30.10.06

Mana Ni?

Sudah hampir 2 hari berlalu dari tarikh yang 'sepatutnya' puak-puak penentang 'mengisytiharkan' "guru" mereka.Apakah masih buntu memikirkan 'calon' yang sesuai?Bilakah masanya akan tiba?Puas dinanti-nanti namun 'tarikh' tersebut tidak kunjung-kunjung tiba!Mungkin sedang enak dan leka menikmati kuih tat dan semprit lagi agaknya!

Ahli-ahli puak-puak penentang sudah semakin gelisah di seluruh negara.Tidak tahu apa yang patut dilakukan apabila Majlis Ijazah sudah dibekukan.Bagaimana nasib mereka yang hendak menjalani ijazah kedua dan ketiga?Kita bukan apa,cuma risau ada ahli yang tidak tahu keadaan sebenar berputus asa dan menyertai Cekak yang satu lagi!Perkara ini pernah disuarakan oleh seorang ahli yang masih belum tamat,apabila diberi penerangan tentang 'salah laku' Tuan Guru oleh YDP di sebuah negeri.Maka terkeluarlah tegahan dari mulut YDP tersebut supaya ahli berkenaan tidak menyertai Cekak yang satu lagi.Juga terkeluarlah dari mulut YDP tersebut supaya menunggu 40 hari!

Puak-puak penentang mungkin tidak sedar,betapa besarnya salah mereka apabila menyekat Majlis Ijazah oleh Guru Utama yang HAK.Mungkin mereka tidak perasan,kesan akibat tindakan mereka itu ramai ahli-ahli yang sedang belajar tertanya-tanya dan akhirnya berputus asa untuk tamat.Inilah yang TERPAKSA ditanggung oleh puak-puak penentang jika dipersoalkan di akhirat kelak.

Puak-puak penentang sebenarnya terlampau yakin untuk menang di mesyuarat MMT 3 Sept lepas.Terlampau yakin sehingga dikeluarkan surat sumpah ahli MMT yang ditandatangani pada tahun 1993.Surat tersebut menyatakan pendirian semua ahli MMT yang akan bersetuju semua keputusan mensyuarat MMT,mengikut kata majoriti.Jika ada ahli MMT yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan,beliau terpaksa menerima juga segala keputusan yang dicapai dalam mesyuarat setelah menandatangani surat tersebut.Surat ini tidak lain dan tidak bukan menunjukkan keyakinan puak-puak penentang waktu mesyuarat 3 Sept itu.Strategi mereka mudah.Jika keluarga Almarhum dan pendokong ssebenar perjuangan Almarhum dalam MMT tidak bersetuju dengan keputusan pada mesyuarat itu,mereka akan mengedarkan surat sumpah berkenaan kepada semua ahli untuk menunjukkan keluarga Almarhum dan pendokong ssebenar perjuangan Almarhum yang melanggar sumpah.

Tetapi mereka LUPA mereka HANYA MAMPU MERANCANG.Mereka terlalu yakin Tuan Guru akan 'kalah' waktu itu.Mereka telah mengira kuota ahli MMT yang menyokong Tuan Guru,dan yang menolak Tuan Guru.Maka mereka dengan YAKIN mengeluarkan surat sumpah berkenaan yang Tidak pernah dikeluarkan selama 13 tahun.Tetapi,KEHENDAK-NYA mengatasi perancangan jahat puak-puak penentang.Individu-individu yang telah mereka hasut dan mereka yakini akan menentang Guru,akhirnya berubah hati atas kehendak-Nya.Maka kuota berubah dari pada awalnya yang memihak mereka,akhirnya memihak Tuan Guru.Tidak timbul isu undi rahsia atau tidak,kerana sewaktu cadangan undi terbuka dibuat,tidak langsung dipertikaikan.

Kita hairan juga kenapa mereka ini tidak BERANI menjadikan Mesyuarat MMT 3 Sept tersebut sebagai 'medan bertarung' dengan Tuan Guru.Kenapa tidak diluahkan semua segala isi hati waktu itu?Kenapa tidak BERANI berdebat dan 'bersilat' dengan Tuan Guru yang dikatakan 'tidak baik' itu?Kalau YAKIN di pihak benar,ayuh tunjukkan KEBENARAN!Ini tidak,semua terketaq lutut.Sayang sungguh perjalanan semasa mesyuarat tersebut tidak dapat divideokan.Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Macai-macai dan balaci-balaci puak penentang mungkin tidak tahu cerita di sebalik perjalanan MMT 3 Sept.Mungkin yang mereka tahu pun versi mentor-mentor mereka.Maka semakin jauhlah mereka menyimpang.Apa boleh buat,sendiri salah, sendiri tanggunglah..

Tiba-tiba teringatkan pak-kaduk yang berjanji untuk mendedahkan 'salah laku' Tuan Guru di hotel.Mana ya pak-kaduk?Tidak cukup bahan lagi hendak menabur fitnah?Atau sumber pak-kaduk memang tidak boleh dipercaya?Juga teringatkan pak-kaduk yang begitu bersemangat apabila artikel "Guru Silat Cabul" terpapar di Harian Metro tempoh hari.Nampaknya semuanya tidak lebih dari sekadar gimik murahan belaka.Bilalah siasatan pihak polis hendak dimulakan ye pak-kaduk?Oh yaa,polis sekarang ni ramai yang sibuk dengan Ops Sikap agak-agaknya.Itu yang kena tangguh siasatan dulu kot?Huhu.

Biar buta mata tapi tak buta hati.Sedangkan ahli yang 'tidak nampak' pun boleh mengenal mana satu yang asli mana yang palsu.Kita yang celik mata ini takkanlah tidak boleh nampak?Itulah kelebihan mereka walaupun tidak nampak yang kasar,tetapi mereka boleh 'melihat'.Marilah kita sama-sama renungkan.


Taat ke Guru membawa berkat
Sedikit Belajar Banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat


Hayatilah rangkap pantun ini..

No comments: