19.11.07

Semoga Di Permudahkan..

Hari ini,19 Nov 2007, Tuan Guru Md Radzi B Hj Hanafi dan rombongan haji akan berlepas ke tanah suci. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga rombongan Tuan Guru dipermudahkan segala urusan di sana, Insya Allah..

13.11.07

Pengumuman Penting

Assalamu Alaikum..

Kepada Ahli-ahli yang ingin turut serta menghantar YM Tuan Guru Md Radzi Hj Hanafi dan rombongan menunaikan Haji, sila berkumpul di

No 28 Jalan SS 5C / 1A , Kelana Jaya
(Bersebelahan dengan Pintu Utama Kompeks Tabung Haji)

Pada 19 November 2007 ini Jam 10.00 pagi.

Rombongan YM Tuan Guru akan terus masuk ke Kompleks TH selepas majlis ringkas di rumah tersebut.

Harap Maklum..

13.10.07

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua pelayar blog ini. Semoga kedatangan Tahun ke 2 Aidilfitri sejak berlakunya krisis persatuan kita ini membuka peluang kepada mereka yang tersilap langkah untuk memohon maaf kembali ke pangkal jalan, Insya Allah..

Ambillah peluang ini sebaik mungkin untuk muasabah diri kita dan merenung sejauh mana hala tuju perjuangan yang kita laung-laungkan.Adakah kita sebagai pejuang sejati?atau sekadar penderhaka?

Sama-sama kita renungkan..

15.8.07

Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa Abang Lazim (Pak Andak) telah kembali ke Rahmatullah pada semalam,14 Ogos 2007 selapas waktu Asar.Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mukmin..Al-Fatihah..

Salam takziah buat keluarga Abang Lazim..

14.8.07

Setelah 21 tahun..

Semalam,tanggal 13 Ogos 2007 merupakan ulang tahun ke 21 kembalinya Almarhum Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad ke Rahmatullah. Tanggal 13 Ogos dikenang oleh semua ahli Silat Cekak di seluruh negara. Saban tahun pada tarikh ini, seluruh ahli Silat Cekak berhimpun untuk sama-sama mengingati pemergian Insan dan Pemimpin Agong pergerakan suci ini..

Baik mereka yang mengikut 'ustad' Ak, master Joe lebih-lebih lagi yang setia pada Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi, tiada satu pun ahli sebenar mahupun 'ahli celup' Silat Cekak yang melupakan tarikh 13 Ogos setiap tahun. Di seluruh negara, bergema tahlil sempena memperingati tarikh ini.

Dan pada 13 Ogos 2007 ini jugalah, genap setahun majoriti ahli MMK membuat keputusan untuk menggantung keahlian Tuan Guru. Satu tindakan yang sama sekali sukar untuk kita lupakan apabila di siang hari mereka bersidang untuk 'menghukum' Tuan Guru kita, tetapi di sebelah malam nya mereka dengan selamba hadir ke rumah Bonda Mak Teh 'tanpa seperti berlaku apa-apa'.

Sempena 13 Ogos 2007 iaitu genapnya 21 tahun kembalinya Almarhum, kita ingin mengajak pelayar sekelian untuk mengimbas kembali tindakan dan antara cadangan tindakan mereka yang mengaku memperjuangkan Silat Cekak warisan Almarhum.

Perlantikan Guru Utama
Konsep yang sama sekali bertentangan dengan adab dan adat Silat Cekak ini telah diperkenalkan oleh mereka pada tahun ini. Guru Utama Silat Cekak tidak perlu akan Mandat Perguruan, malah boleh dipilih dan dilantik oleh ahli-ahli Majlis Muafakat Tertinggi. Untuk pengetahuansemua, semasa mesyuarat ahli MMT menerima Master Joe sebagai Guru Utama, dia adalah Pengerusi Mesyuarat tersebut. Selepas dicadang dan disokong, dia selaku Pengerusilah yang Mengisytiharkan diri sendiri sebagai Guru Utama.

Meniadakan Adat Memilih Ayam
Menurut sumber-sumber dari pihak mereka sendiri, adat istiadat memilih ayam semasa Majlis Tamat ditiadakan untuk tempoh seketika. Kita tidak pasti sampai bila perkara ini akan berterusan, tetapi tindakan ini sama seperti tindakan 'ustad' Ak. 'Ustad' Ak ganti adat ini dengan Solat Hajat,kalian ganti dengan apa pula?

Mengkaji Semula Sistem Mata Pelajaran
Pihak mereka kini, setelah 42 tahun, tiba-tiba terfikir yang sistem mata pelajaran sedia ada 'agak' tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Sistem mata pelajaran yang telah kita amalkan selama 42 tahun iaitu pembahagian 20 buah asas diikuti dengan 20 buah jatuh dikatakan tidak praktikal kerana potensi ahli untuk Tamat berkurangan.Mereka telah mencadangkan untuk mengubah sistem ini iaitu dengan membahagikan 5 buah asas, 5 buah jatuh, diikuti dengan buah-buah seterusnya sehingga habis 20 buah.Mungkinkah DASAR yang Almarhum gariskan ini tidak lagi sesuai setelah 42 tahun kita amalkan?

Membuka Keahlian Kepada Penuntut Berumur 13 Tahun
Pihak mereka juga bercadang untuk mengambil ahli di usia 13 tahun.Cadangan ini pernah dikemukan semasa mereka masih menerima Tuan Guru sebagai Guru Utama,namun Tuan Guru mempunyai keputusan Beliau sendiri.Nah,inilah masanya untuk merealisasikan semula cadangan mereka ini selepas master Joe menjadi 'guru utama'.

Penubuhan Akademi Silat Cekak Hanafi
Pihak mereka di dalam diam turut 'berjaga-jaga' walaupun mereka kini tampak 'selesa' dan 'menang'. Nampak gayanya mereka ini masih bercita-cita besar untuk 'memperjuangkan' Silat Cekak ini walau andaikata mereka kelak tidak lagi 'menang' dan 'selesa'.Almaklumlah,perjuangan Silat Cekak ini kan mereka dakwa mereka yang punya.Takda aku tak jalan kata mereka.

Wakil Guru
Mereka bukan setakat mencadang,malah telah bersetuju untuk mewujudkan 'jawatan' wakil 'guru' bagi tujuan Majlis Ijazah.Wakil 'guru' ini akan berperanan apabila master Joe dalam keadaan uzur.Pembahagian pengkerasnya pula ialah RM5.30 untuk master Joe, RM 5.00 lagi untuk wakil 'guru'. Kita tidak tahu pula bila 'jawatan' wakil guru ini dilantik MMT. Tetapi apa boleh buat,matlamat menghalalkan cara.Nak jadi guru punya pasal, macam-macamlah helah mereka. Kepada calon-calon wakil guru sekelian, diharapkan bukan saja boleh mengendalikan Majlis Ijazah,harap bolehlah kendalikan sekali Majlis Petua, Kursus KK, Kursus Solat.dsb. Tetapi sebelum itu pastikan ilmu betul-betul mantaplah yerk? Jangan besok-besok majalah sensasi keluarkan berita "Wakil Guru Gagal Diuji Bakal Anak Murid" sudah.

Seperkara lagi sebut pasal wakil-wakil. Untuk pengetahuan semua,TIDAK PERNAH berlaku di dalam sejarah perkembangan Silat Cekak selama 42 tahun ini, wujudnya jawatan wakil 'guru'. Baik dari zaman Almarhum,zaman 'ustad' Ak sebelum menyerahkan mandat,hinggalah ke zaman Tuan Guru. Sewaktu uzur sekalipun, Almarhum sendiri tetap mengijazahkan bakal penuntut walaupun dengan syarat hanya bersalaman, di rumah Almarhum sendiri.

Kepada MMT, LPT dan MMK sekelian, harap kalian pakat-pakatlah elok-elok tentukan siapa yang hendak jadi wakil guru nanti.Susah-susah bahagi ikut zon. Zon A seorang wakil guru, zon B seorang wakil guru.Master Joe duduk umah goyang kaki je.Master Joe bolehlah jalankan ijazah di Pantai Timur.Itu pun satu negeri je.Kepada balaci-balaci sekelian,kalian berusahalah bersungguh supaya dipilih dan diangkat menjadi 'orang-orang atas' pihak kalian.Untung sabut timbul,untung hangpa tenggelam tak timbul-timbul nak jadi guru.hahaha..

Tahniah kepada kalian yang telah menyokong keputusan MMT dan MMK dalam mengetepikan Guru Utama yang SAH dan BERHAK.Tahniah kerana berjaya merosakkan perjuangan suci murni Almarhum.Tahniah kerana menurut HATI KOTOR kalian untuk mengkhianati pergerakan ini. Tahniah kerana berjaya mengambil HAK Tuan Guru dan HAK setiap bakal penuntut Silat Cekak.

Ingatlah,setiap tindakan kalian,setiap sen yang kalian dapat dari pengkhianatan ini adalah HAK Tuan Guru.Kalian telah mencuri dan merampas HAK Tuan Guru. Dan ingatlah, setiap sen yang mengalir selama pengkhianatan ini,adalah seunit 'saham' di akhirat kelak. Setiap penuntut yang mempelajari Silat Cekak tanpa melalui Tuan Guru, akan menuntut dengan kalian di akhirat kelak.Diharapkan kalian sudah siap sedia dengan jawapannya...

Kepada mereka yang belum terlanjur jauh,eloklah kembali ke pangkal jalan.Lihatlah sendiri satu demi satu tingkah laku mereka yang kononnya 'memperjuangkan' Silat Cekak mengikut cara Almarhum tetapi sebenarnya mengkhianati perjuangan ini. Dengan tindakan-tindakan yang telah dan akan lakukan ini,adakah hati kita masih BUTA pada KEBENARAN? Tepuk dada, tanyalah iman..Usah mendabik dada dan meraba perut bertuankan nafsu...

Nota: Di kesempatan ini kita ingin mengajak rakan-rakan sekelian untuk sama-sama kita mendoakan kesejahteraan salah seorang ahli lama kita iaitu Abang Lazim atau dikenali sebagai Pak Andak Lazim di cawangan Kedah yang kini sedang tidak sihat akibat barah .Semoga beliau sembuh seperti sedia kala Insya-Allah.Marilah sama-sama kita doakan..Amin..

3.8.07

Selamat Hari Lahir

Lama sungguh blog ini tidak di updatekan.Maaf di atas kesulitan yang telah berlaku..

Dikesempatan ini, kita ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke- 46 kepada Guru kita yang tercinta, Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuan Guru, dan sentiasa teguh bersama Tuan Guru, walau apa pun yang terjadi.Dengan izin-Nya,insya-Allah.Itulah azam kami selaku anak murid yang serba kekurangan, yang sentiasa memerlukan tunjuk ajar,teguran dan ilmu dari Tuan Guru.

Suka kita sampaikan dan kongsikan sedikit pesanan dari dari Syeikh Abdul Kadir Jailani kepada kalangan muridnya dalam syarahan beliau untuk renungan kita bersama:

"Barangsiapa yang tidak mempunyai Guru,maka gurunya adalah syaitan.Oleh itu,ikutilah Guru yang Alim, Guru yang Faham Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,serta mengamalkan kedua-duanya. Bersangka baiklah kamu kepada mereka dan belajarlah kepada mereka,bersopan-santun dihadapan mereka serta bergaullah dengan mereka,sehingga engkau memperoleh kebahagiaan.."

Tentu ramai dari kita maklum tentang kredibiliti,ketokohan serta ketinggian martabat Syeikh Abdul Kadir sehingga sebahagian umat Islam meletakkan beliau sebagai Wali, malah ditingkat teratas iaitu Wali Qutub. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang terkenal,yang merupakan juga dari sulub (keturunan) Rasulullah s.a.w. (jelas menunjukkan kelebihan sanad iaitu salasilah dalam menentukan kredibiliti seseorang Guru atau Tokoh Agama)

Semoga pesanan beliau ini kita hayati bersama dalam konteks kehidupan kita sehari-harian.

Juga ingin kita berkongsi tentang kes pelajar perempuan yang dipukul 9 pelajar perempuan lain serta dimalukan dengan dirakam gambar bogel nya menggunakan telefon bimbit di Pahang beberapa hari lepas.Pelajar-pelajar yang BARU berusia ENAM BELAS TAHUN ini tergamak menganiaya rakan sendiri,hanya kerana masalah kecil yang berpunca dari perbuatan mengejek. Jika kita renungkan,usia remaja bukanlah penentu atau alibi kepada bersalah atau tidak bersalahnya seseorang itu.

Inikah yang dikatakan BUDAK ENAM BELAS TAHUN tak tahu MENIPU?

Sekali lagi, sempena Ulang Tahun Kelahiran Guru kita yang tercinta, marilah kita renungkan,wajarkah kita meletakkan Guru yang telah begitu banyak jasanya kepada kita seperti yang telah berlaku dalam tempoh setahun ini?

Sama-samalah kita renungkan...Sheikh Abdul Kadir telahpun berpesan lama dahulu...

SELAMAT HARI LAHIR, TUAN GURU!

KEBENARAN TETAP AKAN TERTEGAK!

JASAMU SENTIASA DI KENANG!

21.6.07

Cakap Biar Serupa Bikin

Salam buat semua,semuga diberikan Allah taufik dan hidayah Nya di dalam urusan seharian. Big Guy didalam blognya baru-baru ni telah melukis kartun yang mengambarkan orang nombor satu duduk atas keretapi yang landasan nya terputus dan menulis ayat 'hai ya alal falah yang bermaksud 'marilah menuju kejayaan '

Apa yang difaham ayat tersebut terkandung didalam seruan azan yang membawa maksud 'marilah menuju kejayaan'tetapi di dalam lukisan Big Guy dia tidak mengambarkan fahaman yang begitu.Ini merupakan satu penghinaan kepada lafaz azan itu sendiri. Adalah sesuatu yang menyedihkan bilamana perkara ini dijadikan bahan lawak sedangkan didalam penulisan nya dimulakan di dengan perkataan yang baik-baik.ini lah yang dikatakan cakap tak serupa bikin.

