17.10.06

Cik xxx

Terima kasih kepada semua pelayar yang sudi memberikan komen,sama ada dari kalangan ahli yang terus setia dengan Tuan Guru,atau dari pihak penentang,mahupun dari pihak yang 'play safe'.Banyak sungguh komen yang diterima,dan semacam blog anti-fitnah ini dirasakan seperti untuk tempat melepas geram pula.

Tidak mengapa,tidak menjadi masalah bagi saya kerana pada saya,hanya orang benar dan yakin dirinya benar yang tidak takut dengan sebarang kritikan dan komen.Juga,orang yang benar sahaja tidak menyembunyikan apa-apa perkara yang diyakini benar.Kerana apa?Kerana orang berani bertindak atas nama kebenaran.Maka sebab itulah,di anti-fitnah ini,di buka ruangan komen,untuk sesiapa sahaja memberikan pandangan dan sokongan,mahupun yang melepaskan geram atau yang cuba menabur lagi fitnah-fitnah tambahan.Terima kasih diucapkan atas sokongan dan dorongan anda.

Tidak seperti blog pak-kaduk yang takut untuk memberi peluang pelayar untuk memberikan respon.Satu ketika dahulu pak-kaduk 'berani' sekejap membuka ruangan komen,namun tidak sampai 24 jam,ruangan tersebut ditutup.Kerana apa?Kerana pak-kaduk dan puak-puak penentang ini tidak berani,tidak sanggup menghadapi kenyataan.Kerana mereka ini seolah-olah wujud di dunia mereka sendiri,bersandiwara,menabur fitnah terus-terusan,dan terus leka dan lalai dengan masalah yang mereka sendiri ciptakan.

Sekali lagi tanpa jemu dibangkitkan,kenapa 'kebenaran' yang didakwa oleh pihak penentang dan pengkhianat itu disembunyikan?Sehingga mereka yang menentang (balaci-balaci) turut tidak tahu?Sungguh kasihan mereka (balaci-balaci) ini.Sudahlah menyisihkan Guru akibat menelan bulat-bulat kata-kata mentor dan abang masing-masing,kini dinafikan hak pula untuk sama-sama berkongsi 'kebenaran' mereka itu! Sungguh kecewa jika saya diperlakukan sebegitu.Kepada balaci-balaci dan macai-macai ini,sedarlah,yang kamu semua sedang ditipu,sedang dipergunakan dan sedang diperalatkan.Hak kamu sedang dinafikan oleh mereka yang kamu agung-agungkan sendiri,yang kamu sanjung sehingga sanggup mengetepikan Guru sendiri!Dan lihat apa yang mereka lakukan?Setelah sama-sama berjuang demi 'kebenaran' kalian,tiba-tiba kamu tidak terpilih sebagai 'selected people'.

Kebenaran yang hakiki sepatutnya mestilah telus,tiada sebarang unsur dengki dan khianat dalam penyampaiannya.Sama seperti di pihak ahli-ahli yang setia menganjurkan Penerangan,ianya terbuka kepada sesiapa yang mencari KEBENARAN.Juga seperti di anti-fitnah ini,tanpa sebarang rasa prejudis membenarkan sesiapa sahaja,untuk memberikan respon terhadap apa yang disampaikan.

Maka yang dikatakan 'tayangan video perdana' oleh pak-kaduk itu tidak layak sama sekali dipanggil perdana.Kerana yang sama-sama menentang diperingkat balaci dan macai pun tidak tahu diadakan tayangan tersebut,sehingga di anti-fitnah ini lebih tahu dari mereka,perdana apa namanya itu?Sungguh tidak adil kepada kalian wahai balaci-balaci kategori ketiga puak-puak penentang.Kalian hanya dipergunakan oleh abang dan mentor kalian,sedangkan mereka hnya duduk di kerusi empuk menyaksikan kalian macam orang bodoh cuba mengusir ahli-ahli yang setia dari Keramat tempoh hari dan berapi-berapi mengutuk Tuan Guru.

Tayangan video itu,yang kita tidak tahu sejauh mana kebenaran pak-kaduk mengulasnya,bukannya boleh dijadikan bahan bukti yang Tuan Guru bersalah.Video tersebut dari awal lagi telah menjadi isu kerana orang yang bertanggung jawab memegang amanahnya iaitu Shah Rukh Khan Gombak telah menyerahkannya kepada salah seorang macainya iaitu Wan "Su-Khan".Video tersebut hanyalah keterangan dari pihak Tuan Guru yang berani datang disoal-siasat atas nama kebenaran dan bukannya seperti Hasyimah 'as-siddiq' (cik xxx konon,tak payahlah nak sembunyikan nama syima tu pak-kaduk,satu malaya dah tahu dah.Tapi elok jugak pak-kaduk bahasakan syima sebagai cik xxx,nampak sangat lah syima ni ketegori X-Rated!,pak-kaduk pun rasa macam tu!) yang kononnya 'trauma' (tahi kucing!) dan boleh dipercayai semata-mata berdasarkan surat sumpah yang diberi.Bagus juga kalau sistem penghakiman dan perundangan di Malaysia macam yang di amalkan oleh JK siasatan dan kehakiman dan juga MMK.

Saya akan menghantar surat kepada polis mengatakan pak-kaduk dan puak-puak penentang telah mencabul dan meliwat saya beramai-ramai.Kemudian polis akan memanggil saksi-saksi dari pihak pendakwa yang terdiri dari kalangan kawan-kawan rapat dan keluarga saya tetapi bukan saya sendiri (atas alasan saya dalam keadaan trauma).Semua keterangan dari puak-puak penentang diambil,siap dengan rakaman video lagi (ini lagi satu yang kita pelik,dalam mahkamah mana boleh bawak video?harap je belajar undang-undang tinggi,tapi bodoh bertingkat-tingkat). Maka polis,dengan mengambil keterangan dari saksi pendakwa dan keterangan pencabul-pencabul semua,berdasarkan 'body langguage' semata-mata (ini mana punya undang-undang?betullah 3 abdul!) dan atas alasan pendakwa iaitu saya tidak mungkin berbohong,maka dengan ini polis menjatuhkan hukuman mereka bersalah!dan muktamad!tanpa memberi peluang untuk membela diri..

Cereka di atas adalah cereka semata-mata.Kenapa saya mengisyaratkan polis?Samalah macam situasi sekarang ini,orang yang tidak berhak yang membuat keputusan,orang yang tidak layak menjatuhkan hukuman.Kes ini selayaknya dibawa ke pihak berkuasa dan biarkan pihak berkuasa menyiasat kes ini seadil-adilnya,kerana pihak berkuasa tidak mungkin mempunyai kepentingan ke atas persatuan,tidak seperti MMK!

Maka diserulah sekali lagi tanpa rasa jemu dan bosan,laporkanlah kepada pihak berkuasa jika benar kejadian 'cabul' ini berlaku.Usahlah berselindung lagi.Jangan disangka apa yang berlaku boleh berakhir di dunia tanpa di bawa ke akhirat (saya terdengar mak si mangsa berkata sedemikian) kerana yang diperlakukan ialah GURU dan yang dipertaruhkan ialah pegangan..Maka,insaflah,saya tanpa rasa jemu dan bosan menyeru kepada kalian puak-puak penentang.Semoga Dia membuka pinta hati kalian kembali.

41 comments:

Anonymous said...

amat memualkan & meloyakan bila baca email misteri drpd pihak sana, seperti di bawah ni..bacalah sendiri & nilaikan benarkah 'mereka di sana' betul2 tenang sgt? kalau mereka benar2 tenang..siapa yg dok jaja sms sana sini masa siasatan (kononnya laa..) baru dijalankan? siapa yg bernombor misteri jaja sms menghina anak2 & balu ustaz hanafi? anak YM GU pon dpt sama..inikah yg dikatakan tenang & benar2 hayati ajaran ustaz, anda bacalah sendiri email yg meloyakan & tak serupa bikin ni..:

24 Ramadhan 1427

Assalamualaikum ahli-ahli Silat Cekak yang disayangi sekelian.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal yang mulia ini marilah kita
mengambil pengajaran yang baik daripada istilah "fitrah" yang ada
didalam Hari Raya Aidil Fitri. Setelah menjalani ibadah puasa dalam
keadaan yang tenang maka eloklah kita meneruskan kehidupan kita dalam
keadaan yang tenang juga selepas bulan Ramadhan. Kita kembali kepada
fitrah kita yang suci kerana kita adalah sebaik-baik kejadian Allah swt.
Itu pun jika kehidupan kita berpaksikan kemanusiaan bukan kehaiwanan.

Seperti mana yang diilhamkan oleh Ustaz Hanafi, hendaklah kita bersilat
secara " fikiran yang sihat dan jiwa yang tenang". Itulah cara Silat
Cekak!

Dalam menghadai kemelut sekarang, cubalah kita fikirkan diantara kedua
pihak itu; siapa yang menghayati ungkapan "fikiran yang sihat dan jiwa
yang tenang" ini. Cuba kita bandingkan pendekatan yang diambil oleh Md
Radzi Hanafi berbanding barisan MMK yang berwibawa. Perbezaan yang
ketara adalah pendekatan-pendekatan agresif yang diambil oleh Md Radzi
Hanafi berbanding MMK. Apa buktinya? Kita melihat Md Radzi Hanafi telah
mempunyai "body guards" yang terdiri daripada ahli-ahli yang
kebanyakannya tamat pada alaf baru yakni selepas tahun 2000. Kita ingin
beritahu mereka bahawa Ustaz Hanafi tidak mengamalkan perkara ini.

Kita dapat melihat keganasan yang dilakukan oleh Md Radzi Hanafi
bersama-sama dengan konco-konconya. Ini akibat bara api yang dinyalakan
dalam "roadshow" yang diadakan oleh pihak keluarga yang berbulan-bulan
lamanya. Sifatnya ganas dan sifat ini adalah sifat haiwan. Ini bukan
cara Silat Cekak. Ini bukan pembawaan Ustaz Hanafi.

Peristiwa yang terjadi di HUKM, di Pahang dan di Johor membuktikan cara
mereka telah terpesong jauh daripada budaya Silat Cekak. Ia tidak selari
dengan prinsip "fikiran yang waras serta jiwa yang tenang" Silat Cekak.

Sebaliknya, pihak MMK menggunakan pendekatan yang penuh hikmah. Tertib
berpersatuan tetap dijaga. Rahsia persatuan diamanahkan kepada yang
boleh memikul amanah. Tindakan MMK lebih diplomasi. Contohnya, baru-baru
ini kehadiran konco-konco Md Radzi Hanafi dalam majlis berbuka puasa
telah diterima secara baik. Layanan diberikan secara baik.

Harap-harap mereka dapat menilai mutu seorang anak murid Ustaz Hanafi
yang memberikan ceramah pada malam itu. Individu yang dimaksudkan adalah
Tuan Hj Che Yusuf Che Mat yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa
penyiasatan kes Md Radzi Hanafi.

Hadirin dapat mendengar betapa dalamnya isi dan kupasan yang dibuat oleh
Tuan Hj Che Yusuf Che Mat berkaitan ibadah puasa, Al Quran dan zakat.
Bagi mereka yang baru dalam Silat Cekak, inilah stail yang digunakan
oleh Ustaz Hanafi. Kupasannya jelas. Maksudnya jelas. Semuanya puas.
Sungguh mahal sekali. Rugi siapa yang tidak hadir!

Bagi mereka yang mengutuk Tuan Hj Che Yusuf Che Mat, maka sahlah mereka
tersasar jauh daripada ajaran Ustaz Hanafi. Mereka hanya mendengar
suara-suara sumbang terutama suara Md Radzi Hanafi.

Untuk pengetahuan semua, Ustaz Hanafi tidak ambil upah atau sumbangan
bila mengajar ugama. Cuba bandingkan amalan beliau dengan Md Radzi
Hanafi. Berapa banyak wang yang diterimanya hasil daripada kursus
"Perkasakan Solat?" Setahu kita, Md Radzi Hanafi tiada tauliah untuk
mengajar ugama. Maka perkara ini akan mengundang masalah kepada
pergerakan Silat Cekak. Lainlah semasa zaman Ustaz Hanafi, beliau ada
tauliah.

Berbalik kepada prinsip "fikiran yang sihat, jiwa yang tenang", maka
setiap ahli Silat Cekak mesti mengamalkan prinsip ini. Gunakan fikiran
yang sihat untuk mencari jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan yang
ada di dalam minda. Cari maklumat yang benar dan tepat. Dapatkan
daripada sumber yang sah iaitu daripada MMK. Juga hadapi situasi ini
dengan ketenangan jiwa. Jiwa yang resah gelisah akan menghasilkan
tindakan kehaiwanan.

Bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan perjalanan siasatan dan
penghakiman, ambillah peluang di Hari Raya ini untuk berkunjung ke
rumah-rumah individu-individu yang terlibat. Kepada sesiapa yang masih
ragu-ragu lagi tentang perjalanan siasatan kes Md Radzi Hanafi , silalah
ke rumah Tuan Hj Yahya A Rahman, pengerusi jawatankuasa penyiasatan.

Begitu juga dengan mereka yang tidak berpuas hati dengan jawatankuasa
penghakiman, pergilah ke rumah Tuan Hj. Che Yusuf Che Mat.
Jawapan-jawapannya ada di sana.

Tidak lupa juga kunjungilah rumah ahli-ahli MMK yang bersedia memberi
jawapan kepada pemasalahan-pemasalahan yang mungkin timbul.

Ramai yang berkata bahawa ahli-ahli MMK dan MMT yang terlibat dengan kes
ini semuanya tenang. Tiada kekalutan. Mereka tidak memusuhi sesiapa pun.
Mereka hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh persatuan
kepada mereka.

Kepada ahli-ahli yang masih lagi was-was atau ragu-ragu dengan keputusan
MMK terhadap Md Radzi Hanafi, sila laksanakan syor-syor di atas dan
mengambil tindakan berdasarkan prinsip "fikiran yang sihat dan jiwa yang
tenang".

Semua jawapan ada di sana!


Selamat Hari Raya " Maaf Zahir Bathin"

===================================

itulah isi kandungan drpd pengirim yg berselindung di sebalik pelbagai email add!

*****apa punya org la kan, ada org lama yg dlm mesyuarat MMT..tak mengundi, kononnya berkecuali (walhal tak tetap pendirian) tapi dlm masa yg sama dok join sekaki kempen belah sana skrg ni...apa cerita ni?? amat memalukan*****

**pihak sana juga pertikaikan apa yg YM GU ajarkan melalui kursus 'perkasakan solat'..dgn alasan YM GU tiada tauliah mengajar agama..maka sebenarnya amat terang & nyata, inilah isi perut beberapa 'org2 lama' rupanya..yg tidak dpt menerima YM GU sebagai 'Guru' sejak dari 1990-an lagi..

mereka (beberapa org lama ni) hanya terima YM GU sebagai Guru Silat Cekak & BUKAN dlm masa yg sama Guru yg mewarisi ilmu Hikam ibni Ataillah yg Pak Hj Zain turunkan kpd almarhum ustaz hanafi..

betapa itulah isi perut mereka sejak sekian lama!! bab agama tak boleh langsung sebab kononnya hanya ustaz hanafi Guru Cekak yg arif pasal Kitab Hikam & persoalan agama...bagi 'org2 lama' ini juga mereka menganggap generasi selepas akhir 90-an adalah yg mudah taksub & terima secara bulat2..daripada org yg tiada tauliah mengajar agama!..

contohnya mcm bila ada diajar pasal ayat ******* ada lah pula sorang org lama ni asyik pandang negatif & pertikaikan sgt2, alasannya ustaz tak pernah ajar...walhal tak pada dia tapi ada diajar pada org lain!! org2 lama ini sebenarnya yang angkuh bahawa kononnya merekalah yg dah dpt segala ajaran ustaz hanafi..kononnya YM GU skrg tak ada semua tu..yg ada hanya 'kulit' iaitu Silat semata-mata!! bab 'isi' kononnya ada pada mereka!

itulah isi perut mereka rupanya...dah lama dah!! (ikut intonasi sebutan Tun Mahathir)

***amat memualkan kerana mereka ini juga selama ini mengajar generasi muda tentang betapa murninya pergerakan Cekak ini***

***tapi ada sesuatu yg tak disedari bersarang dlm lubuk hati perut masing2 sekian lama***

Anonymous said...

Sebagai mekanisma untuk mendesak puak-puak yang bertelagah untuk bersemuka & membuat perhitungan dengan disaksikan ahli cekak hanafi seluruh alam, demi perpaduan & kesatuan ahli silat cekak hanafi & org-org MELAYU, saya mencadangkan agar diwujudkan barisan pendesak secepat mungkin & aturkan DEMONTRASI secara AMAN dihadapan rumah-rumah mereka yang terlibat secara langsung dalam kes ini. Kita berkumpul & berunding dgn golongan yang terlibat untuk mencadangkan bila time dia free, jadi kita sbg BARISAN PENDESAK akan jadi org tengah. Masa berunding ni, kita sbg ahli biasa yg tiada apa-apa kepentingan boleh tengok dengan mata kepala sendiri siapa yg suka berdolak dalik bagi mcm-mcm alasan. Kita bukan nak paksa tp nak harapkan kedua-dua puak untuk bersemuka & berdebat tunjukkan bukti nampaknya mcm takdak harapan langsung. In English, no one makes the effort to meet each other, so some one from the third party must do so.

Saya rasa inilah jalan terbaik, ayuh bangun ahli silat cekak hanafi yg takda kepentingan mana-mana, yg sayangkan persatuan, yg sayangkan perpaduan & kemasyhuran silat cekak hanafi. Kita ada ramai ahli tamat cerdik pandai dari IPT, yg celik otak & golongan professional merata-rata (kita ada tuan majisteret, doktor berlambak, engineer tak terbilang, akauntan tak cukup jari tangan kaki nak kira, tuan cendiakawan professor-professor universiti, tuan jurunilai, tuan juruukur, tuan-tuan bisnesman dll), kita semua takdak apa kepentingan dlm persatuan tp kita sebagai ahli tamat, kita sayangkan persatuan & kita mahu mendokong persatuan, ayuh turun ramai-ramai, buat satu barisan & adakan DEMONTRASI!!!

ingat! ini bukan cikai punya demontrasi, ini demontrasi org yg empunya otak & akal. kalau dulu 4-6 tahun boleh saja kita perah otak utk dptkan sescroll degree, apasal sekarang ni kita tak buleh nak perah otak sikit & put pressure atas org-org bertelagah supaya depa bersemuka. boleh tak????

PROTES SAMPAI BERSEMUKA!
HIDUP CEKAK HANAFI!

DR_IR_CA_LLB_PHD

Anonymous said...

isk2.... hang semua nih tau ka apa itu persatuan.... hang tau pasal umno? kalau ada org main money politik dalam umno / persatuan2 lain ada pi terus pada polis ka? pasti pergi dulu ke internal undang2 / siasatan / perbicaraan / suruhanjaya.... hang tau berpersatuankah? apa yng hang semua nak defend sgt bekas guru utama.... sah2 dah buat benda salah... amalkan lah amar makruf nahi mungkar... jgn dok sapu jer yg dah rosak.... kalau bekas guru utama dah salah .... jagn la totok sgt....dan halal kan benda yg mungkar.... berdosa.... bekas guru bukannya maksum.... makan sup sum2 tulang gak macam kita... open la minded skit.... org buat salah kena lah akibatnya.... mcm mana la melayu nak maju.... yg salah cakap betul.... terang2 kat video cakap macam anak keling putar alam.... nak pecaya apa? ini nak jadi pemimpin melayu yg berkaliber.... merosak kan org lain.... oleh itu pilihlah yg berlian jangan pilih yg kaca... palsu.... nnt la kalau kalian semua mau tgk video itu....nnt satu hari nnt kuar la kat internet.... pasti.... tgkla bekas guru tuh putar alam.... kami rasa mereka masih mau cover lagi bekas guru takanak kasi malu.... tapi yg memalukan diri sendiri adalah guru sendiri.... pi cite sana sini pada org bawahan...org tak tau.... sekarang sapa malu nnt.... bekas guru...geng dan keluarga mereka jugak yg malu.... apa-apaan la kamu semua nih.... bekas guru kamu ka yg bleh selamat kamu dari neraka.... atau guru kamu ka ini yg bleh bawa anda ka syurga.... diri sendiri yg kena tentukan kebaikan bukannya org lain.... oleh itu bekas guru tuh manusia biasa dan boleh di ganti oleh sesiapa sahaja.... fikir2lah... jangan hidup mu di selimuti misteri.....

Anonymous said...

Yang bacul sebenarnya org yg tidak berani menolak yg mungkar kerana taksub tak menentu pada seseorang... Sifat taksub adalah sifat boleh memudaratkan bangsa, agama, negara dan maruah diri... Oleh itu dapat disimpulkan sifat bacul adalah terhasil dari sifat taksub yang melampau tak tentu hala. Pendek kata, Bacul adalah akibat Taksub. Fikir2kan siapa yang bacul...

Anonymous said...

buat apa la hangpa dok gaduh sama sendiri. skrg persatuan hangpa dh terhoyong-hayang. baik hangpa check kot2 dua2 org yg hangpa sokong dan tentang ada buat salah pada lepas. sbb tu persatua jadi mcm ni. mgkn la 2 org watak utama ni pernah menderhaka guru yg sebenar-benar guru dan buat fitnah ke atas dia.ckp mcm2 pasal dia dari dulu smpai skrg. sbb tu tuhan jatuhkan balasan dlm bulan posa ni, tu yg persatuan hangpa jadi kaco bilau sbb perjuangan x mengikut ajaran almarhum ustaz hanafi. ni mcm perjuangan hangpa nk menjatuhkan org bkn nk menjaga bangsa melayu..semua kena ingat, org yg benar akan dipelihara oelh allah wpun mcm2 dugaan dan fitnah dilempar..sbb persatuan hangpa jadi mcm ni mgkn 2 watak utama tu penah menderhaka kpd guru utama silat cekak sblom ni yg hangpa ckp pemangku aja..siap tabur fitnah, sbb benda tu x betul..pakat la ramai2 pike no...jgn dok gaduh sesama melayu, pasu keja x jalan..sapa yg rugi..bkn apek atau tambi yg rugi..kita yg rugi

Anonymous said...

kalau hang hidup tanpa dugaan,maka berwaspadalah....kalau hang hidup selalu menghadapi dugaan,maka mungkin hang dekat dgan Tuhan...kerana apa?org yang dekat dengan Tuhan ni,Tuhan mahu lihat sejauh manakah pegangan seorang hamba itu padanNYA....pandangan....jadi jikalau Tuhan duga sikit,adlah yang DIA nak tunjukkan.....

Anonymous said...

Ada apek dan tamby yang rugi tu haa..dua org apek duduk area kg baru ngan setia wangsa nu,sorng lagi tambi duduk itu sekitar gombak taman ape nntahhh..wakkakakk

Anonymous said...

insan sedih :

owhhh ko cakap kiteorg bacul sbb taksub,yg korang tu tak nak tunjuk kan kebenaran dan bukti tu hape..?tu nak panggil hape..?ehhh...korang pun taksub gakk...tapi korang taksub ngn abg senior aka mentor...si Nabi Raleeliar, si 3 abdul and dato' k..so mane satu guru korang yg korang taksub..hati2 memilih,nnt korang gaduh sesame guru plak...aha...tak pun guru as-siddiq tu..selamat hari raya...

Anonymous said...

akum semua...
saya tertarik dengan perkataan "play safe" dan taksub..saya mendapati bhawa perkataan di dipergunakan engan meluasnya (terutama perkataan taksub) unutk pengetahuan semua, menyokong guru utama, TIDAK SEMESTINYA TAKSUB. tidak semua yg menyokong guru utama,taksub kepada guru. tapi,saya yakin,insya ALLAH, mereka tkasub kepada kebenaran. saya (secara individu) tidak yakin yg guru utama melakukan perkara sedemikian, kerapa apa? kerana kami ahli ahli biasa ni( yg diwar warkan generasi selepas tahun 2000)dinafikan dengan bukti bukti yg nyata! membaca kronologi di laman web cekakhanafi.com lebih memualkan lagi! terang terangan unutk mengaibkan guru utama! tidak malukah kita jika kita diperlakukan sedemikan rupa? tentang play safe..pada pendapat saya, ramai yg memilih unutk play safe.,saya yakin yg menyokong guru utama ialah orang yg rapat dgn guru utama, yg menentang guru utama,ialh orang yg tidak rapat dengan guru utama.. itu sahaja..yg play safe ni, lebih cenderung untuk melihat kebenaran,itu sahaja..dan kebenaran boleh memihak kepada sesiapa sahaja.. baik,belah guru utama, mahupun yg menentang guru utama..itulah yg dinamakan pihak yg tidak taksub kepada sesiapa..mereka hanya taksub kepada kebenaran..tidak malukah kita,persatuan yg diwar warkan perjuangan yg betul, cekak malaysia tidak betul..tetapi,begini akhirnya..marilah kita bersatu kembali..hidup cekak hanafi!

Anonymous said...

satu perkara yg lebih buat saya tertarik ialah perbandingan guru utama dengan arwah ustaz hanafi..janganlah bandingkan mereka berdua..masing masing ada cara dan gaya mereka sendiri..pokok pangkalnya, semua kena patuhi pihak yg berada diatas..itu shaja..kalaulah..dilantik orang yg baru menjadi guru utama, adakah pihak disana yg menentang guru utama yakin yg guru utama yg baru ni tidak akan mempunyai anak murid yg taksub kepada dia? mustahil!! mana mana pergerakan silat, akan wujud anak murid yg begitu taksub kepada guru mereka..ini normal...tapi harus diingatkan, bukan semua yg taksub, tetapi, lebih kepada mereka MWNGHORMATI GURU mereka...itu sahaja.. sikap taksub ini hanya melibatkan sesetengah individu sahaja dan bukannya semua..ingat itu...arwah ustaz hanafi ini yg mengasaskan pergerakan silat cekak ini, dan normal lah tiada siapa yg menentang beliau, pokok pangkalnya siapa guru utama selaps beliau,hendaklah ahli lama dan baru menghormatinya..itu sahaja.. janganlah fikir "oh,aku orang lama,patut dia hormat kat aku.."(contohlah..)ini sikap yg kena buang? persatuan,pergerakan silat cekak yg lebih penting dan bukannya ego! lupakanlah sikap pihak tertentu yg jika guru utama dilantik, tidak akan ada ahli yg taksub, lupakanlah..saya bersetuju sangat dengan beberapa cadangan yg dikemukan disini...berjumpa sahaja pihak yg bertelagah, itu sahaja..tak puas hati,report polis..banyak blog yg saya baca, berasaskan emosi...kadang kadang lucu juga apa bila membacanya sedangkan terdapat BANYAK PILIHAN lagi untuk menyelesaikan kemelut ini...

Anonymous said...

Golongan Taksub pada individu tertentu (siap ada muka pada badge) yg anggap orang itu adalah maksum boleh merosakkan ummah...

Anonymous said...

taksub & anggap maksum? siapa yg rajin anggap mcm tu? siapa yg putar alam skrg? *belah sana laaa! setakat manipulasi perkataan, tu saja yg hangpa tau..

menjaga amanah konon..siapa yg belum tentu hujung pangkal tapi dah mula canang sana sini melalui sms?? siapa yg dok mulakan? siapa yg memulakan buat panggilan telefon kpd ahli2 tertentu di beberapa cawangan, mula2 nasihat baik..tapi lepas tu terus menghasut di hujungnya...siapa yg dok mula semua tu??

ikut tertib & profesional konon..mana punya sistem yg hanya terima bulat2 akuan sumpah & tak benarkan langsung bersemuka soalbalas dgn pihak yg kata dirinya mangsa (hashimah)..mana punya cara ni??

siapa yg memulakan tak jaga rahsia j/kuasa siasatan/hakiman..sebar sms & email misteri kpd para ahli..siapa yg MULAKAN???

ini ajaran siapa?

Anonymous said...

Bekas Guru Utama mulakan.....

Anonymous said...

( Ambil berkat YM )

1.Dulu....dulula....ada orang bagitau kat aku, ikutlah che mat, sbb apa yang ada pada ustaz, ada pada dia. itu dulu.....harap-harap sekarang masih begitu!Insya-Allah.

2. sapa tadi tuu yang kalut bagi contoh : politik wang/UMNO. - aku ingatkan korang & mana-mana pihak( yg. sokong /bangkang ), ustaz hanafi tak rela silat cekak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.Walaupun itu contoh, BAIK KAMI BUAT CONTOH LAIN / UMUM.Cukuplah kita mnegakkan fakta masing2, jgn sampai AHLI PARTI POLITIK yang disebut tak pasai2 naik angin.satu lagi, nama persatuan lain tak payah lah nak sebutkan juga. Ambil langkah bijaksana.

3. pasai 2 pihak bertelagah sekarang ni dulu ada derhaka pada bekas guru : - tak payah lah kau ni nak sibuk pasai 2 pihak tu derhaka pada GURU,kau pastikan persatuan kau tu aman damai & temui kebenaran sbb skrg. ni, pasai persatuan KAMI !.

4. tak pernah pun aku tengok YM ke majlis ijazah/ majlis rasmi bawa body guard.kalau berjalan diiring sekali-sekala tu ada laa. itu bukan body guard ! agaknya yang iring waktu sambut kedatangan tuu dipanggil body guard . Dangkal sungguh ! kat hotel pun, bajunya digosok sendiri ! ( nak juga aku tlg. gosokkan, tapi bimbang tak pasai2 timbul isu baru.Insya-Allah. ada ruang aku akan buat lain kali kerana aku sayang akan orang yang banyak JASA pada aku.

5. kepada yang sebarkan macam-macam tuduhan, aku tak akan percaya kalau :i. kau org. tak tunjuk BUKTI NYATA- pita rakaman VIDEO.( sila mainkan utk tontonan ).
ii. kau org. ikut langkah YM bersumpah bersaksikan ALLAH, Al-Quran & dengan kalimah sumpah yg. sebenar.
iii. selepas kau org. bersumpah, adakan EGM dengan segera ! Biar perwakilan tentukan arah pergerakan persatuan. Kalau keputusan nanti tidak menggembirakan kamu, BERGANTUNG HATILAH KEPADA ALLAH atas dasar keikhlasan kalimat SUMPAH tersebut.Yang BENAR tetap BENAR. jgn.risau.Kalau YM kalah dlm. EGM nanti, biarlah beliau dirikan rumah baru.masing2 terima. TAPI INGAT, jawatan dlm. persatuan saja pihak yang menang boleh terajui, jawatan NABI - dah tutup, jawatan GURU UTAMA SILAT CEKAK - masih ada PEMEGANG YG. SAH.nak pangku jawatan gurupun, tak ada kekosongan. JADI FIKIR2kanlah apa jawatan nak diwujudkan.

TERIMA KASIH. TAK TUNAI PERMOHONAN AKU, PENDIRIAN AKU- YM PILIHANKU.Apa kata yang samar2, ikut langkah aku ! senag je selesai ikut langkah profesional.

Anonymous said...

(ambil berkat YM )

Pembetulan. ( Rujuk perkara ii- sebelum ini.)
ii. kalau korang tak ikut jejak langkah YM bersumpah bersaksikan ALLAH, Al-Quran, Ahli2 yg. menyokong YM & korang, YM sendiri. dan bersumpahlah atas kalimat sumpah yang sebenar .
- harap maaf-TQ

Anonymous said...

akum..
saya bersetuju dengan anonymous( ambil berkat YM) ni..cadangan yg positive dan bijak bagi saya..kenapa tidak diadakan EGM sahaja.?saya hairan? kalau pihak yg menentang guru utama yakin mereka benar, adakan EGM? kalau enggna adakan EGM, tunjukkan bukti..mudahkan solusinya? tidak perlu pihak yg bertelagah berfikir dengan emosi...maksum? tersenyum saya sebentar apabila memikirkan maksum ni..erm,okaylah guru utama tak maksum, jadi bolehlah saya katakan disini yg MMK maksum..boleh? sebab,saya yakin yg melihat video ni hanyalah orang yg tertentu sahaja dan rata ratanya ahli baru ni yg memihak kepada mereka(menentang guru) tidak melihatnya videonya lagi..yg menghairankan,bagaimana ahli ahli yg menentang guru utama ni yg tidak pernah melihat video itu, benar benar yakin yg guru utama melakukannya? kerana apa? taksub kepada mentor masing masing? TAKSUB kepada mentor masing masing? mentor masing masing MAKSUM? begitu? tentang badge itu, bukannya hendak mengatakan guru utama maksum...tidak, hanay sekadar untuk memberikan sokongan terhadap beliau..itu sahaja..kalau pihak sana(menentang guru) nak buat badge pun apa salahnya..bolehlah kita berkongsi kongsi badge nanti..buat koleksi...:)

Anonymous said...

bosan yg amat bila baca jawapan anonymous 10.01am *bekas guru utama mulakan*

amat tak faham bahasa melayu mudah agaknya..lain yang ditanya, lain yg dijawab..inikah perjuangan yg telus & sejati?

selain itu, sememangnya amat pelik bila pihak sana hanya bersungguh-sungguh utk pastikan YM GU serahkan mandat Guru & step down secara total..kalau begitu yakin ada sokongan utk mereka & kebenaran ada pada mereka..maka:

1. Buatlah pertemuan BERSEMUKA!
2. Buatlah EGM..

setakat nak buat gempak sana sini tu buat apa? kenapa liat sgt & elak sana sini utk buat aturkan supaya BERSEMUKA!! kenapa??

kalau bahasa yg mudah mcm ni pon saja depa nak jawap merepek..mmg sia-sialah usaha semua pihak utk nakkan kebenaran.

Anonymous said...

Apa kata kita minta YM GU kita mengangkat sumpah kepada semua ahli di suatu tempat. Dan di dalam sumpahnya dilafazkan sekiranya beliau benar2 bersalah, beliau sanggup menerima apa jua balasan dari Allah s.w.t sama ada di dunia dan akhirat. Sumpah dibuat di dua belah pihak..iaitu yg menuduh dan yg dituduh. Then kita ramai2 tunaikan solat hajat minta kpd Allah swt tunjukkan kebenaran.
Amacam? ada berani?

Anonymous said...

branniiiii....lagipuunnnn GU dah sumpah dengan menggunakan nama ALLAH dan juga AL-QURAN...GU dah sumpah pkai QURAN yg die tak pernah buat bende2 ni.....

Anonymous said...

Cik Hashimah dah juga bersumpah dgn nama tuhan juga... Oleh itu sumpah lawan sumpah nak adil camna? Tak yah diadili ka? Lawak la kamu nih... Dah sumpah kena senyap membatu ka? Sumpah2 jugak tapi kena juga kamu adili... Badan kehakiman dah adili.. bukti kukoh ada... tgkla nnt sapa kena makan sumpah... Kalau ditakdirkan BEKAS GU nih termakan sumpah yg amat dasyat nih jangan lah kamu nak nafikan pulok yaa.... hehehehe... :D

Anonymous said...

Bangun wahai kawan-kawan ku sekalian. Mari ISLAH dalam Persatuan Silat Cekak Hanafi. Guru Utama perosak persatuan.




Yang Benar,
Ahli Baru Sedar.

Anonymous said...

Pertemuan bersemuka dgn Guru Utama...? Dah buat dah banyak kali maaaa.... tak baca kronologi ka... tapi sang GU nih liat skit nak step down sbb mahu jaga perut dari kamu semua....

Anonymous said...

anonymous mangkuk hayun 1052 <---

awat benak sgt?GU bersumpah bersaksikan MMT di hotel dpalma,ampang tp Tuan Guru Hashimah bersumpah bersaksikan saper?kalu korang yg jadi saksi.....baik tak payah bersumpah sbb sumpah ke tak sumpah ke korang ttp ckap dier si hashimah as-siddiq bersumpah...GU bersumpah bersaksikan kedua2 pihak..pihak yg menyokong dan menentang....so skarang ni paham tak bab sumpah2 ni?..awat benak sgt?

insan sedih

Anonymous said...

okey....maknanye bagi kau Hasyimah dah bersumpah la ye....satu hari nanti korang akan tengok Hasyinah termakan sumpah akibat die telah berbohong juaga bersrta dengan MURIDnya..MANE bukti yang GU telah cabul Hasyimah,bagitau la...!!! mane buktinya....!!!!

Anonymous said...

aku ikut guru sebab ajaran die benar....dan die berkata benar....kalau hangpa nak kata aku taksub kat guru,lagi baguihhh dari taksub kat org lama....INGAT....!!!orang lama adalah ahli biasa yang boleh digunakan 6-6 ke atasnya....tapi GURUUU kau ingat same ke mcm org lama?kalo sama takde la Ustaz pilih sebagai penggantinya.... TN GURU mengajar kita semua sama sebijik dengan ape yg Ustaz ajar...setiap pesan dari GU adalah yang pernah keluar dari mulut Ustaz,jadi pada sesiapa yang memperlekehkannya,maka die memperlekehkan ajaran YM USTAZ HANAFI..!itukah yg dikata sajungan pada Ustaz Hanafi kalau keluarga dan penggantinya dihina!..bagi saya,kalau Ustaz masih hidup dan ada yg menghina keluarganya,saya rasa Ustaz takkan menganggap orang itu sayang kepeda Ustaz...

Anonymous said...

tahniah sekali lagi kepada murid BANGSAT yang telah menghukum GURU yg tak bersalah!

Anonymous said...

Mahu buat EGM? Sebelum EGM pihak MMK perlu juga kempen satu Malaya dulu baru adil kerna orang2 yang tak tahu perlu diberi tahu... Sebab "Guru Utama dah mulakan dahulu" dan telah berkempen sana sini terlebih dahulu satu malaya.... So beri kami masa utl kami kempen pulak ya....

Anonymous said...

Sumpah kalau buat kat mana2 sikit atau ramai saksinya lihat sama jer kerana Tuhan tahu... Umpama kalau hang lafaz cerai atau buat nazar ia akan terlaksana walaupun ko cakap sorang atau saksi ramai...sumpah dgn nama Allah tetap akan berlaku... Wat pa nak sumpah2 nak buat majlis besar2 tul tak? Sapa yg termakan sumpah nnt tau la akibatnya... Fikir2lah jgn jadi benakla...

Anonymous said...

Byk cth cerita Nabi2 ada menunjukkan bahawa ada ahli keluarga nabi atau seudara nabi yang tidak mahu beriman pada agama tauhid yg dibawa nabi tersebut...Cth nabi Nuh...isteri dan anaknya tak mahu ikut ajaran bapanya nabi nuh. Dapat disimpulkan bahawa tak semestinya tak ikut Mad Radzi nih kami tak ikut ajaran Ustaz Hanafi... Bapanya amat berbeza dari die dan die si mad radzi nih jauh beza dari Ustaz Hanafi.... Tak semestinya apa yg kuar dari Mad Radzi adalah dari bapanya... Anak dan Bapa berbeza lah.... Cuma anak kena ingat la dia bawa maruah bapa, keluarga nya... Sendiri dah buat sendiri mahu ingat...

Anonymous said...

Dulu kami pernah taksub pada si mad radzi nih.... tapi setelah lihat terbatalnya status GU beliau kami tak taksub lagi... Kami stop taksub pada dia kerana sifat2 seorang GU dah takda pada dia... dia umpama manusia lidah bercabang dua... Kami juga tidak taksub pada orang lama.... nak taksub pada org lama? buat apa taksub dgn mereka... mereka bukan ada apa2... yang sebenarnya KAMI SEMUA TAKSUB PADA KEBENARAN....

Anonymous said...

mana hang tau dan bgtau mai kat aku yang sifat2 guru sudah tiada padanya....

Anonymous said...

apa yg Ustaz pernah berkata dahulu memang dikatakan balik oleh GU kepada ank muridnye....saya sendiri telah mendengar rakaman ceramah Ustaz...saya meneliti semula apa yg Ustaz katakan memang sama apa yg dikatakan MD RADZI...jadi apabila petua dan cara utk mendapat keberkatan Tuhan telah diajar oleh Ustaz kpd anaknya MD RADZI..jadi apabila kita memperlekaehkan,maka ternyata kita memperlekehkan PETUA USTAZ....

Anonymous said...

Putar alam tuh sifat2 yg terbatal pada seorang guru....

Anonymous said...

Ha korang tgk la Ustaz Hassan Din ka, Harun Din ka, Wan Sohor ka dan bandingkan lah Mad Radzi....takda persamaan langsung....

Kalau Ustaz Hanafi nih dibandingkan dgn nama2 di atas aku sebut tadi ada persamaannya...

Ustaz dan Mad Radzi umpama langit dan bumi... Tak bleh disamakan... JAUHHHHHHH BEZAAAANYAAAAA......

Banding2 lah dgn bijak sana ya....

Anonymous said...

Mad Radzi dan Harimau Belantara ada persamaan jer...

Anonymous said...

mane kau tahu Ustaz dan GU berbeza?setakat baca sejarah beliau,pastu rase pandai,payah...kau xdengar sendiri dari mulut mak teh ke,abg yang ke...ape yg ko tahu tentang Ustaz?pandai sangat..!

Anonymous said...

aku nak tgk dgn mata kepala aku si hashimah as-siddiq bersumpah ngn al-quran...tgk dia sumpah mcm maner..aku rasa dia pon tak berani nak pgg al-quran...sbb die tau risiko bersumpah ngn al-quran...hahaha time tu baru dier tau...dan sume org akan tau sapa yg benar dan sapa yg pemfitnah..sekian

Hidup GU...!!!kami ttp akan menyokong GU...

insan sedih

Anonymous said...

Tahniah wahai insan sedih...anda berani mengatakan kebenaran di pihak Guru...dan ketahuilah yg kebenaran di pihak GU....

Anonymous said...

EH ko si anonymous.... sapa kata Mad Radzi tak setaraf Harun Din... PUNDEKKKKK LAAAAA.....

Anonymous said...

(Ambil Berkat YM )

bab sumpah2 ni, kan elok pemula tuduhan aturkan.oleh sebab YM dah bersumpah disaksikan yg. menyokong & yg. menuduh & penyokong masing2, kan bagus atur pula sumpah utk. penuduh, saksi penuduh,mangsa cabul, kalau ada saksi OKT, elok dibuat sekali. yg. paling penting, jgn. bertangguh, buat laporan polis cepat sikit.

Lagi satu, sapa2 yg. belajar silat cekak yg. berguru akan YM Mohd Radzi, jgn. cepat sgt. ikut mana2 org. lama/ baru, minta bukti dulu, check betul ke tidak, jumpa YM sendiri,+ etc.lepas tuu, timbang2lah elok2 dgn akal yg. waras, fikiran yg. tenang.

Yg. aku buat skrg, jumpa YM sendiri minta penjelasan ( dah dpt ), skrg. aku minta bukti,( tak dpt.2 lagi, byk dalih ), so, bagus aku anggap yg. semua tuduhan adalah fitnah.

Lagi, mana2 penyokong YM, sila gunakan bhs. yg. sopan dlm komen anda. krn. aku bimbang, penuduh buat isu baru pula utk putar modal pusingan yg. dah nak habis.

kpd. yg. urus hal berita ke METro tuu, sila minta METRO laporkan berita yg. nyata ttg. perihal tertuduh, guru silat mana, siapa namanya. senang sikit aku nak buat perkiraan lanjut.

amacam, ada berani kalo gitu !

Anonymous said...

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1427 H
YM TUAN GURU MD RADZI HAJI HANAFI
GURU UTAMA MERANGKAP PRESIDEN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!


Hari Raya Aidil Fitri tiba lagi. InsyaAllah kita semua akan menyambutnya beberapa hari sahaja lagi bersama keluarga tercinta dan sahabat handai. Sebagai umat Islam, kita disyariatkan untuk merayakan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran serta menghiasinya dengan ibadah seperti bertakbir, ziarah menziarahi dan memperbanyakkan sedekah jariah.Bertakbir lah pada malam Hari Raya Aidil Fitri sebagai tanda kita mengingati kebesaran Allah SWT dan diri kita sebagai hamba yang sentiasa tunduk kepada-Nya. Ini selaras dengan firman Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran yang bermaksud, “Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

Junjungan besar kita Rasulullah Muhammad SAW juga bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid” dan daripada Anas r.a. yang bermaksud, ”Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.”

Selain itu, di kesempatan ini, ingin saya menyentuh sedikit tentang kemelut yang berlaku dalam persatuan kita sekarang. Fitnah terhadap saya semakin bermaharajalela, ada yang datang secara terbuka, melalui sms, e-mel, laman web dan blog. Apabila fitnah itu disebarkan menggunakan teknologi maklumat, sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mengetahuinya. Kemunculan blog yang bertujuan untuk mengaibkan saya tumbuh bagaikan cendawan.

Tidak kurang juga blog-blog yang bertujuan untuk mempertahankan saya. Samada menentang atau menyokong saya, kita terpaksa akur pada kenyataan bahawa blog-blog berkenaan menyediakan ruang untuk kita terus berkrisis, bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri. Saya perhatikan, samada menyokong atau menentang, tulisan-tulisan itu lebih cenderung untuk menggunakan bahasa kesat, kotor dan penuh dengan caci maki. Tulisan-tulisan itu dibaca oleh pihak luar dan ini adalah satu perkara yang sungguh memalukan. Nama Silat Cekak Hanafi yang selama ini harum di seluruh negara sudah pun tercemar.

Di luar sana, ramai yang ketawa dan tidak kurang juga yang kesal melihat perpecahan dan permusuhan sesama kita walhal kita adalah ahli sebuah pertubuhan yang memperjuangkan agama dan budaya. Sikap yang ditonjolkan oleh segelintir ahli-ahli itu adalah tidak selaras dengan ajaran Islam yang mana kita maklum bahawa perjuangan pertubuhan kita adalah bertunjangkan kepada kefahaman tauhid yang jitu. Saya tidak berupaya menghalang ahli yang menentang saya agar menghentikan fitnah terhadap saya melalui blog-blog mereka.

Namun, kepada ahli yang menyokong saya, saya nasihati agar semua ahli menghentikan tulisan-tulisan itu dengan segera. Pada dasarnya saudara/i berniat baik iaitu ingin mempertahankan saya. Saya sangat-sangat menghargai usaha murni saudarai/i itu. Namun, pada masa yang sama tindakan kalian itu adalah lebih cenderung untuk mendedahkan onar yang berlaku dalam persatuan. Tindakan itu sama lah seperti yang digambarkan dalam peribahasa Melayu iaitu menepuk air ke dulang, terpercik ke diri sendiri. Sekalipun hanya beberapa individu sahaja yang melakukannya, ia sama lah seperti, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.’

Sekiranya saudara/i menyokong dan menyayangi saya, semua pasti dapat berfikir bahawa tulisan itu sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi lebih memburukkan keadaan. Bagi saya, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah berusaha menyelesaikan krisis ini dengan cara bijaksana dan pada masa yang sama berdoa kepada Allah SWT supaya menunjukkan dengan jelas sejelasnya pihak manakah yang berada di dalam kebatilan. Justeru, saya ingin mengajak diri saya sendiri, isteri saya, anak-anak saya, bonda mak teh dan adik beradik saya serta semua ahli untuk berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar pihak yang berada di dalam kebatilan diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Ini selaras dengan Surah Ali Imran, ayat 61 yang sebahagian daripadanya bermaksud, “.....marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”


Mubahalah bermaksud memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Ayat ini diturunkan kepada nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang berhadapan dengan perwakilan daripada Najran yang beragama Kristian yang enggan mengakui kebenaran nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir. Wakil Najran tetap enggan menerima baginda walaupun baginda berjaya menjawab semua soalan-soalan mereka dengan yakin dan menggunakan bukti-bukti yang terdapat di dalam Surah Ali Imran iaitu surah yang menceritakan tentang nabi Isa A.S. Akhirnya baginda mengajak mereka melakukan mubahalah. Bagaimanapun, wakil Najran tidak berani melakukan mubahalah dengan nabi Muhammad SAW lalu rakyat Najran yang berjumlah 100,000 orang itu kekal dengan kepercayaan Kristian. Begitu lah penyelesaian yang Allah SWT turunkan kepada nabi kita. Sebagai pengikutnya, kita wajar mencontohi tindak-tanduk baginda dalam menyelesaikan apa jua krisis. Kita tidak seharusnya menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang dengan cara yang tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh nabi kita. Mari lah kita sama-sama berusaha menyelesaikannya dengan cara paling berhemah, penuh dengan hikmah serta pada masa yang sama berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.


Akhir kata, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli diseluruh Malaysia,tak lupa juga yang berada di luar negara . Semoga Aidil Fitri pada tahun ini akan menjadi medan untuk ahli ahli sekalian merapatkan silaturahim yang sudah terputus angkara fitnah oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kedudukan saya sebagai guru utama.Sempena bulan yang mulia ini dampingilah kedua orang tua semasa hayat mereka masih ada dan sentiasa berhati-hati dijalanraya.

Saya akhiri dengan maksud takbir, mudah-mudahan semua ahli dapat menghayatinya.


“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Dan bagi Allah jualah segala puji
Allah Maha Besar”


Sekian, wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikum.

MD RADZI HAJI HANAFI
RAMADHAN/SYAWAL 1427 HIJRAH
KUALA LUMPUR, MALAYSIA.