28.10.06

TIME'S UP!!

Tit..tit..tit..Berlalu sudah 40 hari..Tinggal beberapa minit saja lagi sebelum masuk hari ke 41 untuk puak-puak penentang ‘mengisytiharkan’ “guru” mereka.Nampak gayanya memang takdelah.Terpaksalah balaci-balaci dan macai-macai puak penentang patuh sekali lagi dengan mentor-mentor meraka untuk bersabar,mungkin tambah lagi 40 hari?atau 40 tahun?huhu..

Saya ingin mengajak pembaca meneliti Perlembagaan Persatuan Peraturan 8 Ceraian 1 & 2:

1. Sebuah Majlis Mesyuarat Kebangsaan yang mengandungi mereka yang tersebut di bawah, hendaklah menjadi pegawai persatuan ini. Mereka yang bertindak sebagai pegawai dan menjalankan tugas perintah persatuan sama ada dipilih atau dilantik setiap persidangan satunya mestilah warganegara Malaysia:-

Seorang Presiden
Dua orang Naib Presiden
Seorang Setiausaha Agung
Dua orang Penolong Setiausaha Agung
Seorang Bendahari Agung
Seorang Penolong Bendahari Agung
Seorang Ketua Perhubungan & Seranta
Seorang Penolong Ketua Perhubungan & Seranta
Sebelas orang Ahli Majlis Biasa

Kecuali Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Perhubungan & Seranta dan lima (5) orang daripada sebelas (11) orang Ahli Majlis Biasa yang tersebut di atas yang akan dinamakan dan dilantik oleh Presiden serta dua (2) orang Penolong Setiausaha Agung yang akan dinamakan oleh Setiausaha Agung dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan serta seorang Penolong Bendahari Agung yang akan dinamakan oleh Bendahari Agung, dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan, serta seorang Penolong Ketua Perhubungan &Seranta yang akan dinamakan oleh Ketua Perhubungan & Seranta dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan, maka semua jawatan pegawai tersebut hendaklah dilantik tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.

2. Kecuali jawatan seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Perhubungan & Seranta, dua (2) orang Penolong Setiausaha Agung, seorang Penolong Bendahari Agung, seorang Penolong Ketua Perhubungan & Seranta dan lima (5) orang ahli majlis Biasa yang dilantik seperti di Ceraian 1 peraturan ini, maka semua pemegang-pemegang jawatan itu akan dicadangkan dan disokong, dan pemilihan akan dijalankan dengan undi suara yang terbanyak di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. Semua pegawai-pegawai ini boleh dilantik semula tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.

Hmm..Mungkin ramai yang tidak perasan sebelum ini kan?Termasuklah saya.Tetapi selepas dibangkitkan sendiri oleh seorang Insan yang mulia semasa bersembang dengan beliau tadi,baru saya terperasan.

Perlembagaan persatuan dengan jelas menetapkan tiga jawatan iaitu Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Penolong & Seranta dan lima orang ahli majlis Biasa DILANTIK oleh Presiden.Bukan untuk dipertandingkan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.Sila baca dengan teliti Peraturan 8 tersebut sekali lagi jika masih keliru.

Bagaimanakah keadaannya apabila keahlian Presiden DIGANTUNG?Ada semacam tidak kena disini.Keahlian Presiden digantung,sedangkan yang MELANTIK Setiausaha Agung dan Bendahari Agung adalah Presiden.Bagaimana status Setiausaha Agung dan Bendahari Agung apabila Presiden yang MELANTIK mereka,digantung keahlian oleh Majoriti Ahli MMK termasuk mereka sendiri?Sungguh tidak kena keadaan ini.Sepatutnya,apabila keahlian Presiden digantung,mereka dengan rasa rendah diri turut sama "menggantung" tugas mereka.Kerana mereka DILANTIK oleh Presiden.Ini terbalik pula.Mereka DILANTIK oleh Presiden,seterusnya mereka setuju untuk menggantung keahlian Presiden.Mana punya budaya ni?

Maka sepatutnya Setiausaha Agung turut sama meletak jawatan seperti yang dilakukan oleh Naib2 Presiden dan Bendahari Agung.Tetapi letak jawatan biarlah betul,bukan main wayang.Masalahnya puak-puak penentang ini sungguh handal bermain drama dan sandiwara.Sungguh licik dan strategis.Kenapa Datuk Kha'lady' Ce tak ikut letak jawatan sekali macam sedaranya lakukan?Mengapa perletakan jawatan 3 pegawai persatuan ditolak?Konspirasi.Jika benar sungguh meletak jawatan,letaklah betul-betul.Tak payah nak campur urusan Persatuan lagi.Pergi bersilat sahajalah,tak payah nak sibuk-sibuk lagi datang meeting ke bagi taklimat apa-apa lagi.Tapi nak bersilat apa kalau 'tiada guru'?

Masa dah benar-benar suntuk untuk puak-puak penentang memikirkan calon 'guru' baru mereka.Mungkin ada yang tidak tenang beraya sekarang ini kerana terlampau memikirkan individu yang sesuai.Itulah,lain kali jangan buat silap lagi,kan dah pening kepala.Guru yang HAK difitnah,dikutuk,dikeji dan cuba dijatuhkan.Kepada puak-puak penentang,insaflah sambil-sambil beraya tu.Tengoklah iklan raya petronas tu banyak2 kali (nak-nak yang memang dah keje petronas) Takkan nak kena perli dengan budak umur 5 - 10 tahun baru nak sedar?Selayaknyakah,Insan yang kita panggil Guru,Ibu dan Bapa kita perlakukan sebegini rupa?Selayaknyakah Bapa kita dihidangkan dengan bekas yang sama untuk hidangan haiwan?Selayaknyakah Guru (jika tidak mahu mengaku Guru pun,sepaling kurang hormatilah Beliau sebagai Zuriat dan Anakanda Almarhum sendiri) diperlakukan seperti itu?

Semoga semangat Aidil Fitri memberi kesan kepada kita semua untuk merenung kembali jika ada kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.Usahlah terlajak semakin jauh.Semakin jauh kalian pergi,semakin sukar untuk kembali ke pangkal kerana perjalanan ini tidak mempunyai lebuhraya yang bertol.Mudah dan cepat hanya perlu wang.Perjalanan ini berliku-liku,macam jalan persekutuan dan jalan negeri.Harap kita tidak 'tersenarai' dalam statistik 'kemalangan maut'.Sama-samalah kita berusaha dan meminta pada Dia agar diselamatkan dari 'terkandas' dan selamat meneruskan perjalanan.

Jika terlibat dengan 'kemalangan maut' sekalipun,masih ada masa untuk berusaha supaya dapat 'bernafas' dan menyelamatkan diri.Marilah kita mengharap petunjuk dari-Nya..

Pisang emas di bawa belayar
Masak dengan tanah di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang Fitnah di bawa ke mati

Buai hati-hati
sampai pokok sena
Apa rahsia hati
tak kusangka sifat hina

Sorong uncang tarik uncang
Buah keranji dalam para-para perahu
Suruh rancang hamba betul rancang
Suruh mengkaji hamba pura-pura tak tahu

Nasi Kerabu Buah Bidara
Sayang tenusu hamba lurutkan
Buang Guru Buang Saudara
Kerna Nafsu hamba turutkan

Kajang Tuan Guru kajang berlipat
Kajang Hamba mengkuang layu
Dagang Tuan Guru dagang bertempat
Dagang Hamba musafir lalu..

Renungkanlah..




No comments: