29.10.06

Kembali 2

Setelah 'bercuti' beberapa lama,pak-kaduk akhirnya kembali dengan taburan dusta dan nista yang baru.Kali ini penulisannya tidak berapa panjang,ditambah dengan Nas dari Quran untuk menguatkan 'hujahnya'.

Nampaknya pak-kaduk masih tidak puas-puas mempertikaikan wang tawaf,walaupun telah dikatakan di post Kembali di blog anti-fitnah ini.Walaupun telah dikatakan petua tersebut dari Almarhum juga,pak-kaduk tetap mengatakan ianya karut.Ini JELAS menunjukkan yang pak-kaduk sudah MULA MENOLAK Almarhum Ustaz.Sebab itulah pak-kaduk memfokuskan "Berani Menegur".

Saya hairan jugalah bila ada yang mempertikaikan petua wang tawaf ini.Kenapa tidak dipersoal Air Tawaf yang dibuat oleh Dato Ismail Kamus?Kismis tawaf sebagai contoh lain.Kalau nak ikut cara penerimaan dan penyampaian agama Tuan Guru dan Almarhum,ikutlah semua.Janganlah ambil yang kita rasa sesuai dengan kita,dan buang yang mana kita rasa tak sesuai.Tak bolehlah macam itu.Itu bukan adab berguru.Kalau sudah tahu diri itu tidak berilmu dan bodoh,usahlah dipertikai ilmu yang diberi Guru.Lainlah kalau memang kita sudah mencapai tahap menyamai Guru,barulah kita boleh keluarkan pendapat sesuatu perkara.Ini tidak,dah tahu diri itu JAHIL,mahu juga 'bersuara'.Macam kita bertaqlid jugalah,kenapa kita ikut semua Imam Shafie punya cara?Kenapa tidak dipersoal apa yang bertentangan ajaran Imam Shafie dengan Imam Muktabar yang lain?Imam Shafie sendiri bila mengeluarkan pendapat beliau dengan Guru beliau Imam Hanafi begitu berhati-hati menyusun bicara,agar tidak tersilap langkah,mengecilkan hati Gurunya.Yang dipertikai itu ilmu dari Guru,hati-hatilah sikit bila bercakap,jangan main ikut sedap mulut kata karut!

Pak-kaduk menyeru pembaca blognya untuk berani menegur kepada kebatilan,menyeru kita supaya mengamalkan maa'ruf,menidakkan yang mungkar.Saya keliru sedikit dengan seruan pak-kaduk itu.Kalau pak-kaduk dah lama rasa Tuan Guru tidak betul,kenapa tidak ditegur dari dahulu lagi?Kenapa perlu tunggu sampai 13 tahun baru berani nak buka mulut?Itupun masih tidak berani bercakap direct dengan Tuan Guru.Kalau rasa tidak betullah.Bagi saya,apa yang diajar Tuan Guru semua tidak ada salahnya,maka untuk apa saya menegur kepada benda yang benar?

Teringat juga cerita Tok Mudin Lembut yang kononnya sudah mengetahui 'sikap buruk' Tuan Guru sejak dahulu lagi.Tapi kita hairan juga,kalau sudah tahu lama,kenapa masih menghantar anak yang lain berguru dengan Tuan Guru?Kenapa mengikut sekali Tuan Guru ke Tanah Suci,kalau dah lama tau Tuan Guru tidak betul.Kononnya tahu Tuan Guru 'tidak betul' sekitar tahun 2000,tapi pergi umrah tahun berapa?Maka digunalah alasan, "hendak menangkap pencuri,kena jadi pencuri juga". Tapi kita hairan juga sebab kalau nak tangkap pencuri,tidak perlulah dengan bersemangat dan berazam hendak ikut pergi haji pula!Siapa yang terkocoh-kocoh untuk menjadi makmum Tuan Guru apabila mendapat tahu Beliau hendak mengerjakan solat?Siapa kalau bukan Tok Mudin sendiri!Tetapi apabila diberi pilihan antara untuk mempercayai anak atau Guru,dia lebih berat pada anak.Maka Tuan Guru dijadikan mangsa fitnah yang sebenarnya untuk menutup kelemahan dia sendiri.

Bukan kita tidak tahu,sebahagian puak-puak penentang sendiri dulu yang begitu taat dengan Tuan Guru.Tuan Guru tiba sahaja,cepat-cepat membuka pintu kereta dan ingin menjadi orang pertama bersalaman.Tuan Guru perlukan khidmat mereka,maka dengan pantas mereka memberikan tenaga.Bila Tuan Guru menyampaikan ilmu,semua terangguk-angguk faham.Tetapi sekarang,siapa yang menentang?Selama 13 tahun boleh taat,patuh kepada Tuan Guru,kenapa baru sekarang nak lawan?Baru sekarang Tuan Guru 'tidak baik'?