Kerana terlalu ghairah untuk mengutuk terlupa perkara-perkara asas,harap agar Big Guy bertaubat selagi ada kesempatan,rujuk lah pada Yusof Che Mat kalau tak reti.semuga kita dijauhi daripada golongan orang-orang yang mempersendakan agama, nauzubillah Fikir-fikirkan lah...

18.6.07

Sikit-sikit je..

Satu dunia dah tahu pasal kemelut yang melanda Persatuan Silat Cekak Hanafi.Isunya konon salah laku orang nombor satu persatuan.Orang nombor dua tiga dan empat apalagi masa ni lah nak tunjuk konon nya ada prinsip dalam perjuangan walhal diri sendiri pun terumbang ambing lagi.


Kalau kita tengok dalam website CH pun sekarang ni dah ada gambar dan rakaman ucapan orang nombor dua.Agaknya inilah yang diperjuangkan oleh mereka sebab dulu tak ada peluang nak menonjol.Den pun maleh nak cerita panjang-panjang sebab ramai yang cakap tak serupa bikin sekarang ni.ramai yang mengaku kononnya faham perjuangan Ustaz Hanafi tapi tak tahulah apa yang dia orang faham.


Dia orang dah ada cikgu baru (rasanya tak layak panggil Guru) tapi peliknya masih ada lagi blog yang tak henti-henti nak menceritakan aib orang lain khasnya pasal orang nombor satu.Rasanya dia orang ni betul ke nak memperjuangkan Silat Cekak Hanafi atau lebih kepada tak puas hati sebab tak boleh masuk dengan orang nombor satu.Sekarang pun dengar cerita dia orang dah tubuh Silat Cekak Hanafi Sdn Bhd nak berniaga la agaknya lepas ni boleh lah masyukkk, jual tilam,insuran,kontraktor, kan adik beradik ada perniagaan masing-masing .Siapalah agaknya ahli lembaga pengarahnya (Pak Kaduk & Big Guy mesti tahu)


Cerita bab salah laku ni agak-agaknya gambar yang disiarkan ni boleh tak kita hantar surat kat orang nombor dua,tiga dan empat,tengoklah kalau-kalau boleh ambil tindakan.sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita dan siarkan contohnya mcm cerita ahli MMK tidor rumah ahli MMK wanita (sama sama bujang tak pa kot) Apa pun kita tengok je la gambar ni -- GABAN Z POTONG 2!!!





Nota kaki: Tulisan berkenaan adalah kiriman Tengku Taro Tengku Gaban.

5.6.07

Cari Perbezaannya!

Anda sukakan permainan Cari Perbezaan?

Mari kita sama-sama cari perbezaan gambar-gambar berikut:











Jumpa perbezaannya? Sila beri jawapan anda dalam ruangan Komen.

28.5.07

Kronologi sejarah pembinaan laman web cekakhanafi.com bahagian kedua

Pada tahun 2005 telah banyak perubahan dilakukan pada laman web ini salah satunya ialah sidang. Sidang sebelum ini telah diubah oleh Saibog. Setelah laman web cekakhanafi.com diubahsuai mengikut kehendak Amrahi pada tahun 2005, maka peranan webmaster-webmaster yang lain tidak lagi diperlukan. Hanya Amrahi dan Zanuddin (Din pernama) sahaja yang mengawal sepenuhnya laman web ini.

Selepas perayaan gemilang 40 tahun, tiba pada tahun 2006. Bermulalah satu detik hitam buat semua. Fitnah terhadap Guru Utama telah berlaku pada tahun tersebut. Maka media massa menjadi peranan yang sangat penting bagi mempengaruhi ahli-ahli yang berada di mana-mana sahaja. Sebagai mana yang sedia maklum, webmaster seperti Amrahi dan Zanuddin yang berpihak untuk menentang Guru Utama iaitu Tuan Guru Md. Radzi bin Haji Hanafi telah merencanakan untuk melakukan sesuatu menggunakan media tersebut.
Maka, dengan itu pelbagai fitnah yang menggunakan media massa telah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Bermula dengan surat Azman Johan (Man Cina), kemudiannya kronologi Ramlee minyak petronas (orang minyak), selepas itu terbitlah beberapa blog yang memfitnah En. Md. Radzi bin Haji Hanafi.

Antara blog-blog yang terawal yang mencuba untuk memfitnah En. Md. Radzi ialah blog pak kaduk dan big body guy. Setelah disiasat oleh beberapa individu, terdapat beberapa bukti (sila rujuk blog dowh!) yang kukuh bahawa terdapat individu pembuat blog ini ada kaitan dengan webmaster cekakhanafi.com

Sebagai salah satu bukti ialah, setiap pengguna yang mendaftar e-mel di webmail@cekakhanafi.com akan menerima hampir setiap hari e-mel layang yang berkaitan dengan fitnah terhadap En. Md. Radzi bin Haji Hanafi. E-mel layang tersebut yang dihantar hampir setiap hari itu mempunyai nama dan alamat e-mel pengirim yang berbeza. Seperti Osama bin Laden, Mullah Omar, Gengkhis Khan, Kublai Khan, Aladdin dan sebagainya. Alamat pengirimnya juga berbeza pada setiap e-mel yang dihantar. Antaranya ialah kabul@afganistan.org, anbar@iraq.net dan lain-lain lagi.

Difahamkan, jikalau seseorang melanggan web hosting domain .com maka seseorang itu boleh membuat alamat e-melnya sendiri. Di sini terdapat beberapa kejadian yang kebetulan terjadi seperti setiap e-mel layang fitnah terhadap En. Md. Radzi bin Haji Hanafi sama dengan setiap artikel dalam blog pak kaduk dan big body guy.
Jadi dapat disimpulkan bahawa individu-individu yang mengirim e-mel layang, pembuat blog dan webmaster cekakhanafi.com adalah individu yang sama!

Kini blog-blog tersebut hilang punca setelah bukti mengenai soal mandat dipamerkan. Setelah setahun lebih mereka menabur fitnah terhadap En. Md.
Radzi bin Haji Hanafi, kini mereka sudah hilang punca atau idea untuk menjadikan isu fitnah ini sebagai dominan kekuatan mereka.

Kini, biarlah saya memberi maklumat kepada anda semua siapa sebenarnya mereka ini… Kepada mana-mana individu yang ingin memberikan idea, pendapat, cadangan, komen atau kritikan yang membina boleh menghubungi individu-individu tersebut:

Pak Kaduk: -
Zanuddin bin Salleh,
No. 53, Jalan Desa Serdang 13,
Taman Desa Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
019-2767721
zanuddin@cekakhanafi.com
webmaster@cekakhanafi.com
obeyone1@yahoo.com

Big Body Guy:-
Amrahi bin Buang,
No. 26, Jalan AU 2B/1,
Taman Seri Keramat,
Ampang/Hulu Kelang,
54200 Kuala Lumpur.
03-42521126
019-3157086
amrahi@cekakhanafi.com
webmaster@cekakhanafi.com
abb55@hotmail.com

Kepada sesiapa yang ingin melihat blog linda yang seksi kembali memfitnah, sila hubungi pengarangnya:
Nor Azlan Shah bin Abdull Gaffoor,
No. 18, Jalan Cuepacs 2B,
Taman Koperasi Cuepacs,
43000 Kajang,
Selangor.
013-2161357
nashag@yahoo.com

Nota kaki: Tulisan di atas adalah kiriman dari saudara anti-virus.Dipaparkan di sini tanpa sebarang pindaan.Seperti dalam tulisan Big bodi bai - Carilah Mereka,maka kami di sini dengan senang hati memudahkan lagi seruan itu.

Ingin kita TEGASkan di sini bahawa puak-puak penentanglah yang terlebih dahulu menggunakan medium Internet sebagai senjata untuk menentang Tuan Guru,dan bukannya pihak Tuan Guru yang memulakan seperti yang didakwa oleh setengah pihak.Kami di pihak Tuan Guru tidak akan bermula sekiranya puak-puak penentang sendiri tidak memulakan.

Nota kaki 2: Punyalah terdesak webmaster cekakhanafi.com.Keratan akhbar yang memaparkan gambar ahli di pihak Tuan Guru sedang berdemo pun hendak ditayangkan. Tak rasa maluke? Kalau ahli dalam gambar tersebut di pihak penentang tak apalah juga..

24.5.07

MJ and "Majlis Syura"

Mungkin inilah dialognya..

1.5.07

Dan Jawatan Kuasa Pusat Tidak Boleh...

Sempena 'Hari Tenaga Pengajar' mereka,mari kita saksikan sendiri sekali lagi kata-kata Setiausaha MMT yang juga Naib Presiden..



Maaflah bertanya,

Tahun 1428 ini dapat cenderahati apa ya?Mungkin;
  1. DVD JK siasatan terhadap YM Tuan Guru Md Radzi,
  2. Hard Cover Laporan Siasatan yang tebal sampai ratus muka surat tu,
  3. Gambar 'ym' Master Joe (silap tengok kat cekakhanafi.com perasan macam Ayah Pin pun ada.ada iras sikit la kot.Tapi dulu rasanya takdelah pulak bila tengok bebetul..)

Almaklumlah,duit tengah banyak,ahli lebih kurang 150 ke 200 orang je.Bolehlah bagi seorang satu tiga-tiga item tu.

Tahun ini Penerima Anugerah Khas Guru Utama yang Pertama nak bagi pada siapa pulak Anugerah Khas Master?

Kita cadangkan, hanya satu sahaja yang layak.Sudah tentulah:

Syima as-siddiq si gadis suci lagi terpelihara.

Jangan Marah :P

27.4.07

Dari Baitullah Ke Almarhum Ustaz Hanafi..

Tidak dapat tidak, golongan sana tetap mengatakan yang tiada penyerahan mandat perguruan oleh Almarhum kepada sesiapa pun.Walaupun mereka ini juga dahulu yang berkata sedemikian (telah kita tunjukkan BUKTI-BUKTI nya),namun sekali air bah,sekali pantai
berubah."Perjuangan" yang didakwa mereka dilakukan sesuka hati dipengaruhi akal bijak (almaklumlah ramai yang belajar tinggi) dan nafsu buas masing-masing.


Apakah perjuangan Silat Cekak itu?Apakah perjuangan Almarhum?Adakah sekadar mendaulatkan seni warisan bangsa atau membasmi tahyul kurafat dalam silat Melayu?Adakah itu sebenarnya perjuangan Silat Cekak ini?Atau adakah kalimah Tauhid bak yang dilaung-laungkan oleh mereka namun membelakangkan Guru Tauhid itu sendiri?Wallahua'lam..


Setelah berkali-kali dibangkitkan,jelas sekali yang mereka inilah yang taksub.Bukan taksubkan perjuangan,bukan taksubkan Guru yang sedia ada sebaliknya taksubkan Almarhum Guru.


Bak kata big body bai " Bolehlah dirumuskan bahawa senario itu adalah sama semasa wafatnya Muhammad SAW. Terpulanglah kepada para sahabat untuk melantik pemimpin dikalangan mereka.."


Pertamanya, bid body bai telah mengangkat Almarhum setinggi tingkat Nabi sedangkan dia juga yang tulis, "Untuk pengetahuan ahli-ahli sekelian, perkara ini (sindrom mengagung-agungkan guru utama) tidak dibenarkan berlaku di zaman Ustaz Hanafi. Ustaz Hanafi sangat peka kepada gulungan ahli yang bersifat begini dan tahu bagaimana untuk menghadapinya dan beliau berjaya mengawal gulungan yang taksub ini."


Mungkin baru sekarang,setelah kembalinya Almarhum baru big body bai hendak mengagungkan Guru nya, yang mungkin tak pernah dia lakukan semasa hayat Almarhum.


Kedua,setelah wafatnya Nabi s.a.w,adakah kuasa sahabat itu untuk melantik Nabi seterusnya?Tidak,sebaliknya melantik Khalifah iaitu Pemimpin dan bukannya Nabi.Jika,sebagai contoh tadi,iaitu menyamakan jawatan Guru itu dengan Nabi,adakah kuasa sahabat-sahabat Guru itu untuk melantik Guru atau Pemimpin (sama seperti khalifah) semata-mata?Big body bai sendiri menggunakan perkataan "melantik 'pemimpin' di kalangan mereka.."
Maka senario yang diberikan adalah sama sekali berbeza.


Ketiga,adakah mereka yang melantik pemimpin itu benar-benar layak melantik pemimpin?Big body bai di sini cuba pula menyamakan mereka yang melantik Pemimpin itu sebagai Majlis Syura yang melantik Khalifah yang empat.Layakkah mereka?


Jawatan Nabi takkan pernah sama dengan Khalifah, dan Jawatan Guru takkan sama dengan jawatan Pemimpin.Cuma disesuatu masa,Guru dan Pemimpin adalah orang yang sama.Apabila Pemimpin itu bukanlah Guru yang sebenarnya ,maka tiadalah istimewanya Pemimpin itu.


Mereka telah diuji.Mereka telah diuji Tuhan tentang perjuangan itu sendiri. Jika dahulu di zaman Almarhum mereka boleh ikut perjuangan itu,adakah mereka mampu menurut kepada Pengganti beliau selaku Guru dan Pemimpin seterusnya?


Tidak.Kerana mereka ini terlampau berkiblatkan Almarhum.Merekalah yang taksub.Taksub pada Almarhum sehingga tidak mampu dan tidak sanggup untuk
menerima insan lain sebagai Pengganti kepada perjuangan Almarhum.Pada mereka Almarhumlah segala-galanya.Mereka meletakkan Almarhum terlampau tinggi sehingga sukar untuk diganti oleh Insan lain walaupun Anak Almarhum sendiri.Mereka tidak boleh melepaskan Almarhum sebagai Guru sedangkan Almarhum sudah kembali.


