5.10.06

Jasamu ku Kenang

Seronok betul baca tulisan pak-kaduk hari ini.Habis semua jasa NP disenaraikannya,dan habis buruk keluarga Almarhum Ustaz di keluarkannya walaupun lebih 12 dari 10 yang diceritakan tak boleh dipercaya!!

Beristighfar sebentar tadi membaca tulisan pak-kaduk.Buruk benarkah keluarga Almarhum dan HEBAT sangatkah Amruddin?Silap-silap,kalau Almarhum masih hidup dan boleh dihentam,dengan Almarhum sekali turut dihentam dan difitnahnya!Penulisan pak-kaduk tidak lebih dari menyemai kebencian terhadap orang lain,iaitu keluarga Almarhum sendiri termasuk Bonda Mak Teh. Setahu saya,ada lagi satu puak Silat Cekak yang mengagungkan Almarhum Ustaz dan Pemimpin mereka tetapi membuang keluarga Almarhum Ustaz. Kalau dulu kita mengata mereka membuang Keluarga Almarhum,sekarang ini pak-kaduk pun dah melakukan yang sama.

Bila 'abang' diangkat lebih tinggi dari Tuan Guru,beginilah jadinya.Kadang-kadang terfikir juga,selama ini,pak-kaduk berguru dengan siapa?Dengan Tuan Guru kah dengan Naib Presiden?Sebab itulah Naib Presiden dijawat oleh dua penjawat,sebab takut di sangkakan Naib Presiden itu Timbalan Guru Utama.Dan Timbalan Guru Utama boleh (konon-kononnya) mengganti Guru Utama.Tapi dalam kes pak-kaduk nampaknya tak menjadilah sebab pak-kaduk mengangkat NP lebih dari Guru Utama! Kalau nak cerita jasa dan sumbangan,semua ahli ada sumbangan masing-masing.Pak-kaduk pun ada sumbangan sendiri terutamanya dalam keadaaan sekarang untuk meracun pemikiran orang lain.Besar sumbangannya.

Di salam situasi seperti ini,pasti ada yang benar,pasti ada yang palsu.Dan sudah bersediakah pak-kaduk untuk menghadap Tuhan kelak menjawab segala fitnah dan nista yang telah disebarkan?Harap kau kembalilah ke pangkal jalan.Sudah-sudahlah tu.

Kenapa ya,bila pak-kaduk menulis dengan panjang lebar di blognya ini,di big-body guy tiada penulisan atau sikit saja,dan begitulah sebaliknya?Tak punya cukup masa kah nak tulis kedua-dua blog sekali?

3 comments:

Anonymous said...

test

Anonymous said...

salam..

ah~...si pengampu besar tu memang camtuh..ampu aje laa..dasar tukang jilat..jilat laa semua..api-apikan lagi hubungan orang tuh..panaskan lagi keadaan..harapnya hukuman dia pun nanti di api-apikan..dalam neraka jahanam..memang dasar penyebar fitnah..pemecah perpaduan..

salam...

Anonymous said...

kalau mahu tahu penjelasan yang lebih detail,jumpalah GURU sendiri dan tanya sendiri...Ingat..! fitnah adalah permainan dajjal.