16.10.06

Kembali

Setelah beberapa hari mengumpul bahan berita,akhirnya pak-kaduk kembali lagi dengan fitnah baru.Banyak lagi yang hendak diputarkan ye pak-kaduk?Tak puas-puas lagi pak-kaduk ni ye?Selepas termangu dan dungu sekejap terkena 'buah potong' anti-fitnah,pak-kaduk mengatur strategi untuk membuat 'potong buah potong' la konon-kononnya.
Tetapi kita hairan juga kenapa blog pak-pandir dan laman si badan besar dah tiada.Mungkin puak-puak penentang menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada pak-kaduk sahaja.Mungkin juga pak-kaduk dan si badan besar individu yang sama.

Kepada mereka yang masih belum maklum,di blog anti-fitnah ini ada diuploadkan satu album khas untuk tatapan pelayar blog ini.Album peristiwa 30 Sept 2006 boleh diakses di side bar di sebelah ini.Lihatlah bukti kekejaman mereka yang layak disamakan dengan Zionis dan Komunis.Kerana di anti-fitnah ini tidak disajikan dongeng cereka rakyat (macam pak-kaduklah,nama pun cerita rakyat),tetapi yang dihidangkan adalah FAKTA yang mesti diketahui.Juga disediakan satu vote caster untuk puak-puak penentang mengundi siapa 'guru' mereka selepas ini.Kepada ahli yang terus menyebelahi Tuan Guru,kalau nak undi pun boleh juga tetapi sekadar memberikan tamparan (jangan buat laporan polis pula) kepada mereka puak-puak penentang.Setakat hari ini,majoriti vote menunjukkan Hasyimah 'as-siddiq'(budak 16 tahun tak mungkin berbohong) layak menjadi 'guru' mengatasi yang lain-lain.

Kenapa dipertikai petua wang tawaf?Perkara ini sepatutnya tidak boleh dipertikaikan tidak kira di ruangan maya,mahupun secara terang-terangan.Pak-kaduk dan mentornya Abdul Wahib 3 Abdul mungkin tidak tahu petua yang dipertikai itu datangnya dari Almarhum Ustaz juga.Cuma mereka tidak dapat,jadi mereka pun katalah tiada.Serupa juga dengan ayat belayar,pun dipertikai juga tapi bukanlah dalam ruangan maya.Adakah semua sahabat di zaman Nabi S.A.W dahulu merawikan semua hadis?Sudah tentu tidak.Maknanya,bukan semua orang mendapat ilmu yang sama rata.Sebab itu kalau belajar Ulum Hadis,setiap hadis dikaji sanad dan matannya.Samalah juga dengan pak-kaduk dan mentornya Abdul Wahib 3 Abdul.Tetapi tidak semestinya mereka tidak terima ilmu tersebut bermakna ilmu itu tiada.Mungkin pak-kaduk tidak tahu kenapa not 1 riyal dipilih,bukan 5 riyal,bukan 10 bukan 50 riyal.Cuba diperhatikan apa beza not 1 riyal dengan not-not riyal yang lain.Kalau cerita dengan pak-kaduk bukan dia tahu pun,sebab dia bukan pernah pergi Umrah dengan Tuan Guru melalui tulisannya "Pak Kaduk pun dapat lah juga 'se RIYAL' dua sebagai kenangan, simpan lah dalam dompet duit sebagai kenangan sahaja hadiah dari kawan.." (Tak tahu malu,sudah pertikai tapi masih disimpan dalam dompet.Kalau tak suka tak payahlah simpan dalam dompet)

Siapa yang sebenarnya mempersoalkan yang ranting?Puak-puak penentang termasuk pak-kaduk sendiri yang membangkitkan cerita-cerita lain,umrah,pingat dato dan sebagainya.Cerita WFT 7 sendiri misalnya,bukankah sudah dipersetujui untuk tidak siasat tetapi siapa yang pukul canang cerita tersebut?Puak-puak penentang juga!Siapa yang mengatakan Abdul Wahab 3 Abdul layak menjadi 'guru' dan membangkitkan peribadi adik-beradik Tuan Guru yang lain?(semua fitnah belaka)

Bukan kita tidak tahu jawatan kuasa penyiasat yang mungkir janji berjumpa dan minum dengan si pemfitnah Man Ce semasa siasatan sedang dijalankan.Bukan kita tidak tahu bagaimana puak-puak penentang cuba menghasut dan mempengaruhi Abg Tat dan Abg Ji semasa siasatan tengah dijalankan.Siap panggil Abg Tat "Yang Mulia" lagi.Siapa yang pergi ke berjumpa Abg Ji untuk menghasut beliau konon-kononnya Abg Ji tidak serasi dengan Tuan Guru semasa siasatan masih dijalankan? Semua ini boleh diragukan kerana kedua-dua jawatankuasa tidak bertindak adil dan tidak telus malah melanggar sumpah mereka untuk merahsiakan sebarang maklumat,demi perpaduan kononnya.Perpaduan tahi kucing!

Pak-kaduk bertanya," ada sesiapa juak juak Mad Radhi yang dah bertanya? ingat lah Tn Hj Yahya tu pun seorang Peguam juga dan menjadi peguam rasmi persatuan bukan seorang yang tak bersekolah..Saya ingin bertanya,berapa kerat puak-puak penentang yang berjumpa sendiri dengan Hasyimah mahupun Tuan Guru?Pak-kaduk ada jumpa Hasyimah?Ada jumpa Tuan Guru?Siasatan apa kalau yang disiasat (Hasyimah) tidak hadir apabila dipanggil memberi keterangan?Merujuk ayat pak-kaduk sendiri, "Adalah PERLU beliau (merujuk Tuan Guru) hadir dan memberikan keterangan dan memaklumkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kerana beliau sendiri yang mengetahuinya dan beliau orang yang paling layak untuk menceritakannya.." Kenapa pak-kaduk tak desak Jk Siasatan untuk menyoal siasat sebenar-benarnya Hasyimah sendiri dan bukannya 'Abg' Sawi dan 'Kak' Yayah yang hadir atas alasan "mangsa" dalam keadaan trauma?Pak-kaduk tahu pula keperluan Tuan Guru memberikan keterangan,tetapi pak-kaduk tak tahu keperluan Hasyimah "As-siddiq" memberi keterangan?Sungguh tidak masuk akal.Yang dituduh dipanggil,yang menuduh tidak dipanggil?.Kenapa yang menulis surat aduan tersebut si bapa saudara pihak mangsa(konon-kononnya)?Kenapa bukan si ayah atau si ibunya sendiri?Padahal mereka pun ahli juga.

Malah keterangan yang diberi oleh fafaFiFifufu bercanggah dengan ayahnya Pak Mudin Lembut tetapi diabaikan oleh JK siasatan.Mengapa bantahan dan cadangan Abg Tat dan Abg Azhar tidak dilayan sedangkan mereka ahli JK Siasatan juga?Sebab itulah dulu Almarhum berhajatkan ramai ahli dari lulusan undang-undang,sebab Almarhum sudah dapat rasakan,yang ada dahulu dan sekarang ini ramai yang tak boleh pakai!Harap sekolah sahaja tinggi,tetapi bodoh bertingkat-tingkat nak buat apa?Mungkin pak-kaduk tidak tahu yang bukan semua peguam boleh buat kerja peguam jenayah.Pak-kaduk dan puak-puak penentang kena belajar baca komik "Penyiasat Remaja" dan tonton "Detektif Conan" di TV3.Cuba belajar macam mana buat domestic inquiry yang sebenar-benarnya.

Kenapa pihak Tuan Guru pula yang hendak buat saman malu?Kenapa puak-puak penentang tidak desak Hasyimah sendiri membuat laporan polis sebab dicabul?Satu dunia dah tahu Hasyimah kena cabul (konon-kononnya).Buatlah laporan polis.Kena tampar/tepuk berani pula buat laporan.Hak yang kena cabul tak buat-buat juga laporan pasal apa?Kami di pihak Tuan Guru ternanti-nanti.Tak sabar nak lihat apa kenyataan budak 16 tahun pada pihak polis dan mahkamah.Takut habis pecah tembelangkah?Dengar-dengar cerita adalah beberapa orang tu,apabila mahkamah memutuskan yang mantan TPM bersalah dahulu,dia tetap kata mantan TPM tidak bersalah,mahkamah tak telus dan sebagainya.Tetapi bila Tuan Guru difitnah oleh budak 16 tahun percaya pula!Kalau yang memfitnah itu suci macam Siti Maryam bonda Isa a.s boleh dipertimbangkan lagi!Ini tidak,gedik dan lain macam perangainya dah ramai orang tahu!Mana mungkin budak 16 tahun berbohong,kan?Tidak masuk akal.Budak 7 tahun pun dah pandai bohong zaman la ni,inikan pula budak 16 tahun yang gedik.Betullah,peguam bodoh.

Kita hairan juga kenapa video siasatan tidak mahu ditunjukkan seperti kata pak-kaduk.Kenapa tidak didedahkan kepada semua ahli video tersebut?Dulu masa zaman Pak Ak kan siap buat CD,hak yang ni tak berani pulak ke?Boleh ditunjukkan kepada mereka yang betul-betul "komunis" sahajakah?Sungguh tidak adil bagi kami di pihak Tuan Guru.Mana nak adil kalau yang menyiasat sendiri pun tidak dapat salinan video rakaman?(Abg Tat dan Abg Azhar) Kita hairan juga bagaimana puak-puak penentang ini bertindak.Dari awal lagi mereka memang sudah merancang sebenarnya.Kita tidak pelik kalau puak-puak penentang untung bila hendak menjatuhkan Tuan Guru dari jawatan Presiden,sebab dengan jelas,memang mereka yang memegang kewangan persatuan!Meminjam kata pak-kaduk,siapa yang 'masyuk' sebenarnya?Tetapi apa hak pak-kaduk mengatakan "boleh juga tengok bagaimana Mantan Guru Utama memberi keterangan kepada anak murid beliau.." ?Sejak bila pula dalam Tuan Guru letak jawatan ?Dulu puak-puak penentang juga yang berapi-api mengutuk puak-puak Pak Ak yang menghasilkan Resolusi 1 dan 2 pada masa itu mengekalkan Pak Ak sebagai Guru Utama kononnya puak-puak Pak Ak tidak tahu perlembagaan persatuan.Sekarang ini boleh pula dilakukan benda yang sama?Besar betul kuasa MMK,maka ramailah puak-puak penentang yang taksub pada MMK!

Cuba diperhatikan keadaan di pihak Tuan Guru sekarang ini.Apa yang tinggal?Stok uniform pun habis dikebas!Tang mana yang dikatakan 'masyuk'?Kalau tidak kami di pihak Tuan Guru sudah makan percuma semasa Majlis Berbuka di Keramat tempoh hari.Tetapi siapa sekarang ini yang makan percuma semasa majlis berbuka?Dengar-dengar cerita orang yang layak menerima zakat pun tidak hadir,kenapa bukan pak-kaduk sahaja yang terima zakat?Kan untung.Pak-kaduk bukan ada Guru pun sekarang ini,buat saja sesuka hati,tiada siapa hendak menegur.Tetapi kami di pihak Guru SANGAT-SANGAT YAKIN,Tuan Guru di pihak yang BENAR.Kebenaran tetap kebenaran,dan kebenaran tetap akan tertegak.Bila ketikanya,kita serahkan bulat-bulat pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui.Marilah sama-sama kita bersabar menempuh kemelut ini.

Saya ingin menarik pembaca merenung kembali sejarah Yusof A.s.(bukan pak ustad CYCM berkecuali) Adakah salah Yusof a.s memasuki istana Zulaikha waktu itu?Adakah Baginda dengan sengaja hendak menjerumuskan diri Baginda ke lembah fitnah?Adakah dipenjara Yusof a.s bermakna Baginda bersalah?Renung-renungkanlah.Sejarah menuntut kita untuk belajar darinya.Supaya kita sentiasa berhati-hati membuat keputusan apabila mendengar dan melihat sesuatu.Telinga dan mata boleh berbohong,seperti melihat kapal terbang di awan yang nampak perlahan tetapi sebenarnya laju.Maka gunakanlah AKAL untuk berfikir.Yang dipertaruhkan ialah pegangan.Saya tidak sanggup menyerahkan pegangan saya kepada budak 16 tahun yang telah jelas perangainya berbanding seorang Insan yang selama ini mengajar dan mendidik menjadi manusia,InsyaAllah.Tidak pernah walau sekali,yang diajar beliau sesat atau ilmu yang lagha.Marilah kita sama-sama renungkan. Benarkah Tuan Guru yang kita kenal sanggup melakukan seperti yang dikatakan puak-puak penentang?Beliau sebagai seorang pemimpin selama ini hanya menunjukkan peribadi contoh kepada kita.Adakah dengan tiba-tiba beliau boleh berubah menjadi tidak baik?Fikirkanlah..

38 comments:

Anonymous said...

Alllllaaaaaahhhhhuuuuuakkkkkkbbbbbaaaaaarrrrr.....!!!!!!!!!!!! mari bersama sama kita berdiri di belakang GU yg selama ini banyak berjasa dan bnyak mendidik kita...JANGAN HANYA SEKADAR PANDAI BERKATA YANG GURU BANYAK BERJASA KEPADA KITA,TETAPI PELAJARI CARA UNTUK MENGENANG JASA GURU SELAMA INI....insyaallah,puak2 penentang akan hancur tidak lama lagi..tungggu...sekarang ni depa tengah dok kalut....dan terus terang saya katakan bahawa saya tida takut akan ahli2 Persatuan Puak Penentang(PPP).....mereka semua pembohong dan penabur fitnah kepada guru...rasanya mereka juga melakukan perkara yang sama kepada ibu bapa mereka sepertimana mereka membuat aniaya dan menfitnah guru sendiri...dan di sini,ternyata puak2 penentang adlah ...bacol....benak....pengecot....(BBP)

Anonymous said...

kalau dulu pernah dicanangkan & dituntut supaya Pak Ak bersemuka dgn YM GU..maka tibalah masanya..didesak & dituntut supaya Hashimah bersemuka dengan YM GU..bersaksikan pihak yg benar2 telus ikhlas..baru namanya adil!!..perjuangan yg amat perit memerlukan pengorbanan yg ramai..ini bukan sia-sia..Kebenaran Untuk Semua!!

Anonymous said...

"...bersaksikan pihak yg benar2 telus dan ikhlas..."

siapakah pihak tersebut...

Anonymous said...

Tuan,
Laporan polis telah dibuat…tunggu je la apa siasatan pihak berkuasa….
Jgn risau sgt atau kalut….

Yang muskil ialah kenapa Abang Tat dan Abang Azhar membuat bantahan terhadapa hasil laporang yg telah mereka tandatangani dan persetujui pada mulanya?

Kenapa tidak mereka terus membantah hasil siasatan mereka sendiri?

Anonymous said...

Semestinya tidak mungkin GU berubah menjadi tidak baik secara tiba-tiba.

Anonymous said...

Dalam gambar tu aku nk komen satu ja. Sapa yang kebas stok unifom jangan kata stok unifom ngan khemah skali korang angkut. cayalah

dari (PPP)

Anonymous said...

isk...korang ni...gune ayat..

pelik laa tgk gambar2 tu...sume ceria...

macam orang yg join majlis berbuka puasa tu, amik gambar tu yang bagi pada pihak anda..ape maknanya tu...hmmm...

Anonymous said...

Ha apa lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Laporan polis dah dibuat. Apalagi ttttuuuuuuuunnnnggggggggguuuu.
Lepas ni dua-dua tutup kedai.

Anonymous said...

sape yg buat report polis pasal kes ni??....hasyimah nk repot?berani ke dia.kalu nk buat,dari dulu lagi,tapi kenapa sekarang..ingat polis nk layan..

Anonymous said...

dah report pun pertikai kan lagi.dulu kecoh suruh report..
bila dah report...ada lagi yg tak kena...

jgn risau..polis mesti layan punya

Anonymous said...

ha3...gelak jer la...macam2 perangai la si juak ni

Anonymous said...

Orang kata kalau tak tau tanya... tapi aku ni lepas tanya si Mad tu lagi aku yakin dengan ketidakbetulan si Mad tu... Hah.. macam mana....

Ada member pulak kata "aku dah tanya kat Abang Mad tu... memang dia kata dia takde buat..., dan aku yakin cakap dia..."

Aku punya komen..."alah... kalau aku ada buat jahat pun dan engko tanya aku aku ada buat ke tak... mesti aku jawab "mana ada"... Engko dah tanya pada orang yang dikatakan buat fitnah tu??? AKu dah! Engko?"

Terus terdiam member aku tu hehehehe...

Hei...Sedor-sedor le sikit...

Anonymous said...

pikir la sendiri....ko dah dengar penjelasan GU...jaditugas kau fikir.....ehhh..lupe plak,ko mane boleh pikir,sbb nickname ko pun otak kat lutut...

Anonymous said...

yg bubuh kat lutut tu, kesian diucapkan..sapa suruh buat mcm tu..dah yakin sgt kat yg buat tuduhan? kalau dah yakin sgt..jalanlah seiringan..tadak sapa paksa..& kalau yakin sgt dgn cara depa yg kununnya adil lagi telus tu..umumkan la sapa GU yg dihajatkan sgt demi teruskan perjuangan cekak ni..boleh? maknanya hang sanggup terima bulat2 surat akuan sumpah & hashimah tak perlu hadir utk disoalbalas..bagi hang soalbalas tak perlu..mcm tu rupanya cara hang setuju kaedah soalsiasat & j/kuasa penghukuman tu..itu rupanya yg hang dok yakin sebagai adil & telus, tanpa soalbalas..tanpa keterangan secara bersemuka, menolak keterangan sesuka hati, bila keterangan ada yg bercanggah (abg hassan & puan Firi) pon masih telan juga utk teruskan tuduhan seksual yg lain...alangkah hebat & yakinnya hang pada kaedah mcm tu...itulah hebatnya isi perut hang rupanya..

Anonymous said...

Kalau nak buat keputusan... bior dengor semua pihak... tulah yang orang dok cakap kat aku...

So aku dah dengor semua pihak yang terlibat dalam benda ni... dan aku dah buat keputusan aku... Ngko ada???

Tambahan pulak banyak cerita mengarut yang ada kat dalam ni aku sendiri ada kat situ... lagilak pulak... aku bukan dengor dari first hand information je... aku ni first hand information nye... Ngko ada???

Bior ada kepala otak kat lutut dari takde otak langsung...

Anonymous said...

cara penyiasatan macam mana yang hangpa nak.sapa yang patut jadi jk penyiasat dan kehakiman.

cadangkan la nama2 yang hampa pikir telus.

Anonymous said...

Siapa yang buat report polis?Takde dengar cite papepun?Bila report polis dah buat?pak-kaduk tak cakap pun?uploadla kat cekakhanafi.com kalau betul ada,simpan 'kitab' kronologi 'Nabi' Ramlee tu.silatcekakhanafi.org pun bley undurkan sekali kronologi sebenar.Biar pihak berkuasa jalankan siasatan,dan semua keputusan MMK sebelum ini SEPATUTNYA terbatal,sebab sebelum ini pun laporan polis tak mahu dibuat atas dasar 'taknak bagi malu' persatuan dan 'mahu diselesaikan secara keluarga'.La ni,KALAU BETUL laporan polis dah buat,semua orang boleh DUDUK DIAM-DIAM,biar pihak GU mahupun puak-puak pengkhianat.Jgn pak-kaduk mahupun anti-fitnah mengganggu siasatan.Semua orang hanya perlu tunggu apa keputusannya.Adakah perlu GU didakwa atas tuduhan 'mencabul'?Atau tuduhan itu sama sekali tidak berasas?Mari kita saksikan!ITUPUN KALAU BENAR laporan polis dah di buat!

*takut mentor-mentor puak-puak pengkhianat ni saja-saja je buat cerita pada "anak murid" masing-masing,bila dah terdesak di asak dengan soalan cepu emas.

