5.10.06

Jasamu Ku Kenang 2

Dalam duk berapi-api pak-kaduk menghentam ahli keluarga Almarhum Ustaz,mungkin pak-kaduk terlupa beberapa perkara.Mungkin pak-kaduk lupa,siapa yang bersusah payah bersama Almarhum dahulu untuk mengembangkan Silat Cekak dari bumi Jelapang Padi ke metropolis Kuala Lumpur.Siapa yang banyak berkorban waktu di awal perkembangan Silat Cekak dahulu,sebelum NP yang dikagumi masuk belajar silat lagi?Orang lain mungkin tidak nampak jasa dan peranan Keluarga Almarhum.Malah sebenarnya bukan di awal perkembangan sahaja,selama-lama ini pun jasa mereka terlalu banyak.

Kalau hendak cerita menggunakan ahli untuk medan berniaga,orang yang dikagumi pak-kaduk pun buat juga.Siapalah agaknya ingat cerita tilam yang beribu-ribu dulu tu ya?Pak kaduk tidak ingat barangkali.Mungkin juga pak-kaduk tidak tahu atau tidak ada waktu itu.

13 comments:

Anonymous said...

Anonymous No.3

Apa yang diungkitkan oleh pak Kaduk adalah jasa dan pengorbanan orang2 lama yang setia dengan persatuan sejak dari Almarhum Ustaz Hanafi, Ishak Itam dan juga Md. Radzi Hanafi.

Sebab apa atau atas dasar apa mereka sanggup setia bersama dengan persatuan ini hingga ke akhir ini? (ini adalah soalan)Memang tiada yang meminta mereka untuk memberi jasa (kot), dan mereka sendiri yang sukarela untuk berkhidmat.

Tetapi apa yang berlaku sekarang, ditambah lagi dengan ayat2 Mak Teh "..silat ni milik keluarga aku...kalau hangpa taknak..hangpa boleh keluar.." (minta betulkan petikan ayat Mak Teh yang saya taip ni) saya tahu ramai yang menjadi saksi ayat ini diucapkan oleh Mak Teh.

saya yang dengar untuk pertama kalinya pun terfikir "..pahal orang tua tu...kenapa dia cakap cam tu...bile masa lak silat ni milik keluarga Ustaz? "

walaupun kewujudan saya dalam Silat Cekak Hanafi tidak disedari, peranan saya dalam persatuan amatlaaaaaaa sedikit, bila dengar ayat tersebut diungkapkan, hilang semangat saya. Sebelum ini pengorbanan (yang tak seberapa) saya adalah untuk persatuan, menaikkan nama persatuan dan juga mertabat silat yang dizahirkan oleh Almarhum Ustaz Hanafi...tapi semuanya adalah untuk keluarga Almarhum semata2.

Ini adalah situasi saya, bagaimana pula dengan orang2 lama? apa yang mereka rasa? (saya pun tak tau sebab tiada peluang untuk bertanya pada mereka)



saudara r3mu?


- saya seronok baca reply atau komen r3mu..tapi yang lain pun boleh juga.

Anonymous said...

saya selama ini ingatkan ini silat keturunan sebab slalu baca dekat web:

"Selepas mandi penamat kelas tersebut dijalankan, Pak Yah telah bertanya kepada ustaz Hanafi sama ada Ustaz ini berasal daripada keturunan Panglima Tok Rashid, kerana Tok Rashid semasa menyerahkan silat ini kepada Pak Yah ada berkata, “Sekiranya ada anak cucu aku dari Kedah datang mengambil silat ini, maka serahkannya balik kepadanya”. Pak Yah sendiri mengatakan bahawa inilah pertama kali ia menjiruskan mandi penamat kepada muridnya. Pada masa itu juga baru Pak Yah menyatakan nama sebenar silat ini, iaitu SILAT CEKAK"

ada sesiapa boleh terangkan lebih lanjut..