Mana mungkin kita berguru dengan Insan yang telah tiada?


Selama hampir 21 tahun ini sejak Almarhum kembali,percayalah,mereka tidak pernah menganggap pemangku (Pak Ak) dan Pengganti Almarhum (Tuan Guru yang dikasihi) sebagai Guru.Mereka hanya menganggap Pemimpin semata-mata.Tiada Guru selain Almarhum di dalam benak fikiran mereka.


Kalau tidak masakan kita boleh lihat sebelum ini, yang mereka ini susah sangat hendak "bersama Guru".Kalau semasa program-program persatuan pun boleh kelihatan masing-masing dengan hal masing-masing.Lebih tepat lagi dengan 'protege' masing-masing.

Kalau tidak masakan salah seorang dari mereka ini yang sanggup menyertai pakej umrah lain walhal rombongan umrah Tuan Guru selang tidak berapa hari.Bila di ajak tidak mahu,tup-tup dah ke Baitullah.Apa kes?


Dan percayalah,Master Joe sendiri langsung tidak akan dianggap Guru oleh mereka.Malah hendak dianggap pemimpin oleh mereka pun tidak kerana mereka sendiri yang melantik MJ.


Sedarlah.Almarhum telah lama kembali.Yang ditinggalkan adalah Pengganti iaitu Tuan Guru kita.Kita telah jelas perkara ini dahulu.Mungkin kerana itu Almarhum tidak menyatakan nama Penggantinya iaitu Tuan Guru kepada ramai anak muridnya,yang terpilih-pilih sahaja.Mungkin
Almarhum sendiri sudah dapat menilai mereka ini maka Almarhum tidak menceritakan perkara Pengganti ini kepada sembarangan orang.Yang diceritakan pun tak ramai iaitu Pemangku (Ishak Itam) dan beberapa lagi yang terpilih.Dan yang terpilih itu kesemuanya menyebelahi Tuan Guru sekarang ini.


Mereka?Mereka telah pun gagal dalam ujian ini.Mungkin sejak dahulu lagi pun mereka sudah gagal iaitu sejak dari zaman Almarhum sendiri.Sia-sia lah 'perjuangan' yang dilaungkan selama hampir 4 dekad jika begini kesudahannya.


Kalian pergilah ke Bukit Permai untuk berguru sementara kami akan mengikuti Sebenar Guru yang hidup,yang ditinggalkan Almarhum Guru.Minta maaflah kalau kami nak menerima MJ sebagai 'guru'.


Semoga Tuhan yang memiliki dan membolak-balikkan hati-hati ini terus menetapkan kita di jalan-Nya,Insya Allah..


26.4.07

KENAPA BUKAN MASTER JOE YANG DILANTIK SEBELUM-SEBELUM INI?

Kita mendapat tahu Master telah pun mula mengijazahkan murid-muridnya di sebuah kolej di sekitar 'wilayah mereka'.

Siap ada gambar lagi dalam laman web mereka.

Perkara ini (ijazah bergambar) tidak pernah berlaku semasa mereka 'menerima' YM Tuan Guru kita.Kemaruk sangat mereka dengan Master mereka ini.Lepas ni kalau Master pergi berak kat jamban pun jangan lupa laporkan di cekakhanafi.com ya pak kadin oii.Nasib baiklah tak
ramai semasa ijazah.Kalau dekat 100 orang mahu 'masak' kaki Master nak duduk lamalama.Almaklumlah,pinggang dan lutut dah season.Kaki pula ada masalah..

Kita juga mendapat tahu siapa gerangan yang bertanggung jawab 'mencadangkan' Master semasa mesyuarat MMT tempoh hari.Rupanya Datuk K Ce punya peranan.Di sokong pula oleh si penulis surat yang dipaparkan di post sebelum ini.

Apa punya pembelit daa.Sendiri cakap.Sendiri pusing.

Saya ingin mengajak tuan-tuan pelayar semua berfikir sejenak.

Jika benar MMTlah yang bertanggung jawab 'melantik' Guru Utama Silat Cekak,mengapa Master Joe (MJ) ini tidak 'dilantik' sebelum ini lagi,jika benarlah MJ ini LAYAK.Mengapa Ishak Itam yang 'dilantik' selepas 40 hari pemergian Almarhum?Mengapa bukan MJ yang
'dilantik' oleh MMT selepas Ishak Itam hilang kelayakan sebagai Guru Utama?

Mengapa MMT 'melantik' Ishak Itam dan Tuan Guru?Dan bukannya MJ walhal kita tahu MJ ini pun sudah lama dalam pergerakan.

Kerana kuasa MMT bukanlah 'melantik' Guru Utama sebaliknya mencadang dan mengisytiharkan Guru Utama.Mencadang bermaksud di sini ialah untuk mempertimbangkan jika ada tuntutan jawatan Guru Utama oleh individu yang berlainan,seperti yang telah kita ulas
dahulu.Maka di sinilah peranan MMT semasa Ishak Itam menuntut jawatan sebagai Pemangku Guru Utama dahulu.MMT mempertimbangkan tuntutan Ishak Itam.Oleh kerana tiada tindihan tuntutan,mudahlah kerja MMT.Kerana apa tiada pertindihan?Kerana memang BENAR Almarhum menyerahkan mandat perguruan kepada Ishak Itam sahaja, beserta dengan syarat-syaratnya seperti yang kita sedia maklum.

Tetapi mereka ini lain sikit.Kalau mereka tidak terima sesuatu dari Almarhum,maka mereka anggap tiada.Kalau mereka tidak dapat petua sekian-sekian,mereka kata tiadalah petua tu.Sekarang pasal mandat pula.Bila mereka tidak terima,maka tiadalah mandat itu.Banyak cantik muka hang.

Sambung balik.Selepas Ishak Itam hilang kelayakan,tugas MMT juga mudah kerana Tuan Guru tampil menuntut Hak sebagai Guru Utama,cukup dengan
bukti bertanda tangan dan rakaman audio perbualan tentang penyerahan mandat dari Ishak Itam yang telah berlaku.Maka sekali lagi MMT hanya menjalankan tugas 'mengisytiharnya'.

Kalau kita teliti dan perhatikan,tugas-tugas MMT sebelum ini SECARA LANGSUNG memang berkisar pada Mandat Perguruan iaitu Penyerahan Mandat itu sendiri.Ishak Itam diisytihar kerana dia menuntut Mandat.Tuan Guru juga diisytihar sebagai Guru kerana Beliau
bermandat.Bukan seperti dakwa big body bai yang MMT mencadangkan Nama Guru Utama sebelum-sebelum ini.Siap menyamakan MMT macam Sahabat Nabi s.a.w lagi dalam memilih Khalifah.

Tetapi kali ini ia jauh berbeza.Guru Utama yang diisytihar tidak sama sekali bermandat.Tidak sama sekali layak.

Seperti yang kita renungkan
tadi,

KENAPA BUKAN MASTER JOE YANG DILANTIK SEBELUM-SEBELUM INI?KENAPA BARU SEKARANG JIKA BENAR MMT BERKUASA "MELANTIK" GURU UTAMA?

Kerana tindakan merekalah yang jauh lari dari perjuangan Almarhum.Dengan terang dan jelas,merekalah yang BERBOHONG dan MEMUTAR BELITKAN FAKTA demi kepentingan sendiri.

Klausa bidang kuasa MMT dalam perlembagaan iaitu 'mencadang dan mengisytihar Guru Utama' adalah rekaan mereka juga.Mungkin sejak 1994 lagi mereka ini telah pun berniat hendak menggulingkan Guru bila kini mereka kelihatan menyalahgunakan klausa tersebut.Sepatutnya klausa 'mempertimbangkan pertindihan tuntutan (jika ada) dan mengisytihar' adalah lebih sesuai.Mungkin.

Mungkin kesilapan masa lampau kita yang terlalu mengangkat mereka ini,sehingga mereka perasan terlebih sudu dari kuah.Mereka terlalu perasan bahawa merekalah nadi perjuangan Silat Cekak.Tanpa mereka tiadalah Silat Cekak, fikir mereka.Maka kini mereka boleh lakukan
apa yang mereka suka kerana mereka fikir merekalah yang mencorak perjalanan perjuangan ini.

Mungkin benar dari segi perlembagaan dan undang-undang mereka kelihatan 'menang' setakat ini.Tetapi adakan tindakan mereka ini memenangi sanubari ahli-ahli sekeliannya?Jika mereka tidak mahu terima,masih ramai lagi yang bersama Tuan Guru kita.Malah lebih ramai
lagi dari mereka.Maka sebab itulah mereka bersungguh-sungguh menyekat suara dan pandangan ahli.Mereka sekat Tuan Guru dari
menjalankan majlis ijazah dengan alasan bukan lagi Guru yang diterima Persatuan.Mereka sebarkan surat-surat kenyataan ke Pusat-pusat Latihan.

Kalau dulu mereka boleh kemukakan surat dari Pusat Islam mengenai salah laku
Ishak Itam,kini mereka tidak boleh lakukan banyak perkara kerana dakwaan terhadap Tuan Guru tak juga-juga polis selesaikan. (polis pun mungkin malas nak amik pot kerana benda tak cukup bukti)

Mungkin mereka punya kuasa (persatuan) dan kewangan. Tetapi mereka tidak punya KEBENARAN.Mereka tak punya KEPERCAYAAN ahli-ahli secara majoriti.Dan yang paling penting Pewaris Almarhum dan Sebenar-benar Guru iaitu Tuan Guru sendiri sudah
tentu tidak bersama mereka.Tindakan mereka sekarang tidak lain tidak bukan adalah untuk MENJAHANAMKAN perjuangan Silat Cekak ini.

Percayalah,KEBENARAN tetap mengatasi yang BATIL.Kita tidak tahu bila,mungkin esok,mungkin bulan seterusnya atau tahun selanjutnya.Mungkin sudah tidak ada jodoh lagi kita dengan mereka.Biarkanlah mereka seperti kita membiarkan Kalimah dan Cekak
Malaysia dahulu...

Nota: Sebuah lagi blog untuk tatapan semua iaitu Blog Suara Hanafi di http://suarahanafi.blogspot.com

9.4.07

Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena 2

Kata itu kota, Kata bersandarkan BUKTI dan FAKTA

Kita telah lihat sendiri kata-kata kedua-dua NP tentang MANDAT PERGURUAN.Kedua-dua mereka adalah ahli MMT.

Sekarang kita lihat pula penulisan salah seorang ahli MMT yang turut memperkatakan tentang MANDAT PERGURUAN..






Bagaimana? Tepuk dada,tanya selera.

Siapa PEMBELIT? Siapa yang cakap BERBOLAK-BALIK?

Buktinya telah ada,dan sedia dipaparkan.

Big body Bai, bila lagi? Jangan pandai bercakap sahaja..

Untuk muat turun file surat ini dalam format .pdf, klik sini:

Surat 1

Surat 2

4.4.07

UCAPAN MASTER SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN MASTER

YANG SAYA KASIHI SAHABAT-SAHABAT SAYA NAIB-NAIB PRESIDEN, TUAN HJ MD NASIR BIN MD ARSHAD, TUAN HJ AMRUDIN BIN HJ BUANG, YANG BERUSAHA, SAUDARA RAMLEE BIN ABDUL RAHMAN, SETIAUSAHA AGUNG, AHLI-AHLI MMT, AHLI-AHLI MMK, BARISAN PENDOKONG SILAT CEKAK HANAFI, BARISAN PENYELIA-PENYELIA DAN TENAGA PENGAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN

ASSALAMU ALAIKUM W.B.T.

PERTAMANYA MARI SAMA-SAMA DIPANJATKAN SYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T KERNA DIATAS KURNIANYA SERTA DENGAN BERKAT KEKASIHNYA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W KITA DAPAT BERKUMPUL PADA HARI INI SETELAH SETAHUN 21 HARI KITA TERPAKSA BERGELUT DENGAN SITUASI DALAMAN PERSATUAN YANG TIDAK KERUAN.

NAMUN ALHAMDU LILLAH BERKAT KESABARAN ANTARA KITA, BERKAT KEBENARAN YANG KITA TEGAKKAN, BERKAT KEYAKINAN KITA KEHADRAT ALLAH YANG MAHA AGUNG AKHIRNYA PERKARA YANG KUSUT DAPAT KITA RONGKAIKAN DENGAN PENUH HIKMAH DAN KETAKWAAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN,

SAYA BERDIRI DI SINI BERSAMA SATU TANGGUNGJAWAB YANG CUKUP BESAR DAN AMANAH YANG AMAT BERAT.... BAK KATA ORANG TUA-TUA BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL. NAMUN SAYA PERCAYA KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN MENANDAKAN SOKONGAN KITA TERHADAP PERJUANGAN SUCI YANG DIASASKAN OLEH ALMARHUM USTAZ HANAFI ITU SENDIRI. ATAS PERJUANGAN SUCI INI JUGALAH SAYA BERSEDIA DENGAN SEPENUH HATI UNTUK MENERIMA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH INI.

SAYA MEMOHON RESTU DAN SOKONGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK BERSAMA-SAMA KITA BANGKIT DARI KELESUAN AKAL DAN KETAKSUBAN BUDI YANG MEMBELENGGU KITA SELAMA INI. KITA HARUS BANGUN DARI KEDAIFAN KITA MENILAI DIRI UNTUK MENGENAL YANG MANA PERMATA DAN YANG MANA KACA. PERCAYALAH PERJUANGAN USTAZ HANAFI MASIH PANJANG DAN JAUH. JIKA KITA MASIH MENONGKAT DAGU DALAM ERTI KATA MASIH BERFIKIR DAN HANYUT DALAM KEJAYAAN KHAYALAN KITA, ORANG LAIN TELAH JAUH BERLARI MENCAPAI KEJAYAAN. TINGGALLAH KITA TERMANGGU-MANGGU MEMIKIRKAN DIMANA SILAP DAN SALAH KITA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN

SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DIATAS KEPECAYAAN DAN KEYAKINAN YANG DIBERIKAN OLEH BARISAN MMT DAN MMK KERANA MELANTIK SAYA SEBAGAI GURU UTAMA SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI. SEMEMANGNYA SAYA SENDIRI TIDAK PERNAH MEMBAYANGKAN DIRI SAYA BERDIRI DISINI SEBAGAI GURU UTAMA. INI SATU TUGAS YANG BESAR DAN SAYA MEMERLUKAN SOKONGAN DAN KERJASAMA DARI SEMUA PERINGKAT BAGI MENJAYAKAN DAN MEMBANGUNKAN SILAT INI.

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PIHAK KHASNYA BARISAN MMT UNTUK SAMA-SAMA KITA TURUN PADANG DAN BERGERAK BERSAMA-SAMA MEMBETULKAN AHLI-AHLI YANG KELIRU DALAM PERJUANGAN PERSATUAN INI. SAYA JUGA MENYERU KEPADA BARISAN MMK AGAR TERUS KEKAL DAN BERUSAHA MEMARTABATKAN KEMBALI MARUAH PERSATUAN KITA YANG TERCEMAR KERANA SETITIK NILA. BEGITU JUGA SAYA MENYERU KEPADA BARISAN PENYELIA DAN TENAGA PENGAJAR SEKALIAN JANGANLAH KITA MUDAH GOYAH DAN PUTUS ASA MELIHAT PERJUANGAN INI PINCANG DEK KERANA KERAKUSAN INDIVIDU TERTENTU. SEHARUSNYA KITA MELATIH JIWA KITA AGAR KENTAL MENGHADAPI APA JUA RINTANGAN DAN HALANGAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

PENGLIBATAN SAYA DIDALAM SILAT INI AMAT UNIK. SAYA MENGENALI USTAZ HANAFI TERLEBIH DAHULU DARIPADA MEMPELAJARI SILAT INI. SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT SAYA BERASA AMAT BERUNTUNG APABILA MELALUI PENGALAMAN YANG UNIK DENGAN BELIAU. RAMAI SAHABAT-SAHABAT SAYA PADA KETIKA ITU BERUBAH PERIBADI MENJADI BAIK DISEBABKAN PERIBADI DAN PEMBAWAAN USTAZ HANAFI YANG JELAS DALAM MATLAMAT HIDUPNYA. PERWATAKAN BELIAU YANG MUDAH BERGAUL TANPA MENGIRA USIA DAN PANGKAT MENJADIKAN KAMI PADA KETIKA ITU RASA MESRA DAN MENYANJUNG TINGGI SIFAT, PEMBAWAAN DAN KEPIMPINAN BELIAU. SELAMA 30 TAHUN SAYA MELIHAT SILAT INI BERKEMBANG DAN MELALUI DETIK-DETIK SUKAR DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN. NAMUN IANYA BUKANLAH BERMAKNA KITA SUDAH BERPUAS HATI MAHU PUN BERALAH DENGAN APA JUA PERISTIWA YANG BERLAKU. SELAYAKNYA KITA BANGKIT SEMULA DAN MAJU TANPA UNDUR UNTUK NUSA DAN BANGSA.

MAKA DENGAN ITU SAYA BERAZAM BERSERTA SEMANGAT JUANG TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK KITA MENANAMKAN TEKAD MEMBANGUNKAN SILAT INI KE TAHAP YANG DI IMPIKAN OLEH YANG MULAI USTAZ HANAFI. MARI SAMA-SAMA KITA BERGANDING BAHU, BERDIRI SAMA TINGGI DAN MELANGKAH SAMA GAGAH MENJULANG MARTABAT DAN BUDAYA BANGSA MELAYU.

BAK KATA PANTUN MELAYU

BERBURU KE PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BELANG DI KAKI,
JIKA BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

CEKAK HANAFI WARISAN MUTLAK
PAKAIAN PANGLIMA MELAYU JATI
CEKAK TANGKIS TANPA MENGELAK
MEMBINA DIRI MENJUNJUNG BUDI

MARI SAMA-SAMA KITA TANAMKAN TEKAD DAN PADUKAN USAHA MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN DIRI DAN ANAK BANGSA KITA AGAR MENJADI BANGSA YANG BERDAULAT DAN BERMARUAH.

MOGA USAHA MURNI KITA KALI INI DIBERKATI DAN SENTIASA DIBAWAH NAUNGAN DAN LINDUNGAN ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.


SEKIAN WASSALAMU ALAIKUM W.B.T.


Nota kaki: Terima kasih diucapkan kepada 'orang atas' di sebelah sana kerana menyumbangkan teks ucapan Master yang baru diisytiharkan. 'Orang atas' ini merupakan 'high profile person in charge' yang sama-sama menghadiri majlis tersebut.

Semoga kita dapat menilai sendiri pegangan Master 'kita' ini melalui ucapan sulungnya.

3.4.07

10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Master

1. Master yang dilantik baru-baru ini berasal dari Kuala Lumpur.Anak jati K.L,menetap lama di Pahang.

2. Diijazahkan khas berseorangan oleh Almarhum Gurunya (konon macam special la jugak..konon laa).Menerima ilmu beladiri yang dimaksudkan (Jurulatih) dari salah seorang yang sekarang ini melantiknya menjadi Master
(salah seorang dari NP)

3. Pernah menjadi otai (lebih kurang macam otai lawak Astro la sekarang nih) di kawasan sekitar Kuala Lumpur (Chow Kit) sebelum diambil dan dididik oleh Almarhum Gurunya.

4. Sangat susah mempercayai orang.Di sebutkan dahulu dia hanya boleh mendengar kata 2 orang sahaja iaitu Gurunya dan Jurulatihnya (yang mengajarnya dahulu).Tetapi lebih kepada Jurulatihnya berbanding Guru.

5. Sangat payah mempercayai orang dalam mentadbir dan menjalankan tugas-tugas persatuan semasa menjadi Penghulu di sebuah negeri dahulu.Sehingga tugas menghantar surat kepada ajk pun dilakukan oleh beliau.(kira Penghulu merangkap Posmen cawangan laa..)

6. Pernah hampir 'terjebak' dalam melakukan perkara yang dilarang agama namun sempat 'diselamatkan' oleh Almarhum Gurunya.Dikatakan hanya tinggal nak 'masukkan keris dalam sarung' tapi ternampak wajah Almarhum
Gurunya.Terus terbantut..

7. Bila bercakap susah nak berhenti.Umpama 'mencari bustop tapi tak berjumpa'.Tapi inti perbualannya berkisar-kisar itu juga.Lagi banyak habuk lah kiranya.

8. Tak berapa 'cerdik' kerana sangat mentaati bekas Jurulatihnya (dulu) dan mudah sangat mengikut kata bekas Jurulatihnya itu.(bawah sikit level burung kakak tua yang mengajuk kata-kata ketua lanun)

9. Tak sempat nak beli baju warna lain atau baju pattern lain (sebagai melambangkan dia ni Master) semasa majlis dia diisytiharkan sebagai Master.Tak nampak langsung dia ni lain dari yang lain masa majlis tu.Yang nampak lain bekas Jurulatihnya yang pakai baju berkilat. (Tanda la tuu..)

10. Kerap sakit-sakit,terutamanya pada anggota kaki.

Tahniah kepada murid-murid Master sekelian.

Jangan lupa untuk renew mandat Master setiap tahun,menjelang 12 rabiul Awal..

Taat ke Master membawa berkarat,
Banyak belajar sedikit pun tak dapat,
Jika menderhaka memang tak mudarat,
Semua ilmu memang tak pernahnya nak lekat.
(dah tak berkat!)

27.3.07

Murid Master Kuda & Mandat Master Terpilih ?

Akhirnya, Murid Master Kuda (MMK) mengumumkan sudah Master mereka yang
baru.

Pengumuman yang dibuat di laman 'rasmi' cekakhanafi.com itu nyata tidak
mengejutkan memandangkan Master tersebut telah kita ketahui lebih awal
walaupun si kadin dan si big body bai tidak mendahului laman 'rasmi'.
Mesyuarat MMK yang berlangsung turut menghentikan peranan Ketua
Penerangan dan Seranta serta Penolongnya.Dengan kata lain
pecatlah,memandangkan mereka tidak menyebelahi keputusan majoriti Murid
Master Kuda.

Penolong KPS dikenakan tindakan dengan alasan menghadiri Majlis bukan anjuran Persatuan!Majlis Qurban pula tu! Ingat kalau kita hadir Majlis Qurban di Masjid mana-mana yang bukan anjuran Persatuan pun dipecat juga kot?
Apa punya alasan daaa..

Juga kedengaran semasa mesyuarat tersebut, orang kanan dan rapat Presiden (yang membuat pengakuan x-klusif sendiri di majalah baru-baru ini) berpura-pura BODOH seakan-akan tidak mengetahui perihal MANDAT PERGURUAN apabila KPS kita bertanya.

Yelah,kalau nak jadi Guru Utama dan bukan setakat Master,kenalah ada mandat.Yang kita maklum,mandat SAH masih pada YM Tuan Guru kita.Kenalah pergi beranikan diri minta mandat tersebut.

Barulah salasilah ( Panglima Ismail - Panglima Tok Rashid - Yahya Said - Almarhum Ustaz - Ishak Itam - Tuan Guru Md Radzi ) tak terputus.

Rupa-rupanya puak-puak penentang ini dah pura-pura BODOH dan TAK MENGERTI lagi pasal MANDAT PERGURUAN SILAT CEKAK.Yang mereka tahu Mandat Master Terpilih (MMT) la kot.

Jadinya,kepada semua kita,janganlah sekali-kali dibangkitkan tentang Mandat ini pada mereka,kerana isu Mandat ini sangat sensitif.

Sedangkan dulu mereka jugalah yang berdegar-degar cerita pasal Mandat ini. Tak percaya? tengok je CD Menegak Kebenaran dulu tu.Siapa punya suara dan muka dalam tu selain Tuan Guru dan Cikgu Rauhi? Kata itu Kota,cakap biar serupa bikin la dey thambi..Dulu u juga ada cakap,sekarang u putar apa yang u pernah cakap kaa?Jumpa u sama ular haa,baik tembak u dululaa..

Maka bermula 1 April ini,bermulalah 'era' baru silat cekak anjuran MMK ini.Bila nak letak gambar Master dekat ruangan 'guru' di laman 'rasmi'?

Caption bawah yang tertulis "sebenar guru" sekarang ini tukarlah jadi "sebenar Master Kuda"

Seruan buat pak kadin pula,anda ada tugas yang belum selesai.Anda masih belum memperkenalkan 'tokoh' yang dilantik ini.Kalau dulu berposting-posting dikisahkan jasa dan pengorbanan Amrudedin,pastikan Master Joe punya kisah,jasa dan pengorbanan turut dipaparkan.

Nanti apa pula kata murid-murid Master Joe.Kecil hati mereka jasa orang yang layak jadi Master ditulis,orang yang tidak layak pula yang dilambung tinggi-tinggi.

Kalau boleh ceritalah sekali asal-usul dia masa 'beraja' kat Chow Kit dulu.Ceritalah apa yang dia pernah dapat hasil belas ehsan ahli-ahli lain termasuk Tuan Guru sendiri.

Pasti menarik.

Nota kaki: Tahun ni takde AGM ke?dah lebih setahun dah ni.Ke Murid Master Kuda tengah tunggu EGM?

23.3.07

Kronologi sejarah pembinaan laman web cekakhanafi.com

Assalamualaikum buat semua… Di sini ada satu catatan bagaimana laman web rasmi cekakhanafi.com terbina. Siapa yang meloporinya pada awal, bagaimana ia terbina dan sebagainya.

Ia bermula pada sekitar tahun 1996, seorang ahli yang bernama Hardi Emrie yang masih menuntut di luar negeri telah membina satu laman web cekak hanafi sebagai percubaan. Teknologi yang digunakan untuk membina laman web pada ketika itu cumalah html sahaja. Setelah berjaya membuat laman web percubaan itu, dan selepas pulang ke tanah air beliau telah menghubungi saudara Amrahi untuk memaklumkan perkara ini. Pada tahun itu juga saudara Amrahi telah membawa saudara Hardi Emrie pergi ke rumah Zulkifli Said untuk membuat laman web ini. Bahan-bahan telah disediakan oleh Zulkifli Said. Pada tahun berikutnya laman web ini telah terbina secara rasminya. Alamat laman web pada mulanya adalah http://members.tripod.com/~cekakhanafi Alamat laman web ini masih lagi wujud hingga sekarang.

Perubahan demi perubahan telah dilakukan pada laman web tersebut, kemajuan demi kemajuan telah dicapai. Akhirnya pada tahun 1998 bulan mei laman web ini telah memenangi Top 5 best site www.cari.com.my Laman web ini juga pernah memenangi anugerah usma martial arts website excellence awards. Kejayaan ini bukanlah di atas nama Amrahi seorang sahaja. Ada lagi individu-individu lain yang menyumbang sedikit sebanyak dalam menjayakan laman web ini.

Pada sekitar tahun 2000 alamat laman web ini telah ditukar kepada www.cekakhanafi.com Selepas itu segala kandungan laman web ini tidak lagi memakai khidmat percuma www.tripod.com untuk di"web hosting"kan. Khidmat yang dipakai adalah dengan menyewa server untuk perkhidmatan "web hosting". Pada ketika itu, individu yang bertanggungjawap untuk menjaga web hosting tersebut adalah Amrulyusrin bin Amruddin 0126543937 atau dikenali sebagai Oyen. Beliau bekerja di Jaring/MIMOS, Teknologi park Malaysia, Bukit Jalil.
Selepas itu Amrahi telah menyusun beberapa orang webmaster yang terdiri daripada Rais, Zanuddin @ Din pernama, Hardi Emrie, Admen dan Fadzil (Saibog) yang mana Amrahi sendiri selaku ketuanya. Beberapa perubahan telah berlaku antaranya ialah pada muka hadapan (front page) laman web ini. Selain itu perkhidmatan seperti bulletin board "buletin lading online", virtual office (e-mel), sidang forum dan chatroom telah diwujudkan.

Pada sekitar tahun 2005, Amrahi telah memanggil webmaster-webmaster ini untuk berbincang di rumahnya. Perbincangan tersebut adalah untuk membuat perubahan sempena ulang tahun silat cekak yang ke 40 di mana pembaharuan akan dilakukan pada laman web tersebut. Semasa di rumahnya bukannya perbincangan yang dilakukan tetapi sebaliknya webmaster-webmaster itu diminta bersetuju untuk menerima perubahan yang dilakukan oleh Zanuddin pada muka depan laman web tersebut tanpa mengambil pandangan daripada webmaster-webmaster tersebut.

Zanuddin menggunakan "template php nuke" sebagai antaramuka hadapan laman web tersebut. Kemudian, hari demi hari, hanya Amrahi dan Zanuddin sahaja yang mengawal laman web tersebut walaupun Hardi Emrie, Admen, Saibog dan Lihazlifah (Jely) menjadi webmaster. Mereka ini menjadi seperti "daun kari".

Bersambung…

Nota kaki: Tulisan di atas adalah sumbangan dari saudara anti_virus kepada anti-fitnah.Tak sabar-sabar hendak menunggu kesudahan FAKTA ini.

21.3.07

30 sen

Di satu pagi yang hening bertempat di sebuah pejabat di sekitar Wangsa Melawati..

Orang Atas 1: Pertamanya kami ucapkan tahniahlah pada Master kerana telah terpilih dan dilantik menjadi Master dalam pergerakan kita ini.

Orang Atas 2: Terima kasih lah Master kerana sudi datang dan menyertai mesyuarat kita pagi ni.

Master: Sama-sama.Memang saya tahu saya telah banyak berjasa dan saya lebih layak daripada kamu semua.Tanpa saya siapalah kamu kan.Takde saya pegerakan tak jalan.

Orang Atas 1 : Begini Master.Maka kami pada pagi ini nak bincang sikitlah mengenai perjalanan pergerakan kita ini.Memandangkan Master pun kami yang lantik maka kami rasa Master pun perlu sedikit sebanyak ikut kehendak kami..bukan begitu orang atas 2?

Orang Atas 2 : Begitulah seadanya.Master kenalah ingat sikit peranan kami dalam mengangkat Master.Kalau kami tak cadang dan lantik Master mungkin sampai bila mati hidup balik pun Master tak merasa nak dapat kerusi panas pergerakan kita ini.

Master : Itu saya tahulah.Jadi apa yang hendak dibincangkan ni?

Orang Atas 2 : Begini Master.Kami nak bincangkan mengenai pengagihan pendapatan pergerakan kita ni.

Master : Hai,belum apa-apahal dah nak cerita pasal duit?

Orang Atas 1 : Mestilah Master.Maklumlah kita ni pun dah tua,dah nak pencen.Apa lagi yang nak kita kisahkan kalau bukan duit?

Orang Atas 2 : Mulai tarikh sekian-sekian,Master dah bolehlah nak mulakan ijazah ahli-ahli kita.

Master : Hrmm..Bolehlah tu.Tiada masalahlah kalau setakat nak ijazah tu.Tapi saya pun bukan tau nak baca apa masa ijazah tu.Macam mana?

Orang Atas 2 : Alah,Master gorenglah pape.Bukannya orang tau pun.

Orang Atas 1 : Ntah Master ni,takkanlah sampai itu pun nak kami ajar.Master bacalah pape.

Master : Hrmm.Baiklah.Tapi misallah,kalau ada orang yang datang 'try' masa majlis ijazah tu,macammana?Saya pun bukan tahu macammana.Buat ada yang datang dengan jin ke saka ke macammana?Tak ke haru namanya nanti?Tang yang mengucap pun tak betul semua macammana tu nanti?Saya bukan boleh baca apa orang cakap dalam hati..

Orang Atas 1 : Itu kami tak tahu sangatlah.Master kan dah sudi nak terima tanggung jawab ni,Master fikirlah macammana.Kami ni bukan Master.Master tanggung sendirilah..

Master : Isk,lagu tu ke?Saya ingat kamu semua fikir sekali la.Rupanya saya tanggung sendiri..

Orang Atas 2 : Apa boleh buat,Master dah terima,Master tanggunglah.

Orang Atas 1 : Berkenaan dengan Pengkeras pula Master.

Master : Ha,kenapa?

Orang Atas 1 : Sebelum-sebelum ni kita kutip RM 30.30 setiap kepala setiap ijazah.

Master : Itu saya tahulah.Saya dekat negeri dulu berapa lama..

Orang Atas 1 : Yelah..Kalau sebelum-sebelum ni kita,persatuan dapat sikit je dari duit pengkeras tu.Selebihnya kita beri pada Guru Utama kita.

Orang Atas 2 : Tapi memandangkan yang Master ini pun kami yang lantik,jadi kami ingat nak lebih sikitlah bahagian yang masuk ke persatuan.Lagipun Master pun bukan Guru.Master sekadar Master je.Tak begitu Orang Atas 1 ?

Orang Atas 1 : Begitulah Master.Kami dah bincang perkara ni sebelum melantik Master lagi.Harap Master setujulah.Kalau tak setuju pun buat-buat setuju jelah Master..

Master : Hrmm..Yelah.Apa boleh buat.Hak saya buat ni pun bukan HAK saya sebenarnya.Saya buat ni pun atas dasar nak tolong kawan-kawan..

Orang Atas 2 : Baguslah kalau Master sedar diri.

Master : Jadi macammana pengagihannya?Berapa yang saya dapat.

Orang Atas 1 : Kalau dulu,RM 20.30 tu bahagian Guru Utama.Tapi sekarang kita tetapkan RM 20 masuk ke dalam Tabung Pentadbiran.Tabung baru tubuh serupa macam gajilah untuk kami.

Master : Jadinya dari RM 20.30 tu saya dapat 30 sen je?

Orang Atas 2 : Yelah tu.Untung kami bagi jugak.Kalau kami tak bagi lagi haru.

Master : Isk.Awat lagu tu.Awat hangpa ni kejam sangat.Aku yang penat ke hulu ke hilir ijazah.Awat hangpa pulak yang dapat?Aku ni dah tua,kerap sakit pulak tu.Bagi muka lah sikit
.
Orang Atas 1 : Tapi Master dapat glamour.Popular.Kuasa.

Master : Kuasa taik kucing hang.Hangpa punya kuasa adalah.

Orang Atas 2 : Eh orang tua ni.Janganlah melawan.Kami pecat kang.Tak pasai.

Orang Atas 1 : Kalau Master taknak teruk kena macam Guru Utama dulu,Master kena ikutlah kata kami.Lagipun kami yang lantik Master.Tak ingat?

Master : Hrmm..Yelah-yelah.Aku turutkan je lah.Kira aku ni macam Master of Puppet la ye?
Orang Atas 2 : Kami tak kata.Master yang sedar diri, baguslah..

Master : Yang baki pulak macammana? Yuran bulanan tu kalau dulu sebulan Guru Utama dapat RM 5..

Orang Atas 1 : Hak yang itu pun masuk Tabung Pentadbiran.

Master : Tabung Pentadbiran jugak? Yelah-yelah..Ha,duit kain putih mesti dapat ke aku lah kan?Tak relevan lagilah kalau kita nak bagi macam dulu.Dia sekeluarga pun kita dah buang.

Orang Atas 2 : Kain putih kami ingat nak mansuhkanlah.Sebab Master pun bukan sebenar Guru,bukan bererti pun Kain putih tu.Kalau Master nak,Master bawak hampar sendiri lah sebelum mula ijazah..

Master : Lagu tu pulak?Hangpa pakat kudakan aku haa..

Orang Atas 1 : Master bawak simpan sendirilah kain putih Master tu.Besok-besok kalau mati tengah ijazah senang kami nak kapankan..Master kan dah nak dekat umur subsidi dah..

Master : Kuang hajaq betui hangpa ni..Tapi takpelah..Aku ikut jelah..

Orang Atas 2 : Lagi satu Master.Lepas ni kita nak tubuh Majlis Mesyuarat Utama.Duduk bawah sikit dari Master.

Master : Apa peranan Majlis ni?

Orang Atas 1 : Master lepas-lepas ni terikat pada Majlis ni lah.Dari segi persilatan lah.Kalau Master nak bagi petua ke,nak bagi pape ke kat ahli Master kena rujuk Majlis ni dululah..Master tak boleh lah nak bagi sembarangan.

Master : Yelah-yelah..

Orang Atas 2 : Kalau Master nak bagi pingat ke peringkat menengah ke lading ke,semua mesti rujuk kami dulu..Master tak bolehlah bagi sebarangan..

Master : Yelah-yelah..

Orang Atas 1 : Master lepas ni bolehlah cari rumah kat KL ni.Senang sikit kita nak arah Master buat apa-apa.

Master : Aku ingat hangpa sedia rumah untuk aku?Takde?

Orang Atas 2 : Bolehlah kalau Master nak duduk pejabat ni.Stor belakang tu kang kita kemas sikitlah..Kalau nak toto saya bawaklah dari rumah sedekah kat Master..

Master : Stor pun stor lah.Janji aku ada tempat nak tidoq..

BERSAMBUNG..

Nota kaki : Cerita di atas adalah rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan sama ada yang hidup atau yang telah meninggal atau pun yang dah tua nak meninggal..

20.3.07

Master Joe @ MJ

Akhirnya,setelah lebih 180 hari sejak 17 September 06, 'guru' baru pun dilantik.

Nun di 'bawah' sini,kedengaran suara-suara merdu yang membantah keputusan perlantikan tersebut.Apakah suara-suara ini harus dipandang sepi begitu sahaja?

Bagaimana dengan wasilah perguruan selepas ini?Masihkah mahu 'mereka' mengekalkannya sebagaimana sebelum-sebelum ini.

Jika sebelum ini salasilah perguruan inilah yang menjadi senjata kita untuk berhadapan dengan Kalimah dan Cekak Malaysia,bagaimana pula selepas ini?

Bagaimana puak-puak penentang ini hendak berhadapan dengan mereka sedangkan kalian puak-puak penentang sendiri yang mencemarkan salasilah perguruan ini?

Sebenarnya salasilah perguruan kita tidak pernah berubah.Sebagaimana yang kita dimaklumkan sejak 14 tahun lepas,itulah yang kita pakai ke saat ini.Salasilah Perguruan ini tidak pernah berubah sedikit pun!

Hakikatnya,Tuan Guru Md Radzi masih Guru Utama Silat Cekak yang sah.Tiada 'guru' lain yang boleh diterima selain Beliau.Kerana beliau tidak pernah menyerahkan mandat perguruan kepada sesiapa pun!

Jika pertukaran mandat dilakukan dengan Bisik Panglima dari Guru ke Guru,bagaimana kita boleh menerima 'guru' baru yang dilantik ini?Apakah pakaiannya sebagai 'guru' Silat Cekak? Lengkapkah pakaian Guru yang Empat itu?

Sudah tentu tidak.

Maka 'guru' yang dilantik ini kiranya tidak layak sama sekali memakai gelaran Guru Utama.Jauh sekali Yang Mulia.Apatah lagi Ustaz atau Tuan Guru.

Gelaran apa yang sesuai?

Selaras dengan era globalisasi yang diterapkan sendiri oleh puak-puak penentang sejak memulakan pengambilan ahli baru tanpa majlis pengijazahan,kita ingin cadangkan gelaran untuk 'guru' baru kalian ini.

Mungkin agak segak kalau kita panggil 'MASTER'.

Yang Berbahagia Master Joe Marwi Latif.

Fuh,memang sedap dan kena sekali julukan tersebut.

Kita harapkan pihak MMK agar mempertimbangkan cadangan ini.Lagi mudah,tak usah pening jika ada soalan provakasi dari Kalimah mahupun Cekak Malaysia yang bertanyakan fasal salasilah perguruan.

Jawab saja "kami tidak lagi punya salasilah perguruan.Yang kami ada hanyalah Master.Master Joe @ MJ.."

Selamat Maju Jaya kepada Master Joe dan puak-puak penentang.Selamat membantu syaitan menyesatkan umat hingga ke akhirnya!

Nota kaki:Khabarnya MMK akan bersidang hujung minggu ini untuk endorse 'keputusan' MMT.Marilah sama-sama kita nantikan kesudahan episod pelik dan jelik arahan puak-puak penentang ini..

19.3.07

Bukan Cikgu Tadika

Big body buy eh maaf tersilap,big body guy a.k.a si badan besar dalam entry nya pada 16 Mac lepas bertajuk pilihan yang mana ada disebutkan:

"Oleh sebab itu, Silat Cekak perlu tergulung dalam perkumpulan yang membawa mesej "amal mahruf dan nahi mungkar". Dan untuk mencapai matlamat ini, tidak dapat tidak, ia mestilah bertunjangkan tauhid.."

-si badan besar

Maka di beri 4 pilihan pada ahli iaitu:

Pertama - Menutup persatuan (?)
Kedua - Mengikut Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi
Ketiga - Berganding semula dengan Cekak Malaysia (?)
Keempat - Melantik 'Guru' baru.

Kita ulang kembali apa yang ditulis sendiri oleh si badan besar:

"Oleh sebab itu, Silat Cekak perlu tergulung dalam perkumpulan yang membawa mesej "amal mahruf dan nahi mungkar". Dan untuk mencapai matlamat ini, tidak dapat tidak, ia mestilah bertunjangkan tauhid.."

Si BAIdan besar sendiri dengan jelas mengakui perjuangan ini berlandaskan Tauhid.Memang itu yang sesetengah dari kita maklum selama ini.Silat Cekak pada Lahirnya,Pengertian Gerak pada Batinnya.Silat itu kulit,Tauhid itulah isinya.

Maka apabila kita mengakui memperjuangkan Tauhid,walaupun bukan secara terang-terangan,WAJIBlah bagi Pemimpin Perjuangan kita itu orang yang tinggi ilmu Tauhidnya.Sebenar Guru ada Hakikat,Dikuat pula amalan syariat, bak nukilan Almarhum di dalam pantun beliau.

Maka atas dasar apa,atas pegangan mana,seseorang Guru Tauhid itu boleh dilantik oleh anak muridnya sendiri?

Rujuklah kitab manapun,tidak akan jumpa Anak Murid Melantik Guru!

Jelas sekali tindakan puak-puak penentang ini semakin lama semakin tidak relevan.Matlamat menghalalkan cara.Segalanya boleh asalkan nafsu busuk terlaksana!

Dalam adab pembelajaran mana sekalipun,tidak kiralah dari Taman Didikan Kanak-kanak,Sekolah Rendah hinggalah ke peringkat tertinggi sekalipun,TIDAK TERCATAT langsung adab anak murid melantik Guru!TIADA SAMA SEKALI!

Cuba bayangkan situasi ini; sekumpulan kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-kanak yang baru hendak mengenal huruf,tiba-tiba melantik seorang cikgu dari kalangan mereka sendiri.Mereka menolak cikgu yang sepatutnya/ selayaknya ditentukan oleh Pengurusan Taman Asuhan dan membuat keputusan sendiri.Adakah relevan perkara ini berlaku?

Maka sesatlah kanak-kanak tersebut.Mana beza Alif dan Huruf A pun sudah tidak tahu dibezakan.

Itu baru contoh cikgu Tadika Tuan-tuan..

Apatah lagi kalau yang dikatakan ini Guru Hakikat/Tauhid?

Wajarkah Guru itu,dilantik dari kalangan sekumpulan anak murid?

Sebab itulah termaktub jelas dalam perlembagaan persatuan kuasa MMT hanya untuk MENCADANG dan MENGISYTIHAR Guru BUKANNYA melantik Guru! (di akui sendiri oleh SUA semasa temuramah x-klusifnya)

Belum pernah berlaku dalam salasilah perguruan kita,malah belum pernah berlaku dalam peradaban manusia sejak Adam a.s , ANAK MURID MELANTIK GURU!

SILAT CEKAK TERSANGATLAH MUDAH
BAGI MEREKA YANG MENDAPAT HIDAYAH
SUNGGUHPUN BEGITU HENDAKLAH TABAH
INSYA ALLAH MENDAPAT FAEDAH.

Nota kaki: Berapa umur 'guru' baru ni?bukan lagi 3 tahun 63 ke?Tak rasa dah tua sangatke?Carilah yang muda,kuat dan larat sikit kot ye pun.Kalau nak lagi seronok,carilah yang hak duduk jalan SENGAL seksyen tut shah alam nun.Muda remaja lagi.SPM pun tak habis lagi.Maklumlah tak pandai berbohong..huhu..

18.3.07

Tahniah!

Syabas dan tahniah kepada puak-puak penentang kerana penantian kalian 'untuk hari esok' telah berakhir dengan terumumnya 'Guru' bagi 'menggantikan' Guru yang MASIH SAH.

Dengan perlantikan Guru baru ini,maka berakhirlah salasilah perguruan yang kita semua pegang selama ini,dan berakhirlah perjuangan yang seperti kalian laung-laungkan.

Maka lebih berkuasalah anak-anak murid di dalam puak-puak penentang apabila 'guru' mereka dilantik oleh mereka sendiri.Maka tiadalah istimewanya 'guru' yang dilantik oleh anak murid itu.

Kepada yang melantik,tertanya juga kenapa 'beliau' yang dipilih sebagai 'guru'.Kenapa MMT yang 'berkuasa melantik Guru' tidak melantik 'beliau' sebagai 'guru' 14 atau 21 tahun lepas?Kenapa baru sekarang?Baru sekarangkah 'kredibiliti' beliau menonjol untuk dilantik menjadi 'guru' setelah lama mengendalikan 'perjuangan' di peringkat negeri sebelum ini?

Kepada 'beliau' tahniah diucapkan kerana sudi menjadi boneka kepada mereka yang melantik.Pemilihan beliau pun banyak faktornya.Selain dilihat lama,beliau juga dilihat seperti 'low profile' berbanding orang bawahan beliau maka dengan sebab itulah mudah untuk beliau dikuda-kudakan oleh puak-puak penentang disekeliling beliau.

Cuma kita tertanya sedikit,tidak susahkah beliau nanti?Almaklumlah,duduk pun nun jauh di pantai timur.Khabar-khabarnya kerap tidak sihat pula sejak akhir-akhir ini.Terlaratkah beliau hendak mengelilingi seantero negara untuk 'menjalankan' majlis ijazah?Atau mungkin selepas ini majlis ijazah mungkin boleh diwakilkan kepada sesiapa yang difikirkan layak?Bagaimana pula dengan 'ahli' yang telah selamat mempelajari silat cekak tanpa ijazah dalam tempoh 2-3 bulan sebelum ini?Perlukah mereka diijazahkan oleh 'guru' baru ini?

Ah,pedulikan itu semua.Mereka ini sanggup buat apa sahaja asalkan niat dan isi perut yang busuk itu tercapai dengan jayanya.Pedulikan pantang larang dan adat istiadat semua!

Tahniah kepada 'MMT' yang telah melantik 'guru' baru ini.Cuma tertanya sedikit,dengan ketidakhadiran sebahagian besar ahli MMT yang lain,cukupkah korum MMT untuk membuat keputusan?Sahkah keputusan 'MMT' tersebut dari sudut perlembagaan persatuan?Atau mungkin ahli MMT yang lain telah pun digantikan dengan ahli MMT baru yang sudah pastinya memihak kepada keputusan ini?

Walau apa pun,kita tunggu dan lihat.Mungkin selepas ini nama silat cekak tidak lagi disambungkan dengan Hanafi.

Silat Cekak Hanafi mungkin ditukar menjadi Silat Cekak Marwi atau lebih glamor lagi,Silat Cekak Joe!

Tahniah kepada beliau.Tahniah kepada puak-puak penentang.Tahniah kerana telah MENGKHIANATI perjuangan Almarhum yang kalian sendiri degar-degarkan.

Tahniah kerana kalian semua sudah 'berguru' sekarang ini.Almaklumlah,telah berbulan-bulan lamanya bergurukan syaitan dan darurat.Pasti berita perlantikan ini menggembirakan hati kalian!

Nota kaki: Kita menantikan lagi langkah-langkah mereka yang semakin lama semakin merapu dan memualkan.Ayuhlah kita teguh berdiri di belakang Guru kita yang masih sah dan berhak!

8.2.07

Darurat 2?

Sepanjang 2 minggu ini, anti-fitnah lebih banyak memerhati tindak-tanduk puak-puak penentang.Kalau yang sekecil isu gari atau tidak semasa Tuan Guru dipanggil polis pun boleh difitnah,yang lain-lain apa tah lagi.Tuan Guru tidak sama sekali digari tangan Beliau seperti yang didakwa oleh puak-puak penentang.

Seperti komen salah seorang pelayar di blog ini tentang wujudnya 'undercover' semasa peristiwa di malam itu,terima kasih diucapkan kerana memberikan info.Tidak ramai yang hadir malam Tuan Guru dipanggil.Tidak susah untuk kami di pihak Tuan Guru mengenal pasti 'undercover' tersebut.

Kita juga didengarkan dengan kes-kes pengambilan ahli baru tanpa ijazah yang berlaku di setengah-setengah tempat atas alasan 'Darurat'.Perkara ini memang terjadi dan tidak seharusnya berlaku.Guru Utama Silat Cekak masih ada,dan masih memegang mandat perguruan.Siapakah yang dengan memandai-mandai mengisytiharkan 'darurat' sehingga dengan jelas menolak amalan Persilatan ini?

Adakah Majlis Pengijazahan itu satu adat semata-mata dan boleh diketepikan dengan sewenang-wenangnya?

Khabarnya walaupun tanpa Majlis Pengijazahan,yuran masih dikutip dan Pengkeras Guru tetap diambil.Kepada siapa Pengkeras itu akan diserahkan jika 'darurat' telah menjadi guru?

Perkara 'darurat' ini mengarut dan tidak boleh diterima sama-sekali.Terima kasih kepada MMK yang berjaya mencemar kesucian Perjuangan ini dengan alasan 'darurat'.Terimalah hakikat jika kelak Ah Chong atau Suresh yang menjadi Presiden kalian!

Perjuangan Almarhum yang dilaungkan oleh puak-puak penentang sama sekali telah tersasar jauh dengan membelakangkan satu upacara atau majlis yang Almarhum sendiri begitu pentingkan.Tindakan mengugurkan Majlis Pengijazahan umpama memalitkan tahi pada Perjuangan suci ini.

Seburuk-buruk puak pak ak,mereka tetap tidak meninggalkan Majlis ijazah walaupun kadang-kala yang Mengijazah itu bukan 'guru utama' mereka.Kita tidak sangka puak-puak penentang ini lebih BUSUK dan DASYAT dari puak pak ak!

Di cekakhanafi.com pula telah dikeluarkan kenyataan untuk MMK 'melantik' guru kelak.Bila mana perkara ini terjadi,maka bertambah lagilah 'kesesatan' puak-puak penentang yang terdesak ini.Anak Murid melantik Guru! Dunia sudah terbalik kah?

Kenapa tidak diisytiharkan saja Syima "as-siddiq" yang "tidak tahu berbohong" itu sebagai guru?Bukan "as-siddiq" tetapi GEDIK adalah..

Syima pula didapati telah berpindah ke Shah Alam sekeluarga bersama bapanya Senawi dan maknya si Yaya.Tahniahlah Syima kerana telah mendapat rakan-rakan baru di sekolah tempat penyanyi Elyana bersekolah dahulu.Harap lebih ramai kawan-kawan lelaki yang boleh dibawa pulang ke rumah kamu di seksyen 'tut' nu.Maklumlah,mak jauh bekerja di Kuala Lumpur.Ayah pula nampak pun macam dah 'tak kisah'.Pak Tam pula kamu dah buang dan fitnah.Jadilah kamu apa kamu nak jadi.

Kepada keluarga ini,satu persoalan disini.Kenapa harus berpindah meninggalkan Kuala Lumpur sekarang?Kenapa tidak dari dahulu lagi sedangkan rumah tersebut telah lama dimiliki?Fobiakah?Traumakah? atau Melarikan diri?

Semoga kalian berbahagia di kediaman baru..

25.1.07

BENARKAH TINDAKAN MMK BERANI DAN BERMARUAH ?

Sejak kebelakangan ini semakin galak puak-puak pelampau meneruskan penulisan didalam blog masing-masing.Jika sebelum ini puak-puak pelampau didalam penulisan yang terdahulu cuba menyakinkan ahli-ahli tentang perbuatan salah laku YM Tuan Guru kini mereka cuba untuk mempengaruhi ahli-ahli untuk mengikut mereka dengan alasan ikut MMK pasti selamat.

Puak-puak pelampau didalam penulisan mereka mengatakan tindakan yang diambil oleh MMK adalah perbuatan yang mulia dan sangat bermaruah dan sepatutnya dipuji oleh ahli-ahli.Bagaimana pula tindakan mempengaruhi Sdr Moktahrudin dan Sdr Jamaluddin oleh puak pelampau untuk mengambilalih jawatan guru utama dari En Md Radzi semasa siasatan sedang dijalankan?sedangkan mereka adalah antara orang yang menjadi ajk siasatan dan penghakiman.Sepatutnya perbuatan tersebut patutlah dikeji oleh ahli-ahli kerana perbuatan tersebut adalah hina dan sangat tidak bermaruah.

Puak-puak pelampau juga didalam penulisan mereka banyak mempertikaikan ahli-ahli baru,antara ayat-ayat yang digunakan :

"Yang pasti juak juak ini bercerita kepada pendatang baru @ yang baru setahun jagung didalam silat, mereka mereka ini disogok dengan perlbagai cerita dongeng.
Yang bagus budak budak ini senang ditipu, kerana mereka ini baru dan berkemungkinan mereka mereka ini takut untuk membantah almaklumlah cerita dari guru sendiri paling tidak pun cerita datang dari orang rapat dengan "tuan guru", malahan "tuan Guru" sendiri pun sibuk bercerita, ditawar kan lagi kepada pendatang pendatang baru ini apa apa soalan " dan saya akan jawab" ini lah ini lah tawarannya sebab "tuan guru' tahu budak budak ini tidak akan persoalkan apa yang di "jawab" oleh tuan guru tadi, walaupun jawapannya hanya sekadar mengalih cerita asal.."

-Puak pelampau

Nampak sangat mereka memperkecil dan memperlekehkan ahli-ahli baru sedangkan mereka inilah yang sama-sama memainkan peranan dalam menjayakan apa-apa juga program persatuan.Janganlah melatah kerana mereka tidak mengikut skrip yang telah disediakan oleh puak pelampau.Mereka ini mengunakan akal yang dikurniakan Allah s.w.t dalam menentukan pendirian masing-masing dalam isu semasa persatuan.Mereka inilah antara generasi yang bakal menerajui persatuan dimasa akan datang.Walaupun mereka ini baru tetapi ada juga ahli LPT yang terkedu apabila diajukan soalan mengenai isu salah laku ini semasa membuat roadshow disebuah ipt di lembah kelang.


