9.10.06

Tertekan

Nampak gayanya,penulisan big-body guy dalam "Kita Usah Lupa Sejarah" menunjukkan puak-puak penentang Guru semakin tertekan dengan keadaan semasa.Semua jasa puak-puak penentang Guru diungkit kononnya berselindung menjelaskan isu nepotisme dan kronisme.Isu cabul yang dilaung-laungkan semakin sepi sebaliknya isu yang remeh-temeh diangkat.Nampak seperti kehilangan punca.

Kita tidak nafikan jasa mereka dengan selama ini.Tetapi pada pendapat peribadi saya,apa guna jasa yang banyak jika tiada keikhlasan melakukannya,diungkit dan disebut-sebut kemudian hari.Semuanya AKU dan bukannya KITA.Inilah masalah puak-puak penentang Guru.Bukanlah mempertikaikan keikhlasan mereka selama ini,tetapi sudah terang dan bersuluh,itulah masalahnya. Dan bukankan kemampuan itu, semuanya dari Dia?Renungkanlah.

Kronisme dan nepotisme bukan isu,kerana mereka yang mengandaikan diri mereka sendiri bukan kroni Guru.Mengapa begitu?Kalau begitu,mereka kroni siapa?Dan benarkah selama 13 tahun Tuan Guru Md Radzi menjadi Guru,mereka ini benar-benar jujur menganggap dan menerima beliau sebagai Guru?Itulah persoalannya.Mengapa dipertikaikan Sdr Azahar Ali menjadi KPS?Mengapa tidak dipertikaikan Sdr Amrahi menjadi Bendahari?Kalau benar Tuan Guru mengamalkan kronisme,lebih baik beliau melantik Sdr Frankie menjadi Bendahari.Bukankah Bendahari yang menjaga kewangan dan kira-kira Persatuan?Kami penyokong Guru boleh menilai yang mana permata,yang mana kaca, kaca yang retak menanti pecah.Fikirkanlah,kepada mereka yang masih ragu-ragu.Usahlah diperjudikan pegangan dan maruah dengan menentang Gurumu sendiri.Guru yang selama ini berjasa dan menyuluh jalan.Selayaknyakah beliau menerima fitnah ini?Memang ini adalah ujian-Nya dan semoga kita sama-sama melepasi proses tapisan ini dan yang seterus-terusnya.Insya Allah.

12 comments:

Anonymous said...

Lihatlah..

Daripada kes mencabul sudah meleret leret kepada hal hal lain. Inilah akibatnya apabila hati sudah BERHASAD DENGKI..

Kalau orang muda bolehlah di nasihati oleh org tua.

Tapi kalu org tua siapa nak nasihat sebab biasanya ORG TUA payah nak dengar nasihat ORG MUDA.

Anonymous said...

fikirlah mana yg baik..kita pilihlah,nak guru atau nak org2 lama...fikir menggunakan akal..jgan pkai sedap hati...saya tolak segala fitnah terhadap GURU saya mentah2...saya bersama GU...Musuh GU adalah musuh saya...

Anonymous said...

fikirlah mana yg baik..kita pilihlah,nak guru atau nak org2 lama...fikir menggunakan akal..jgan pkai sedap hati...saya tolak segala fitnah terhadap GURU saya mentah2...saya bersama GU...Musuh GU adalah musuh saya...

Anonymous said...

Juak Md Radhi said...

fikirlah mana yg baik..kita pilihlah,nak guru atau nak org2 lama...fikir menggunakan akal..jgan pkai sedap hati...saya tolak segala fitnah terhadap GURU saya mentah2...saya bersama GU...Musuh GU adalah musuh saya...



perghhhh....mantapp ayat...

cakap tak serupa bikin...

fikir gunakan akal Vs Tolak segala fitnah mentah2

Anonymous said...

sebab apa aku BERANI mengeluarkan kata kata sebegitu....sebab aku kenal die...aku tahu perangai die mcamana...aku tahu stail die mcmana...apa maksud kau cakap tak serupa bikin?apende lg yg ko tak puas ati ngan aku...

Anonymous said...

Taken from Peneraju.com
- Penganalisaan fakta mengenai surat dari Ketua Perhubungan & Seranta

Fakta ke-5, Persoalan 5 -

PERSATUAN adalah milik AHLI-AHLI
GURU UTAMA adalah GURU KAMI
Jangan nafikan HAK KAMI

Kami mahukan Guru kami tanpa syarat!




Tanpa sebarang syarat?? anda pasti??

Anonymous said...

ye..!!! saya pasti...kami takkan tunduk kepada syarat2 yang dibuat oleh manusia utk mendapatkan Guru kami...syarat2 manusia bukan syarat2 Tuhan yg tidak boleh diubah...ingat Puak2 penentang...Kami tak takut dengan hangpa semua..

Anonymous said...

bukankah itu dikira sebagai 'taksub'?

tidak membenarkan hak diri untuk berfikir seketika, setiap patah kata yang diucapkan oleh Guru adalah 'Betul' dan 'Benar'...dan anda pula 'membenarkan' apa yang dikatakan oleh Guru tanpa berfikir akan kebenarannya.

saja ingin bertanya lagi. Andai Guru itu terbukti salah mengikut peraturan yang dibuat oleh manusia, hasil daripada penyiasatan dan pembuktian...adakah Guru itu masih 'Betul'?


Saya tukar sedikit situasi sekarang.

Saya membuat perjanjian untuk membeli rumah. Dalam kontrak perjanjian yang dipersetujui oleh saya dan pihak bank, pihak bank bersetuju untuk memberi pinjaman sekian2...untuk tempoh masa sekian2...dengan syarat2 sekian2... Saya bersetuju dengan pihak bank untuk membayar sekian2 ringgit ansuran bulanan...sepanjang tempoh yang ditetapkan dan mengikuti syarat2 yang ditetapkan oleh pihak bank. Perjanjian ini dimetrai dalam satu kontrak ditandatangani oleh pihak bank, saya dan saksi (dalam konteks ni..peguam). Selepas tempoh 5 tahun, tiba2 bank itu telah menyalahi syarat2 yang mereka sendiri tetapkan, yang jelas melanggari syarat yang tertulis dalam kontrak yang telah dibuat dahulu tanpa memberitahu saya dan pihak peguam serta boleh menyebabkan kontrak atau perjanjian yang dibuat itu terbatal. Dimanakah hak saya ketika itu? adakah kontrak tersebut masih valid? Perlukah saya mencari sumber rujukan lain untuk menyelesaikan masalah ini? Perlukah saya membawa kes ini ke mahkamah? Perlukah saya mencari bank lain untuk menguruskan pinjaman membeli rumah dengan pihak pemaju?


Atau.. saya hanya perlu menurut apa sahaja yang pihak bank tentukan samada saya sedar atau tidak sedar yang ia boleh merugikan diri saya serta menyusahkan saya kelak..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya bekas ahli Persatuan Silat Cekak Hanafi Malaysia... Saya berasa sungguh amat kesal dan terkejut apabila diberitahu perpecahan ahli ini. Saya tidak tahu pihak mana yang benar disebabkan tiada bukti antara kedua-dua pihak.. tapi apa yang saya boleh perkatakan biarlah yg tertuduh berani ke muka pengadilan biar hakim yang tentukan segalanya dan saya dapati dalam site silatcekakhanafi.org bukan menunjukkan bukti-bukti yang boleh dipercayai. Jadi keluarkan bukti yang sahih dulu , dan saya dapati sebelum saya meninggalkan silat cekak hanafi mmg ramai yang agak taksub dgn tuan Radzi dan saya keluar dari silat cekak ini ats dasar keraguan terhadap silat yang di ketuai oleh beliau maksud saya "TAKSUB".

Wallahualamu sawab

Anonymous said...

kau orang ni nak bercerita pasal taksub....adakah korang benar2 mendalami apa itu taksub....sebab aku fikir la aku boleh buat keputusan....aku fikir baik2 benda ni dan aku dapati ada yang tak kena dgan kes ni....seeteeelah meneliti,dan aku tahu GU tiddak bersalah....dan aku takkan ikut guru yang tak betu...tapi pasal apa aku ikut GU?sbb aku yakin dgan kebenaran yg dibawanya...aku juga cukup masak dengan perangai,style dan cara kehidupan GU...aku cukup kenal GU dan GU pun cukup kenal aku...

Anonymous said...

kami juak2 md radhi menggunakn akal...jangan tuduh kami semua tidak membenarkan diri utk berfikir....!!!

Unknown said...

Assallamualaikum,
Wahai saudara2ku... Kita bersilat bukan kerana silat, Kita bersilat kerana Agama. Kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah. Apakah tidak cukup Islam sebagai penyatu seluruh umat Islam? Belajarlah agama bukan cuma seguru...sedang Ustaz Hanafi berguru tidak hanya satu. Sedarlah yang kita cuma hamba kepadaNya. Kemana kita akhirnya? Apakah persilihan ini dapat menjamin syurga? Berbaliklah pada agama.