4.10.06

Si badan besar..

Si badan besar (tetapi berhati tikus dan penakut) dalam website nya hari ini mengharapkan apa yang ditulisnya tidak menjadi fitnah sebaliknya berupaya untuk menyedarkan orang lain yang kononya dalam kesesatan.Agak lucu membaca tulisan si badan besar (tetapi otaknya kecil,akalnya pendek).Semua yang diulas jelas mengikut nafsu perut sendiri.Dikata Guru pula bernafsu kuat.

Konspirasi yang dikatakan itu timbul setelah ketidakpuashatian yang diluahkan sendiri oleh konco-konco si badan besar.Si badan besar sendiri mengatakan mengapa dari isu mencabul,timbul pula isu konspirasi?kerana konco-konco si badan besar lah yang menimbulkan isu-isu lain.Mengapa dipertikaikan dalam pak-kaduk tentang isu mercedes sedangkan MMK telah bersetuju untuk tidak menyiasatnya?Mengapa timbul isu Umrah di laman si badan besar sendiri?Taukah si badan besar kadar bayaran bagi business class dan economy class yang dinaiki Tuan Guru dulu adalah sama sahaja?Saya bagi contoh mudah,Kalau program dinamakan "Umrah Bersama Dato'Ismail Kamus (sebagai contoh)"atau "Umrah Bersama Mawi",siapakah yang akan menjadi VIP dalam program tersebut?dan salahkan VIP duduk di first class sedangkan rate antara economy dan first class sama sahaja?Itupun setelah di minta oleh pihak pengurusan penerbangan.

Si badan besar biasanya mungkin menguruskan peralatan audio visual bila ada program,sebab itulah dia jahil bab program lain macam umrah dan lain-lain.Macam tuduhan yang dilemparkan terhadap kroni kononnya kroni yang untung bila buat program.Saya ingin bertanya sedikit,siapa yang kroni,siapa yang bukan kroni?Gaya si badan besar mengarang seolah-olah menggambarkan semasa hayatnya dulu menjadi Ahli Silat Cekak (sekarang bukan ahli lagi sebab dah langgar pantang pertama), dia bukan kroni Guru.Kalau bukan kroni Guru,kroni siapa?kroni 'abang' mana?abang 'ta - ta' kah?

Itulah masalahnya,big body guy sememangnya tidak berpuas hati dengan Tuan Guru dari dulu lagi.Dan inilah peluang yang ditunggu-tunggu untuk membalas segala ketidakpuashatian nya terhadap Tuan Guru.Lalu dilancarkan perang cyber menentang MANTAN Guru sendiri.
Terfikir juga di minda ini.Dok hentam Tuan Guru,siapa Guru hangpa sekarang ni?Tunggu 40 hari ?

2 comments:

Anonymous said...

Yaaaaa..... cepatlah umumkan nama calon guru baru.... saya tak sabar nak jumpa dengan guru baru, tapi ingat tak boleh guna YM nanti taksub pulak, so gunalah Mr. atau Ms. atau Mrs. atau tak payah letak ape-ape.

Anonymous said...

YM tu digunakan untuk majlis-majlis rasmi...sama macam PM kita la.bukan sepanjang masa di panggil Dato Seri atau pak lah