Anonymous said...

tuan2 semua...

bukan ke GU mengajar supaya sentiasa tenang?so, jgn kalut...

laporan polis dah dibuat di bukit aman..jd tunggu ajela macam mana kesudahannya...

perlu di ingatkan ...kes ini melibatkan budak bawah umur...
mangsa rela ke..tidak ke...pelaku kesalahan pasti kene.....itupun kalau kes bersabit..kalau tak...takde apa2...
kalau tak bersalah nak takut apa betul tak....??

yg menghairankan ialah....
kenapa abg tat dan abg azhar buat surat bantahan selepas mereka sendiri menandatangani laporan awal yg mereka sendiri buat dan setuju?
kenapa mereka tidak membantah dari awal?
selepas laporan dah siap dan dipersetujui oleh semua dan ditandatangani, baru nak kemukakan surat bantahan?
tak paham betul la....
boleh sesiapa tanyakan soalan ini kepada mereka?
saya kalau berkesempatan mmg nak tanay kenapa berlaku perkara ini tp hajat tak kesampaian kerana faktor waktu dan jarak....

Anonymous said...

halnya skrg...diulang sekali lagi...mengapa soalbalas tidak dibenarkan utk dibuat dlm 'perbicaraan' melibatkan yg tertuduh? mengapa tidak dibenarkan?? mengapa cukup sekadar pegang bulat2 pada surat akuan sumpah?? ADILKAH BEGINI?? jika kena pada diri anda sendiri, apa rasanya jika tak dibenarkan langsung buat soalbalas kpd si hashimah tu?? *tolong jgn jawap dgn soalan semula* ADILKAH INI??

Anonymous said...

akum semua...terutamanya anonymous...

tentang kenapa abang azhar dan abang tat bersetuju pada mulanya,saya difahamkan diwaktu keadaan mereka diminta unutk menandatangani,mereka berada didalam keadaan tergesa gesa pada waktu itu..jadi atas sikap BEPPERANGSAKA BAIK (MENYANGKA BAHAWA BENDA BAIK AKAN BERLAKU), mereka menandantaganinya..mereka tidak meyangka bahawa bahawa laporan yang mereka tandatangani menentang cik mat..dan apa yg saya diberitahu,mereka menandatanganinya di atas bonet kereta! ini yang saya diberitahu semasa majlis penerangan yg dibuat di pusat bandar utama dahulu..maafkan saya kalau saya ada tertinggal atau terlupa, tapi,seingat saya,begitulah yg saya telah diberitahu.. SIAPA SANGKA bahawa persatuan kita menjadi sebegini rupa...walau apa pun,jika laporan sudah pun dibuat oleh pihak polis, saya yakin,insya Allah, kedua dua belah pihak( pihak guru utama dan pihak penentang)pasti akan menemui jalan penyelesaiannya...hidup cekak hanafi!

Anonymous said...

Saya pun dpt gak duit tawaf, sorang kawan yg buat umrah thn 2002 bg. byk tahun gak saya bubuh dlm wallet, tapi tak juga kaya-kaya. ke hulu ke hilir sy buat projek tu, projek ni, haram tak jadi. badan penat, poket selalu kering, tapi keinginan besar. Kalau hendak beli apa-apa yg saya teringin, tak ada duit, saya balun kredit kad. kad ni kad bank konvesional dari Amerika. Ada hutang bertapuk dlm RM10,000. pastu, awal tahun 2005, saya jumpa keterangan pasal bab belanja dlm Quran. Ada lebih kurang 70 ayat yg Allah suruh belanja. eh, byknya. terkejut saya. Quran kata, byk belanja, nanti lagi byk dpt. Quran kata dpt balik 700%. Tapi belanja tu, ke JALAN ALLAH, bukan belanja beli brg2 branded mcm saya selalu buat utk tujuan tunjuk2 (RIAK) kat org konon saya ni hebat la. Nangis la jugak masa tu. Bukan buat2 nangis tapi air mata keluar sendiri macam tu aje. Saya pun janji ngan Allah tak mahu terlibat lagi dengan hutang dan subahat dgn riba (kad kredit konvesional, Amerika pulak tu). Masa tu ada la duit sikit2, saya pun sedekah kat org yg betul2 susah. Pejam mata je masa tu. Bagi je dulu, cukup tak cukup tu kemudian kira. Entah camna, dlm masa yg singkat, projek yg dibuat sejak tahun 2000 (yg dok penat ke hulu ke hilir tu) tiba2 saja menjadi. Sy dpt RM10,000 yang pertama. Terfikir nak beli tu, nak beli ni tapi teringat kad kredit dan janji ngan Allah. Terus sy ke bank dan byr semuanya. Alhamdulillah, skrg duit sy tak pernah putus. Apa jadi dgn duit tawaf tu? Sy korek-korek dlm wallet, duit tu tak de. fikir2 punya fikir mana perginya, sy ingat sure anak kecik sy main wallet saya dan duit tu tercicir kot. tak sedar bila duit tu tercicir.

pasal duit tawaf, sy pernah refer pd sorang tokoh agama yg terkenal di Malaysia. dia kata memang boleh buat macam tu, semata-mata utk ambil berkat je. mudah2an dgn berkat, jadi. tapi jgn ingat ada duit tawaf tu, tak payah kerja keras, boleh belanja suka hati, tak payah rancang perbelanjaan pasal gerenti blh kaya. ini fahaman salah. satu lagi pasal ibu duit. Sorang tokoh lain kata ibu duit tu salah. dia kata ada sorang yg buat haji bawa seribu utk buat tawaf utk jadikan ibu duit tapi akhirnya duit tu kena kebas dek pencopek masa tawaf. dia letak dlm beg ikat pinggang, pencopek tu toreh ngan pisau, ambik semuanya.

rasanya mungkin betul U Hanafi kata duit blh buat tawaf, tapi mungkin utk ambil berkat saja. ulama ada mcm2 pendapat. ulama aliran tradsional kata benda ni boleh buat berkat tapi ulama aliran reformis yg dpt pengaruh dr tokoh mcm Muhd Abduh, Rashid Ridha, Dr Iqbal, Jamaludin Al-Afghani dan sumer2 tu, tolak pendpt ini. tapi aliran tradisional terima. Sy baca thesis, tengok senarai guru U Hanafi, rasa2nya Ustaz hanafi dari aliran tradisional. tapi tak boleh gak kata U hanafi dari aliran tradisional sepenuhnya krn walaupun berguru dgn aliran tradisional, org yg bijak dan terang hati biasanya akan terima juga aliran2 lain selagi tak menyeleweng dr Islam mcm Syiah ke apa2 ke...

Anonymous said...

keterangan yg bagus, moga ada yg buka mata & minda luas2..jgn sesedap rasa nak kata sesat..karut & sebagainya..sama juga mcm org letak ayat seribu dinar kat kedai/pejabat/restoran masing2..kalau masakan & layanan sambil lewa..premis tak jaga kebersihan..bahan2 kerja tak halal sifat & sumbernya...letak la besar mana pon ayat tu..dgn izin Allah..tak juga menjadi!!

jadi soal duit tawaf tu tak timbul laa...org tertentu saja yg melatah sakan bila terdengar YM GU ada buat mcm tu..yg amat membosankan, org yg melatah tu..TAK PULA RUJUK & BERDISKUSI sendiri dgn YM GU..

tau2 saja terus buat kesimpulan sendiri..apa punya org la mcm ni..;(

selain tu..mmg pelik betul..kenapa la liat sgt nak bagi ruang utk soalbalas kpd pihak yg menuduh & buat dakwaan tu..terutamanya Hashimah..punca segala punca..

kalaulah dlm sistem perundangan Msia amalkan juga tak boleh soalbalas..pasti huru-hara negara kita ni.

fikirkan sendiri.

Anonymous said...

saya berharap agar jangan lah kita berdebat lagi tentang kes abg mad,kerana beliau guru kita dunia dan akhirat..kita berdebat fasal lain yang boleh mengembalikan maruah CEKAK HANAFI.

Anonymous said...

JUAK TERANG KAT SY PERKARA SEBENAR...TLG YA..........

Anonymous said...

NAK DEBAT APA TONGKANG 3,BAGI CADANGAN?

Anonymous said...

X KAN X TAU KOT,SEBAGAI AHLI,KITA MESTI TAU APA YG PATUT DIDEBATKAN....SNDIRI TAU LA....

Anonymous said...

bukan berdebat encik tongkang 3, kita berbincang..ada beza maksud debat dan bincang. cadangan yang baik sebab sekarang ni maruah silat Cekak Hanafi bukan je dah bercalar, dah terbelah pun...terbelah ala2 kene cakar Wolverine X-men tu..heheh

Anonymous said...