-ahli cekak-

Anonymous said...

salam..

firstly, utk sedare Anonymous No.3..apakah benda yang best sangat mengenai komen saya nih?..mungkinkah penulisan saya lancang?..atau ada sebab lain?..entah laa..cik Anonymous No.3 aje yang tahu..

silat cekak bukanlah silat keturunan, sebabnya ustaz hanafi tu bukannya dari keturunan panglima tok rashid..laginya, (setahu saya) silat ini tidak bernama semasa masih dipegang oleh pak ya..nama silat cekak lahir apabila ustaz hanafi mengembangkannya di bawah kumpulan sari budaya sri kedah..

mengenai ayat mak teh tu, pada pandangan saya, maksud mak teh bukanlah merujuk kepada silat cekak..tetapi kepada silat cekak hanafi..perlu diingatkan silat cekak ialah nama silat kita, tatapi diperjuangkan melalui pergerakan silat cekak hanafi.."silat ini silat keluarga..kalau hangpa tak suka boleh keluar"..silat cekak hanafi sekarang di bawah pimpinan abg. mad..jadinya mengikut pandangan saya, maksud mak teh tu ialah silat nih dibawah pimpinan abang. mad (ahli keluarganya), jadinya sesiapa yang tidak suka (bawah pimpinan abg. mad) boleh keluar..itu sahaja..tapi maksud sebenar ayat tu hanya yang empunya mulut dan ALLAH yang tahu..

so, from what i've explained..depends laa..nak terima atau tak..it's all from urself..

salam...

anti_fitnah said...

membaca komen anonymous no 3,saya jadi keliru sedikit.Di komen post yang lain,anonymous no 3 menggambarkan yang dia tidak berapa tahu atau susah mendapatkan maklumat atas alasan masa,kewangan dan lokasi.

Tapi bila baca komen di post ini,anonymous no 3 menggambarkan dirinya banyak mengetahui tentang isu semasa.Malangnya,banyak yang diketahui mirip-mirip pendapat yang tidak menyebelahi Tuan Guru.Seperti kata anonymous no 3 sendiri dalam komen post "Pantang Larang",'jika orang yang dipercayainya menipu,maka tertipulah dirinya...' (lebih kurang begitulah maksudnya)

Maka saya simpatilah pada anonymous no 3 yang pasrah bila dirinya tertipu..

Anonymous said...

salam..

entah laa..orang..kalo nak berpura-pura..banyak aje yang boleh dibuatnya..tapi, sepatutnya kita dengar dari kedua-dua belah pihak..baru la tahu mana yang betul atau tidak..kalo dengar dari sebelah pihak je, tu yang jadinya 'pasrah' kepada fakta..tah betul tah tidak..'pasrah' aje laa..

salam...

Anonymous said...

Eh, Mak Teh blajar Silat Cekak tak?

Anonymous said...

Dah tentu lah. Dia IBU kepada YM, sepenuh hidupnya dikorbankan di jalan silat cekak. Anugerah pingat setia pun ada.

Anonymous said...

Terimakasih abdullah hukum terhukum, tapi yang saya dapat tau drp penyelia saya mak teh tak blajar silat cekak.nanti saya check balik ngan orang lama.

Anonymous said...

Yang saya tau, Mak Teh tak ikut Ustaz Hanafi berhijrah ke KL, anak-anak pun tak ikut ke KL. Mak Teh tak tahu perit jerih berpersatuan di KL.Dia cuma tunggu duit saja.

anti_fitnah said...

Yalah,tapi bagaimana Mak Teh berkorban,bagaimana anak-anak berkorban demi perjuangan Almarhum Ustaz?Bagaimana keadaan keluarga semasa Ustaz di Kuala Lumpur?Kalau tanpa pengorbanan Bonda Mak Teh dan Keluarga yang memahami Perjuangan Almarhum,mungkin kita bukan Ahli Silat Cekak hari ini.Renungkanlah..

Anonymous said...

Puak penentang dan sesiapa saja yang bersekongkol dengannya tak tahu sejarah,jadi diorang ni sebenarnya bodoh lagi membodohkan diri sendiri...!

Anonymous said...

kenapa Mak Teh buat mcm tu....mmg betul apa yg dikatanya..silat ini memang hak ustaz.tapi keluarga ustaz juga ada hak yang org lain takde dalam silat ni...itu yg mak teh maksudkan silat ini hak keluarga hanafi...tapi sekarg silat ini hak mutlak MAD RADZI..silat ini juga adlah hak keluarga Hanafi tetapi BUKAN hak mutlak seperti mutlaknya hak MD RRADZI ke atas silat ini...kalo kurang jelas,sy boleh terngkan lg..tp jangan sesekali mengata KETURUNAN HANAFI..!PANTANG BTUL AKU..

Anonymous said...

kalau tak tahu sejarah keluarga ustaz,jangan memandai...tanya org2 sperti ABG YANG atau anak2 Hanafi...