5.10.06

Pantang Larang

Semua ahli,sewaktu baru mula ijazah,akan diterangkan mengenai niat dan pantang larang.Guru akan menerangkan kepada kita supaya niat belajar silat bukanlah hendak untuk melakukan kejahatan sebaliknya sebagai langkah persediaan.Selepas itu Guru akan terangkan mengenai pantang-larang yang lima.Semua ahli Silat Cekak Hanafi akan maklum waktu itu.Dan kita bersumpah dengan Pantang-Larang itu.

Tetapi baru-baru ini terdapat 'orang' yang mempertikaikan sumpah Guru dengan Al-Quran semasa mesyuarat MMT 3 Sept lepas.Kononnya sumpah tersebut boleh dipertikaikan.

Kita hairan juga,kenapa yang kononnya mendakwa diri dicabul tidak buat sumpah yang sama.Kenapa ya?Dan benarkah remaja berumur 15-16 tahun tidak tahu menipu?Teringat pula pada filem Tan Sri P.Ramlee "Anakku Sazali".

Berbalik pada pantang-larang.Mungkin 'orang' yang mempertikaikan sumpah dan menghina Guru itu terlupa pada sumpah pantang-larang Silat Cekak.Adakah Guru sekarang bukan lagi Guru?Adakah Tuan Guru kita melatah tidak tentu pasal seperti mantan guru lakukan pada tahun 1993 dahulu?Beliau sebaliknya kelihatan tenang,malah para penyokong turut kagum dengan ketenangan yang dipamerkan beliau.Itulah contoh pemimpin sejati dan sebenar,tetap tenang malah menasihatkan penyokong untuk bersabar.Mengimbau kembali saat-saat bersama Tuan Guru,TIDAK PERNAH beliau mengajar ke arah perkara mungkar atau sifat-sifat tidak baik.Itu pengalaman peribadi dan saya yakin semua ahli pun begitu juga.

Tetapi kita tidak tahu sebab apa "orang" seperti pak-kaduk dan big body guy beriya-iya menghina dan membenci Tuan Guru.Tidakkah "orang" ini sedar yang dicemuh,di caci itu Guru nya sendiri?Jika sudah tidak mahu,isytiharkan saja pada Guru untuk tidak mahu lagi menjadi anak murid.Adab belajar,jika dulu masa hendak belajar tahu beradab,sekarang bila tidak mahu lagi belajar dan berguru,beradab jugalah.Nyatakan pada Guru bahawa tidak lagi mahu menjadi anak murid.Atau memang takut nak berhadapan dengan Guru?Maka diluahkanlah perasaan marah,dendam dan busuk hati itu di dunia maya ini.

Mungkin isu cabul dan lain-lain sekadar dijadikan alasan semata-mata walhal isu-isu yang digunakan tidak sama sekali relevan untuk dibangkitkan.Mengapa tidak dilaporkan saja pada pihak polis bagi keluarga yang mendakwa kononnya dicabul itu?Biar pihak berkuasa selesaikan dan kita lihat siapa yang menangis kelak.Kepada pak-kaduk dan big body guy,henti-hentikanlah sikap buruk kalian(jika "orang" yang berlainan) itu.Di bulan Ramadhan yang mulia dan berkat ibadah puasa yang dijalankan,usahlah menabur fitnah dan mencaci Guru lagi.Semoga Dia membuka hati kalian ke jalan kebenaran.Insya Allah.

39 comments:

Anonymous said...

Anonymous No.3

Maaf sebab dalam komen utk tajuk lain ade redundant, ada masalah ngan network.

Berkaitan dengan kes cabul yang entah betul entah tidak (saya ada pendirian saya sendiri) Macam2 versi saya dengar dan mereka yang menceritakan versi2 tersebut beritahu yang mereka dengar dari mulut YM. Tn Guru Utama sendiri. Versi2 ini berbeza mengikut masa, tarikh dan tempat mereka dengar dari mulut Tn Guru sendiri. Antaranya,

- versi paling awal; tiada sesiapa di rumah tu.