JD KALAU DAH TAU MARUAH SILAT YANG KITA PEGANG SUDAH TERCALAR,JGNLAH KITA MEMBURUK2 KAN KEADAAN DENGAN MEMBURUK-BURUKAN GU YG KITA PERCAYA SMMGNYA BELIAU TIDAK MELAKUKAN PERKARA TERKUTUK ITU...JD,KETAHUILAH KRONOLOGI YG SBNAR DRPD MEREKA YG MENUNTUT KEBENARAN..AYUH,KEMBALIKAN MARUAH SILAT KITA DENGAN KEBENARAN YG BNAR2 DIKEHENDAKI SMUA...IA DITUNTUT DI DALAM ISLAM..MARI SEMUA AHLI4 CH!!!

Anonymous said...

WAHAI PIHAK YG BENAR,BANGKIT DAN BERSATU DAN HEBOHKAN KEPADA UMUM BAHAWA GU YG KITA SAYANGI X BERSALAH.............SAYA X SANGGUP MELIHAT GU DIKUTUK DAN DICERCA.....MASYALLAH....ISK,ISK,ISK..

Anonymous said...

SAYA SOKONG T........MARI KITA JIHAD....

Anonymous said...

saya boleh membantu anda yg mahu mencari kebenaran....saya offer diri saya untuk membantu....kerana saya mahu sahabat2 seguru dengan saya mendapat kebenaran dan membuat keputusan yang betul...

Anonymous said...

jika abg md x menerajui silat kita smpai skrg,sah2 silat kita x sehebat ini........jd pikiak la byk2 sbb hanya GURU yg sesuai dan terbaik shj yg boleh membimbing silat kita smpai ke tahap ini.....jgn jd ketegak mcm phak yg satu lg......'pikirkan'

Anonymous said...

jangan dilupakan juga, tanpa peranan dari ahli2 lain juga berperanan penuh dalam menaikkan persatuan, bukan GU shaja


bukan GURU jika dia tiada murid
bukan PEMIMPIN jika dia tiada yang setia
bukan PRESIDEN PERSATUAN jika dia tiada persatuan
bukan PERSATUAN jika tiada ahli

Anonymous said...

persatuan hanya satu platform semata-mata utk menggerakkan silat...sejarah telah membuktikan kita pernah menumpang dibawah persatuan org...kalau takde persatuan pun aku tetap akan ikut abg mad...kalau korang nak kata aku ni taksub,aku tak kisah.yg penting aku kenal guru aku...em,rasenye kalu lepas ni silat cekak duk kat bawah persatuan pemandu bas mini pun,takde masalah kot...sbb persatuan itu hanya satu platform semata-mata...

Anonymous said...

betullll...warisan kita adlah silat...

Anonymous said...

tengoklah big body guy...kebenaran konon...semuanya tipu...aku dah ajak sape2 yg x puas ati tentang GU,jom la kita tengok sape benar....tapi sekor pun takda..tapi dok mengata guru...lagi2 yus...x abis2 salahkan org lain yang tak jwab soalan die yang ntah ape2 die tanya..tanya soalan yg agak bodoh,maka jawapan yg akan ko dapat jawapan yang bengongg la...

Anonymous said...

AKU RASA LA KAN..ADALAH LEBIH BAIK JIKA PIHAK GU NGAN PIHAK 'TEAM B' TU BUAT SATU PERSIDANGAN KHAS UNTUK BERDEBAT DAN MENGEMUKAKAN SEMUA BUKTI YAG ADA DENGAN DISAKSIKAN OLEH SELURUH AHLI CEKAK HANAFI, BENDA NI PERLU DIBUAT KERANA RAMAI AHLI YANG X TAU CERITA, DUK PERCAYA DAN HANYA IKUT CAKAP ORANG YG LAGI LAMA JE.AKU HARAP SAPA2 YANG RAPAT NGAN GU NGAN KEPALA TEAM B TU, BOLEH SYORKAN PENDAPAT AKU NIE..AKU DH NAIK BORING LA NGAN FITNAH2 YANG X NAMPAK APA2 BUKTI PUN...

Anonymous said...

takpe...sabar....satu hari nanti pasti anda akn didedahkan dengan kebenarn yang sebenar kebenaran..kalu tuduh tidak diserta saksi dan bukti,adalh FITNAH...!