Seperti kata salah seorang puak penentang,sudah lama mengetahui sikap 'tidak baik' Tuan Guru,malah sejak dari tahun 1994 lagi!(akibat terpercaya,atau saja buat-buat percaya kata adiknya) Tetapi 'kononnya' memberi 'peluang' untuk Tuan Guru 'berubah'.Aduhai,sungguh lawak statement tersebut.

Sebenarnya,puak-puak penentang semuanya BUSUK HATI.Semuanya menyimpan perasaan DENDAM,TIDAK PUAS HATI dan RAGU-RAGU pada Tuan Guru.Tidak kira dari kategori mana pun.Baik dari yang lama,sampailah yang diijazahkan sendiri oleh Tuan Guru.Semuanya tidak "menggigit tali menggunakan geraham".Bukankah Tuan Guru berpesan semasa sambutan Hari Tenaga Pengajar yang lepas di Putrajaya?Selama ini semua puak-puak penentang boleh taat dan patuh dengan Tuan Guru,tetapi disebabkan dakwaan seorang BUDAK 16 tahun,semua berakhirnya begitu sahaja??Di mana kepercayaan kalian pada Tuan Guru selama ini?Tidakkah kalian terfikir,Guru yang kalian sanjung selama ini tidak mungkin melakukan perkara terkutuk itu?Sedarlah,kita BARU diuji Tuhan dengan FITNAH dari BUDAK 16 tahun.Kita belum diuji dengan Ujian-Nya yang lebih berat lagi.

Bagaimana agaknya kalau kita berada di zaman Rasulullah?Bolehkah kita menerima pengakuan Baginda yang mengatakan pergi ke Baitul Maqdis dalam tempoh semalaman dari Mekah?Cuba bayangkan bagaimana tegarnya kepercayaan Abu Bakar As-Siddiq r.a (ini baru betul as-siddiq) kepada Baginda.Mampukah kita sehebat atau paling tidak sepercaya Abu Bakar apabila dikatakan Israk Mikraj itu berlaku?Padahal ianya sama sekali diluar kemampuan akal kita.Bolehkah kita masih terus mengikut Rasulullah jika secara tiba-tiba baginda memalingkan dadanya menghadap ke Kaabah selepas dua rakaat mengerjakan solat Zuhur menghadap Baitul Maqdis?Akankah kita berjaya JIKA kita diuji seperti berada di zaman Rasulullah?Dia lebih Mengetahui..

Renung-renungkanlah.Kita BARU dilanda Ujian FITNAH dari BUDAK 16 tahun,yang segelintir dari kita pun tahu sedikit sebanyak 'perangainya'.Adakah kita perlukan 'keluarbiasaan' seperti bayi boleh berkata-kata dalam kisah Nabi Musa a.s apabila difitnah melakukan zina?Kalau ya begitu,kita masih belum kuat menggigit tali,masih mengunakan gigi taring,belum lagi ke tahap gigi geraham.Renung-renungkanlah rakan-rakan seperguruanku sekelian.Selama ini kita boleh menganggap Beliau SEBENAR GURU,selama 13 tahun kita begitu setia dan percaya.Takkanlah HANYA kerana dari kenyataan sumpah BUDAK 16 tahun yang belum dipastikan sejauh mana kebenarannya,kepercayaan kita tergadai begitu sahaja?

Saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan sekelian,untuk kita sama-sama renungkan sejenak pengalaman peribadi masing-masing bersama Tuan Guru.Pasti berbeza situasi setiap dari kita.Pernahkah Tuan Guru mengajar kita perkara-perkara mungkar dan lagha selama ini?Pernahkah Beliau menunjukkan contoh dan peribadi hina selama ini?Siapakah yang selama ini,seumpama tempat mengadu masalah dan tempat dirujuk bila kita memerlukan?Siapa yang sanggup mendengar dan melayan kerenah kita yang berbagai-bagai ini?Guru kita.Guru kita jasa beliau tidak terperi bagi setiap dari kita.Terlalu banyak.Takkanlah kita hendak lupakan semua itu akibat terdengar kata-kata BUDAK 16 tahun?Siapa BUDAK ini yang boleh meragut kepercayaan kita pada Tuan Guru?Siapa?Renungkanlah,renungkanlah,renungkanlah..


Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah,kerana menetapkan hatiku dalam kemelut ini.Aku mengharap pada-Mu Ya Allah,supaya Dikau terus menetapkan hati ini.Janganlah Dikau kalihkan hati ini Ya Allah,Jangan Dikau jadikanku buta pada kebenaran selagi aku masih bernafas.Aku mengharap pada-Mu supaya dibukakan kembali hati-hati mereka untuk menerima sinar kebenaran.Namun jika itu ketentuan-Mu,aku redha dan pasrah.Kerana Dikaulah pemilik hakiki hati ini,dan hati-hati yang lainnya..

No comments: