5.10.06

"Da Ge"

"Da Ge" (disebut ta-ke) dalam bahasa mandarin bermaksud abang besar.Dalam Melayu pula bolehlah di panggil Abang Long.Dalam pergerakan ini,rata-rata ahli yang lama,atau yang lebih berusia kita panggil Abang.Malah Tuan Guru sendiri ada yang memanggil Abang.Tak salah nak panggil "senior" sebagai Abang.Tetapi yang salahnya bila mengangkat Abang-abang tadi melebihi Guru,mempercayai Abang-abang tadi melebihi Guru. Bukankah Guru pernah berpesan,selain dari Ibu,bapa dan guru hendaklah berhati-hati?

Dalam keadaan sekarang,ada yang lebih mempercayai kata-kata Abang dari kata-kata Guru sendiri.Malah kata-kata Abang disedut,diterima bulat-bulat dan mentah-mentah tanpa rasa ragu dan tanpa rasa ada akal untuk berfikir duduk sebenar sesuatu perkara.Hujungnya,diri sendiri yang merana.

Namun begitu,segelintir Abang pun silap juga kerana membawa ahli di bawah seliaannya ke arah mereka sendiri,bukan ke Guru.Bila bercerita,"Abanglah yang hebat,abanglah yang menyumbang itu,abanglah yang buat ini..kalau abang takde,tak jalan program.." Hujungnya,ahli yang mendengar pun rasa takjub dan ujub."Betullah abang aku ni hebat,dia murid kanan dan orang rapat guru" dan selepas itu, "dialah mentor aku" dan akhirnya secara tak langsung, "dialah guru aku".

Maka,bila timbul isu fitnah sebegini,mereka tidak teragak-agak untuk menelan bulat-bulat.Namun bukan semua yang begitu.Bagi mereka yang benar-benar setia pada Institut Perguruan ini,sama-samalah kita berdoa untuk terus berada dalam kebenaran dan terus berada dalam gerabak keretapi yang sama.

Teringat setahun yang lepas apabila seorang abang berkata dengan lantang dan bangganya "saya dah terlibat dengan ..... perayaan", disebutnya satu-satu semua nama perayaan itu.Itulah yang dinamakan AKU dan bukannya KITA.

1 comment:

Anonymous said...

ingat...boleh rapat dan berpegang pada orang2 lama...ia tidak salah...tapi jangan kite percayakan org lame yg kita sayangi hingga sudah tak percayakan guru sendiri...fikir..