18.10.06

Si badan besar 2


Si badan besar rupanya masih wujud,ingatkan sudah 'keok' ditumbuk senapi di peneraju.com.Tetapi kenapa tukar link,interface dan symbol orang badan berketul-ketul tu?Hairan juga.Tukar link terus bagitau pak-kaduk ye?Mesti member kamceng ni,takpun memang orang yang sama.Kenapa tak bagitau anti-fitnah sekali?Kan di anti-fitnah ini turut ade link si badan besar.Bagitaulah sekali kalau-kalau tukar lagi lepas ni,mudahlah sikit mereka yang masih meraba-raba hendak mencari kebenaran melalui blog anti-fitnah ini,namun sebaik-baiknya rujuklah pada Tuan Guru.Pak-kaduk pun kalau agak-agak nak tukar link,bagitaulah sekali ye.Itu barulah namanya gentleman,buka komen,bagi link sumer.Nak takut ape,ye tak?Bertindak atas kebenaran,berani kerana BENAR!

Benarkah YM Tuan Guru ada 'body guards' tetapi Almarhum Ustaz dulu tiada seperti yang didakwa si badan besar?Saya pun kurang jelas maksud 'body guards'.Kalau yang dimaksudkan itu pengikut setia yang membela di kala Guru diuji,zaman Almarhum pun ada!Antaranya sekarang ini dalam puak-puak penentanglah!

Apakah peristiwa yang dimaksudkan di Pahang dan di Johor itu?Kalau setakat nak kata ganas,rasanya puak-puak penentang lagi ganas (tapi bacul sebab hanya berani di belakang Tuan Guru yang didakwa 'kononnya' sudah tiada 'gerun').Kalau tidak masakan Rumah di Keramat sanggup di mangga?Apa hak si pemangga itu?Kalau setakat atas alasan 'sedara' dan bagi pihak tuan rumah, kita hairan juga kenapa tuan rumah terus lagi bagi menginap sampai sekarang?Pelik.Pelik.

Dan adakah prinsip Silat Cekak jika menghantar SMS lucah kepada Tuan Guru dan Keluarga Almarhum?Bukan kami tidak tahu dari mana SMS tersebut dihantar.Bukan sekali dua.Siang malam tanpa rasa bosan?Pakai duit persatuan ke?Hak aku tu!Jangan nak guna sesuka hati!

"Sebaliknya, pihak MMK menggunakan pendekatan yang penuh hikmah. Tertib berpersatuan tetap dijaga. Rahsia persatuan diamanahkan kepada yang boleh memikul amanah. Tindakan MMK lebih diplomasi. Contohnya, baru-baru ini kehadiran konco-konco Md Radzi Hanafi dalam majlis berbuka puasa telah diterima secara baik. Layanan diberikan secara baik..."
- Si badan besar

Tertib persatuan dijaga?Jaga apa kalau siarkan Kronologi Fitnah Salah Laku di laman web rasmi?Rahsia persatuan diamanahkan?Ohh..itu yang Shah Rukh Khan suruh Wan Su-Khan simpan video tu?AMANAH lah tu NAMANYA?Benarkah dilayan dengan baik?Kalau tidak kenapa Shah Rukh Khan Gombak ajak 'bekas jurulatih di bawah seliaan' dia beradu kekuatan?(namun bacul dan takut juga melarikan diri)

"Bagi mereka yang mengutuk Tuan Hj Che Yusuf Che Mat, maka sahlah mereka tersasar jauh daripada ajaran Ustaz Hanafi. Mereka hanya mendengar suara-suara sumbang terutama suara Md Radzi Hanafi.." - Si badan besar

Maka yang mengutuk Tuan Guru tidak jauh tersasarlah?Malah makin dekat dengan ajaran Almarhum Ustaz lah?Adakah Pak Ustad CYCM Berkecuali (konon) ini dinamakan dulu sebagai pengganti Guru oleh Almarhum?Ada?Mungkin Si badan besar nak kata yang Almarhum dulu salah buat keputusan menamakan pengganti!Rujuk salasilah perguruan,ramai puak-puak penentang dah lupa!

"Untuk pengetahuan semua, Ustaz Hanafi tidak ambil upah atau sumbangan bila mengajar ugama. Cuba bandingkan amalan beliau dengan Md Radzi Hanafi. Berapa banyak wang yang diterimanya hasil daripada kursus "Perkasakan Solat?" Setahu kita, Md Radzi Hanafi tiada tauliah untuk mengajar ugama. Maka perkara ini akan mengundang masalah kepada pergerakan Silat Cekak. Lainlah semasa zaman Ustaz Hanafi, beliau ada tauliah.."
-Si badan besar

Bila masa pula Tuan Guru ambil upah ajar agama?Itulah,biasa si badan besar / pak-kaduk sibuk dengan PA system je,mana nak tahu!Tuan Guru sendiri pernah mengatakan beliau tidak mengambil upah bila ajar agama!Hak kursus solat dulu yang mahal sampai seratus,lima puluh dulu siapa yang anjurkan?Bukan puak-puak penentang juga?Duit itu kemudian masuk ke poket siapa?Srikandi?ke 'Kak' Yayah?Ada Tuan Guru ambil?Kalau ada pun itu hadiah yang disediakan penganjur,bukan Tuan Guru yang minta!Nampak sangat selama ini puak-puak penentang ini memang tidak menerima Tuan Guru seadanya,selama 13 tahun!Maka sebab itu dipertikaikan tauliah!Busuk hati!

"Ramai yang berkata bahawa ahli-ahli MMK dan MMT yang terlibat dengan kes ini semuanya tenang. Tiada kekalutan. Mereka tidak memusuhi sesiapa pun. Mereka hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh persatuan kepada mereka.."
-Si badan besar

Ramai yang kata?Siapa yang kata?Tenang dan tiada kekalutan?Cuba tengok sendiri air muka Datuk K Ce masa berunding dengan Abang Yang 30 September lepas.Dekat laman si badan besar sendiri ada.Tenang ke tu?

Sendiri mahu ingatlah.Siapa yang tenang,siapa yang tidak.Siapa yang 'tenang' tapi bertindak macam orang gila?Sudah-sudahlah si badan besar dan pak-kaduk.Dulu kau orang bolehlah nak temberang orang sesuka hati.Sekarang ni kot ye pun fikir-fikirlah sikit.

Sebenarnya,di zaman perpecahan dengan CM dahulu,Ahli Silat Cekak terbentuk kepada 3 kumpulan.Satu yang berpihak pada Tuan Guru,satu lagi sayangkan kepentingan bersama 'ustad' Ak dan satu lagi pihak di yang tidak setuju dengan 'ustad' Ak,tetapi berharap dapat 'mengawal' Tuan Guru mengikut kehendak hati masing-masing atas alasan 'senior dan berpengalaman'.Pihak yang ketiga ini sangkakan Tuan Guru boleh 'ditunjal' kepala sesuka hati tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali.Tuan Guru seperti yang kita kenali mempunyai pendirian yang mantap dan jitu yang tidak mungkin di'boneka'kan oleh sesiapa.Kita tidak hairan kalau selama ini pun,sebelum krisis ini berlaku,kedengaran suara-suara 'sumbang' mengomel dan tidak berpuas hati dengan Tuan Guru.Siapa punya suara?Faham-faham sajalah.Mereka ini terlampau lama iaitu 13 tahun memendam perasaan,memendam semua busuk di perut mereka,takut hendak 'dikucilkan'.Nah,apabila peluang iaitu fitnah Hasyimah 'as-siddiq' x-rated datang,maka mereka pun melancarkan strategi kotor dan jahat mereka.Akhirnya,berpecah belahlah sekali lagi Ahli-ahli Silat Cekak atas tindakan mereka yang sudah lama memendam perasaan ini.Sepatutnya dipertahan dan dibela "Putera Hanafi",tetapi tidak,lihatlah apa yang telah dilakukan!Ke mana janji-janji mu dulu untuk menjaga keluarga Almarhum?Layakkah Guru yang dinamakan sebagai Almarhum yang kamu sanjung sebagai pengganti menerima fitnah sebegini dasyat?

"keluarkan isi akalmu,jangan keluarkan isi perutmu" - Almarhum

Yang kelakarnya,puak-puak 'ustad' Ak pun tak percaya Tuan Guru mencabul!
"Ini kerja _____________ la ni,kan dah kata dah dulu!" ujar mereka.

Tapi itu kata merekalah.Terpulanglah hendak terima atau tidak.Insaflah puak-puak penentang.Usahlah diretakkan lagi perjuangan yang satu ketika dahulu kamu sanjung.Jika benar kalian di pihak kebenaran,selesaikanlah perkara ini melalui cara dan kaedah yang betul.Iya,mungkin kita dahulu tersilap apabila tidak membawa perkara ini ke pihak berkuasa,tetapi masanya masih ada untuk melaporkan.Biar pihak berkuasa menyiasat perkara ini.Biar mahkamah yang tentukan.Dan,jika sudah dibuat laporan polis,tunjukkanlah bukti kepada kami Ahli-ahli Silat Cekak.Jika 'benda' yang satu masa dulu 'kononnya' hendak dijaga aib tetapi akhirnya terpapar juga di laman rasmi persatuan,tidak ada salahnya kalau laporan polis turut dipaparkan sama.

Semoga kehadiran Syawal akan membuka hati kalian untuk bermuhasabah diri,menginsafi dosa-dosa silam dan seterusnya memohon maaf pada Insan yang tidak selayaknya kalian lakukan sebegitu.Kepada balaci-balaci dan macai-macai yang sentiasa patuh kepada abang dan mentor masing-masing,renung-renungkanlah tindak tanduk kalian.Siapakah yang menyampaikan ilmu,petua dan nasihat selama ini?Siapakah yang kalian cari dikala dilanda masalah dan gunda-gelana?Dan siapakah yang "bersaksikan" pengakuan syahadah kalian?Ayuh,usah ragu-ragu lagi dan bertindak segera.Sementara masa masih ada,sementara roh dan jasad masih bersatu,sebelum Izrail menjemputmu pulang...

KEBENARAN UNTUK SEMUA

JASAMU TETAP DIKENANG,YM TUAN GURU!!

38 comments:

Anonymous said...

emm...nak jugak tahu sapa yang dipihak kebenaran dan siapa yang di pihak kebatilan..kalau ada list lagi bagus...boleh la tahu..

Anonymous said...

Pakatan kebatilan..
1 - Big Guy @ Zanuddin Salleh - cakap penuh kelentong.. lepas tu guna database cekakhanafi.com untuk hantar spam penuh fitnah.. dah dasar hati busuk...

2-Amrahi - cakap tak konsisten.. hari ni cakap lain esok cakap lain..

Anonymous said...

Apa yang kamu merepek nih... labuuu... ilmu, petua dan nasihat apa yg power sgt tuh? jgn laaa... bekas guru utama (mad ready) ibarat langit dan bumi dgn bapanya (ustaz hanafi)... yang korang nak defend sgt guru nih apasal....apa yg korang dpt pon.... dah di takdirkan perguruannya dah terbatal akibat tragedi bulan tiga itu... terima jerlah apa susuah....manusia lain pon byk..... sapa suruh dia gatal sgt... lain kali lepas sembahyang jumaat, buat amal sbb hari tuh mungkin kiamat nak berlaku selepas asar... ntah2 tak pi sembahyang jumaat hari tuh.... pi serong tempat lain, menggatai... sudah tiba masa nya tuhan nak tunjukkan kedurjanaan mad ready pada hari tersebut.... so sbg ahli yg ada akal.... fikir... jgn sokong hentam keromoh... dlm islam ada ckp... pilihla org yg mulia disisi allah utk jadi kalifah... kalau dah terbatal kemuliaannya apa susah... pilih org lain.... abg mad ready ka... adik mad ready ka.... tak da masalah.... ini mad ready yg buat dan cari masalah... manusia ada akal pakai kalau tak pakai jahil namanya...

Anonymous said...

tak kan dua je pakatan kebatilan???
yang pakatan kebenaran sapa dia pulak?

Anonymous said...

dah kuar rumah kena la mangga pintu...nanti pancuri masuk... logikla tuh kuar rumah kunci pintu... org yang terlupa atau tak betul jer kuar rumah tak tutup pintu.....

Anonymous said...

Wahai ahli-ahli silat cekak seluruh Malaysia sekalian. Saya menyeru marilah kita sama-sama membersihkan jiwa dengan amalan-amalan istigfar dan selawat serta solat 5 waktu (tanpa tertinggal satu waktu) serta berdoa dengan seikhlas-ikhlasnya setiap hari:

Al-Fatihah

Bismillah…….

“ Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, saudara-saudara seislam kami, seluruh umat Islam amnya, ahli-ahli silat cekak khususnya. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami rasa sungguh keliru berkaitan dengan isu-isu yang melanda Seni Silat Cekak selepasnya kembali almarhum guru kami Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad. Ya Allah yang tuhan kami, kami dah tiada tempat bergantung dan pemberi maklumat yang sebenar di zaman fitnah berleluasa selain dari mu Ya Allah, Ya Allah yang tuhan kami tunjukkanlah dan berikanlah hidayah kepada kami perjuangan kumpulan manakah yang benar dan diredhai oleh mu selama ini Ya Allah :

1) Kumpulan MMK Cekak Hanafi yang diketuai oleh Tuan Haji Amruddin bin Buang
2) Kumpulan Guru Utama Silat Cekak Hanafi yang diketuai oleh YM Tuan Guru Mad Radzi bin Haji Hanafi
3) Kumpulan Guru Utama Silat Cekak Malaysia yang diketuai oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam

Ya Allah ya tuhan kami, kami redha akan pentunjuk yang akan DIKAU berikan kepada kami dan jika kami berada di kumpulan yang salah ampunkanlah dosa kami kerana kami tidak mengetahui dan jika kami berada di kumpulan yang benar kekalkan kami di perjuangan yang murni ini sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah ya tuhan kami selamatkan kami didunia & diakhirat seperti mana kau selamatkan orang-orang yang kau selamatkan & beri nikmat.”

Gantunglah hatimu pada tuhan mu…

Ikhlas dari

Hamba Allah

Anonymous said...

(ambil berkat YM)

sepanjang aku ikut kursus solat bersama YM, tak pernah beliau minta bayaran tetapi bagitau ilmu dunia boleh minta byaran walaupun dengan anak. ilmu agama saya tak ambil bayaran / upah. So, sapa yang dengar YM minta upah tuu, bagitau aku kat mana korang dengar.Agaknya ada lipas mati dalam lubang telinga tuu kot!

Anonymous said...

PANAS !!!!

muka depan harian metro hari ni 18 okt 2006

"GURU SILAT CABUL"

Anonymous said...

kalau itulah laporan akbarnya, pigi dah. kalau berani sangat, letak nama dan nama persilatan. APA TAKUT KENA SAMAN. Mana pergi kejantanan kamu semua yang bacul wahai puak penentang yang busuk hati.

Anonymous said...

dah report pun nak bising lagi...

biar la polis menjalankan siasatan...

Anonymous said...

betul ke dah report? mane buktinye? drpd pemerhatian aku,cerita ni di hebahkan kat akhbar/media adalah semata-mata nak mengaibkan GU.kalau benar laporan dah dibuat,mengapa perlu dihebahkan kat media? dah tu,main pakai name samaran pulak...yg aku nak tgk,bukti laporan...bkn cerita murahan!

Anonymous said...

bersabarlah tuan...

usahlah kita memeningkan kepala di kala nak menyambut hari raya ni.lupakan seketika dan sambut lah hari raya bersama keluarga dengan aman.

lepas raya ni kita start balik...

tunggu la...kalau report dah dibuat...pasti ada yang akan dipanggil memberi keterangan.

Anonymous said...

kawan kawan

aku dah check dengan abang ipar aku yang kerja kat bukit aman.

tiada laporan pasal mana mana kes cabul oleh mana mana guru silat telah dibuat. tu saja depa buat gempaq.

laporan kena tampar tu memang kita dah maklum dah buat.

Anonymous said...

amboi, melampau2 ceritanya dalam METRO muka depan hari ni. tak berani sebut silat mana tu... takut kene saman kut.

siapa la yang empunya cerita... mesti busuk mulut dia... oh, lupa plak, bulan puasa....

Anonymous said...

Selama ini saya ahli biasa hanya jadi pemerhati.

Mengikuti perkembangan kes ini, segala cerita dibaca utk diteliti

cekakhanafi.com baca
pak kaduk blog baca
big guy baca
anti fitnah baca
cerita ceriti baca

tapi masih tak mampu untuk saya memilih utk berada di pihak mana.

TETAPI

saya telah mendapat info terkini setelah keluar berita di harian metro hari ini..

saya telah banding cerita tersebut dgn kronologi di cekakhanafi.com..terlalu banyak percanggahan..sebagai contoh

1.guna buah silat untuk mencabul
2.ramas buah dada
3.mangsa menjerit
4.guru silat lari lintang pukang
5.tanggal seluar mangsa

MAKA kesan daripada pembacaan saya ni sudah pastilah mulai saat ini saya MENYOKONG GU sepenuh hati saya.

Saya berjanji setiap ahli dibawah seliaan saya akan turut menyokong GU tanpa ragu.

Daripada
Salah seorang daripada Penyelia Lembah Klang.

Anonymous said...

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20061018085348/Article/indexm_html

Anonymous said...

memang itulah isi perut mereka agaknya..yg sibuk didesak adalah supaya GU turun & salah seorang drpd mereka akan dinobatkan (siapalah agaknya)..

musykil juga..kalau mereka dah yakin sgt & kononnya tenang sgt dlm perjuangan kebenaran..apa yg berat hati sgt nak adakan EGM? belah sana pon ramai penyokong & pejuang sebenar..alkisahnya la..so tak jadi masalah lah kan? usahakan saja..apa ditunggu?

tenang konon..apa laaa...kalau tenang..usahakan sama..utk buat face 2 face..bukan takat gempak saja lebih..:)

temukan yg mengaku jadi mangsa, pihak menuduh DENGAN pihak tertuduh (YM GU)..kenapa berat hati sangat? dah kata di pihak benar..buat saja la...apa nak dirisaukan?

kalau body language GU hebat dinilai, berilah peluang yg adil utk dinilai pula body language pihak yg mengaku jadi mangsa & pihak2 lain turut menuduh..boleh?

mereka juga ada berkata mengalukan kedatangan siapa saja ke rumah mereka masa aidilfitri..well..apa kata kalau dlm masa yg sama juga berbalas kunjungan..ke rumah Mak Teh..rumah di mana almarhum ustaz hanafi menghembuskan nafas terakhir..

demi apa? demi kebenaran & perjuangan.

itu pon kalau diri tu ngaku sentiasa tenang & ikhlas dlm perjuangan cekak ni..

Anonymous said...

Beli sekayu kain kasa
Cukup diukur dengan lerengnya
Bangsa Melayu menjaga bahasa
Bahasa cabul patang larangnya

Anonymous said...

oooo... report dah buat...lepas raya polis akan mulakan siastan.... berhari-raya la dulu.... sapa yg nak sokong bekas GU ni sokong la asalkan bahagia.... :D orang yg jahat selalu rugi macam anjing dgn bayang2....

Anonymous said...

masih tidak menjawab soalan & permintaan..knp begitu?

Anonymous said...

tak tahu la apa nak jadi dengan persatuan ni...

Anonymous said...

kenyataan saya sebelum ini merujuk kpd supaya pihak yg terlibat dgn krisis ini..harap dpt bersemuka..harap maklum!

tapi nampaknya kumpulan yg kononnya mengamalkan didikan sejati ustaz hanafi tidak menghiraukan permintaan itu..

kepentingan peribadi mereka melebihi kepentingan perjuangan persatuan!

Anonymous said...

kawan aku yg kerja reporter kata metro tak akan berani tulis kalau tak ada polis report. sbb metro punya kes saman dah macam bukit punya la byk. bkn setakat sikit2 punya saman tapi satu2 saman berjuta2 RM. Baru ni, kawan kepada kawan aku kena saman RM1 juta oleh ex-ketua polis PJ sbb tulis pasal penceraiannnya disebabkan oleh dia ada girlfriend. ada gak reporter yg masuk lokap dua minggu bawah akta OSA krn tulis report polis yg sepatutnya jadi rahsia. polis kata jgn tulis, dia tulis gak. ha, mcm tu lah kerja reporter mengikut kata kawan aku. maknanya tak boleh main pakai hentam saja tanpa ada asas, bukti yg nyata. sejak akhir2 ni, kawan aku kata, metro play safe. tak buat lagi cerita yg kontroversi mcm dulu. jadi setiap berita mesti ada bukti kukuh so that mrk tak akan disaman atas tuduhan memfitnah. ikut akta hasutan, kalau kena, teruk hukumannya. suratkhabar yg experience mcm metro tak akan siarkan kalau tak ada asas. anyway, aku dah kol si reporter ni nazarali yg tulis ni, ofis dia kata dia masuk ptg. ingat nanti nak kol lagi, nak tanya ada ka report polis tu atau apa2 bukti yg dpt meyakinkan bos dia utk siarkan. sebenarnya, kawan aku kata yg buat keputusan utk siar muka depan adalah pengarang2 a.k.a big bos. sblm print, semua pengarang2 besar akan discuss habis2san, bergaduh dan berdebat samada satu2 berita tu akan bawa untung (jualan tinggi) atau bawa masalah (kena saman) pd syarikat. pasal fakta tak sama mcm dlm kronologi tu, kawan aku kata,adat lah, reporter ada stail penulisan tersendiri. depa kena exagerate, lebih-lebihkan sesuatu perkara, tokok tambah sana sini, masuk perencah, goreng2 sikit bagi sedap dibaca asalkan isinya tak lari. tu la kerja reporter. kena pandai memilih ayat2 power utk capture perhatian pembaca. harimau belantara tu kata kwn aku maybe big bos yg labelkan sbb memang kerja suratkhabar tabloid mcm metro tu utk melabelkan org2 yg mrk tulis. tengok mcm artis, ratu rock la, raja sms lah, raja pop la etc, semuanya newspaper yg bagi,bukannya industri.

Anonymous said...

Byk juga la yg aku tau pasal kerja reporter ni hasil drp borak2 ngan kawan aku tu by phone tadi. lagi pun walaupun tak tulis nama persatuan tapi org ramai di luar sana tetap tau sbb dlm web dan blog2 ada tulis dgn terang dan jelas. syok sgt berdebat dlm blog, tak sedar bawa aib pd persatuan dan diri sendiri. aku kata ni kat diri aku sendiri, bkn kat org lain. padan muka aku... skrang org tanya eh, hang masuk silat tu kan? aku pun tak tau nak angguk ke geleng...tapi nak tipu dah tak leh dah sbb ramai yg dah kenal aku ni ahli aktif cekak hanafi... aku rasa GU kena saman semua org...metro, ramlee rahman, etc sbb merosakkan nama baik dia. memang la metro tak mention nama dia and persatuan tapi kalau org banding dgn apa yg ada dlm Cekakhanafi.com, org tentu akan tau...

Anonymous said...

apa yg hang nak mal? cakap je lah perkara yg benar. org nak melabel & nak kata apa, itu hak depa. itu hak asasi manusia utk berkata apa saja yg dia suka.

kita sbg ahli persatuan, kita sampaikan apa yg kita dpt & jgn malu-malu nak mengaku sbg ahli persatuan. kalau org tanya, hang berguru dgn pencabul? hang tanya dia balik: hang tau ka dia cabul? hang penah kena cabul dgn dia ka? hang tambah skit: kalau hang tak tau, baik hang senyap, baca je metro. nak tahu lebih lanjut, turun berDEMO!!! mintak MMK tunjukkan bukti, buat tayangan perdana, kot kena bayar pun ahli sanggup bayar sbb ahli-ahli bawahan dah tak larat dah ni!!! KAMI MAU BUKTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Harian Metro dah siasat la sebelum nak publish.Report ada. yg hang tgk dalam Harian Metro tuh rangka polis report la.Nak sgt polis report baca la Harian Metro.

Anonymous said...

anonymous 1020pm <--

ko ni paham ke tak soklan org?org tanya laporan polis,bukan p tgk lam suratkhabar.suratkhabar tuuu suratkhabar..name punn khaabar...bukan bukti @ suratbukti @ suratlaporan...awat benak sgt?takdak modal ke nak jawap...?p la tanya mentor aka sifu korang tu...

insan sedih

Anonymous said...

Dah aku kata isikandungnya Harian Metro tuh sama jer dgn laporan polis tuh.... yg ko (insan sedih) nak tgk sgt report tu pi la ke rumah Cik Hashimah mintak bapak dia.... baru original .... kalau letak laman web aku ubah guna photoshop header dia, pakai letter head polis ko pasti percaya kan?.... ini bukan insuran kereta WFT 7 laaaa....

Anonymous said...

Perang pada bulan Ramadhan Al-Mubaraq tak salah... Perang Badar utk menakluki Mekkah dari pihak kufar dan Sayyidina Umar Al-Khattab menakluki Palestin berlaku pada bulan Ramadhan.

Dgn berbekalkan senjata Komputer, Internet, Akal, Ilmu dan jiwa yang merdeka kami akan terus berperang untuk menegakkan KEBENARAN...

PERANG DEMI MEMPERTAHANKAN KEBENARAN....DAN KEMENANGAN PADA KEBENARAN

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...

Takbir...

Anonymous said...

Perang Badar untuk Menakluk Mekah?Hang ni belajar Sirah Nabawi tak?Mentor-mentor kata macam tu ke?

Anonymous said...

Quote:

" Anonymous said...

