13.10.06

Salasilah Perguruan

Terima kasih kepada semua rakan-rakan setia di pihak Tuan Guru kerana sudi membantu saya menangkis hujah-hujah karut yang dikomen oleh puak-puak penentang Guru.Terima kasih dan tahniah juga saya uacapkan kepada puak-puak penentang Guru yang sudi memberikan komen, dan seterusnya mendedahkan lagi kekalutan kalian.

Kepada semua pelayar blog anti-fitnah ini,terima kasih saya ucapkan atas kesudian anda mencari maklumat sebenar yang lain dari disampaikan oleh blog dan website puak-puak penentang.

Nampaknya pak-kaduk,si badan besar dan puak-puak penentang semakin tertekan dan buntu mencari idea untuk memutar alam lagi.Pak-kaduk sudah dua hari bercuti bekerja keras memikirkan fitnah-fitnah yang hendak direka.Jenuh mereka memikirkan point-point penting untuk "diputarkan".Bagaimana pula dengan strategis-strategis puak penentang?Si Ram Ar misalnya.Tapi kebanyakan dari mereka ini sekadar mengikut-mengikut sahaja,macam taklid jugalah.Tapi taklid pada imam mentor.Dengar dan percaya.Di suap,tak kunyah terus telan.Dan sekarang ini semua tengah senak dan sakit perut.

Mari kita lihatkan kembali salasilah perguruan Silat Cekak.

Panglima Ismail
Guru
Panglima Tok Rashid
Guru
Encik Yahya bin Said
Pemegang Amanah
YM Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad
Guru / Pemimpin Agung
Tn Hj Ishak Bin Itam
Pemangku
YM Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi
Guru Utama Sekarang/Semasa
Salasilah inilah yang kita dengar dan diajar semasa kita baru-baru hendak mengenal Silat Cekak.Salasilah inilah yang kita pegang untuk menangkis serangan dari Ahli-ahli Kalimah dan Cekak Malaysia.Dan Salasilah inilah yang kita sampaikan apabila ada orang bertanya atau semasa Majlis Penerangan.Salasilah inilah,yang kita pegang setiap kali berlaku kemelut dari sejak zaman Long Bersaudara bersama Pak Ya,zaman "ustad" Ak dan kini zaman "Dajjal" (maaf kerana saya masih belum jelas siapa Mastermind di sebalik konspirasi ini).Dan sejarah telah membuktikan,pihak Guru akan menang dan terus maju ke hadapan meninggalkan mereka yang "tertinggal".Kita semua maklum tentang hal ini.Malah kita dengan berani dan yakin melaungkan kebenaran terhadap sesiapapun sebelum berlaku isu fitnah ini.Dua kemelut sebelum ini berlaku antara Guru semasa dengan bekas Guru.Tetapi kemelut kali ini agak berbeza kerana yang menentang tidak mempunyai "guru" dan yang ditentang masih lagi Guru yang sah.
Kita tidak tahu apa kesudahannya kemelut ini.Kita terdengar puak-puak penentang sudah mula melupakan salasilah perguruan.Sudah mula mengatakan salasilah perguruan tidak penting.Mana boleh tidak penting.Kerana salasilah perguruan
lah yang menentukan pihak yang benar.Kerana salasilah perguruanlah ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.
Si badan besar mengatakan "Kita bersilat kerana Allah swt bukan kerana silat. Bukan kerana guru.." dan mengatakan "Jika benar kita sayangkan Silat Cekak sebagaimana yang dikehendaki oleh Ustaz Hanafi maka kita mesti melahirkan pendirian.."
Mungkin si badan besar sudah lupa pantun yang dikarang sendiri oleh Almarhum
Taat ke Guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika derhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat
Yang ditentang sekarang ini adalah Guru mereka sendiri.Guru yang sepatutnya dibela apabila difitnah,sebaliknya mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Guru.Apakah sikap ini?Bukankah Tuan Guru Md Radzi adalah pilihan Almarhum sendiri?Jika mereka mengagungkan Almarhum,tetapi menentang pilihan Almarhum,apa ertinya perjuangan yang dilaung-laungkan?Jika diimbas pada sejarah,adakah Almarhum menamakan pengganti beliau selain dari Tuan Guru Md Radzi?Kita imbas kembali apa kata-kata Almarhum pada ahli-ahli waktu itu sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.Apa yang disampaikan kepada Almarhum kepada Cikgu Rauhi?Apakah Almarhum silap membuat keputusan menamakan pengganti?TIDAK,kerana pengganti Almarhum memang Insan yang paling layak dan paling tepat!Jangan ada yang komen tentang Pak Ak dalam isu ini kerana hendaklah jelas,Pak Ak hanyalah pemangku dan beliau yang menuntut hak perguruan sebagai pemangku.Maka sebab itulah ditubuhkan MMT,untuk mengkaji tuntutan Pak Ak pada waktu itu.Almarhum bukan menamakan Pak Ak sebagai pengganti sebaliknya sebagai pemangku.Itu pun berdasarkan kata-kata Pak Ak.
Jadi apa ertinya mengagungkan Almarhum,tetapi menolak pilihan Almarhum?Sebab itulah puak-puak penentang kehabisan idea sehingga terpaksa "menerima" situasi mereka yang tidak berguru seadanya.Apa gunanya ilmu jika tidak beroleh keberkatan?Hayati dan fahami sebaik-baiknya pantun karangan Almarhum itu.
Apakah benar dakwaan ahli yang menghantar surat pertuduhan dahulu?Kita masih waras memikirkannya.Cuba dikaji pengalaman kita bersama Tuan Guru.Adakah beliau mengajar ke arah kesesatan?Adakah beliau mengajar kita berbuat jahat dan ilmu yang meragukan?Adakah beliau sebelum ini memang terkenal dengan sikap tidak baik?Seorang yang mempunyai sikap tidak baik,kaki perempuan misalnya, tidak akan menunjukkan belang di usia 45 tahun.Sikap tersebut biasanya akan ditunjukkan seawal di usia muda lagi.Adakah Tuan Guru menunjukkan sikap tidak baik dari dahulu sebelum menjadi Guru lagi?Cubalah dirisik pada rakan-rakan yang rapat dengan beliau,rakan-rakan sekolah beliau atau rakan-rakan yang pernah tinggal serumah dengan beliau.Apakah Tuan Guru playboy di usia mudanya?
Mungkin selepas ini,pihak-pihak penentang memiliki salasilah perguruan seperti berikut:
Panglima Ismail
Guru

Panglima Tok Rashid
Guru

Encik Yahya bin Said
Pemegang Amanah

YM Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad
Guru / Pemimpin Agung

Tn Hj Ishak Bin Itam
Pemangku

YM Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi
Guru Utama Sekarang/Semasa
MMK menentukan "Guru" melalui kiraan undi.Pengundian juga dibuka melalui perkhidmatan sms 33733.MMK akan menentukan 20% keputusan dan selebihnya bergantung pada undi sms.Caj RM 1.00 dikenakan bagi setiap mesej yang diterima.Individu di bawah umur 18 tahun hendaklah meminta kebenaran ibu bapa.Bukan ahli juga boleh turut mengundi.
Pada pendapat saya,mereka yang menentang ini terdiri dari tiga kategori.Pertama,yang tidak benar-benar rapat dengan Tuan Guru.Mereka yang terdiri dari kalangan ahli-ahli zaman Almarhum.Dalam erti kata lain,yang susah hendak menganggap dan menerima Tuan Guru sebagai Guru mereka atas faktor umur, mungkin.Kedua,mereka yang terpengaruh dengan kategori yang pertama walaupun mereka agak rapat dengan Tuan Guru.Mereka sering bersama Tuan Guru tetapi kepercayaan mereka kepada Guru terbatas malah lebih mempercayai orang-orang kategori pertama dari Tuan Guru sendiri.Ketiga,mereka yang mengikut-ikut kategori Pertama dan Kedua tanpa berfikir dan atas dasar lebih mempercayai orang lain dari Guru sendiri.Mereka berpegang pada teori "tidak mungkin orang lama dan orang yang rapat berbohong atau berbuat silap".Maka mereka memperjudikan pegangan mereka kepada kategori pertama dan kedua.
Kepada puak-puak penentang,di kategori manakah anda berada?Fikir-fikirkanlah.Renungkan kembali apa yang telah dilakukan.Hayati pantun Almarhum.Apakah kalian benar-benar dan sungguh-sungguh YAKIN kalian di pihak benar?Memetik sabda Nabi s.a.w, " ulama (orang berilmu) pewaris Nabi".Di dalam pergerakan kita,siapakah yang paling layak dikatakan orang berilmu tersebut?Gurulah jawapannya.Bukan orang lama,bukan Presiden,bukan NP,bukan SUA,bukan bendahari,bukan SU LPT,bukan KPS,bukan MMT,bukan MMK.Insaflah,bersama-sama kita kembali ke jalan yang benar.Guru yang kita kasihi tidak selayaknya diperlakukan sebegitu.Rakan-rakan seperjuangan juga tidak patut menerima layanan buruk dan hasutan dari kalian.Sementara masa masih ada,sementara nyawa masih melekat di badan,sementara belum bertindak lebih jauh..Insaflah..

10 comments:

Anonymous said...

walaupun MMT badan yg mengishtiharkan Guru,tetapi MMT tidak boleh langsung untuk menetapkan pengganti Guru....yang boleh menetapkan siapa guru selepasnya hanyalah Guru yang sebelumnya....maknanya sekarang hanya TUAN GURU yang boleh menetapkan siapa penggantinya dan MMT hanya badan yang mengisytiharkan sahaja....kalau dulu maknanya USTAZlah menetapkan penggantinya dan MMT hanya mengisytiharkan sahaja....ini silat cekak punya cara.... harap jelas....

Anonymous said...

Siapakah 3 Abdul yang tuan maksudkan?

Anonymous said...

terlalu sulit untuk diberitahu...kang timbul fitnah lain pule kang...

Anonymous said...

terlalu sulit untuk diberitahu...kang timbul fitnah lain pule kang...

Anonymous said...

Kepada langau-langau yang mengikut ekor gajah.. Bila beruk sebut undi, cepat-cepat angkat tangan.. mulakan undi secara tertutup @ pondan

Anonymous said...

PUak2 penentang dah makin kalut nampaknya....maka dengan kekalutan dan selepas ini akan buat tindakan yang teramat boooodddooooohhhh....ade sape2 kat sini bersekongkol ngan puak penentang?aku nak smpaikan peasan.....aku x taaaaakkkuuuut ngaaan hannng dannn gengggg kooooorrrrannnng yaaangg kooonoooonnya diii pihhakkk benarrr.....

Anonymous said...

PUak2 penentang dah makin kalut nampaknya....maka dengan kekalutan dan selepas ini akan buat tindakan yang teramat boooodddooooohhhh....ade sape2 kat sini bersekongkol ngan puak penentang?aku nak smpaikan peasan.....aku x taaaaakkkuuuut ngaaan hannng dannn gengggg kooooorrrrannnng yaaangg kooonoooonnya diii pihhakkk benarrr.....

Anonymous said...

ingat pesan encik juak md radhi -

"dia x taaaaakkkuuuut ngaaan hannng dannn gengggg kooooorrrrannnng yaaangg kooonoooonnya diii pihhakkk benarrr....."


hehehehhe...

eh....silap gelak..

sepatutnya...

hhhhhhhhhhhhheeeeeeeeeehhhhhhhhheeeeeeeeehhhhhhhhheeeeeeeehhheeeee.... (cam ngilai lak pulak)






salam 25 Ramadan 1427

Anonymous said...

silap lak...

pesanan sebenar

- aku x taaaaakkkuuuut ngaaan hannng dannn gengggg kooooorrrrannnng yaaangg kooonoooonnya diii pihhakkk benarrr.....

Anonymous said...

jom la kite test sape yg benar...