19.8.08

Fitnah Yang Terus Bermaharajalela

Assalamu Alaikum.


Ramai yang menyangkakan, mereka 'mungkin' telah tidak lagi bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti memfitnah ini, lebih-lebih lagi di alam maya ini. Rupa-rupanya kita tersilap. Kalau sudah namanya anjing, jumpa tahi kalau tak makan pasti dihidu juga.


Sudahlah Sambutan 21 Tahun UTM Skudai tempoh hari habis cuba disabotajnya. Kita ingin bertanya sedikit, jika Tuan benar-benar jujur dan ikhlas berhati mulia, apa faedahnya Tuan-tuan sekelian jika program tersebut gagal dijalankan? Kayakah?Untungkah? Jadi jutawankah? Sikap tuan-tuan tidak saling ubah seperti sikap iblis yang berjanji menyesatkan anak Adam.


Yang terbaru, lidah rasmi mereka sendiri, menggunakan strategi provokasi ala Yahudi untuk memecah belahkan perpaduan dan pegangan murid2 Tuan Guru. Lihat di Gambarajah berikut:

Menurut sumber terdekat penulis, dan penulis sendiri telah menghubungi mereka yang tertera, ternyata nama-nama berkenaan adalah mereka yang teguh berdiri di belakang Tuan Guru. Mereka merupakan penuntut salah sebuah IPT di Shah Alam, dan seperti yang kita maklum, Shah Alam adalah zon Hitam bagi puak-puak pelampau ini.

Nah,apa tujuannya? Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memecah belahkan perpaduan kita di pihak yang Benar. Terdesak? Tersedak? Kita tanya saja nama yang di bawah sekali selaku KPS mereka. Tindakan yang tak beretika ini jelas membuktikan mereka semakin tersepit menanti keputusan-keputusan tidak memihak kepada mereka yang bakal menjenguk tiba.

Penulisan di website berkenaan juga jelas menafikan adat dan adab dalam Perjuangan Silat Cekak;

"Sebenarnya mandat untuk melantik guru utama Silat Cekak terletak kepada bahu para pendukung Silat Cekak. Para pendukung ini adalah anak-anak murid Ustaz Hanafi yang memahami perjuangan sebenar kerana merekalah yang turut berjuang bersama-sama dengan Ustaz Hanafi sehingga memartabatkan Silat Cekak dipersada alam persilatan di negara kita. Perlantikan guru utama dibuat atas permuafakatan para pendukung ini..."

Jika "pendukung" Silat Cekak layak melantik Master Joe, maka Almarhum dulu siapa pula yang layak melantik beliau? Harap penulis web yang bertanggung jawab berkenaan dapat menjawab soalan ini.

Fitnah terus bermaharaja lela. Ayuh kita bersama-sama menepis segala fitnah dan tohmah yang dilemparkan oleh iblis-iblis bertopengkan manusia ini..