15.8.07

Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa Abang Lazim (Pak Andak) telah kembali ke Rahmatullah pada semalam,14 Ogos 2007 selapas waktu Asar.Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mukmin..Al-Fatihah..

Salam takziah buat keluarga Abang Lazim..

14.8.07

Setelah 21 tahun..

Semalam,tanggal 13 Ogos 2007 merupakan ulang tahun ke 21 kembalinya Almarhum Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad ke Rahmatullah. Tanggal 13 Ogos dikenang oleh semua ahli Silat Cekak di seluruh negara. Saban tahun pada tarikh ini, seluruh ahli Silat Cekak berhimpun untuk sama-sama mengingati pemergian Insan dan Pemimpin Agong pergerakan suci ini..

Baik mereka yang mengikut 'ustad' Ak, master Joe lebih-lebih lagi yang setia pada Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi, tiada satu pun ahli sebenar mahupun 'ahli celup' Silat Cekak yang melupakan tarikh 13 Ogos setiap tahun. Di seluruh negara, bergema tahlil sempena memperingati tarikh ini.

Dan pada 13 Ogos 2007 ini jugalah, genap setahun majoriti ahli MMK membuat keputusan untuk menggantung keahlian Tuan Guru. Satu tindakan yang sama sekali sukar untuk kita lupakan apabila di siang hari mereka bersidang untuk 'menghukum' Tuan Guru kita, tetapi di sebelah malam nya mereka dengan selamba hadir ke rumah Bonda Mak Teh 'tanpa seperti berlaku apa-apa'.

Sempena 13 Ogos 2007 iaitu genapnya 21 tahun kembalinya Almarhum, kita ingin mengajak pelayar sekelian untuk mengimbas kembali tindakan dan antara cadangan tindakan mereka yang mengaku memperjuangkan Silat Cekak warisan Almarhum.

Perlantikan Guru Utama
Konsep yang sama sekali bertentangan dengan adab dan adat Silat Cekak ini telah diperkenalkan oleh mereka pada tahun ini. Guru Utama Silat Cekak tidak perlu akan Mandat Perguruan, malah boleh dipilih dan dilantik oleh ahli-ahli Majlis Muafakat Tertinggi. Untuk pengetahuansemua, semasa mesyuarat ahli MMT menerima Master Joe sebagai Guru Utama, dia adalah Pengerusi Mesyuarat tersebut. Selepas dicadang dan disokong, dia selaku Pengerusilah yang Mengisytiharkan diri sendiri sebagai Guru Utama.

Meniadakan Adat Memilih Ayam
Menurut sumber-sumber dari pihak mereka sendiri, adat istiadat memilih ayam semasa Majlis Tamat ditiadakan untuk tempoh seketika. Kita tidak pasti sampai bila perkara ini akan berterusan, tetapi tindakan ini sama seperti tindakan 'ustad' Ak. 'Ustad' Ak ganti adat ini dengan Solat Hajat,kalian ganti dengan apa pula?

Mengkaji Semula Sistem Mata Pelajaran
Pihak mereka kini, setelah 42 tahun, tiba-tiba terfikir yang sistem mata pelajaran sedia ada 'agak' tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Sistem mata pelajaran yang telah kita amalkan selama 42 tahun iaitu pembahagian 20 buah asas diikuti dengan 20 buah jatuh dikatakan tidak praktikal kerana potensi ahli untuk Tamat berkurangan.Mereka telah mencadangkan untuk mengubah sistem ini iaitu dengan membahagikan 5 buah asas, 5 buah jatuh, diikuti dengan buah-buah seterusnya sehingga habis 20 buah.Mungkinkah DASAR yang Almarhum gariskan ini tidak lagi sesuai setelah 42 tahun kita amalkan?

Membuka Keahlian Kepada Penuntut Berumur 13 Tahun
Pihak mereka juga bercadang untuk mengambil ahli di usia 13 tahun.Cadangan ini pernah dikemukan semasa mereka masih menerima Tuan Guru sebagai Guru Utama,namun Tuan Guru mempunyai keputusan Beliau sendiri.Nah,inilah masanya untuk merealisasikan semula cadangan mereka ini selepas master Joe menjadi 'guru utama'.

Penubuhan Akademi Silat Cekak Hanafi
Pihak mereka di dalam diam turut 'berjaga-jaga' walaupun mereka kini tampak 'selesa' dan 'menang'. Nampak gayanya mereka ini masih bercita-cita besar untuk 'memperjuangkan' Silat Cekak ini walau andaikata mereka kelak tidak lagi 'menang' dan 'selesa'.Almaklumlah,perjuangan Silat Cekak ini kan mereka dakwa mereka yang punya.Takda aku tak jalan kata mereka.

Wakil Guru
Mereka bukan setakat mencadang,malah telah bersetuju untuk mewujudkan 'jawatan' wakil 'guru' bagi tujuan Majlis Ijazah.Wakil 'guru' ini akan berperanan apabila master Joe dalam keadaan uzur.Pembahagian pengkerasnya pula ialah RM5.30 untuk master Joe, RM 5.00 lagi untuk wakil 'guru'. Kita tidak tahu pula bila 'jawatan' wakil guru ini dilantik MMT. Tetapi apa boleh buat,matlamat menghalalkan cara.Nak jadi guru punya pasal, macam-macamlah helah mereka. Kepada calon-calon wakil guru sekelian, diharapkan bukan saja boleh mengendalikan Majlis Ijazah,harap bolehlah kendalikan sekali Majlis Petua, Kursus KK, Kursus Solat.dsb. Tetapi sebelum itu pastikan ilmu betul-betul mantaplah yerk? Jangan besok-besok majalah sensasi keluarkan berita "Wakil Guru Gagal Diuji Bakal Anak Murid" sudah.

Seperkara lagi sebut pasal wakil-wakil. Untuk pengetahuan semua,TIDAK PERNAH berlaku di dalam sejarah perkembangan Silat Cekak selama 42 tahun ini, wujudnya jawatan wakil 'guru'. Baik dari zaman Almarhum,zaman 'ustad' Ak sebelum menyerahkan mandat,hinggalah ke zaman Tuan Guru. Sewaktu uzur sekalipun, Almarhum sendiri tetap mengijazahkan bakal penuntut walaupun dengan syarat hanya bersalaman, di rumah Almarhum sendiri.

Kepada MMT, LPT dan MMK sekelian, harap kalian pakat-pakatlah elok-elok tentukan siapa yang hendak jadi wakil guru nanti.Susah-susah bahagi ikut zon. Zon A seorang wakil guru, zon B seorang wakil guru.Master Joe duduk umah goyang kaki je.Master Joe bolehlah jalankan ijazah di Pantai Timur.Itu pun satu negeri je.Kepada balaci-balaci sekelian,kalian berusahalah bersungguh supaya dipilih dan diangkat menjadi 'orang-orang atas' pihak kalian.Untung sabut timbul,untung hangpa tenggelam tak timbul-timbul nak jadi guru.hahaha..

Tahniah kepada kalian yang telah menyokong keputusan MMT dan MMK dalam mengetepikan Guru Utama yang SAH dan BERHAK.Tahniah kerana berjaya merosakkan perjuangan suci murni Almarhum.Tahniah kerana menurut HATI KOTOR kalian untuk mengkhianati pergerakan ini. Tahniah kerana berjaya mengambil HAK Tuan Guru dan HAK setiap bakal penuntut Silat Cekak.

Ingatlah,setiap tindakan kalian,setiap sen yang kalian dapat dari pengkhianatan ini adalah HAK Tuan Guru.Kalian telah mencuri dan merampas HAK Tuan Guru. Dan ingatlah, setiap sen yang mengalir selama pengkhianatan ini,adalah seunit 'saham' di akhirat kelak. Setiap penuntut yang mempelajari Silat Cekak tanpa melalui Tuan Guru, akan menuntut dengan kalian di akhirat kelak.Diharapkan kalian sudah siap sedia dengan jawapannya...

