4.10.06

Benarkah?Benarkah?Benarkah?

Cuba perhatikan,di pak-kaduk.blogspot.com, semuanya berkisarkan persoalan.Benarkah?Pernahkah?

Dan terbaru Benarkah Amruddin Hendak Menjadi Guru?

Kenapa pak-kaduk suka bertanya BENARKAH,PERNAHKAH..secara tidak langsung menunjukkan pak-kaduk ingin menyampaikan sesuatu,tapi beliau sendiri TIDAK YAKIN dengan apa yang hendak disampaikan.

Nampaknya pak-kaduk beriya-iya memuji Amruddin dalam post nya.Mungkinkah ada udang di sebalik batu pak-kaduk?

Tuan Guru Md Radzi yang dihina pak-kaduk itulah guru sebenar-benar guru,yang sah salasilah mandat perguruannya dari sebelah isi mahupun dari sebelah kulit.Sehingga hari ini tiada pula rasanya Guru kita bertukar.

Mungkin pak-kaduk ingat Tuan Guru sekarang ini sama dengan Pak Ak.Tapi pak-kaduk silap.Memang betul Tuan Guru sekarang tidak sama dengan Almarhum Ustaz.Individu berbeza,sudah tentulah cara pembawaan dan cara pendekatan berbeza.

Tapi tahukah pak-kaduk,siapa yang mempertikaikan Petua dari Tuan Guru kononnya Almarhum Ustaz dulu tidak pernah beri sedangkan yang mempertikaikan itu yang sebenarnya tidak dapat petua tersebut?Adakah bermakna jika kita tak dapat petua dari Arwah Ustaz,bermakna Arwah Ustaz tidak pernah beri langsung pada sesiapapun petua tersebut?

Kalau hati dah mati,mata hati dah buta,beginilah jadinya..

12 comments:

Anonymous said...

pak kaduk menyuruh kita berfikir dan bertanya...benarkah perkara2 ini berlakau...

ini sesuatu yang berbentuk persoalan cuba ditimbulkan oleh pak kaduk.sesiapa yang membaca perlu meneliti dan membuat penilaian dan nyatakan pendirian masing-masing.

Anonymous said...

pak kaduk menimbulkan satu persoalan kepada kita...benarkah?pernahkan?

kita perlu meneliti persoalan yang ditimbulkan pak kaduk dan buat penilaian sendiri berdasarkan apa yang pernah kita alami dan lihat...

Anonymous said...

salam..

memang 'dorang'/'dia' tuh camtu..ada je yang tak kena ngan semua yang terjadi..semua nak dipersoalkan..tapi, diri sendiri menulis macam dah konfem..dah tau hal sebenar..memang tadak hotak punya orang..fikir guna kepala lutut..

salam...

hana_kirana said...

Kita berani kerana benar. Bukan macam Pak Kaduk yang hanya tahu menghentam di ruang siber tetapi ruang komen ditutup pula. Kecewa betul saya sewaktu mahu meletakkan komen, tahu2 saja ruang komen sudah ditutup. Entahlah... Tak sanggup nak berdepan dengan kebenaran agaknya. Sekadar berani berbunyi macam tin kosong.

Anonymous said...

Anda perlu perhatikan cara pak kaduk menulis.

tak semangat rasa nak baca penulisan anda sebabnya penulisan anda dipenuhi emosi dan bukannya strategi.

anti_fitnah said...

terima kasih kepada anonymous yang memberi komen.Mungkin saya akui penulisan saya tidak strategi kerana saya tiada strategi apa-apa.Saya tidak berstrategi untuk memburuk-burukkan Guru macam pak-kaduk.Blog ini sebagai luahan rasa saya pada penulisan pak-kaduk.Kalau rasa penulisan saya membosankan,tidak mengapalah.

anti_fitnah said...

Terima kasih marakas atas komen anda.Pak-kaduk memang tidak tahu perkara sebenar,tetapi seolah-olah tahu dan cuba mempengaruhi pembaca.

Saya tidak meminta orang hormatkan saya kerana ilmu saya, kerana bukan itu yang saya mahu.Saya tidak pernah menganggap saya berilmu dan perlu penghormatan orang lain.Saya minta pak-kaduk untuk menghormati Guru.Kalau pak-kaduk tidak menganggap Tuan Guru Md Radzi masih Guru sekali pun,sekurang-kurangnya hormatlah dia sebagai Guru Silat Cekak.Sedangkan Silat Melayu Asli yang lain pun tidak boleh dicaci..

anti_fitnah said...

Terima kasih kepada r3mu dan hana_kirana serta anonymous yang lain memberi komen.Sebarang idea dan pandangan boleh e-mail pada saya

anti_fitnah@yahoo.com

Anonymous said...

Anonymous No.3

suka tgk cara r3mu memberi komen dalam dua2 blog :D

Anonymous said...

Anonymous No.3

suka tgk cara r3mu memberi komen dalam dua2 blog :D

Anonymous said...

Anonymous No.3

suka tgk cara r3mu memberi komen dalam dua2 blog :D

Anonymous said...

Saya rasa amruddin bukan nak jagi guru, tapi dia nak jadi "master of the puppet". Macai-macai yang buat kerja dan kena hentam, tapi dia duduk di belakang tabir orang tak tahu.