidak akan persoalkan apa yang di "jawab" oleh tuan guru tadi, walaupun jawapannya hanya sekadar mengalih cerita asal.."

-Puak pelampau

Nampak sangat mereka memperkecil dan memperlekehkan ahli-ahli baru sedangkan mereka inilah yang sama-sama memainkan peranan dalam menjayakan apa-apa juga program persatuan.Janganlah melatah kerana mereka tidak mengikut skrip yang telah disediakan oleh puak pelampau.Mereka ini mengunakan akal yang dikurniakan Allah s.w.t dalam menentukan pendirian masing-masing dalam isu semasa persatuan.Mereka inilah antara generasi yang bakal menerajui persatuan dimasa akan datang.Walaupun mereka ini baru tetapi ada juga ahli LPT yang terkedu apabila diajukan soalan mengenai isu salah laku ini semasa membuat roadshow disebuah ipt di lembah kelang.


Didalam blog puak pelampau juga ada ditulis mengenai ahli wanita antaranya:

"Masalah yang berkaitan dengan wanita adalah masalah yang remeh tetapi penting untuk diambil kira. Masalah wanita adalah unik dan terasing dari masalah lelaki. Lelaki tidak mempunyai banyak limitasi seperti mana wanita. Cuba bayangkan, tempat latihan silat pun menjadi isu penting kepada kaum wanita. Pakaian latihan, cara latihan dan cara mengajar juga menjadi persoalan yang berbeza dengan lelaki. ."

"Ramai juga jurulatih lelaki yang mengambil kesempatan yang melampau. Salah satunya adalah mencari pasangan atau mak we atau awek di kalangan penuntut-penuntut yang jernih lagi menghairahkan. Apabila ada yang berkenan dihati, mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pasangan mereka. Amalan ini adalah amat tidak sihat dan banyak memberi kesan yang negatif. Pihak LPT sepatutnya sudah tahu perkara tersebut dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara-perkara ini dari merosakkan nama baik persatuan. Pergaulan sesama lelaki dan perempuan tanpa batas amat menjelikkan. ."

"Bayangkan kalau dah bawa naik motorsikal, suruh pula si awek bawa motor, dan si pak we (jurulatih) duduk belakang. Sekejap-sekejap si pak we peluk pinggang mak we. Bawa pula pusing-pusing sekitar kawasan rumah persatuan. Orang ramai dok perhatikan gelagat mereka. Sungguh kurang sopan. Sampai ke peringkat si mak we sudah berani pergi tidur di rumah pak we. Bila diberitahu kepada abang Mad tentang hal yang boleh merosakkan imej ini, nak tahu apa yang dijawab oleh seorang guru yang maksum ini? Jawapannya ialah itu bukan urusan dia. ."
-Puak pelampau

Berdasarkan tulisan diatas tentu ahli-ahli tertanya-tanya apakah peranan LPT dalam menangani isu ini .Bukankah perkara yang dibangkitkan diatas adalah tanggungjawab LPT .Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi isu-isu yang perlu ditangani oleh ahli LPT.Perkara ini mungkin boleh diatasi sekiranya semua ahli LPT yang dilantik menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Mungkin agaknya ahli-ahli ini mengikut contoh seorang ahli LPT yang satu ketika dulu sering berdua-duaan dengan pasangan nya ,tak termasuk kisah seorang ahli MMK yang sering tidur dirumah seorang ahli Serikandi yang juga ada jawatan di dalam persatuan.Siapalah tahu apa yang berlaku didalam rumah tersebut.

Begitu juga dengan cinta sejenis antara ahli.Banyak lagi kalau nak dikisahkan tetapi tak perlulah nak diperbesarkan sebab tak mahu nanti disamakan dengan puak pelampau yang suka menceritakan keburukan orang lain hanya kerana tidak menyokong mereka.

Puak pelampau juga ada mengatakan tindakan yang diambil oleh MMK adalah berani dan bermaruah dalam tulisan yang bertajuk :

Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang berani lagi bermaruah.

Antara petikan tulisan puak pelampau :

"Sebenarnya ada beberapa pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua dan juga orang ramai atas tindakan yang diambil oleh MMK. Pertama ialah tentang kewibawaan dan keberanian pihak MMK mengambil tindakan terhadap seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam pergerakan iaitu Presiden dan Guru Utama. Tindakan tersebut sebenarnya mempunyai risiko yang amat besar kerana akan meletakkan reputasi persatuan dalam keadaan yang kritikal dan menyebabkan orang ramai akan kehilangan keyakinan kepada pergerakan Silat Cekak Hanafi. ."

"Namun atas nama kebenaran, semua itu tidak menjadi persoalan kerana tidak mahu kepercayaan orang ramai dan amanah yang dipertanggungjawabkan dikianati. Sebaliknya, jika dikaji dengan lebih mendalam, sepatutnya persatuan yang mempunyai kepimpinan yang berani dan bermaruah inilah yang patut disokong oleh orang ramai kerana mereka sepatutnya merasa lebih selamat kerana mengetahui bahawa ada orang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab yang akan melindungi kepentingan ahli. ."

"Yang keduanya ialah tindakan yang diambil oleh MMK tanpa mengira pangkat dan darjat. Walau segagah mana atau sekuat mana pun seseorang pemimpin itu, tetapi jika dia melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang, jangan segan silu untuk menegur ataupun diambil tindakan. Tiada amalan pilih kasih dalam hali ini. Tindakan tanpa mengenal pangkat dan kedudukan ini seharusnya menjadi amalan semua pertubuhan silat di negara ini. Oleh itu tindakan MMK adalah tindakan yang berani dan bermaruah demi untuk menjaga kesucian perjuangan yang telah dirintis oleh Al-marhum Ustaz Hanafi. ."
-Puak pelampau

Betulkah tindakan yang diambil oleh MMK?Bagaimana MMK boleh membuat keputusan untuk menolak keputusan MMT sedangkan perkara tersebut sepatutnya diserahkan semula kepada MMT untuk bersidang kembali.Sehingga kini SU MMT tidak memanggil sebarang mesyuarat.

Sayang seribu kali sayang kedua dua NP begitu mudah diperkudakan dan ditunggang oleh ahli-ahli MMK bagi meneruskan agenda mereka.Agak menghairankan dan pelik kenapa MMK tidak mahu membuat laporan polis sekiranya benar perkara ini berlaku.Alasan yang diberikan oleh salah seorang NP bimbang masyarakat tahu dan tak mahu persatuan mendapat malu sekiranya persatuan membuat lapuran polis adalah tak masuk akal langsung.

Perbuatan tidak melapurkan kepada polis kerana bimbang persatuan mendapat malu boleh dianggap bersubahat dengan perbuatan tidak bermoral yang kononnya dilakukan oleh YM Tuan Guru.Ini lah tindakan yang tidak bermaruah dan penakut.Dalam masa yang sama semua kronologi palsu dan keputusan mesyuarat di masukkan didalam laman web rasmi persatuan.Bukankah laman web boleh dilayari oleh semua pelayar-pelayar internet di seluruh dunia.

Mungkin ini strategi MMK untuk memaklumkan pada orang ramai tetapi tidak mahu membuat lapuran polis kerana takut persatuan mendapat malu dan mencemarkan imej.Berdasarkan perbualan dengan beberapa orang ahli di selangor antaranya ahli MMN termasuk penjawat jawatan tertinggi sendiri, ramai yang tidak percaya tentang kes salah laku Guru Utama ini tetapi terpaksa menurut sahaja kerana bimbang dipulau atau diambil tindakan,ada yang telah pun diusir keluar dari rumah persatuan bangi kerana tidak menyokong mereka.

Kesimpulannya puak pelampau kini ketandusan idea dan isu,tulisan-tulisan yang dipaparkan berulang-ulang,cubaan menghantar balaci-balaci hingusan untuk berkempen nampaknya tidak berjaya menyakinkan ahli-ahli tentang dakwaan salah laku Guru Utama,kini pihak pelampau terpaksa mengerahkan mentor-mentor tertinggi turun padang sebagai usaha terakhir mereka sebelum mesyuarat agung luarbiasa diarahkan oleh mahkamah yang mulia.

Puak penentang kini menjadi mesra rakyat dan sanggup turun padang berbanding dulu kerana mereka kini gusar dengan sokongan yang berterusan dan tidak goyah terhadap sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli yang setia dan yakin kepada Guru Utama.Mereka kini dalam keadaan serba salah samada untuk menamakan Guru baru atau tidak.Kalau dilantik yang seorang tu bimbang akan mengesahkan dakwaan CM yang sejak dulu mengatakan beliau memang bercita-cita untuk menjadi guru ,yang seorang lagi tu memang tak ada "cutting"guru,yang digelar "ustaz"dikalangan mereka pun awal-awal dah bagi tahu mandat perguruan sah ada pada Tuan Guru Md Radzi.

Lagi pun mereka bimbang mereka juga akan diperlakukan seperti Tuan Guru satu masa nanti sekiranya mereka tidak diperlukan atau sekiranya tidak mengikut skrip yang mereka sediakan.Kalau lah sdra Moktaruddin atau Sdra Jamaluddin bersetuju untuk menjadi Guru tentu tak ada masalah bagi puak pelampau ini.Kini sdra Moktaruddin dan Sdr Jamaluddin serta seluruh keluarga Ustaz Hanafi dihina semahunya sedangkan mereka yang tersilap percaturan .

Ahli-ahli juga diugut supaya tidak bertemu dengan Tuan Guru samada secara formal atau tidak.Ahli-ahli cuma dibenarkan berjumpa MMK yang bersubahat dengan mereka sahaja .Penerangan yang diadakan juga berpilih-pilih tidak terbuka kepada semua ahli.
Puak pelampau juga kini telah bersedia untuk membuat pengambilan ahli baru dan meneruskan pelajaran tanpa ijazah.Apa sudah jadi dengan perjuangan yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi?

Jelas sekarang puak pelampau yang telah merosakkan pergerakan Silat Cekak Hanafi dengan tindakan mereka yang kononnya bermaruah dan berani.Banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh puak pelampau.Balu dan keluarga Almarhum dihina dan dicaci sesuka hati sedangkan mereka menjaja nama Ustaz Hanafi kononya atas nama perjuangan.Ini kah tanda kasih puak pelampau kepada Almarhum Ustaz Hanafi?umpama kita kata kasih pada ibubapa kita sedangkan seluruh ahli keluarga kita hina dan caci.Bayangkan kalau puak-puak pelampau ini terus berkuasa didalam persatuan,sedangkan Guru pun boleh diperlakukan seperti sekarang apatah lagi ahli-ahli diperingkat bawahan.

Tabik kepada man cina kerana berjaya memporak perandakan seluruh jentera persatuan hanya bermodalkan kertas dan pen sahaja.Anda telah berjaya membuktikan betapa rapuh nya barisan Cekak Hanafi.Slogan "segerak searah ,senafas seudara" yang sering dilaung laungkan oleh bendahari agung hanyalah omong kosong sahaja. Ini adalah satu kebolehan yang luar biasa yang anda miliki.Hanya Syaitan sahaja yang memperolehi kebolehan sedemikian.

Man cina telah berjaya menyampaikan mesej yang sangat jelas bahawa terdapat ramai ahli-ahli didalam persatuan yang berpura-pura dan tidak ikhlas di dalam perjuangan.Ahli-ahli ini perlu ditapis dan diasingkan.Apa yang berlaku sekarang ini adalah fitnah angkara puak pelampau.

Perkara ini telah pun dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud:

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.."

-Surah al-Baqarah, ayat 191

Firman Allah bermaksud:

"Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.."

-Surah al-Hujurat, ayat 6

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Sesiapa yang menyebarkan satu kata memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat.."

-Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya daripada Abu Zar


Ayuh bangkit wahai ahli-ahli yang setia kepada Tuan Guru,buktikan bahawa anda faham dan jelas segala perjuangan yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi yang kini di pikul oleh waris beliau sendiri.Jangan takut menyatakan pendirian dengan mengambil sifat tunggu dan lihat.

Silat Cekak mendidik pengamalnya menjadi berani kerana berani adalah sifat insan.Ahli-ahli bukanlah taksub dan bermasalah seperti yang didakwa oleh puak pelampau tetapi mereka adalah ahli yang tahu adab-adab perguruan dan juga perbezaan antara murid dengan guru.Segalanya terletak ditangan anda.Banyak lagi perancangan yang perlu dilakukan untuk agama dan bangsa.Masa depan persatuan terletak kepada anda sendiri.

23.1.07

Darurat?

Maka tersebarlah kisah di wilayah-wilayah tertentu akan pergolakan yang berlaku dalam pergerakan sekarang ini. Guru dikatakan telah melakukan 'kesalahan serius' yang boleh menjejaskan kredibiliti pergerakan konon-kononnya.

Setelah badan yang 'bertanggung jawab' menggantung dan menolak kepimpinan Guru tercinta,maka kelam kabutlah mereka memikirkan masalah yang datang kemudiannya.Mungkin ketika membuat keputusan berikut mereka yang 'bertanggung jawab' ini tidak terfikir kesan dan implikasinya terhadap pergerakan.

Nun bertiup kencang di wilayah-wilayah tertentu ini, pengajian silat masih jua diteruskan walaupun tiada sebarang pengijazahan yang berlaku.Maka sekonyong-konyong masuklah ahli baru yang tidak mengerti apa-apa tentang pergerakan ini ke alam persilatan tanpa bertemu dahulu dengan yang empunya silat.

Maka tiadalah lagi gamaknya kain putih sabagai alas,tiadalah lagi kalimah yang perlu dibaca sebelum tidur tiga malam berterusan,tiada lagilah limau yang mewangikan tubuh,jauh sekali kenduri di majlis tamat.Pihak yang sememangnya 'bertanggung jawab' dengan penuh rasa takzim dan rendah dirinya mengisytiharkan perkara ini dibolehkan atas alasan "DARURAT".

Termaktublah dalam catatan,pergerakan yang diteraju oleh mereka yang 'bertanggung jawab' ini tiada beza lagi dengan pergerakan-pergerakan yang lain.Hilanglah sudah keistimewaan pergerakan yang selama ini menyanjung tinggi institusi Perguruan.Lenyaplah sudah perbedaan pergerakan ini dengan pergerakan lain baik dari alam Melayu mahupun yang hak luak negeri.

Yang dikatakan DARURAT itu apa sebenarnya?Adakah boleh dikatakan keadaan semasa ini DARURAT?Sedangkan yang empunya silat ini masih lagi BERHAK,dan masih LAYAK dan masih UPAYA?

Jelas sudah mereka yang 'bertanggung jawab' ini sanggup melakukan apa saja demi memenuhi tuntutan hawa mereka.Mereka sanggup mengetepikan adab dan budaya yang selama hampir 42 tahun ini dipegang berlalu dengan begitu sahaja.Mereka sanggup meleraikan ikatan yang selama ini terjalin di antara yang empunya dengan penuntut tanpa ada rasa apa-apa.Kononnya siutasi sekarang tidak tenteram,kononnya DARURAT!

Apa guna menepuk dada bangga kononnya lama dalam pergerakan tetapi masih tidak mengerti hal seperti Majlis Pengijazahan?Kalau dalam hal yang paling asas dalam pergerakan pun masih terkial-kial,bagaimana pula dengan hal-hal lain?Kalau diri masih tidak sedar berada di bawah yang empunya silat dan masih enggan menerima,bagaimana boleh mendakwa diri faham dan tahkik dalam perjuangan?

Segelintir ahli yang 'di bawah' ini,walaupun baru,walaupun mentah dan tidak banyak jasa,Tetapi masih boleh "melihat" peri pentingnya Majlis Pengijazahan di antara Guru yang Empunya dengan bakal ahli yang hendak belajar.

Mungkin Silat Cekak anjuran mereka yang 'bertanggung jawab' ini akan lebih menjadi global lagi selepas ini.Kita jangan hairan jika ada orang Belanda Kristian atau bangsa Cina Buddha atau India Hindu turut sama "tamat" silibus Silat Cekak.Almaklumlah,tiada lagi perakuan KeIslaman dari sesiapa pun.

Kita jangan pelik jika peringkat potong dan tamat sudah boleh dimasukkan dalam demonstrasi dan penerangan.Mungkin juga jurulatih-jurulatih di wilayah tertentu ini bertukar status menjadi "gurulatih" (guru letih adalah gamaknya..)Almaklumlah mereka yang baru hendak belajar ini 'berijazahan' dengan jurulatih untuk menerima ilmu persilatan.

Guru sudah diketepikan.Guru sudah dibuang dan ditolak serta diabaikan.Maka keadaan "DARURAT" mengambil alih tugas Guru.Keadaan "DARURAT" menghalalkan semua perkara yang sama sekali bertentangan dengan pendirian selama ini.Keadaan "DARURAT" memungkinkan SILAT CEKAK SUDAH TIDAK BERHARGA LAGI!

Imbaslah kembali detik kita semua melalui Majlis Pengijazahan dengan Guru.Adakah Majlis tersebut dijalankan untuk suka-suka?Adakah sekadar melepaskan batuk ditangga?Apakah tidak lagi penting Majlis ini sedangkan ia adalah pokok di dalam pergerakan ini?Gurulah yang menyemak KeIslaman bakal penuntut,hampir sama seperti Tok Kadi atau Wali menyemak KeIslaman bakal pengantin.Bukan LPT,bukan MMT,jauh sekali MMK yang dipilih 3 tahun sekali!

Renungkanlah.Jika kita mendakwa sebagai pejuang dalam pergerakan,tergamakkah kita mencemarkan dan menodai pokok perjuangan ini?Tergamakkah kita 'bersaudara' dengan yang bukan segama kita?Sanggupkah kita melihat kelak MMK yang "disanjungi" kemudiannya dipelopori oleh mereka yang bukan dari rumpun kita malah bukan seugama dengan kita?

Pergerakan ini hak agama kita.Maka peranan Guru itu memastikan melalui Pengijazahan dengan bakal penuntut.Silat ini Hak Mutlak Beliau.Mandat perguruannya jelas,salasilahnya kukuh.Usahlah dipertikaikan.Kita tolak tepi fitnah-fitnah yang berlegar.Kita kembali kepada pokok. Adakah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

BENARKAH PERGERAKAN INI DILANDA DARURAT?

Percayalah,'jika' benar Guru sudah hilang kelayakan sebagai Guru,nescaya dengan mudah mandat perguruan itu beralih tangan dengan Izin-Nya.Seperti yang berlaku pada 1993 dahulu.Walaupun berpetir dan beribut taufan mantan Guru berucap,tetapi akhirnya yang Hak tetap berpindah pada yang BERHAK.

Kemelut ini tidak akan terjadi jika kita tidak termakan dengan tipu daya syaitan,nafsu dan BUDAK 16 TAHUN! (mungkin sudah meningkat 17 tahun 2007 ini)

Nota kaki: Marilah kita sama-sama berdoa agar kemelut ini segera berakhir dan keadaan akan menjadi baik malah menjadi lebih baik berbanding dahulu...

21.1.07

Ahlulbait

Masih ingat dengan produk yang dijual oleh Sri Kandi yang memaparkan syair Ahlulbait sejak tahun lepas?

Syair Ahlulbait tersebut menurut Tuan Guru yang dikasihi terdapat di dinding belakang kediaman Rasulullah s.a.w (sekarang ini di dalam Masjid Nabi). Namun begitu syair tersebut sudah tidak dapat dilihat lagi.

Syair Ahlulbait seperti namanya mengetengahkan Ahlulbait iaitu Rasullullah s.a.w sendiri, Saidina Ali k.m.j, Saidina Hasan r.a dan Saidina Husin r.a, serta Saiditina Fatimah r.a.Ahlulbait seperti yang kita maklum adalah lima Insan yang Mulia ini. Rasulullah begitu mengasihi ahli keluarga Baginda sehingga pernah bersabda "Barangsiapa yang menyakiti Hasan dan Husin,maka ia sama seperti menyakiti Aku".

Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w juga sentiasa digalakkan bersalawat ke atas Baginda.Dan sebagai Ahli Silat Cekak juga,kita amat sinonim dengan dua macam selawat yang diberikan oleh Guru.Selawat ini di bahagian hujungnya turut memuliakan ahli keluarga dan sahabat Rasulullah s.aw.

Namun tidak semua Umat Islam yang turut menyintai ahli keluarga Baginda seperti mana menyintai Baginda sendiri.Sejarah telah menyatakan dengan jelas peristiwa pembunuhan Ahlulbait.Semuanya gara-gara berkepentingan di dalam politik dan gila tamakkan takhta.Saidina Husin misalnya,dipancung bercerai kepala dari badan dan terpisah antara makam kepala dan makam badannya.

Adakah Allah tidak memelihara cucu (namun Baginda memanggil kedua cucunya sebagai 'anak')? TIDAK. Dia mengizinkan perkara ini terjadi untuk kita jadikan renungan.Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Baginda s.a.w tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga pusaka Baginda demi kepentingan diri dan keturunannya pula.Sedangkan Baginda s.a.w begitu menyayangi Ahlulbait Baginda,mengapa pada waktu itu mereka tidak boleh turut sama menyayangi Ahlulbait?

Adakah apabila wafatnya Rasulullah s.a.w maka berakhirnya sifat sayang pada Ahlulbait sehingga tergamak untuk Merka diperlakukan sedemikian rupa?JIKA Baginda s.aw. tidak menyayangi Ahlulbait itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi Rasulullah TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Baginda.Masakan mereka pada waktu itu tidak menyedari perkara ini?

Dan setelah 1400 tahun kemudian,iaitu pada tahun 1993,wujudnya golongan yang hampir sama dengan puak Muawiyah ini tadi.Mereka begitu menyanjung Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad,menyayangi Almarhum sepenuh jiwa raga namun mereka GAGAL untuk turut sama menyayangi Insan yang disayangi dan dikasihi Almarhum.Malah mereka tabur nista dan caci keluarga Almarhum dengan hinanya.Mengapa mereka berkelakuan sedemikian?

Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Almarhum tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga waris Almarhum demi kepentingan diri dan kroninya pula.Sedangkan Almarhum begitu menyayangi ahli keluarga ,mengapa pada waktu itu mereka tidak boleh turut sama menyayangi ahli keluarga ?

Adakah apabila kembalinya Almarhum maka berakhirnya sifat sayang pada Ahli keluarga Beliau sehingga tergamak untuk diperlakukan sedemikian rupa? JIKA Almarhum tidak menyayangi ahli keluarganya itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi sebaliknya Almarhum TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Beliau.Masakan mereka pada waktu itu tidak menyedari perkara ini?

Dengan jelas Almarhum mengatakan ahli keluarga dan Anak Beliaulah yang akan menerajui pergerakan ini apabila tiba masa.Tetapi mengapa mereka tidak menerima kata-kata Almarhum tersebut?

Mengapa Allah mengizinkan perkara ini terjadi?Supaya kita mengambil iktibar dan pedoman di masa hadapan.Untuk kita jadikan panduan jika berlaku masalah kelak.

Malangnya selepas 13 - 14 tahun selepas 1993 tersebut,wujud pula satu golongan yang hampir sama dengan puak Ishak Itam tadi.Mereka begitu menyanjung Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad,menyayangi Almarhum sepenuh jiwa raga namun mereka GAGAL untuk turut sama menyayangi Insan yang disayangi dan dikasihi Almarhum.Malah mereka tabur fitnah dan tohmah keluarga Almarhum dengan kejinyanya.Mengapa mereka berkelakuan sedemikian?

Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Almarhum tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga waris Almarhum demi kepentingan nafsu dan temboloknyanya pula.Sedangkan Almarhum begitu menyayangi ahli keluarga ,mengapa pada waktu ini mereka tidak boleh turut sama menyayangi ahli keluarga ?

Adakah apabila kembalinya Almarhum setelah 20 tahun maka berakhirnya sifat sayang pada Ahli keluarga Beliau sehingga tergamak untuk diperlakukan sedemikian rupa? JIKA Almarhum tidak menyayangi ahli keluarganya itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi sebaliknya Almarhum TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Beliau.Masakan mereka pada waktu ini tidak menyedari perkara ini?

Dengan jelas Almarhum mengatakan ahli keluarga dan Anak Beliaulah yang akan menerajui pergerakan ini apabila tiba masa.Tetapi mengapa mereka tidak menerima kata-kata Almarhum tersebut?

Kita tidak menyamakan Baginda s.a.w dengan Almarhum di sini tetapi kita mempertikaikan tiga golongan manusia terbabit.Bagaimana ketiga-tiga golongan ini begitu menyanjung Ikon dan Pemimpin mereka,namun mereka tidak berupaya untuk SAMA menyayangi keluarga Pemimpin sebagaimana yang Pemimpin tersebut lakukan.Sedangkan Pemimpin ini telah dengan JELAS dan TERANG menunjukkan sifat sayang dan kasih Mereka pada ahli keluarga Mereka.

Kita tidak boleh menyamakan dengan peristiwa Nabi Noh a.s bersama keluarganya kerana dengan terang keluarganya telah menolak ajaran Nabi Noh sendiri semasa hayat mereka.

Tetapi adakah Saidina Hasan dan Husin menolak ajaran nenda Mereka?Tidak semasa hayat Rasulullah dan Tidak selepas hayat Baginda sehingga kedua-dua Hasan dan Husin wafat.

Adakah keluarga Almarhum terutamanya Tuan Guru Md Radzi menolak ajaran ayahanda tercinta?Tidak semasa hayat Almarhum dan TIDAK selepas hayat Almarhum sehingga sekarang.

Semua yang berlaku merupakan ujian kepada kita selaku pengikut.Bukan ujian untuk Guru dan Pemimpin semata-mata.Tuhan telah menguji kesetiaan kita terhadap pemimpin.Terpulanglah pada kita.JIKA dahulu kita boleh patuh dengan Almarhum,adakah sekarang ini kita boleh patuh kepada Anak Beliau selaku Pengganti yang dinamakan sendiri oleh Beliau?

Umpama menyintai seseorang,secara tertib dan adabnya,hendaklah kita turut sama menyintai keluarga buah hati kita sebagaimana dia menyintai mereka.

Umpama hendak berkahwin dengan ibu tunggal,secara sopan dan caranya,hendaklah kita turut sama menyayangi bakal-bakal anak tiri kita sebagaimana ibu mereka mengasihi mereka.

Terpulanglah kepada kita untuk memilih.

Kita boleh bercerai dengan isteri kita jika kita sudah tidak suka padanya atau mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan.Dengan lafaz,kita boleh memutuskan ikatan tersebut dengan halal dan tanpa dosa walaupun Allah tidak menyukai Talak.

Tetapi adakah kita boleh bercerai dengan ibu kita apabila tidak suka atau mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan?Adakah terputus hubungan dengan halal ibu dan anak walaupun kita melafazkan kata-kata tersebut?Bukan saja Allah tidak suka,malah nerakalah tempatnya kepada anak derhaka.

Terpulanglah kepada kita.

Isteri boleh diganti,ibu tetap ibu kita.Kawan,abang senior boleh diganti tetapi GURU tetap GURU!

Taat ke Guru membawa Berkat,
Sedikit belajar banyak yang Dapat,
Jika MENDERHAKA menjadi MUDARAT,
Semua ilmu TIADA yang LEKAT.

Untuk pengetahuan semua,sehingga saat ini,MANDAT PERGURUAN Silat Cekak MASIH berada pada YM Tuan Guru Md Radzi BIN Hj Hanafi BIN Hj Ahmad.

TIDAK PERNAH BERUBAH,TIDAK PERNAH BERPINDAH.MASIH SAMA.

Nak DERHAKA?

Terpulanglah kerana pantun di atas telah menerangkan impilikasinya.Tepuk dada,tanya pegangan.Jangan tepuk dada dok kata 'aku,aku,aku'.Takda aku persatuan tak jalan!

Nota kaki: Khabar-khabar angin bertiupan sekarang mengisahkan "pengHIJRAHan" keluarga "yang dikasihi" pereka fitnah ke tempat lain.Sejauh mana kebenarannya,belum dapat dipastikan.Tapi jika betul,timbul semacam satu persoalan.Awat kalut nak pindah jauh-jauh.Elok dah dok KL nu.Awat hangpa pindah sampai kena bayar tol RM 1.10 nak pergi pejabat, sampai 20-30 minit nak sampai KL?Yang ini bukanlah Hijrah kot,Tapi LARI!

18.1.07

'Di Atas' dan 'Di Bawah'

Kedengaran 'di atas' sana sesungguhnya yang konon Tuan Guru kita yang tersayang bukanlah lagi sebagai Guru Utama Silat Cekak.

Atas dasar apa orang 'di atas' sana sibuk mengatakan perkara ini?Kita hairan sejak bila pula MMK yang terdiri dari kalangan ANAK MURID, boleh menolak Guru Utama.

Cuba kita renung kembali.Sedangkan MMK itu dilantik oleh Ahli Persatuan sekeliannya.Adakah Guru Utama dilantik dan dipilih oleh Ahli Persilatan?TIDAK tuan-tuan.Tidak timbul isu Almarhum tidak menamakan Pengganti beliau sedangkan kita selama ini dengar bahawa Tuan Guru lah satu-satunya calon yang dinamakan.Malah kita punya ramai saksi yang mengesahkan kalimat Almarhum tersebut!

Kenapa dari kalangan pendukung yang 'di atas' sana itu tidak langsung dinamakan?Atau dari ramai-ramai ahli-ahli lama 'di atas' sana itu langsung tidak Almarhum nampak kelebihan mereka untuk dijadikan Pengganti?

Silalah lihat kembali video Menegak Kebenaran..Mungkin ahli-ahli 'di atas' sana telah terlupa..Lihatlah kembali ucapan yang anda sendiri pernah perkatakan.

MMK tidak layak MENSABITKAN kesalahan Tuan Guru yang didakwa mencabul.TIDAK LAYAK sama sekali.Prosiding yang merapu,saksi utama yang tidak disoal-siasat,tatacara yang tidak masuk akal,amanah yang dikhianat dan banyak lagi mendedahkan kebobrokan MMK dan pual-puak penentang.

Kita masih tertunggu siasatan polis dilaksanakan selepas kononnya laporan dibuat.Bila? Sudah hampir 10 bulan dicabul tetapi masih juga tiada laporan.

Si badan besar sendiri menulis tentang 'ustad' Ak yang disahkan salah oleh JAKIM (Pusat Islam waktu itu).Kita ahli-ahli 'di bawah' ini pun masih simpan surat yang dikeluarkan JAKIM itu.Perkara itu dengan jelas diadili oleh pihak yang berwibawa dan terang tiada berkepentingan.

Tetapi mengapa isu kali ini diadili oleh pihak yang sememangnya dipertikaikan kewibaannya dan berkemungkinan besar mempunyai kepentingan tertentu? Jika MMK benar-benar telus dalam hal ini,serahkanlah isu 'cabul' ini kepada pihak berkuasa.Jika dulu sanggup bersusah payah berusaha untuk membuktikan 'ustad' Ak benar-benar terpesong dengan mendapatkan pengiktirafan dari JAKIM,mengapa tidak kali ini?

JIKA BENAR berlaku 'pencabulan' itu,usahakanlah dibawa ke muka pengadilan yang LAYAK dan WAJAR.Biar Mahkamah yang menentukan.Oleh mereka yang selayaknya.Desaklah si mangsa 'trauma' dan kedua ibu bapanya membuat laporan polis.Biar keadilan ditentukan oleh pihak yang diiktiraf.Kami ahli 'di bawah' mencabar MMK! Jika KEBENARAN yang kalian laung-laungkan, USAHAKANLAH LAPORAN POLIS dibuat! (jangan sembang je lebih macam si din,si badan besar dan linda si bapuk tua!)

Kita juga mendapat khabar bahawa orang bawahan ahli 'di atas' sudah mula berani mengugut ahli-ahli 'di bawah' yang memihak Tuan Guru di sebuah IPT.Jelas budaya samseng telah mula dipraktikkan oleh meraka yang kononnya sentiasa 'di atas'.

Ahli-ahli 'di atas' ini sebenarnya sudah terlalu lama berada 'di atas' sehingga sanggup menggelar ahli lain sebagai ahli-ahli 'di bawah'.Kalau dari zaman sebelum perpecahan dengan puak 'ustad Ak' lagi asyik selalu berada 'di atas', mungkin tangan yang bergayut 'di atas' itu sudah letih dan lenguh.Al maklumlah sudah tua.Dulu masa zaman Almarhum bolehlah nak bergayut lama-lama 'di atas' nun. La ni dah 'season', dah out-dated, dan dah expired dah.Tak usahlah dok bangga diri 'di atas' nun.Kami 'di bawah' ini tak perlukan pun kamu 'di atas' nun.Yang kami perlukan adalah bimbingan dan naungan Guru kami yang sejati.

Kalian yang 'di atas' itu kalau-kalau rasa dah nak tersungkur terjatuh terbenam dalam bumi cepat-cepatlah bagitau kami 'di bawah' ini.Biar kami sediakan tangga untuk kalian 'di atas' turun dengan hormat dan tertibnya.Sebelum kami yang 'di bawah' ini ambil lastik atau sumpit 'menjemput' kalian yang 'di atas' itu tersungkur tergolek 'dog'...

Nota kaki: Guru mengatakan, ada beza antara TAHU dan KENAL. Antara TAHU dan KENAL sungguh jauh bezanya..Adakah kita sekadar TAHU atau mungkin ada sedikit KENAL siapa Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi?

9.1.07

Guru Utama atau MMK?

Kita dikejutkan apabila bertarikh 5 hb Januari lepas, MMK telah mengeluarkan pekeliling yang bertajuk :

PENGGANTUNGAN KEAHLIAN DAN PENOLAKKAN KEPIMPINAN
ENCIK MD RADZI HJ HANAFI SEBAGAI PRESIDEN DAN GURU
UTAMA, PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

(boleh rujuk di cekakhanafi.com)

Antara intipatinya ialah menghalang Tuan Guru dari menjalankan sebarang aktiviti persatuan mahupun persilatan!

MMK dengan terang dalam pekeliling tersebut menyatakan:

Majlis Mesyuarat Kebangsaan juga pada mesyuarat MMK bil. 4-06/09 telah
membuat keputusan menolak kepimpinan Encik Md Radzi Hj Hanafi
sebagai Presiden dan Guru Utama berkuatkuasa pada 17 September
2006.

Kita sebagai ahli Persatuan dan juga selaku ahli Persilatan di bawah Guru Utama terpinga-pinga apabila membaca kenyataan ini.

Bagaimana MMK iaitu badan bertindak dalam persatuan boleh PUNYA KUASA untuk menolak Guru Utama?

Apakah dalam Silat Cekak ini, MMK lebih berkuasa dari Guru Utama?Siapa MMK ini?Mereka adalah ahli-ahli persatuan yang DILANTIK oleh ahli-ahli lain semasa mesyuarat agong perwakilan setiap 3 tahun. Guru Utama TIDAK DILANTIK oleh ahli-ahli semasa mesyuarat agong,sebaliknya memiliki HAK MANDAT PERGURUAN YANG SAH.

Kita jangan terkeliru antara Guru Utama dan Presiden.Mungkin ya, dari segi PERLEMBAGAAN yang BETUL, Presiden boleh diturunkan tetapi bukan dengan cara DIGANTUNG KEAHLIAN. Tetapi bolehkah Persatuan menolak kepimpinan Guru Utama?

Rujuklah Perlembagaan Persatuan,nescaya tidak ada peruntukan yang membolehkan mana-mana pihak mencabar kedudukan Guru Utama.

Kita semua maklum, Persatuan iaitu Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia adalah jentera penggerak bagi menggerakkan Silat Cekak. Dahulu Silat Cekak pernah bergerak dalam jentera Perkumpulan Seni Sari Budaya Kedah, Persatuan Bawean Putra K.Lumpur,Persatuan Seni Silat Chekak Kedah,Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan kini, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Di dalam perguruan Silat Cekak, sudah tentu Guru Utama sebagai pucuk pimpinan tertinggi.Tetapi bagaimana keadaannya, apabila Persatuan, yang bertindak sebagai PENGGERAK sahaja boleh menolak kepimpinan Guru Utama?

Nama persatuan silat,tapi Guru Utama silat tersebut ditolak kepimpinannya.Bagaimana itu?Sudahnya,Silat apa yang hendak digerakkan oleh Persatuan apabila Guru Utama Silat Cekak sudah ditolaknya?

Sudahlah ditolak,dihalang pula Guru Utama untuk menjalankan aktiviti Persilatan.Bagaimana itu?

Jelas,MMK lah yang banyak berpolitikus dalam isu ini.Sejak dari awal lagi.MMKlah yang berperanan besar dalam usaha MENGHANCURKAN pergerakan Silat Cekak.

Kita kena ingat,MMK yang dilantik pada sesi 2006 lepas adalah tidak sah memandangkan cawangan Pulau Pinang yang tidak memenuhi syarat turut sama menghantar perwakilan.MMK yang 'mewakili' Persatuan sejak Mac 2006 sebenarnya adalah tidak sah! Kita kena ingat itu.

Maka sebab itulah sebahagian besar Cawangan (Negeri) memohon untuk diadakan EGM memandangkan perjalanan AGM Mac 2006 yang tidak sah.Malangnya,MMK YANG GILA KUASA DAN PANGKAT INI , MENOLAK PERMOHONAN ini.

Sila Rujuk Perlembagaan Persatuan 7 Ceraian 23 & 24:

23. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa akan diadakan :-

(a) Apabila difikirkan mustahak oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan; atau
(b) Dengan permintaan bersama oleh Majlis Mesyuarat-Majlis Mesyuarat daripada dua buah atau lebih cawangan-cawangan atau dengan permintaan daripada dua puluh (20) orang Ahli Terus Ibu Pejabat yang berhak mengundi yang menyatakan tujuan dan sebab-sebab mesyuarat itu hendaklah diadakan.

Permintaan-permintaan itu hendaklah dengan bersurat.

24. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang diminta oleh cawangan atau oleh Ahli Terus Ibu Pejabat hendaklah diadakan dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh permintaan mereka diterima.

Tetapi mengapa MMK menolak permintaan Cawangan ?Bukan 2 Surat yang diterima tetapi hampir kesemua cawangan!Kenapa?

Permintaan Cawangan-cawangan ini jelas, dan berdasarkan peraturan dan perlembagaan Persatuan.Atas alasan dan sebab-sebab yang munasabah.Tetapi mengapa MMK menolak permintaan ini?

Akhirnya,tindakan saman pun diambil memandangkan MMK telah pun MEMBELAKANGKAN perlembagaan demi MEMENUHI MATLAMAT DAN NAFSU BUSUK mereka.

Dan sejak diketahui tarikh 23 Januari ini kes ini akan dibicarakan, kelam-kabutlah mereka ini bagai tak cukup tanah hendak mengejar masa menyebarkan dakyah dan propaganda. Kita boleh lihat dan baca di laman-laman si kaduk dan si badan besar.

Jika YAKIN di PIHAK BENAR,untuk apa bertindak PENGECUT? Untuk apa dikesalkan tindakan saman ini? Apabila kita berada di persimpangan, kita terpaksa menyerahkan perkara ini kepada pihak yang lebih berkuasa untuk menentukan.

Ada yang berkata kenapa isu AGM 2006 yang tidak sah digunakan dan bukannya isu "salah laku" Guru Utama? Kerana apabila berlaku sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan,kita seharusnya kembali ke pangkal masalah tersebut.Isu 'salah laku' Tuan Guru bukannya berpunca dari Beliau sebaliknya berpunca dari MMK! Maka kita perlu melihat dan menilai kredibiliti MMK dalam isu ini.Dan kita tahu jawapannya!

Kita tidak tahu apa keputusan yang bakal ditentukan nanti.Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di hadapan.Sama-samalah kita berdoa agar semua kemelut ini dapat berakhir dengan segera dan kembali seperti sedia kala.Semoga Pergerakan kita kembali harmoni seperti sebelum-sebelum ini..