Kepada mereka yang belum terlanjur jauh,eloklah kembali ke pangkal jalan.Lihatlah sendiri satu demi satu tingkah laku mereka yang kononnya 'memperjuangkan' Silat Cekak mengikut cara Almarhum tetapi sebenarnya mengkhianati perjuangan ini. Dengan tindakan-tindakan yang telah dan akan lakukan ini,adakah hati kita masih BUTA pada KEBENARAN? Tepuk dada, tanyalah iman..Usah mendabik dada dan meraba perut bertuankan nafsu...

Nota: Di kesempatan ini kita ingin mengajak rakan-rakan sekelian untuk sama-sama kita mendoakan kesejahteraan salah seorang ahli lama kita iaitu Abang Lazim atau dikenali sebagai Pak Andak Lazim di cawangan Kedah yang kini sedang tidak sihat akibat barah .Semoga beliau sembuh seperti sedia kala Insya-Allah.Marilah sama-sama kita doakan..Amin..

3.8.07

Selamat Hari Lahir

Lama sungguh blog ini tidak di updatekan.Maaf di atas kesulitan yang telah berlaku..

Dikesempatan ini, kita ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke- 46 kepada Guru kita yang tercinta, Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuan Guru, dan sentiasa teguh bersama Tuan Guru, walau apa pun yang terjadi.Dengan izin-Nya,insya-Allah.Itulah azam kami selaku anak murid yang serba kekurangan, yang sentiasa memerlukan tunjuk ajar,teguran dan ilmu dari Tuan Guru.

Suka kita sampaikan dan kongsikan sedikit pesanan dari dari Syeikh Abdul Kadir Jailani kepada kalangan muridnya dalam syarahan beliau untuk renungan kita bersama:

"Barangsiapa yang tidak mempunyai Guru,maka gurunya adalah syaitan.Oleh itu,ikutilah Guru yang Alim, Guru yang Faham Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,serta mengamalkan kedua-duanya. Bersangka baiklah kamu kepada mereka dan belajarlah kepada mereka,bersopan-santun dihadapan mereka serta bergaullah dengan mereka,sehingga engkau memperoleh kebahagiaan.."

Tentu ramai dari kita maklum tentang kredibiliti,ketokohan serta ketinggian martabat Syeikh Abdul Kadir sehingga sebahagian umat Islam meletakkan beliau sebagai Wali, malah ditingkat teratas iaitu Wali Qutub. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang terkenal,yang merupakan juga dari sulub (keturunan) Rasulullah s.a.w. (jelas menunjukkan kelebihan sanad iaitu salasilah dalam menentukan kredibiliti seseorang Guru atau Tokoh Agama)

Semoga pesanan beliau ini kita hayati bersama dalam konteks kehidupan kita sehari-harian.

Juga ingin kita berkongsi tentang kes pelajar perempuan yang dipukul 9 pelajar perempuan lain serta dimalukan dengan dirakam gambar bogel nya menggunakan telefon bimbit di Pahang beberapa hari lepas.Pelajar-pelajar yang BARU berusia ENAM BELAS TAHUN ini tergamak menganiaya rakan sendiri,hanya kerana masalah kecil yang berpunca dari perbuatan mengejek. Jika kita renungkan,usia remaja bukanlah penentu atau alibi kepada bersalah atau tidak bersalahnya seseorang itu.

Inikah yang dikatakan BUDAK ENAM BELAS TAHUN tak tahu MENIPU?

Sekali lagi, sempena Ulang Tahun Kelahiran Guru kita yang tercinta, marilah kita renungkan,wajarkah kita meletakkan Guru yang telah begitu banyak jasanya kepada kita seperti yang telah berlaku dalam tempoh setahun ini?

Sama-samalah kita renungkan...Sheikh Abdul Kadir telahpun berpesan lama dahulu...

SELAMAT HARI LAHIR, TUAN GURU!

KEBENARAN TETAP AKAN TERTEGAK!

JASAMU SENTIASA DI KENANG!