Didalam blog puak pelampau juga ada ditulis mengenai ahli wanita antaranya:

"Masalah yang berkaitan dengan wanita adalah masalah yang remeh tetapi penting untuk diambil kira. Masalah wanita adalah unik dan terasing dari masalah lelaki. Lelaki tidak mempunyai banyak limitasi seperti mana wanita. Cuba bayangkan, tempat latihan silat pun menjadi isu penting kepada kaum wanita. Pakaian latihan, cara latihan dan cara mengajar juga menjadi persoalan yang berbeza dengan lelaki. ."

"Ramai juga jurulatih lelaki yang mengambil kesempatan yang melampau. Salah satunya adalah mencari pasangan atau mak we atau awek di kalangan penuntut-penuntut yang jernih lagi menghairahkan. Apabila ada yang berkenan dihati, mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pasangan mereka. Amalan ini adalah amat tidak sihat dan banyak memberi kesan yang negatif. Pihak LPT sepatutnya sudah tahu perkara tersebut dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara-perkara ini dari merosakkan nama baik persatuan. Pergaulan sesama lelaki dan perempuan tanpa batas amat menjelikkan. ."

"Bayangkan kalau dah bawa naik motorsikal, suruh pula si awek bawa motor, dan si pak we (jurulatih) duduk belakang. Sekejap-sekejap si pak we peluk pinggang mak we. Bawa pula pusing-pusing sekitar kawasan rumah persatuan. Orang ramai dok perhatikan gelagat mereka. Sungguh kurang sopan. Sampai ke peringkat si mak we sudah berani pergi tidur di rumah pak we. Bila diberitahu kepada abang Mad tentang hal yang boleh merosakkan imej ini, nak tahu apa yang dijawab oleh seorang guru yang maksum ini? Jawapannya ialah itu bukan urusan dia. ."
-Puak pelampau

Berdasarkan tulisan diatas tentu ahli-ahli tertanya-tanya apakah peranan LPT dalam menangani isu ini .Bukankah perkara yang dibangkitkan diatas adalah tanggungjawab LPT .Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi isu-isu yang perlu ditangani oleh ahli LPT.Perkara ini mungkin boleh diatasi sekiranya semua ahli LPT yang dilantik menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Mungkin agaknya ahli-ahli ini mengikut contoh seorang ahli LPT yang satu ketika dulu sering berdua-duaan dengan pasangan nya ,tak termasuk kisah seorang ahli MMK yang sering tidur dirumah seorang ahli Serikandi yang juga ada jawatan di dalam persatuan.Siapalah tahu apa yang berlaku didalam rumah tersebut.

Begitu juga dengan cinta sejenis antara ahli.Banyak lagi kalau nak dikisahkan tetapi tak perlulah nak diperbesarkan sebab tak mahu nanti disamakan dengan puak pelampau yang suka menceritakan keburukan orang lain hanya kerana tidak menyokong mereka.

Puak pelampau juga ada mengatakan tindakan yang diambil oleh MMK adalah berani dan bermaruah dalam tulisan yang bertajuk :

Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang berani lagi bermaruah.

Antara petikan tulisan puak pelampau :

"Sebenarnya ada beberapa pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua dan juga orang ramai atas tindakan yang diambil oleh MMK. Pertama ialah tentang kewibawaan dan keberanian pihak MMK mengambil tindakan terhadap seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam pergerakan iaitu Presiden dan Guru Utama. Tindakan tersebut sebenarnya mempunyai risiko yang amat besar kerana akan meletakkan reputasi persatuan dalam keadaan yang kritikal dan menyebabkan orang ramai akan kehilangan keyakinan kepada pergerakan Silat Cekak Hanafi. ."

"Namun atas nama kebenaran, semua itu tidak menjadi persoalan kerana tidak mahu kepercayaan orang ramai dan amanah yang dipertanggungjawabkan dikianati. Sebaliknya, jika dikaji dengan lebih mendalam, sepatutnya persatuan yang mempunyai kepimpinan yang berani dan bermaruah inilah yang patut disokong oleh orang ramai kerana mereka sepatutnya merasa lebih selamat kerana mengetahui bahawa ada orang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab yang akan melindungi kepentingan ahli. ."

"Yang keduanya ialah tindakan yang diambil oleh MMK tanpa mengira pangkat dan darjat. Walau segagah mana atau sekuat mana pun seseorang pemimpin itu, tetapi jika dia melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang, jangan segan silu untuk menegur ataupun diambil tindakan. Tiada amalan pilih kasih dalam hali ini. Tindakan tanpa mengenal pangkat dan kedudukan ini seharusnya menjadi amalan semua pertubuhan silat di negara ini. Oleh itu tindakan MMK adalah tindakan yang berani dan bermaruah demi untuk menjaga kesucian perjuangan yang telah dirintis oleh Al-marhum Ustaz Hanafi. ."
-Puak pelampau

Betulkah tindakan yang diambil oleh MMK?Bagaimana MMK boleh membuat keputusan untuk menolak keputusan MMT sedangkan perkara tersebut sepatutnya diserahkan semula kepada MMT untuk bersidang kembali.Sehingga kini SU MMT tidak memanggil sebarang mesyuarat.

Sayang seribu kali sayang kedua dua NP begitu mudah diperkudakan dan ditunggang oleh ahli-ahli MMK bagi meneruskan agenda mereka.Agak menghairankan dan pelik kenapa MMK tidak mahu membuat laporan polis sekiranya benar perkara ini berlaku.Alasan yang diberikan oleh salah seorang NP bimbang masyarakat tahu dan tak mahu persatuan mendapat malu sekiranya persatuan membuat lapuran polis adalah tak masuk akal langsung.

Perbuatan tidak melapurkan kepada polis kerana bimbang persatuan mendapat malu boleh dianggap bersubahat dengan perbuatan tidak bermoral yang kononnya dilakukan oleh YM Tuan Guru.Ini lah tindakan yang tidak bermaruah dan penakut.Dalam masa yang sama semua kronologi palsu dan keputusan mesyuarat di masukkan didalam laman web rasmi persatuan.Bukankah laman web boleh dilayari oleh semua pelayar-pelayar internet di seluruh dunia.

Mungkin ini strategi MMK untuk memaklumkan pada orang ramai tetapi tidak mahu membuat lapuran polis kerana takut persatuan mendapat malu dan mencemarkan imej.Berdasarkan perbualan dengan beberapa orang ahli di selangor antaranya ahli MMN termasuk penjawat jawatan tertinggi sendiri, ramai yang tidak percaya tentang kes salah laku Guru Utama ini tetapi terpaksa menurut sahaja kerana bimbang dipulau atau diambil tindakan,ada yang telah pun diusir keluar dari rumah persatuan bangi kerana tidak menyokong mereka.

Kesimpulannya puak pelampau kini ketandusan idea dan isu,tulisan-tulisan yang dipaparkan berulang-ulang,cubaan menghantar balaci-balaci hingusan untuk berkempen nampaknya tidak berjaya menyakinkan ahli-ahli tentang dakwaan salah laku Guru Utama,kini pihak pelampau terpaksa mengerahkan mentor-mentor tertinggi turun padang sebagai usaha terakhir mereka sebelum mesyuarat agung luarbiasa diarahkan oleh mahkamah yang mulia.

Puak penentang kini menjadi mesra rakyat dan sanggup turun padang berbanding dulu kerana mereka kini gusar dengan sokongan yang berterusan dan tidak goyah terhadap sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli yang setia dan yakin kepada Guru Utama.Mereka kini dalam keadaan serba salah samada untuk menamakan Guru baru atau tidak.Kalau dilantik yang seorang tu bimbang akan mengesahkan dakwaan CM yang sejak dulu mengatakan beliau memang bercita-cita untuk menjadi guru ,yang seorang lagi tu memang tak ada "cutting"guru,yang digelar "ustaz"dikalangan mereka pun awal-awal dah bagi tahu mandat perguruan sah ada pada Tuan Guru Md Radzi.

Lagi pun mereka bimbang mereka juga akan diperlakukan seperti Tuan Guru satu masa nanti sekiranya mereka tidak diperlukan atau sekiranya tidak mengikut skrip yang mereka sediakan.Kalau lah sdra Moktaruddin atau Sdra Jamaluddin bersetuju untuk menjadi Guru tentu tak ada masalah bagi puak pelampau ini.Kini sdra Moktaruddin dan Sdr Jamaluddin serta seluruh keluarga Ustaz Hanafi dihina semahunya sedangkan mereka yang tersilap percaturan .

Ahli-ahli juga diugut supaya tidak bertemu dengan Tuan Guru samada secara formal atau tidak.Ahli-ahli cuma dibenarkan berjumpa MMK yang bersubahat dengan mereka sahaja .Penerangan yang diadakan juga berpilih-pilih tidak terbuka kepada semua ahli.
Puak pelampau juga kini telah bersedia untuk membuat pengambilan ahli baru dan meneruskan pelajaran tanpa ijazah.Apa sudah jadi dengan perjuangan yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi?

Jelas sekarang puak pelampau yang telah merosakkan pergerakan Silat Cekak Hanafi dengan tindakan mereka yang kononnya bermaruah dan berani.Banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh puak pelampau.Balu dan keluarga Almarhum dihina dan dicaci sesuka hati sedangkan mereka menjaja nama Ustaz Hanafi kononya atas nama perjuangan.Ini kah tanda kasih puak pelampau kepada Almarhum Ustaz Hanafi?umpama kita kata kasih pada ibubapa kita sedangkan seluruh ahli keluarga kita hina dan caci.Bayangkan kalau puak-puak pelampau ini terus berkuasa didalam persatuan,sedangkan Guru pun boleh diperlakukan seperti sekarang apatah lagi ahli-ahli diperingkat bawahan.

Tabik kepada man cina kerana berjaya memporak perandakan seluruh jentera persatuan hanya bermodalkan kertas dan pen sahaja.Anda telah berjaya membuktikan betapa rapuh nya barisan Cekak Hanafi.Slogan "segerak searah ,senafas seudara" yang sering dilaung laungkan oleh bendahari agung hanyalah omong kosong sahaja. Ini adalah satu kebolehan yang luar biasa yang anda miliki.Hanya Syaitan sahaja yang memperolehi kebolehan sedemikian.

Man cina telah berjaya menyampaikan mesej yang sangat jelas bahawa terdapat ramai ahli-ahli didalam persatuan yang berpura-pura dan tidak ikhlas di dalam perjuangan.Ahli-ahli ini perlu ditapis dan diasingkan.Apa yang berlaku sekarang ini adalah fitnah angkara puak pelampau.

Perkara ini telah pun dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud:

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.."

-Surah al-Baqarah, ayat 191

Firman Allah bermaksud:

"Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.."

-Surah al-Hujurat, ayat 6

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Sesiapa yang menyebarkan satu kata memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat.."

-Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya daripada Abu Zar


Ayuh bangkit wahai ahli-ahli yang setia kepada Tuan Guru,buktikan bahawa anda faham dan jelas segala perjuangan yang dibawa oleh Almarhum Ustaz Hanafi yang kini di pikul oleh waris beliau sendiri.Jangan takut menyatakan pendirian dengan mengambil sifat tunggu dan lihat.

Silat Cekak mendidik pengamalnya menjadi berani kerana berani adalah sifat insan.Ahli-ahli bukanlah taksub dan bermasalah seperti yang didakwa oleh puak pelampau tetapi mereka adalah ahli yang tahu adab-adab perguruan dan juga perbezaan antara murid dengan guru.Segalanya terletak ditangan anda.Banyak lagi perancangan yang perlu dilakukan untuk agama dan bangsa.Masa depan persatuan terletak kepada anda sendiri.

23.1.07

Darurat?

Maka tersebarlah kisah di wilayah-wilayah tertentu akan pergolakan yang berlaku dalam pergerakan sekarang ini. Guru dikatakan telah melakukan 'kesalahan serius' yang boleh menjejaskan kredibiliti pergerakan konon-kononnya.

Setelah badan yang 'bertanggung jawab' menggantung dan menolak kepimpinan Guru tercinta,maka kelam kabutlah mereka memikirkan masalah yang datang kemudiannya.Mungkin ketika membuat keputusan berikut mereka yang 'bertanggung jawab' ini tidak terfikir kesan dan implikasinya terhadap pergerakan.

Nun bertiup kencang di wilayah-wilayah tertentu ini, pengajian silat masih jua diteruskan walaupun tiada sebarang pengijazahan yang berlaku.Maka sekonyong-konyong masuklah ahli baru yang tidak mengerti apa-apa tentang pergerakan ini ke alam persilatan tanpa bertemu dahulu dengan yang empunya silat.

Maka tiadalah lagi gamaknya kain putih sabagai alas,tiadalah lagi kalimah yang perlu dibaca sebelum tidur tiga malam berterusan,tiada lagilah limau yang mewangikan tubuh,jauh sekali kenduri di majlis tamat.Pihak yang sememangnya 'bertanggung jawab' dengan penuh rasa takzim dan rendah dirinya mengisytiharkan perkara ini dibolehkan atas alasan "DARURAT".

Termaktublah dalam catatan,pergerakan yang diteraju oleh mereka yang 'bertanggung jawab' ini tiada beza lagi dengan pergerakan-pergerakan yang lain.Hilanglah sudah keistimewaan pergerakan yang selama ini menyanjung tinggi institusi Perguruan.Lenyaplah sudah perbedaan pergerakan ini dengan pergerakan lain baik dari alam Melayu mahupun yang hak luak negeri.

Yang dikatakan DARURAT itu apa sebenarnya?Adakah boleh dikatakan keadaan semasa ini DARURAT?Sedangkan yang empunya silat ini masih lagi BERHAK,dan masih LAYAK dan masih UPAYA?

Jelas sudah mereka yang 'bertanggung jawab' ini sanggup melakukan apa saja demi memenuhi tuntutan hawa mereka.Mereka sanggup mengetepikan adab dan budaya yang selama hampir 42 tahun ini dipegang berlalu dengan begitu sahaja.Mereka sanggup meleraikan ikatan yang selama ini terjalin di antara yang empunya dengan penuntut tanpa ada rasa apa-apa.Kononnya siutasi sekarang tidak tenteram,kononnya DARURAT!

Apa guna menepuk dada bangga kononnya lama dalam pergerakan tetapi masih tidak mengerti hal seperti Majlis Pengijazahan?Kalau dalam hal yang paling asas dalam pergerakan pun masih terkial-kial,bagaimana pula dengan hal-hal lain?Kalau diri masih tidak sedar berada di bawah yang empunya silat dan masih enggan menerima,bagaimana boleh mendakwa diri faham dan tahkik dalam perjuangan?

Segelintir ahli yang 'di bawah' ini,walaupun baru,walaupun mentah dan tidak banyak jasa,Tetapi masih boleh "melihat" peri pentingnya Majlis Pengijazahan di antara Guru yang Empunya dengan bakal ahli yang hendak belajar.

Mungkin Silat Cekak anjuran mereka yang 'bertanggung jawab' ini akan lebih menjadi global lagi selepas ini.Kita jangan hairan jika ada orang Belanda Kristian atau bangsa Cina Buddha atau India Hindu turut sama "tamat" silibus Silat Cekak.Almaklumlah,tiada lagi perakuan KeIslaman dari sesiapa pun.

Kita jangan pelik jika peringkat potong dan tamat sudah boleh dimasukkan dalam demonstrasi dan penerangan.Mungkin juga jurulatih-jurulatih di wilayah tertentu ini bertukar status menjadi "gurulatih" (guru letih adalah gamaknya..)Almaklumlah mereka yang baru hendak belajar ini 'berijazahan' dengan jurulatih untuk menerima ilmu persilatan.

Guru sudah diketepikan.Guru sudah dibuang dan ditolak serta diabaikan.Maka keadaan "DARURAT" mengambil alih tugas Guru.Keadaan "DARURAT" menghalalkan semua perkara yang sama sekali bertentangan dengan pendirian selama ini.Keadaan "DARURAT" memungkinkan SILAT CEKAK SUDAH TIDAK BERHARGA LAGI!

Imbaslah kembali detik kita semua melalui Majlis Pengijazahan dengan Guru.Adakah Majlis tersebut dijalankan untuk suka-suka?Adakah sekadar melepaskan batuk ditangga?Apakah tidak lagi penting Majlis ini sedangkan ia adalah pokok di dalam pergerakan ini?Gurulah yang menyemak KeIslaman bakal penuntut,hampir sama seperti Tok Kadi atau Wali menyemak KeIslaman bakal pengantin.Bukan LPT,bukan MMT,jauh sekali MMK yang dipilih 3 tahun sekali!

Renungkanlah.Jika kita mendakwa sebagai pejuang dalam pergerakan,tergamakkah kita mencemarkan dan menodai pokok perjuangan ini?Tergamakkah kita 'bersaudara' dengan yang bukan segama kita?Sanggupkah kita melihat kelak MMK yang "disanjungi" kemudiannya dipelopori oleh mereka yang bukan dari rumpun kita malah bukan seugama dengan kita?

Pergerakan ini hak agama kita.Maka peranan Guru itu memastikan melalui Pengijazahan dengan bakal penuntut.Silat ini Hak Mutlak Beliau.Mandat perguruannya jelas,salasilahnya kukuh.Usahlah dipertikaikan.Kita tolak tepi fitnah-fitnah yang berlegar.Kita kembali kepada pokok. Adakah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

BENARKAH PERGERAKAN INI DILANDA DARURAT?

Percayalah,'jika' benar Guru sudah hilang kelayakan sebagai Guru,nescaya dengan mudah mandat perguruan itu beralih tangan dengan Izin-Nya.Seperti yang berlaku pada 1993 dahulu.Walaupun berpetir dan beribut taufan mantan Guru berucap,tetapi akhirnya yang Hak tetap berpindah pada yang BERHAK.

Kemelut ini tidak akan terjadi jika kita tidak termakan dengan tipu daya syaitan,nafsu dan BUDAK 16 TAHUN! (mungkin sudah meningkat 17 tahun 2007 ini)

Nota kaki: Marilah kita sama-sama berdoa agar kemelut ini segera berakhir dan keadaan akan menjadi baik malah menjadi lebih baik berbanding dahulu...

21.1.07

Ahlulbait

Masih ingat dengan produk yang dijual oleh Sri Kandi yang memaparkan syair Ahlulbait sejak tahun lepas?

Syair Ahlulbait tersebut menurut Tuan Guru yang dikasihi terdapat di dinding belakang kediaman Rasulullah s.a.w (sekarang ini di dalam Masjid Nabi). Namun begitu syair tersebut sudah tidak dapat dilihat lagi.

Syair Ahlulbait seperti namanya mengetengahkan Ahlulbait iaitu Rasullullah s.a.w sendiri, Saidina Ali k.m.j, Saidina Hasan r.a dan Saidina Husin r.a, serta Saiditina Fatimah r.a.Ahlulbait seperti yang kita maklum adalah lima Insan yang Mulia ini. Rasulullah begitu mengasihi ahli keluarga Baginda sehingga pernah bersabda "Barangsiapa yang menyakiti Hasan dan Husin,maka ia sama seperti menyakiti Aku".

Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w juga sentiasa digalakkan bersalawat ke atas Baginda.Dan sebagai Ahli Silat Cekak juga,kita amat sinonim dengan dua macam selawat yang diberikan oleh Guru.Selawat ini di bahagian hujungnya turut memuliakan ahli keluarga dan sahabat Rasulullah s.aw.

Namun tidak semua Umat Islam yang turut menyintai ahli keluarga Baginda seperti mana menyintai Baginda sendiri.Sejarah telah menyatakan dengan jelas peristiwa pembunuhan Ahlulbait.Semuanya gara-gara berkepentingan di dalam politik dan gila tamakkan takhta.Saidina Husin misalnya,dipancung bercerai kepala dari badan dan terpisah antara makam kepala dan makam badannya.

Adakah Allah tidak memelihara cucu (namun Baginda memanggil kedua cucunya sebagai 'anak')? TIDAK. Dia mengizinkan perkara ini terjadi untuk kita jadikan renungan.Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Baginda s.a.w tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga pusaka Baginda demi kepentingan diri dan keturunannya pula.Sedangkan Baginda s.a.w begitu menyayangi Ahlulbait Baginda,mengapa pada waktu itu mereka tidak boleh turut sama menyayangi Ahlulbait?

Adakah apabila wafatnya Rasulullah s.a.w maka berakhirnya sifat sayang pada Ahlulbait sehingga tergamak untuk Merka diperlakukan sedemikian rupa?JIKA Baginda s.aw. tidak menyayangi Ahlulbait itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi Rasulullah TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Baginda.Masakan mereka pada waktu itu tidak menyedari perkara ini?

Dan setelah 1400 tahun kemudian,iaitu pada tahun 1993,wujudnya golongan yang hampir sama dengan puak Muawiyah ini tadi.Mereka begitu menyanjung Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad,menyayangi Almarhum sepenuh jiwa raga namun mereka GAGAL untuk turut sama menyayangi Insan yang disayangi dan dikasihi Almarhum.Malah mereka tabur nista dan caci keluarga Almarhum dengan hinanya.Mengapa mereka berkelakuan sedemikian?

Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Almarhum tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga waris Almarhum demi kepentingan diri dan kroninya pula.Sedangkan Almarhum begitu menyayangi ahli keluarga ,mengapa pada waktu itu mereka tidak boleh turut sama menyayangi ahli keluarga ?

Adakah apabila kembalinya Almarhum maka berakhirnya sifat sayang pada Ahli keluarga Beliau sehingga tergamak untuk diperlakukan sedemikian rupa? JIKA Almarhum tidak menyayangi ahli keluarganya itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi sebaliknya Almarhum TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Beliau.Masakan mereka pada waktu itu tidak menyedari perkara ini?

Dengan jelas Almarhum mengatakan ahli keluarga dan Anak Beliaulah yang akan menerajui pergerakan ini apabila tiba masa.Tetapi mengapa mereka tidak menerima kata-kata Almarhum tersebut?

Mengapa Allah mengizinkan perkara ini terjadi?Supaya kita mengambil iktibar dan pedoman di masa hadapan.Untuk kita jadikan panduan jika berlaku masalah kelak.

Malangnya selepas 13 - 14 tahun selepas 1993 tersebut,wujud pula satu golongan yang hampir sama dengan puak Ishak Itam tadi.Mereka begitu menyanjung Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad,menyayangi Almarhum sepenuh jiwa raga namun mereka GAGAL untuk turut sama menyayangi Insan yang disayangi dan dikasihi Almarhum.Malah mereka tabur fitnah dan tohmah keluarga Almarhum dengan kejinyanya.Mengapa mereka berkelakuan sedemikian?

Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Almarhum tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga waris Almarhum demi kepentingan nafsu dan temboloknyanya pula.Sedangkan Almarhum begitu menyayangi ahli keluarga ,mengapa pada waktu ini mereka tidak boleh turut sama menyayangi ahli keluarga ?

Adakah apabila kembalinya Almarhum setelah 20 tahun maka berakhirnya sifat sayang pada Ahli keluarga Beliau sehingga tergamak untuk diperlakukan sedemikian rupa? JIKA Almarhum tidak menyayangi ahli keluarganya itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi sebaliknya Almarhum TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Beliau.Masakan mereka pada waktu ini tidak menyedari perkara ini?

Dengan jelas Almarhum mengatakan ahli keluarga dan Anak Beliaulah yang akan menerajui pergerakan ini apabila tiba masa.Tetapi mengapa mereka tidak menerima kata-kata Almarhum tersebut?

Kita tidak menyamakan Baginda s.a.w dengan Almarhum di sini tetapi kita mempertikaikan tiga golongan manusia terbabit.Bagaimana ketiga-tiga golongan ini begitu menyanjung Ikon dan Pemimpin mereka,namun mereka tidak berupaya untuk SAMA menyayangi keluarga Pemimpin sebagaimana yang Pemimpin tersebut lakukan.Sedangkan Pemimpin ini telah dengan JELAS dan TERANG menunjukkan sifat sayang dan kasih Mereka pada ahli keluarga Mereka.

Kita tidak boleh menyamakan dengan peristiwa Nabi Noh a.s bersama keluarganya kerana dengan terang keluarganya telah menolak ajaran Nabi Noh sendiri semasa hayat mereka.

Tetapi adakah Saidina Hasan dan Husin menolak ajaran nenda Mereka?Tidak semasa hayat Rasulullah dan Tidak selepas hayat Baginda sehingga kedua-dua Hasan dan Husin wafat.

Adakah keluarga Almarhum terutamanya Tuan Guru Md Radzi menolak ajaran ayahanda tercinta?Tidak semasa hayat Almarhum dan TIDAK selepas hayat Almarhum sehingga sekarang.

Semua yang berlaku merupakan ujian kepada kita selaku pengikut.Bukan ujian untuk Guru dan Pemimpin semata-mata.Tuhan telah menguji kesetiaan kita terhadap pemimpin.Terpulanglah pada kita.JIKA dahulu kita boleh patuh dengan Almarhum,adakah sekarang ini kita boleh patuh kepada Anak Beliau selaku Pengganti yang dinamakan sendiri oleh Beliau?

Umpama menyintai seseorang,secara tertib dan adabnya,hendaklah kita turut sama menyintai keluarga buah hati kita sebagaimana dia menyintai mereka.

Umpama hendak berkahwin dengan ibu tunggal,secara sopan dan caranya,hendaklah kita turut sama menyayangi bakal-bakal anak tiri kita sebagaimana ibu mereka mengasihi mereka.

Terpulanglah kepada kita untuk memilih.

Kita boleh bercerai dengan isteri kita jika kita sudah tidak suka padanya atau mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan.Dengan lafaz,kita boleh memutuskan ikatan tersebut dengan halal dan tanpa dosa walaupun Allah tidak menyukai Talak.

Tetapi adakah kita boleh bercerai dengan ibu kita apabila tidak suka atau mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan?Adakah terputus hubungan dengan halal ibu dan anak walaupun kita melafazkan kata-kata tersebut?Bukan saja Allah tidak suka,malah nerakalah tempatnya kepada anak derhaka.

Terpulanglah kepada kita.

Isteri boleh diganti,ibu tetap ibu kita.Kawan,abang senior boleh diganti tetapi GURU tetap GURU!

Taat ke Guru membawa Berkat,
Sedikit belajar banyak yang Dapat,
Jika MENDERHAKA menjadi MUDARAT,
Semua ilmu TIADA yang LEKAT.

Untuk pengetahuan semua,sehingga saat ini,MANDAT PERGURUAN Silat Cekak MASIH berada pada YM Tuan Guru Md Radzi BIN Hj Hanafi BIN Hj Ahmad.

TIDAK PERNAH BERUBAH,TIDAK PERNAH BERPINDAH.MASIH SAMA.

Nak DERHAKA?

Terpulanglah kerana pantun di atas telah menerangkan impilikasinya.Tepuk dada,tanya pegangan.Jangan tepuk dada dok kata 'aku,aku,aku'.Takda aku persatuan tak jalan!

Nota kaki: Khabar-khabar angin bertiupan sekarang mengisahkan "pengHIJRAHan" keluarga "yang dikasihi" pereka fitnah ke tempat lain.Sejauh mana kebenarannya,belum dapat dipastikan.Tapi jika betul,timbul semacam satu persoalan.Awat kalut nak pindah jauh-jauh.Elok dah dok KL nu.Awat hangpa pindah sampai kena bayar tol RM 1.10 nak pergi pejabat, sampai 20-30 minit nak sampai KL?Yang ini bukanlah Hijrah kot,Tapi LARI!