-versi kedua ; ada seorang lelaki di luar kawasan pagar rumah

-versi ketiga; 3 orang lelaki di luar kawasan pagar rumah

-versi keempat; seorang lelaki dalam kawasan luar rumah (dalam kawasan pagar rumah)

-versi kelima; 3 orang lelaki dalam kawasan rumah (dalam kawasan pagar rumah)

-versi keenam; 3 orang lelaki keluar dari pintu rumah.


akhirnya, saya rasa versi kelima yang dipilih untuk diletakkan dalam kronologi silatcekakhanafi.org dan ada tambahan - 3 gelas terpakai di atas meja dalam ruang tamu rumah tu.

Pandangan anda? (kalau boleh nak tau sangat pandangan dr r3mu)

anti_fitnah said...

Anonymous pula bagaimana?tidak mendengar sendiri dari mulut YM Tuan Guru?Saya cadangkan supaya mendengar terus dari mulut beliau,untuk mendapat maklumat yang benar-benar tepat.

Banyak versi terjadi kerana disampaikan melalui orang lain.Dan mungkin berlaku penambahan dan pengurangan dalam setiap yang menyampaikan.

Cuba anonymous kumpulkan 10 orang di dalam satu barisan,dan sampaikan satu cerita pada orang yang paling kanan.Kemudian dengarkan kembali cerita tersebut dari orang yang paling kiri.Saya yakin cerita tersebut akan berubah.

Kita juga dengar banyak versi dari pihak yang menuduh.Saksi pertama kata lain,saksi kedua kata lain..

Anonymous said...

Anonymous No.3


atas alasan dan keadaan saya sendiri;lokasi, kewangan dan jadual yang ketat, saya tiada peluang untuk berjumpa dengan Tuan Guru. Kelemahan saya adalah saya hanya berpeluang untuk tahu apa yang terjadi melalui sumber2 yang amat boleh dipercayai. Kalau mereka menokok tambah, mengurangkan ataupun menipu..maka saya pun tertipu la dan juga maklumat yang saya dapat tidak mencukupi.

Lagipun, tour yang diadakan oleh mana2 pihak (cam Jom Heboh TV3 laa pulak) tiada yang diadakan di sekitar ni.

Anonymous said...

macam bermain telephone berkarat..
bile passing2 berita akan ade la yg berubah2 gara2 tokok tambah kerana terlupa mahupun sedar..
jika saudara tidak berpeluang jumpe dgn YM..jumpa la dgn Pihak YDP cawangan.
dapatkan penjelasan dari beliau =)

-ahli cekak-

Anonymous said...

kita kembali pada pokok pangkalnya...adakah boleh dua orang yang bukan muhrim bersentuhan dan berdua duaan sehingga boleh menimbulkan fitnah...dan skang dah timbul pon fitnah(kalo betul la fitnah)...sebagai seorang guru sepatutnya dia lebih arif...aiyaaaaa

Anonymous said...

saya tak belah sapa-sapa. dulu saya ijazah dgn pak ak. thn 1993 punya kes, saya ikut abg mad. masa kes pak ak dulu, saya tonton video apa yg pak ak ucapkan. before kes ucapan pak ak tu, saya ada attend annual meeting kat rumah persatuan lama jalan daud, tepi corner dekat traffic light yg byk intersections tu (jalan semarak, jln tun razak, jalan pi HKL), skang dah takde rumah kayu tu, tinggal tapak shj. masa meeting tu boleh tengok dgn clear bunga-bunga nak berpecah sgt gayanya. penyokong pak ak beriya-iya nak memegang tampuk persatuan sbb itu cara yg sah dari segi perundangan. pak ak pun sampai tergigil-gigil menahan marah tika & saat bagi ucapan time tu. tahun sblm tu (1992), penyokong pak ak dah cuba dah tp tak berjaya sbb penyokong org-org lama yg skg ni rata-rata dah tak sokong abg mad mmg kuat. jadi saya nak bagitahu, sbb apa saya ikut abg mad sbb saya dah tengok bukti dgn mata kepala.

berbalik semula kpd kes hari ni, kebanyakan bukti adalah secara bertulis (kronologi, surat akuan, minit etc) dan juga sampai menyampai. maklum shjlah, bila ada tulis menulis, mmg tak sah kalau takde masuk/tambah skit-skit pasal emosi & perasaan yg menyebabkan fakta dah jauh tersasar dan fakta dah berubah sifat menjadi alat utk mempengaruhi pemikiran seseorg. tambah lagi dgn alam blog maya ni, mmg byk/ramai yg nak berkata-kata (cannot imagine kalau zaman kes pak ak dulu ada blog mcm ni, sure byk cerita from pak ak punya side).

jadi, setakat tulisan shj pun payah nak buat penilain sbb ada org pandai menulis, ada org tak reti menulis mcm saya ni. apa kata, kita sama-sama tonton video clips yang dikatakan ada dirakamkan semasa siasatan dijalankan. saya menyeru, kedua-dua belah pihak, sila tampilkan imej-imej audio & visual & masing-masing boleh penilaian sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. kita tengok sejauh mana kebenaran dlm kronologis kedua-dua belah pihak.

maaf saya tulis pjg disini sbb saya malas nak bukak blog sendiri. saya byk mende lain yg nak saya tulis tp betul-betul tak berkesempatan utk menulis blog/web utk ulas isu ini secara independent. maaf jugak sbb bahasa kelam kabut saya mmg saya tak structurekan tulisan saya ni. saya cuma nak sampaikan point: tunjukkan video-video tersebut & sama-sama kita tengok. dan lagi, jgn mana-mana pihak nak corner cut, jgn ambik separuh-separuh, kalau nak tunjuk tunjuk semua sekali. ini cabaran saya sbb perkara ini melibatkan maruah, hala tuju dan perpaduan ahli Silat Cekak Hanafi amnya dan ORANG MELAYU ISLAM khususnya. wassalam.

pengamal silat cekak
uk

Anonymous said...

report polis jer senang tuan ^_^
kate ade bukti ade saksi..
tidakkah tindakan sesetengah pihak yg obvious sangat nampak utk kepentingan peribadi lebih dari kepentingan mangsa cabul..
belah pihak abg mat pun bolhe jugak buat saman malu sebab fitnah2 tu menjatuhkan kredibiliti YM sehingga dilucutkan jawatan sebagai Guru Utama secara tidak sah..
majlis ijazah pun x dapat nak jalan..macam mana anak2 melayu nak belajar silat?
sekarang perkara nie dah tersebar luas..knapa tidak direport kepada pihak polis untuk siasatan?
bimbang ade yg akan pecah tembelang?

-ahli cekak-

Anonymous said...

Pecah tembelang...dah pecah dah pun. Member saya, orang dari 'sebelah sana' yang bertanya dan ada juga yang memberi kutukan sinis dan pedas sedangkan member tu tak tahu menahu mengenai hal ni.

"apahal ngan tok guru kau tu? at least tok guru aku buat hal pun dia ngan tuhan je...tok guru kau?"

"hey...kau tak malu ke berguru ngan orang macam tu?"

Mereka ikut perkembangan yang berlaku dalam persatuan kita..mungkin ada yang sedang membaca komen ini.

Fikirkan (ditujukan pada dua2 pihak) apa akan terjadi pada nama Persatuan dan juga nama Tn. Guru Utama kita tu. Saya yang ahli biasa ni pun akan malu kalau orang luar tahu..apatah lagi masuk akhbar. Bukan sahaja Nama Silat Cekak Hanafi jadi kotor, keseluruhan persilat Melayu lain akan tercalar.

Fikirkan (ditujukan pada dua2 pihak juga) ramai adik2 dan pelajar2 Silat Cekak Hanafi yang begitu semangat untuk belajar silat ni dan mereka tak peduli apa yang berlaku dalam persatuan kerana minat pada silat ini. Dan mereka juga tak kisah siapa Guru Utama yang akan mengijazahkan mereka kerana Guru Utama hanya datang ke tempat2 lain (luar lembah klang) paling banyak pun sekali dalam 2 bulan (Kerana jadual beliau yang amat ketat - utk majlis ijazah tempat lain...saya faham). Banyak pelajar2 silat cekak Hanafi di luar sana yg sekarang ni di kelas Potong dan Jatuh. Pelajaran seterusnya tergantung disebabkan tiadanya Majlis Ijazah (lain laa Penyelia kelas diberi green light utk teruskan kelas peringkat seterusnya tanpa Majlis Ijazah - hilang la adat persilatan Cekak Hanafi kalo tu terjadi). Saya pasti ada yang akan menyalahkan pihak MMK mengenai hal ini tetapi jangan lupa pada pihak Guru Utama sekarang ni juga.


- Anonymous No.3 -

Anonymous said...

salam..

Anonymous NO.3, erm..pernah main "telepon buruk" tak?..macam tu laa yang terjadi skarang nih..sebelah sini kata lain..sebelah sana kata lain..yang dengar dari abg. mad DIRECT kata la ni, yang dengar dari MMK kata la ni..nak tanya mana satu, depends laa..cik kata cik dah ada pendirian, so tanya laa pendirian cik tu..kalo ragu-ragu gak, solat istikharah..

pada pendapat saya, abg. mad pergi ke rumah tu kerana ragu-ragu..takut sesuatu yang buruk akan terjadi..maklum laa..hubungan 2 keluarga amat rapat..bak kata 'pepatah', "cegah sebelum parah"..dan sebagai seorang guru, dia buat apa yang patut..

isu nih mulanya ingin diselesaikan secara kekeluargaan..KONONNYA, tak nak dihebohkan kepada orang luar, takut nanti mengaibkan keluarga ustaz hanafi..tapi akhirnya, kronologi tu dihebohkan jugak..oleh sapa?..oleh MMK jugak (yang pada mulanya cakap tanak hebohkan)..siap diedarkan (dokumen PDF) lagi kat laman rasmi persatuan..dah tu, wujudnya pulak blog-blog mencaci-menghina-mengaibkan guru dan ahli keluarga ustaz hanafi..ni semua apa cerita?..kita nilaikan laa sendiri..

'member sebelah sana' tu tau sibuk hal orang aje..hal persatuan sendiri dia tak kisah..pi selidik dulu isu gila kuasa orang atasan tuh..yang dengarnya berebut-rebut time nak ijazahkan orang..banyak lagi isu sebelah sana yang menjatuhkan martabat SILAT CEKAK..usah saya panjangkan..nanti membuka aib!

teringat pula kisah bila mana ada kelas latihan yang menolak kepimpinan GU, tapi bila sampai time majlis ijazah, terkial-kial mencari GU, minta ijazahkan..HaHaHa..kata dah menolak kepimpinan GU, tapi yang dorang pi carik balik GU tu apa hal?..

pada pendapat saya, hal nih semua takkan terjadi kalo MMK dan SUA tak hebohkan kat web..memula, ayat dorang memang manis..tanak kecoh laa..selesai secara kekeluargaan laa..tapi akhirnya, semua dapat malu..persatuan,keluarga ustaz hanafi,silat..semuanya atas tindakan dorang sendiri!!

salam...

Anonymous said...

saya sangat setuju dengan anynomous no. 3..kesian kt budak2 yg tengah belajar tuh..pening lg kepala tenaga2 pengajar..

Anonymous said...

"pada pendapat saya, abg. mad pergi ke rumah tu kerana ragu-ragu..takut sesuatu yang buruk akan terjadi..maklum laa..hubungan 2 keluarga amat rapat..bak kata 'pepatah', "cegah sebelum parah"..dan sebagai seorang guru, dia buat apa yang patut.."

bukankah lebih baik jikalau abg mad telefon shj terus kepada tuan rumah drp memasuki rumah tersebut..abg mad ada mengajar kita tentang adab, so mane adabnya abg mad memasuki rumah rakannya di mana tinggal anak gadis berseorangan dan boleh menimbulkan syak wasangka... kalo betul la abg mad mengamalkan apa yg dia ajar, pasti dia tahu kesan sekiranya dia masuk ke rumah tu

anti_fitnah said...

Kenapa tak di ajukan sendiri pertanyaan anonymous no 3 pd Tuan Guru sendiri?

"atas alasan dan keadaan saya sendiri;lokasi, kewangan dan jadual yang ketat, saya tiada peluang untuk berjumpa dengan Tuan Guru. Kelemahan saya adalah saya hanya berpeluang untuk tahu apa yang terjadi melalui sumber2 yang amat boleh dipercayai. Kalau mereka menokok tambah, mengurangkan ataupun menipu..maka saya pun tertipu la dan juga maklumat yang saya dapat tidak mencukupi.

Lagipun, tour yang diadakan oleh mana2 pihak (cam Jom Heboh TV3 laa pulak) tiada yang diadakan di sekitar ni."

Zaman canggih anonymous no 3,telefon bombit ada,telefon rumah ada..Ini zaman cyber,dan ini melibatkan soal pegangan kita.Soal GURU yang 'mengijazahkan' kita.Kalau benar-benar ingin mencari kebenaran,alasan lokasi,masa,kewangan bukan alasan..

Atau anonymous no 3 memang tidak pernah menyimpan no telefon Tuan Guru sebelum ini?Kerana lebih mengutamakan no telefon "orang-orang yang boleh dipercayai" dari Tuan Guru sendiri?

Kalau nak tunggu tour,susahlah..takkanlah semua benda nak tunggu disuap?

anti_fitnah said...

Tertinggal sedikit..
anonymous no 3 pandai pula memberi pandangan supaya Tuan Guru menelefon tuan rumah sebelum masuk ke rumah dan kononnya mencabul.

Tapi anonymous kenapa pula tidak mahu menelefon sendiri Tuan Guru bertanyakan sendiri FAKTA kes?bukannya 'fakta' atau 'kitab kronologi'.

Anonymous said...

salam..

"pada pendapat saya, abg. mad pergi ke rumah tu kerana ragu-ragu..takut sesuatu yang buruk akan terjadi..maklum laa..hubungan 2 keluarga amat rapat..bak kata 'pepatah', "cegah sebelum parah"..dan sebagai seorang guru, dia buat apa yang patut.."

** bukankah lebih baik jikalau abg mad telefon shj terus kepada tuan rumah drp memasuki rumah tersebut..abg mad ada mengajar kita tentang adab, so mane adabnya abg mad memasuki rumah rakannya di mana tinggal anak gadis berseorangan dan boleh menimbulkan syak wasangka... kalo betul la abg mad mengamalkan apa yg dia ajar, pasti dia tahu kesan sekiranya dia masuk ke rumah tu **

haa..ni lagi satu hal..kadang-kala tindakan kita tu secara spontan..bila saya maksudkan 'suatu yang buruk', maknanya benda yang memang buruk..contoh cam rogol, bunuh, rompak..kalo benda tu terjadi, time abg. mad tengah telepon tuan rumah..apa laa kesudahannya?..takkan nak tunggu anak tuan rumah kena rompak, rogol, bunuh..dan abang. mad hanya 'menjaga adabnya' sebagai sorang guru..fikir-fikirkan laa..takkan 'adab' itu lebih penting dari 'nyawa'??..

salam...

Anonymous said...

Pada pendapat saya, repot polis adalah jalan yang terbaik, biar polis yang tentukan. Ada kes atau tidak, sekiranya tak de kes maka selamatlah kita dan MMK semua mesti terima Tn Guru sebagai Guru Utama. Kalau dia kena tuduh dan sabit kesalahan barulah kita amik tindakan dan tolak kepimpinan dia. Ini tak, MMK pun satu, buat jawatankuasa siasatan, jawatankuasa hukuman, atas dasar apa? mereka ni tau tak procedure sebenar nak buat Domestic Inquiry. Tiba-tiba je keluar keputusan tolak Tn Guru.

Anonymous said...

pada pendapat saya tak guna kita bincangkan lagi pasal tuduhan, fitnah, konspirasi dan sebagainya, kalau rasa nak maklumat tepat teruslah jumpa individu yang berkenaan samada pihak sebelah SANA atau sebelah SINI dan dengar cerita kedua-dua belah pihak. Kalau susah sangat tulis kpd private emel.

Anonymous said...

in response to nizarmohdnor:

takkan MMK tak arif procedure buat domestic inquiry. bukannya takde legal expert dlm MMK.

saya memang sokong kes ni kena bawak kpd pihak polis & bpr. apa kita nak malukan lagi?? semua cerita ceriti dah tersebar ke seluruh dunia (bukan setakat kat malaysia je). org melayu kena bangun & buat yg sehabis baik demi keutuhan ORG MELAYU!! cukuplah org melayu dah byk berpecah baik dari segi politik maupun persilatan. malulah tengok bangsa penjajah kita yg saya tengok lebih bersatu & lebih berakal w/pun pernah berhati binatang sbb pernah menjajah negara kita.

pengamal silat cekak
uk

Anonymous said...

'kita kembali pada pokok pangkalnya...adakah boleh dua orang yang bukan muhrim bersentuhan dan berdua duaan sehingga boleh menimbulkan fitnah...dan skang dah timbul pon fitnah(kalo betul la fitnah)...sebagai seorang guru sepatutnya dia lebih arif...aiyaaaaa'

jawab dulu soalan ini...jangan anggap ia remeh sebab title 'guru utama'...sepatutnya siasat dari luar dahulu...ini tidak dapat jer green light terus masuk,siap picit kepala anak dara orang lg,bestnya...apa yang buat abng mad nampak kecemasan sangat...dia kata nampak 3 orang lelaki di luar,patutnya soal dahulu 3 lelaki tersebut...kalau x puas hati baru masuk ke dalam untuk memeriksa...jika di dapati hasyimah sudah ok,segeralah beredar...x payah la dok gatai nak urut kepala kalo takut kene fitnah...berani buat berani tanggungla

Anonymous said...

tuan guru pun mengaku masuk dan MEMICIT KEPALA Hashimah.kemudian hashimah menarik tangan tn guru ke buah dadanya dan tn guru mengaku semua ini berlaku.ini ditulis dalam dokumen yang diedarkan di majlis penerangan di pusat damansara.

Persoalannya kenapa tn guru tidak menepis tangan hashimah dari awal.kenapa nak tunggu sampai ke buah dada baru nak tarik tangan.

Anonymous said...

Kenapa MMK tak nasihatkan ASNAWI buat laporan polis? Apa sebabnya? Asnawi ni takut nak buat laporan polis ke? Kalau takut kenapa? atau memang dia pun tak sure GU buat benda-benda yang tak senonoh tu. Sebab kalau buat laporan palsu pun boleh kena dakwa...

Anonymous said...

dengarnya laporan polis telah pun di buat...tp tak tau betul atau x

bercakap mengenai saksi,ada ke pesalah memanggil saksi untuk melihatnya mebuat kesalahan...contoh kes rogol dalam semak,sape yang nak jadi saksi...ada la kot saksi macam ular,nyamuk dan binatang2 yang lain...kalo binatang tu boleh bercakap,alhamdulillah senang cerita...sebab tu siasatan di lakukan berdasar kan keterangan dan fakta

kalo dah tau diri tidak salah,insayaAllah Allah akan tolong...x yah la duk kalut buat majlis penerangan la,ckp silat ni silat keluaraga la (siap suruh muntah balik yang x tahan tu),undi diri sendiri x bersalah la(lawak lak aku dengar),pastu kumpul kroni ramai2 buat roadshow...nampak sangat dah x tentu arah...satu lagi tidak payahla cerita aib orang lain...ini tidak di ceritakan semua peribadi buruk hashimah yang di katakan miang lelaki,gadis liar,siapa tidak kenal perangai hashimah...erm,hilang hormat aku kat abng mad...patutnya sebagai guru utama yang di hormati kerana 'ilmu agamanya', dia lebih bersikap tenang sebab dah tau diri x salah(agaknya la)

Anonymous said...

Saya rasa laporan polis belum lagi di buat. Sebabnya kalau dah buat laporan polis dah pasti hashimah akan dipanggil untuk siastan. Selaindrp itu, ahli MMK pun kena panggil, bapak dia pun kena panggil, nak dia pun kena panggil. Semuanni tak berlaku lagi.

Anonymous said...

abg mad pun kena panggil.rasa-rasa keluar paper tak..

Anonymous said...

Sepanjang saya ikuti konflik dalam persatuan Silat Cekak Hanafi ini.

Inilah yang dapat saya beri pandangan.

1. Jika pihak keluarga Hashimah, yakin berlaku pencabulan oleh GU terhadap mereka, maka eloklah dibuat laporan polis supaya siasatan dapat dilakukan. Eloklah dibicarakan di mahkamah secara adil. Nanti kita lihatlah siapa yang salah siapa yang benar? Kalau terbukti GU salah, sudah tentu undang undang negara kita akan menghukum beliau kan? Saya memang menunggu hari tersebut untuk meyaksikan KEBENARAN.

2. Saya ada terbaca pasal usul Mesyuarat Agung Luarbiasa...tapi ditolak oleh MMK, saya rasa kalau MMK yakin mereka 100% di landasan KEBENARAN maka ikut saja permintaan itu, ini merupakan satu platform terbaik mereka menjelaskan kepada ahli. Seseorang yang berada dilandasan KEBENARAN sepatutnya TIDAK TAKUT kepada apa jua rintangan kan? Adakan kan arwah Ustaz Hanafi berpesan sebegini.

3. Saya dapati soal tuduh menuduh ni dah melalut laut sampai kepada berkait cerita cerita lain seolah olah ada sesuatu yang telah dipendamkam oleh segelintir ahli selama ini. Cuma menanti tikanya sahaja. Macam lepas geram sahaja.

4. Saya perhatikan tuduhan terhadap GU dah macam kes ANWAR IBRAHIM dah..daripada tuduhan berunsur seksual, kemudian kronisme kemudian nepotisme, ada pula barang bukti tompokan air mani pada kain putih, GU utama dilancap oleh anak murid dalam kereta...

5. Akhir kata, berbalah di alam maya tiada jalan penyelesaian, saya lebih suka pada perkara 1 di atas.

Agar pihak keluarga Hashimah SEGERA membuat laporan polis.

Sekian

anti_fitnah said...

Terima kasih anonymous.Saya pun lebih suka jika perkara ini tidak dibincangkan di ruang maya ini,tetapi tujuan kita semata-mata untuk menunjukkan sokongan kepada Tuan Guru yang dikasihi dengan mencantas fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau dalam pak-kaduk,big-body guy dan seangkatan.Diharapkan mereka terkesima dengan hujah dan fakta dari pihak penyokong Guru yang mereka panggil 'juak-juak' ini.

Anonymous said...

mana hujah2 dan fakta2 yang boleh buat terkesima ni...dok putar belit boleh la...ha3

Anonymous said...

3 quotes from antifitnah:

"Anonymous pula bagaimana?tidak mendengar sendiri dari mulut YM Tuan Guru?Saya cadangkan supaya mendengar terus dari mulut beliau,untuk mendapat maklumat yang benar-benar tepat."

"Kenapa tak di ajukan sendiri pertanyaan anonymous no 3 pd Tuan Guru sendiri?"

"Tapi anonymous kenapa pula tidak mahu menelefon sendiri Tuan Guru bertanyakan sendiri FAKTA kes?bukannya 'fakta' atau 'kitab kronologi'."
------------------

Napaknya saudara antifitnah ini beriya-iya sungguh untk meminta mereka yg masih belum mendengar penjelasan daripada GU untuk pergi sendiri bertanya GU.

Soalan saya ialah:
Sudahkah antifitnah mendengar penjelasan daripada mulut Hashimah (atau keluarganya) sendiri?

Jika ya, maka saya menghormati saudara kerana membuat keputusan setelah mendengar penjelasan daripada kedua2 belah pihak. Tahniah saya ucapkan.

Jika belum..
(sunyi sepi.. seekor gagak terbang di angkasa dan berbunyi: "Ahoo~~ Ahoo~~!!")

Sekadar ingin tahu.

anti_fitnah said...

Bukankah Hasyimah disorok oleh kedua-dua ibu bapanya dari memberi keterangan?Atau mungkin setan tak tau?

Baik,saya ingin dengar sendiri dari mulut Hasyimah,boleh Tuan aturkan?Banyak sekali perkara yang ingin dijerat kepadanya.Dan yang paling penting ingin ditanya,kenapa saudari hasyimah dan keluarga tidak laporkan sahaja pada polis?Konon untuk menjaga aib persatuan dan pergerakan,tapi lihatlah,apa sudah berlaku sekarang?

Bagaimana dengan setan sendiri?Sudah berjumpakah kedua-dua pihak?Jika satu pun tak jumpa,tahniah saya ucapkan.Setan lagi hebat membuat keputusan.

Hubungi saya di anti_fitnah@yahoo.com

Anonymous said...

Saya 50-50. Dalam kes2 sebegini, saya hanya percaya kepada polis. Untuk isu ini, saya lebih suka melihatnya sebagai satu hiburan untuk melihat telatah2 manusia yang bercakaran sesama sendiri. Memang itulah yang saya mahukan (maklumlah, syaitan).

HAHAHAHAH!!

Ya, saya memang hebat dalam membuat keputusan. Menangguk di air keruh lebih mudah. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Anda bila lagi mahu jadi hebat sebegini?

:)

anti_fitnah said...

Tafsiran hebat kita berbeza-beza.Tahniah saudara setan berani mengaku 50-50.Dalam soal Guru,usahlah ada percentage,sebaliknya biarlah 100% atau 200%.

Saya menyeru Saudara Setan untuk tetapkan pendirian.Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati.Ini soal Guru,bukan semata-mata Guru Silat sahaja..

Anonymous said...

Ya saya pasti ramai diantara kita yang ingin mendengar daripada kedua dua belah pihak tetapi

senangkah setiap aripada kita pergi berjumpa GU untuk mendengar penjelasan kerana GU juga menpunyai urusan lain untuk diselesaikan.

senangkah juga kita hendak berjumpa Hasyimah utnuk mendengar penjelasan sebab beliau juga ada urusan lain untu diselesaika. Dia pelajar kan? Mesti banyak kerja rumah cikgu bagi tu.

rumit rasanya setiap daripada kita ingin berbuat begitu.

rumit rasanya GU dan hasyimah utk memberi peneranga kepada setiap individu yang dantang berjumpa mereka pada masa yang berlainan.

Maka;

lebih mudah bagi ahli mendengar penjelasan 2 2 pihak di satu tempat masa yang sama iaitu MAHKAMAH.

Saya amat menunggu LAPORAN POLIS dibuat oleh keluarga hashimah atau Hasyimah sendiri sebab sudah pasti akan disiasat dan dibicarakan jika perlu.

Dalam kes ni, yang kena tuduh adalah GU maka yang menuduh hendaklah memulakan langkah dulu BUAT LAPORAN POLIS kan?

Bila eh?

anti_fitnah said...

Itulah yang kita tunggu-tunggu..Bila waktunya?

Allahualam..Semoga di buka pintu hati mereka untuk BERANI membuat laporan polis.

Anonymous said...

tak boleh ke third party buat laporan polis? alasan third party buat laporan sbb third party ada baca byk dokumen yang mengatakan adanya tuduhan mencabul dilakukan oleh si polan ketas si polan. tambahan lagi dokumen yg dibaca ada kredibiliti kerana dokumen-dokuemen (i.e., kronologis) ditulis atas nama persatuan.

yelah, nak tunggu sikenaraba buat report polis ntahkan bila, so baik 3rd party je yg buat laporan. tujuan: bila ada laporan, maka polis ada sebab dan musabab utk menyiasat & mendakwa jika ada kes. baru best mcm ni, segala tuduhan yg domestic inquiry kaji tu dibuat mengikut lunas undang-undang sebenar. kalau lepas tu mahkamah kata abg mad takde salah, so takkan kita nak buang abg mad pulak? tp kalau mahkamah kata abg mad bersalah, bersediakah kita nak tolak abg mad?

pengamal silat cekak
uk

Anonymous said...

untuk maharaja syaitan puaka....50-50 dikatakan bijak?payah sungguh kalo rase diri sendiri hebat ni..payah..

Anonymous said...

untuk maharaja syaitan puaka....50-50 dikatakan bijak?payah sungguh kalo rase diri sendiri hebat ni..payah..

Anonymous said...

pihak hasyimah nk report polis?mana dorg berni.bukti takda.saksi takda.kalo btul nk buat,dari dulu lagi dh buat dah..sbnarnya hubungan kluarga ASNAWI AHMAD dan keluarga MD RADZI sungguh rapat dan boleh dikatakan seperti keluarga sendiri tapi cuma tiada pertalian darah saja...jadi bila dah terlalu rapat,rumah asnawi selalu dikunjungi,dan sudah percaya satu sama lain da saya rasa tiada masalah jika GU masuk ke rumah Asnawi kerana curiga...kalau GU nk buat x senonoh,kenapa mesti buat kat anak member yang dah macam keluarga...

Anonymous said...

fikirlah sendiri kenapa GU tak mahu buat report...kalu boleh GU nk benda ni setel secara dalaman saja...tapi ada baruah2 yang langgar perjanjian dan canang crita ini merata...kalo buat repot pun,kalo kite menang dorg akan tetap x puas ati....jadi,biarlah...biar mereka berseronok dulu..sampai masa HANCULAH PUAK PUAK NI...!!!

Anonymous said...

kepada saudara anti_fitnah..saya adalah JUAK MD RADHI..saya ingin berchatting dgn saudara didldm blog ini mengenai kejadian di hukm..

Anonymous said...

siapa saudara anti fitnah...saya ingin bicara bersama anda...