27.3.07

Murid Master Kuda & Mandat Master Terpilih ?

Akhirnya, Murid Master Kuda (MMK) mengumumkan sudah Master mereka yang
baru.

Pengumuman yang dibuat di laman 'rasmi' cekakhanafi.com itu nyata tidak
mengejutkan memandangkan Master tersebut telah kita ketahui lebih awal
walaupun si kadin dan si big body bai tidak mendahului laman 'rasmi'.
Mesyuarat MMK yang berlangsung turut menghentikan peranan Ketua
Penerangan dan Seranta serta Penolongnya.Dengan kata lain
pecatlah,memandangkan mereka tidak menyebelahi keputusan majoriti Murid
Master Kuda.

Penolong KPS dikenakan tindakan dengan alasan menghadiri Majlis bukan anjuran Persatuan!Majlis Qurban pula tu! Ingat kalau kita hadir Majlis Qurban di Masjid mana-mana yang bukan anjuran Persatuan pun dipecat juga kot?
Apa punya alasan daaa..

Juga kedengaran semasa mesyuarat tersebut, orang kanan dan rapat Presiden (yang membuat pengakuan x-klusif sendiri di majalah baru-baru ini) berpura-pura BODOH seakan-akan tidak mengetahui perihal MANDAT PERGURUAN apabila KPS kita bertanya.

Yelah,kalau nak jadi Guru Utama dan bukan setakat Master,kenalah ada mandat.Yang kita maklum,mandat SAH masih pada YM Tuan Guru kita.Kenalah pergi beranikan diri minta mandat tersebut.

Barulah salasilah ( Panglima Ismail - Panglima Tok Rashid - Yahya Said - Almarhum Ustaz - Ishak Itam - Tuan Guru Md Radzi ) tak terputus.

Rupa-rupanya puak-puak penentang ini dah pura-pura BODOH dan TAK MENGERTI lagi pasal MANDAT PERGURUAN SILAT CEKAK.Yang mereka tahu Mandat Master Terpilih (MMT) la kot.

Jadinya,kepada semua kita,janganlah sekali-kali dibangkitkan tentang Mandat ini pada mereka,kerana isu Mandat ini sangat sensitif.

Sedangkan dulu mereka jugalah yang berdegar-degar cerita pasal Mandat ini. Tak percaya? tengok je CD Menegak Kebenaran dulu tu.Siapa punya suara dan muka dalam tu selain Tuan Guru dan Cikgu Rauhi? Kata itu Kota,cakap biar serupa bikin la dey thambi..Dulu u juga ada cakap,sekarang u putar apa yang u pernah cakap kaa?Jumpa u sama ular haa,baik tembak u dululaa..

Maka bermula 1 April ini,bermulalah 'era' baru silat cekak anjuran MMK ini.Bila nak letak gambar Master dekat ruangan 'guru' di laman 'rasmi'?

Caption bawah yang tertulis "sebenar guru" sekarang ini tukarlah jadi "sebenar Master Kuda"

Seruan buat pak kadin pula,anda ada tugas yang belum selesai.Anda masih belum memperkenalkan 'tokoh' yang dilantik ini.Kalau dulu berposting-posting dikisahkan jasa dan pengorbanan Amrudedin,pastikan Master Joe punya kisah,jasa dan pengorbanan turut dipaparkan.

Nanti apa pula kata murid-murid Master Joe.Kecil hati mereka jasa orang yang layak jadi Master ditulis,orang yang tidak layak pula yang dilambung tinggi-tinggi.

Kalau boleh ceritalah sekali asal-usul dia masa 'beraja' kat Chow Kit dulu.Ceritalah apa yang dia pernah dapat hasil belas ehsan ahli-ahli lain termasuk Tuan Guru sendiri.

Pasti menarik.

Nota kaki: Tahun ni takde AGM ke?dah lebih setahun dah ni.Ke Murid Master Kuda tengah tunggu EGM?

23.3.07

Kronologi sejarah pembinaan laman web cekakhanafi.com

Assalamualaikum buat semua… Di sini ada satu catatan bagaimana laman web rasmi cekakhanafi.com terbina. Siapa yang meloporinya pada awal, bagaimana ia terbina dan sebagainya.

Ia bermula pada sekitar tahun 1996, seorang ahli yang bernama Hardi Emrie yang masih menuntut di luar negeri telah membina satu laman web cekak hanafi sebagai percubaan. Teknologi yang digunakan untuk membina laman web pada ketika itu cumalah html sahaja. Setelah berjaya membuat laman web percubaan itu, dan selepas pulang ke tanah air beliau telah menghubungi saudara Amrahi untuk memaklumkan perkara ini. Pada tahun itu juga saudara Amrahi telah membawa saudara Hardi Emrie pergi ke rumah Zulkifli Said untuk membuat laman web ini. Bahan-bahan telah disediakan oleh Zulkifli Said. Pada tahun berikutnya laman web ini telah terbina secara rasminya. Alamat laman web pada mulanya adalah http://members.tripod.com/~cekakhanafi Alamat laman web ini masih lagi wujud hingga sekarang.

Perubahan demi perubahan telah dilakukan pada laman web tersebut, kemajuan demi kemajuan telah dicapai. Akhirnya pada tahun 1998 bulan mei laman web ini telah memenangi Top 5 best site www.cari.com.my Laman web ini juga pernah memenangi anugerah usma martial arts website excellence awards. Kejayaan ini bukanlah di atas nama Amrahi seorang sahaja. Ada lagi individu-individu lain yang menyumbang sedikit sebanyak dalam menjayakan laman web ini.

Pada sekitar tahun 2000 alamat laman web ini telah ditukar kepada www.cekakhanafi.com Selepas itu segala kandungan laman web ini tidak lagi memakai khidmat percuma www.tripod.com untuk di"web hosting"kan. Khidmat yang dipakai adalah dengan menyewa server untuk perkhidmatan "web hosting". Pada ketika itu, individu yang bertanggungjawap untuk menjaga web hosting tersebut adalah Amrulyusrin bin Amruddin 0126543937 atau dikenali sebagai Oyen. Beliau bekerja di Jaring/MIMOS, Teknologi park Malaysia, Bukit Jalil.
Selepas itu Amrahi telah menyusun beberapa orang webmaster yang terdiri daripada Rais, Zanuddin @ Din pernama, Hardi Emrie, Admen dan Fadzil (Saibog) yang mana Amrahi sendiri selaku ketuanya. Beberapa perubahan telah berlaku antaranya ialah pada muka hadapan (front page) laman web ini. Selain itu perkhidmatan seperti bulletin board "buletin lading online", virtual office (e-mel), sidang forum dan chatroom telah diwujudkan.

Pada sekitar tahun 2005, Amrahi telah memanggil webmaster-webmaster ini untuk berbincang di rumahnya. Perbincangan tersebut adalah untuk membuat perubahan sempena ulang tahun silat cekak yang ke 40 di mana pembaharuan akan dilakukan pada laman web tersebut. Semasa di rumahnya bukannya perbincangan yang dilakukan tetapi sebaliknya webmaster-webmaster itu diminta bersetuju untuk menerima perubahan yang dilakukan oleh Zanuddin pada muka depan laman web tersebut tanpa mengambil pandangan daripada webmaster-webmaster tersebut.

Zanuddin menggunakan "template php nuke" sebagai antaramuka hadapan laman web tersebut. Kemudian, hari demi hari, hanya Amrahi dan Zanuddin sahaja yang mengawal laman web tersebut walaupun Hardi Emrie, Admen, Saibog dan Lihazlifah (Jely) menjadi webmaster. Mereka ini menjadi seperti "daun kari".

Bersambung…

Nota kaki: Tulisan di atas adalah sumbangan dari saudara anti_virus kepada anti-fitnah.Tak sabar-sabar hendak menunggu kesudahan FAKTA ini.