Apa yang kamu merepek nih... labuuu... ilmu, petua dan nasihat apa yg power sgt tuh? jgn laaa... bekas guru utama (mad ready) ibarat langit dan bumi dgn bapanya (ustaz hanafi)... yang korang nak defend sgt guru nih apasal....apa yg korang dpt pon.... dah di takdirkan perguruannya dah terbatal akibat tragedi bulan tiga itu... terima jerlah apa susuah....manusia lain pon byk..... sapa suruh dia gatal sgt... lain kali lepas sembahyang jumaat, buat amal sbb hari tuh mungkin kiamat nak berlaku selepas asar... ntah2 tak pi sembahyang jumaat hari tuh.... pi serong tempat lain, menggatai... sudah tiba masa nya tuhan nak tunjukkan kedurjanaan mad ready pada hari tersebut.... so sbg ahli yg ada akal.... fikir... jgn sokong hentam keromoh... dlm islam ada ckp... pilihla org yg mulia disisi allah utk jadi kalifah... kalau dah terbatal kemuliaannya apa susah... pilih org lain.... abg mad ready ka... adik mad ready ka.... tak da masalah.... ini mad ready yg buat dan cari masalah... manusia ada akal pakai kalau tak pakai jahil namanya...

6:56 AM "

..melompat nampak.. terasa kut bila nama dipamerkan kat atas sana.. hahaha..

Anonymous said...

anonymous mengutuk anonyous yang lain...

Anonymous said...

Anonymous vs. anonymous = sandiwara biasa laman web...

Sendiri soal sendiri jawab....

Anonymous said...

Anonymous yg menipu n penyebar fitnah tu dia terasa lah. Yang menipu saja yg tahu dia menipu.. ada juga yg menipu sampai tahap macam makan nasik.. takde rasa bersalah pun..

Anonymous said...

Pantatttt Mak Kau La Ahli MMK.....

Anak Murid Bangsat mmg Sial ko jadi kan Guru Utama sebegitu rupa.... Mmg babi la MMK.... ANAK MURID BANGSATTTTTTT.....

Anonymous said...

jgn percaya la kt kronologi bodo tu...si pukimak2 cam naib presiden, SUA, ngan anjing2 seangkatan tu..brape lama korang perah otak nak buat benda bodo tu? huhuh...berjaya gak korang mempengaruhi ahli2 'jagung' cekak hanafi nie kan? yg jagung2 ni pun satu, pantang dgr citer, trus percaya..xpe..nanti aku buat cerita mak jagung menyundal ngan SUA tu plak, sure jagung2 ni suka punya... -jagung=ahli yg bodoh, percaya pada kronologi bodoh tu-

sekian terima kasih...kepada ahli2 yg setia pada GU, tahniah diucapkan, bkn senang nak jaga nama persatuan nie...ada je anjin2 yg duk kacau....

Anonymous said...

MKK ANJING BELAAN SETAN.... MASUK NERAKA KEPADA AHLI-AHLI TAK SOKONG GURU.....FUCKKK PADA SEMUA YANG ANTI-GURU UTAMA.......

Anonymous said...

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1427 H
YM TUAN GURU MD RADZI HAJI HANAFI
GURU UTAMA MERANGKAP PRESIDEN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!


Hari Raya Aidil Fitri tiba lagi. InsyaAllah kita semua akan menyambutnya beberapa hari sahaja lagi bersama keluarga tercinta dan sahabat handai. Sebagai umat Islam, kita disyariatkan untuk merayakan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran serta menghiasinya dengan ibadah seperti bertakbir, ziarah menziarahi dan memperbanyakkan sedekah jariah.Bertakbir lah pada malam Hari Raya Aidil Fitri sebagai tanda kita mengingati kebesaran Allah SWT dan diri kita sebagai hamba yang sentiasa tunduk kepada-Nya. Ini selaras dengan firman Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran yang bermaksud, “Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

Junjungan besar kita Rasulullah Muhammad SAW juga bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid” dan daripada Anas r.a. yang bermaksud, ”Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.”

Selain itu, di kesempatan ini, ingin saya menyentuh sedikit tentang kemelut yang berlaku dalam persatuan kita sekarang. Fitnah terhadap saya semakin bermaharajalela, ada yang datang secara terbuka, melalui sms, e-mel, laman web dan blog. Apabila fitnah itu disebarkan menggunakan teknologi maklumat, sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mengetahuinya. Kemunculan blog yang bertujuan untuk mengaibkan saya tumbuh bagaikan cendawan.

Tidak kurang juga blog-blog yang bertujuan untuk mempertahankan saya. Samada menentang atau menyokong saya, kita terpaksa akur pada kenyataan bahawa blog-blog berkenaan menyediakan ruang untuk kita terus berkrisis, bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri. Saya perhatikan, samada menyokong atau menentang, tulisan-tulisan itu lebih cenderung untuk menggunakan bahasa kesat, kotor dan penuh dengan caci maki. Tulisan-tulisan itu dibaca oleh pihak luar dan ini adalah satu perkara yang sungguh memalukan. Nama Silat Cekak Hanafi yang selama ini harum di seluruh negara sudah pun tercemar.

Di luar sana, ramai yang ketawa dan tidak kurang juga yang kesal melihat perpecahan dan permusuhan sesama kita walhal kita adalah ahli sebuah pertubuhan yang memperjuangkan agama dan budaya. Sikap yang ditonjolkan oleh segelintir ahli-ahli itu adalah tidak selaras dengan ajaran Islam yang mana kita maklum bahawa perjuangan pertubuhan kita adalah bertunjangkan kepada kefahaman tauhid yang jitu. Saya tidak berupaya menghalang ahli yang menentang saya agar menghentikan fitnah terhadap saya melalui blog-blog mereka.

Namun, kepada ahli yang menyokong saya, saya nasihati agar semua ahli menghentikan tulisan-tulisan itu dengan segera. Pada dasarnya saudara/i berniat baik iaitu ingin mempertahankan saya. Saya sangat-sangat menghargai usaha murni saudarai/i itu. Namun, pada masa yang sama tindakan kalian itu adalah lebih cenderung untuk mendedahkan onar yang berlaku dalam persatuan. Tindakan itu sama lah seperti yang digambarkan dalam peribahasa Melayu iaitu menepuk air ke dulang, terpercik ke diri sendiri. Sekalipun hanya beberapa individu sahaja yang melakukannya, ia sama lah seperti, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.’

Sekiranya saudara/i menyokong dan menyayangi saya, semua pasti dapat berfikir bahawa tulisan itu sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi lebih memburukkan keadaan. Bagi saya, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah berusaha menyelesaikan krisis ini dengan cara bijaksana dan pada masa yang sama berdoa kepada Allah SWT supaya menunjukkan dengan jelas sejelasnya pihak manakah yang berada di dalam kebatilan. Justeru, saya ingin mengajak diri saya sendiri, isteri saya, anak-anak saya, bonda mak teh dan adik beradik saya serta semua ahli untuk berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar pihak yang berada di dalam kebatilan diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Ini selaras dengan Surah Ali Imran, ayat 61 yang sebahagian daripadanya bermaksud, “.....marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”


Mubahalah bermaksud memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Ayat ini diturunkan kepada nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang berhadapan dengan perwakilan daripada Najran yang beragama Kristian yang enggan mengakui kebenaran nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir. Wakil Najran tetap enggan menerima baginda walaupun baginda berjaya menjawab semua soalan-soalan mereka dengan yakin dan menggunakan bukti-bukti yang terdapat di dalam Surah Ali Imran iaitu surah yang menceritakan tentang nabi Isa A.S. Akhirnya baginda mengajak mereka melakukan mubahalah. Bagaimanapun, wakil Najran tidak berani melakukan mubahalah dengan nabi Muhammad SAW lalu rakyat Najran yang berjumlah 100,000 orang itu kekal dengan kepercayaan Kristian. Begitu lah penyelesaian yang Allah SWT turunkan kepada nabi kita. Sebagai pengikutnya, kita wajar mencontohi tindak-tanduk baginda dalam menyelesaikan apa jua krisis. Kita tidak seharusnya menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang dengan cara yang tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh nabi kita. Mari lah kita sama-sama berusaha menyelesaikannya dengan cara paling berhemah, penuh dengan hikmah serta pada masa yang sama berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.


Akhir kata, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli diseluruh Malaysia,tak lupa juga yang berada di luar negara . Semoga Aidil Fitri pada tahun ini akan menjadi medan untuk ahli ahli sekalian merapatkan silaturahim yang sudah terputus angkara fitnah oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kedudukan saya sebagai guru utama.Sempena bulan yang mulia ini dampingilah kedua orang tua semasa hayat mereka masih ada dan sentiasa berhati-hati dijalanraya.

Saya akhiri dengan maksud takbir, mudah-mudahan semua ahli dapat menghayatinya.


“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Dan bagi Allah jualah segala puji
Allah Maha Besar”


Sekian, wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikum.

MD RADZI HAJI HANAFI
RAMADHAN/SYAWAL 1427 HIJRAH
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.