21.3.07

30 sen

Di satu pagi yang hening bertempat di sebuah pejabat di sekitar Wangsa Melawati..

Orang Atas 1: Pertamanya kami ucapkan tahniahlah pada Master kerana telah terpilih dan dilantik menjadi Master dalam pergerakan kita ini.

Orang Atas 2: Terima kasih lah Master kerana sudi datang dan menyertai mesyuarat kita pagi ni.

Master: Sama-sama.Memang saya tahu saya telah banyak berjasa dan saya lebih layak daripada kamu semua.Tanpa saya siapalah kamu kan.Takde saya pegerakan tak jalan.

Orang Atas 1 : Begini Master.Maka kami pada pagi ini nak bincang sikitlah mengenai perjalanan pergerakan kita ini.Memandangkan Master pun kami yang lantik maka kami rasa Master pun perlu sedikit sebanyak ikut kehendak kami..bukan begitu orang atas 2?

Orang Atas 2 : Begitulah seadanya.Master kenalah ingat sikit peranan kami dalam mengangkat Master.Kalau kami tak cadang dan lantik Master mungkin sampai bila mati hidup balik pun Master tak merasa nak dapat kerusi panas pergerakan kita ini.

Master : Itu saya tahulah.Jadi apa yang hendak dibincangkan ni?

Orang Atas 2 : Begini Master.Kami nak bincangkan mengenai pengagihan pendapatan pergerakan kita ni.

Master : Hai,belum apa-apahal dah nak cerita pasal duit?

Orang Atas 1 : Mestilah Master.Maklumlah kita ni pun dah tua,dah nak pencen.Apa lagi yang nak kita kisahkan kalau bukan duit?

Orang Atas 2 : Mulai tarikh sekian-sekian,Master dah bolehlah nak mulakan ijazah ahli-ahli kita.

Master : Hrmm..Bolehlah tu.Tiada masalahlah kalau setakat nak ijazah tu.Tapi saya pun bukan tau nak baca apa masa ijazah tu.Macam mana?

Orang Atas 2 : Alah,Master gorenglah pape.Bukannya orang tau pun.

Orang Atas 1 : Ntah Master ni,takkanlah sampai itu pun nak kami ajar.Master bacalah pape.

Master : Hrmm.Baiklah.Tapi misallah,kalau ada orang yang datang 'try' masa majlis ijazah tu,macammana?Saya pun bukan tahu macammana.Buat ada yang datang dengan jin ke saka ke macammana?Tak ke haru namanya nanti?Tang yang mengucap pun tak betul semua macammana tu nanti?Saya bukan boleh baca apa orang cakap dalam hati..

Orang Atas 1 : Itu kami tak tahu sangatlah.Master kan dah sudi nak terima tanggung jawab ni,Master fikirlah macammana.Kami ni bukan Master.Master tanggung sendirilah..

Master : Isk,lagu tu ke?Saya ingat kamu semua fikir sekali la.Rupanya saya tanggung sendiri..

Orang Atas 2 : Apa boleh buat,Master dah terima,Master tanggunglah.

Orang Atas 1 : Berkenaan dengan Pengkeras pula Master.

Master : Ha,kenapa?

Orang Atas 1 : Sebelum-sebelum ni kita kutip RM 30.30 setiap kepala setiap ijazah.

Master : Itu saya tahulah.Saya dekat negeri dulu berapa lama..

Orang Atas 1 : Yelah..Kalau sebelum-sebelum ni kita,persatuan dapat sikit je dari duit pengkeras tu.Selebihnya kita beri pada Guru Utama kita.

Orang Atas 2 : Tapi memandangkan yang Master ini pun kami yang lantik,jadi kami ingat nak lebih sikitlah bahagian yang masuk ke persatuan.Lagipun Master pun bukan Guru.Master sekadar Master je.Tak begitu Orang Atas 1 ?

Orang Atas 1 : Begitulah Master.Kami dah bincang perkara ni sebelum melantik Master lagi.Harap Master setujulah.Kalau tak setuju pun buat-buat setuju jelah Master..

Master : Hrmm..Yelah.Apa boleh buat.Hak saya buat ni pun bukan HAK saya sebenarnya.Saya buat ni pun atas dasar nak tolong kawan-kawan..

Orang Atas 2 : Baguslah kalau Master sedar diri.

Master : Jadi macammana pengagihannya?Berapa yang saya dapat.

Orang Atas 1 : Kalau dulu,RM 20.30 tu bahagian Guru Utama.Tapi sekarang kita tetapkan RM 20 masuk ke dalam Tabung Pentadbiran.Tabung baru tubuh serupa macam gajilah untuk kami.

Master : Jadinya dari RM 20.30 tu saya dapat 30 sen je?

Orang Atas 2 : Yelah tu.Untung kami bagi jugak.Kalau kami tak bagi lagi haru.

Master : Isk.Awat lagu tu.Awat hangpa ni kejam sangat.Aku yang penat ke hulu ke hilir ijazah.Awat hangpa pulak yang dapat?Aku ni dah tua,kerap sakit pulak tu.Bagi muka lah sikit
.
Orang Atas 1 : Tapi Master dapat glamour.Popular.Kuasa.

Master : Kuasa taik kucing hang.Hangpa punya kuasa adalah.

Orang Atas 2 : Eh orang tua ni.Janganlah melawan.Kami pecat kang.Tak pasai.

Orang Atas 1 : Kalau Master taknak teruk kena macam Guru Utama dulu,Master kena ikutlah kata kami.Lagipun kami yang lantik Master.Tak ingat?

Master : Hrmm..Yelah-yelah.Aku turutkan je lah.Kira aku ni macam Master of Puppet la ye?
Orang Atas 2 : Kami tak kata.Master yang sedar diri, baguslah..

Master : Yang baki pulak macammana? Yuran bulanan tu kalau dulu sebulan Guru Utama dapat RM 5..

Orang Atas 1 : Hak yang itu pun masuk Tabung Pentadbiran.

Master : Tabung Pentadbiran jugak? Yelah-yelah..Ha,duit kain putih mesti dapat ke aku lah kan?Tak relevan lagilah kalau kita nak bagi macam dulu.Dia sekeluarga pun kita dah buang.

Orang Atas 2 : Kain putih kami ingat nak mansuhkanlah.Sebab Master pun bukan sebenar Guru,bukan bererti pun Kain putih tu.Kalau Master nak,Master bawak hampar sendiri lah sebelum mula ijazah..

Master : Lagu tu pulak?Hangpa pakat kudakan aku haa..

Orang Atas 1 : Master bawak simpan sendirilah kain putih Master tu.Besok-besok kalau mati tengah ijazah senang kami nak kapankan..Master kan dah nak dekat umur subsidi dah..

Master : Kuang hajaq betui hangpa ni..Tapi takpelah..Aku ikut jelah..

Orang Atas 2 : Lagi satu Master.Lepas ni kita nak tubuh Majlis Mesyuarat Utama.Duduk bawah sikit dari Master.

Master : Apa peranan Majlis ni?

Orang Atas 1 : Master lepas-lepas ni terikat pada Majlis ni lah.Dari segi persilatan lah.Kalau Master nak bagi petua ke,nak bagi pape ke kat ahli Master kena rujuk Majlis ni dululah..Master tak boleh lah nak bagi sembarangan.

Master : Yelah-yelah..

Orang Atas 2 : Kalau Master nak bagi pingat ke peringkat menengah ke lading ke,semua mesti rujuk kami dulu..Master tak bolehlah bagi sebarangan..

Master : Yelah-yelah..

Orang Atas 1 : Master lepas ni bolehlah cari rumah kat KL ni.Senang sikit kita nak arah Master buat apa-apa.

Master : Aku ingat hangpa sedia rumah untuk aku?Takde?

Orang Atas 2 : Bolehlah kalau Master nak duduk pejabat ni.Stor belakang tu kang kita kemas sikitlah..Kalau nak toto saya bawaklah dari rumah sedekah kat Master..

Master : Stor pun stor lah.Janji aku ada tempat nak tidoq..

BERSAMBUNG..

Nota kaki : Cerita di atas adalah rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan sama ada yang hidup atau yang telah meninggal atau pun yang dah tua nak meninggal..

20.3.07

Master Joe @ MJ

Akhirnya,setelah lebih 180 hari sejak 17 September 06, 'guru' baru pun dilantik.

Nun di 'bawah' sini,kedengaran suara-suara merdu yang membantah keputusan perlantikan tersebut.Apakah suara-suara ini harus dipandang sepi begitu sahaja?

Bagaimana dengan wasilah perguruan selepas ini?Masihkah mahu 'mereka' mengekalkannya sebagaimana sebelum-sebelum ini.

Jika sebelum ini salasilah perguruan inilah yang menjadi senjata kita untuk berhadapan dengan Kalimah dan Cekak Malaysia,bagaimana pula selepas ini?

Bagaimana puak-puak penentang ini hendak berhadapan dengan mereka sedangkan kalian puak-puak penentang sendiri yang mencemarkan salasilah perguruan ini?

Sebenarnya salasilah perguruan kita tidak pernah berubah.Sebagaimana yang kita dimaklumkan sejak 14 tahun lepas,itulah yang kita pakai ke saat ini.Salasilah Perguruan ini tidak pernah berubah sedikit pun!

Hakikatnya,Tuan Guru Md Radzi masih Guru Utama Silat Cekak yang sah.Tiada 'guru' lain yang boleh diterima selain Beliau.Kerana beliau tidak pernah menyerahkan mandat perguruan kepada sesiapa pun!

Jika pertukaran mandat dilakukan dengan Bisik Panglima dari Guru ke Guru,bagaimana kita boleh menerima 'guru' baru yang dilantik ini?Apakah pakaiannya sebagai 'guru' Silat Cekak? Lengkapkah pakaian Guru yang Empat itu?

Sudah tentu tidak.

Maka 'guru' yang dilantik ini kiranya tidak layak sama sekali memakai gelaran Guru Utama.Jauh sekali Yang Mulia.Apatah lagi Ustaz atau Tuan Guru.

Gelaran apa yang sesuai?

Selaras dengan era globalisasi yang diterapkan sendiri oleh puak-puak penentang sejak memulakan pengambilan ahli baru tanpa majlis pengijazahan,kita ingin cadangkan gelaran untuk 'guru' baru kalian ini.

Mungkin agak segak kalau kita panggil 'MASTER'.

Yang Berbahagia Master Joe Marwi Latif.

Fuh,memang sedap dan kena sekali julukan tersebut.

Kita harapkan pihak MMK agar mempertimbangkan cadangan ini.Lagi mudah,tak usah pening jika ada soalan provakasi dari Kalimah mahupun Cekak Malaysia yang bertanyakan fasal salasilah perguruan.

Jawab saja "kami tidak lagi punya salasilah perguruan.Yang kami ada hanyalah Master.Master Joe @ MJ.."

Selamat Maju Jaya kepada Master Joe dan puak-puak penentang.Selamat membantu syaitan menyesatkan umat hingga ke akhirnya!

Nota kaki:Khabarnya MMK akan bersidang hujung minggu ini untuk endorse 'keputusan' MMT.Marilah sama-sama kita nantikan kesudahan episod pelik dan jelik arahan puak-puak penentang ini..

19.3.07

Bukan Cikgu Tadika

Big body buy eh maaf tersilap,big body guy a.k.a si badan besar dalam entry nya pada 16 Mac lepas bertajuk pilihan yang mana ada disebutkan:

"Oleh sebab itu, Silat Cekak perlu tergulung dalam perkumpulan yang membawa mesej "amal mahruf dan nahi mungkar". Dan untuk mencapai matlamat ini, tidak dapat tidak, ia mestilah bertunjangkan tauhid.."

-si badan besar

Maka di beri 4 pilihan pada ahli iaitu:

Pertama - Menutup persatuan (?)
Kedua - Mengikut Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi
Ketiga - Berganding semula dengan Cekak Malaysia (?)
Keempat - Melantik 'Guru' baru.

Kita ulang kembali apa yang ditulis sendiri oleh si badan besar:

"Oleh sebab itu, Silat Cekak perlu tergulung dalam perkumpulan yang membawa mesej "amal mahruf dan nahi mungkar". Dan untuk mencapai matlamat ini, tidak dapat tidak, ia mestilah bertunjangkan tauhid.."

Si BAIdan besar sendiri dengan jelas mengakui perjuangan ini berlandaskan Tauhid.Memang itu yang sesetengah dari kita maklum selama ini.Silat Cekak pada Lahirnya,Pengertian Gerak pada Batinnya.Silat itu kulit,Tauhid itulah isinya.

Maka apabila kita mengakui memperjuangkan Tauhid,walaupun bukan secara terang-terangan,WAJIBlah bagi Pemimpin Perjuangan kita itu orang yang tinggi ilmu Tauhidnya.Sebenar Guru ada Hakikat,Dikuat pula amalan syariat, bak nukilan Almarhum di dalam pantun beliau.

Maka atas dasar apa,atas pegangan mana,seseorang Guru Tauhid itu boleh dilantik oleh anak muridnya sendiri?

Rujuklah kitab manapun,tidak akan jumpa Anak Murid Melantik Guru!

Jelas sekali tindakan puak-puak penentang ini semakin lama semakin tidak relevan.Matlamat menghalalkan cara.Segalanya boleh asalkan nafsu busuk terlaksana!

Dalam adab pembelajaran mana sekalipun,tidak kiralah dari Taman Didikan Kanak-kanak,Sekolah Rendah hinggalah ke peringkat tertinggi sekalipun,TIDAK TERCATAT langsung adab anak murid melantik Guru!TIADA SAMA SEKALI!

Cuba bayangkan situasi ini; sekumpulan kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-kanak yang baru hendak mengenal huruf,tiba-tiba melantik seorang cikgu dari kalangan mereka sendiri.Mereka menolak cikgu yang sepatutnya/ selayaknya ditentukan oleh Pengurusan Taman Asuhan dan membuat keputusan sendiri.Adakah relevan perkara ini berlaku?

Maka sesatlah kanak-kanak tersebut.Mana beza Alif dan Huruf A pun sudah tidak tahu dibezakan.

Itu baru contoh cikgu Tadika Tuan-tuan..

Apatah lagi kalau yang dikatakan ini Guru Hakikat/Tauhid?

Wajarkah Guru itu,dilantik dari kalangan sekumpulan anak murid?

Sebab itulah termaktub jelas dalam perlembagaan persatuan kuasa MMT hanya untuk MENCADANG dan MENGISYTIHAR Guru BUKANNYA melantik Guru! (di akui sendiri oleh SUA semasa temuramah x-klusifnya)

Belum pernah berlaku dalam salasilah perguruan kita,malah belum pernah berlaku dalam peradaban manusia sejak Adam a.s , ANAK MURID MELANTIK GURU!

SILAT CEKAK TERSANGATLAH MUDAH
BAGI MEREKA YANG MENDAPAT HIDAYAH
SUNGGUHPUN BEGITU HENDAKLAH TABAH
INSYA ALLAH MENDAPAT FAEDAH.

Nota kaki: Berapa umur 'guru' baru ni?bukan lagi 3 tahun 63 ke?Tak rasa dah tua sangatke?Carilah yang muda,kuat dan larat sikit kot ye pun.Kalau nak lagi seronok,carilah yang hak duduk jalan SENGAL seksyen tut shah alam nun.Muda remaja lagi.SPM pun tak habis lagi.Maklumlah tak pandai berbohong..huhu..

18.3.07

Tahniah!

Syabas dan tahniah kepada puak-puak penentang kerana penantian kalian 'untuk hari esok' telah berakhir dengan terumumnya 'Guru' bagi 'menggantikan' Guru yang MASIH SAH.

Dengan perlantikan Guru baru ini,maka berakhirlah salasilah perguruan yang kita semua pegang selama ini,dan berakhirlah perjuangan yang seperti kalian laung-laungkan.

Maka lebih berkuasalah anak-anak murid di dalam puak-puak penentang apabila 'guru' mereka dilantik oleh mereka sendiri.Maka tiadalah istimewanya 'guru' yang dilantik oleh anak murid itu.

Kepada yang melantik,tertanya juga kenapa 'beliau' yang dipilih sebagai 'guru'.Kenapa MMT yang 'berkuasa melantik Guru' tidak melantik 'beliau' sebagai 'guru' 14 atau 21 tahun lepas?Kenapa baru sekarang?Baru sekarangkah 'kredibiliti' beliau menonjol untuk dilantik menjadi 'guru' setelah lama mengendalikan 'perjuangan' di peringkat negeri sebelum ini?

Kepada 'beliau' tahniah diucapkan kerana sudi menjadi boneka kepada mereka yang melantik.Pemilihan beliau pun banyak faktornya.Selain dilihat lama,beliau juga dilihat seperti 'low profile' berbanding orang bawahan beliau maka dengan sebab itulah mudah untuk beliau dikuda-kudakan oleh puak-puak penentang disekeliling beliau.

Cuma kita tertanya sedikit,tidak susahkah beliau nanti?Almaklumlah,duduk pun nun jauh di pantai timur.Khabar-khabarnya kerap tidak sihat pula sejak akhir-akhir ini.Terlaratkah beliau hendak mengelilingi seantero negara untuk 'menjalankan' majlis ijazah?Atau mungkin selepas ini majlis ijazah mungkin boleh diwakilkan kepada sesiapa yang difikirkan layak?Bagaimana pula dengan 'ahli' yang telah selamat mempelajari silat cekak tanpa ijazah dalam tempoh 2-3 bulan sebelum ini?Perlukah mereka diijazahkan oleh 'guru' baru ini?

Ah,pedulikan itu semua.Mereka ini sanggup buat apa sahaja asalkan niat dan isi perut yang busuk itu tercapai dengan jayanya.Pedulikan pantang larang dan adat istiadat semua!

Tahniah kepada 'MMT' yang telah melantik 'guru' baru ini.Cuma tertanya sedikit,dengan ketidakhadiran sebahagian besar ahli MMT yang lain,cukupkah korum MMT untuk membuat keputusan?Sahkah keputusan 'MMT' tersebut dari sudut perlembagaan persatuan?Atau mungkin ahli MMT yang lain telah pun digantikan dengan ahli MMT baru yang sudah pastinya memihak kepada keputusan ini?

Walau apa pun,kita tunggu dan lihat.Mungkin selepas ini nama silat cekak tidak lagi disambungkan dengan Hanafi.

Silat Cekak Hanafi mungkin ditukar menjadi Silat Cekak Marwi atau lebih glamor lagi,Silat Cekak Joe!

Tahniah kepada beliau.Tahniah kepada puak-puak penentang.Tahniah kerana telah MENGKHIANATI perjuangan Almarhum yang kalian sendiri degar-degarkan.

Tahniah kerana kalian semua sudah 'berguru' sekarang ini.Almaklumlah,telah berbulan-bulan lamanya bergurukan syaitan dan darurat.Pasti berita perlantikan ini menggembirakan hati kalian!

Nota kaki: Kita menantikan lagi langkah-langkah mereka yang semakin lama semakin merapu dan memualkan.Ayuhlah kita teguh berdiri di belakang Guru kita yang masih sah dan berhak!