1.11.06

Tag Team Kaduk dan Badan Besar

Kalau kita tengok hari ini,dua-dua pak-kaduk dan si badan besar diupdate.Mungkin teori saya yang menyangkakan mereka ini 'orang' yang sama tidak berapa tepat.Mungkin juga ya,saya pun kurang pasti.

Bila pak-kaduk dedahkan e-mail?Saya tidak dapat pun?Ke pak-kaduk hanya BERANI dedahkan e-mail pada puak-puak komunis sahaja?Janganlah begitu pak-kaduk.Kalau berani cakap pasal BERANI,biar betul-betul BERANI.Takkanlah nak dedahkan e-mail pun takut,kemudian kata menerima respon dari orang ramai?Atau pak-kaduk nak saya dedahkan e-mail pak-kaduk?Apa ya..Oh,ya baru teringat.Biar saya yang tolong dedahkan ya pak-kaduk?

obeyone1@yahoo.com

Kalau salah tolong betulkan ya pak-kaduk?

Janganlah sibuk mengata Tuan Guru pengecut,kalau diri sendiri tu yang sebenarnya PENAKUT.Kalau setakat jumpa Tuan Guru tanya pasal penyakit buasir,tidak payahlah nak mengaku BERANI!

Masa mesyuarat MMT lepas,bila pula Tuan Guru menggunakan Bonda beliau.Bonda beliau berdiri dan bersuara atas tiket diri sendiri selaku orang yang paling rapat sekali dengan Almarhum.Tuan Guru menggunakan kuota diri beliau sendiri untuk 'menembak' puak-puak penentang.Tapi kenapa mereka tidak berani 'lawan' pun waktu itu?Jangan kata Tuan Guru,Bonda Mak Teh pun mereka tidak mampu 'lawan'.Maknanya sekarang,siapa yang sebenar-benarnya PENAKUT?

Sebut pasal duit,inilah penyakit dan sindrom yang melanda kalangan puak-puak penentang.Mereka mempertikaikan kekukuhan ekonomi Tuan Guru.Mereka pertikaikan kelayakan Tuan Guru.Hatta sanggup mengatakan "Setakat SPM je mana layak pakai Mercedes"! Itulah dia yang melanda perut dan benak puak-puak penentang sekarang.Mereka tidak boleh terima Tuan Guru yang mereka anggap tidak layak,mendapat kesenangan yang sedia ada sekarang ini.Maka diungkitlah semua cerita yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya.Buktinya ditulis sendiri oleh pak-kaduk.Dengan jelas.Nampakkan betapa busuknya hati puak-puak penentang ini?

Setakat yang saya tahu,rumah yang dibeli oleh Tuan Guru masih pun belum boleh diduduki lagi!Bukan Tuan Guru sahaja yang tidak boleh duduk,memang semua pembeli pun belum dapat kunci lagi!Macammana pula boleh timbul isu sudah disewakan?(Saya memang kerap ke Johor,dan memang setakat raya ini,kediaman tersebut masih belum boleh didiami lagi) Janganlah buat cerita pak-kaduk.Tak habis-habis hendak menabur fitnah.

Cuba difikirkan,jika benar Tuan Guru mata duitan.Contoh yang paling mudah boleh diberikan.Seperti yang kita maklum,Tuan Guru telah empat kali pergi menunaikan umrah.Dan sejak itu jugalah,ramai ahli kita yang mula mengenal Kayu Koka termasuk saya sendiri.Contoh mudah kalau Tuan Guru mata duitan,setiap Koka yang dikirim di kenakan caj untuk diri Beliau.Misalnya satu tasbih Tuan Guru caj upah 10 Riyal,kalau 50 kiriman,tak mudah nak kaya?Tapi adakah Tuan Guru buat macam itu?Beliau siap tolong pilihkan,mana yang asli dan berkualiti,bukannya nak ucap terima kasih,balik Malaysia lawan pula!Cuba kita fikirkan.Mudah bagi Insan yang berkedudukan tinggi seperti Tuan Guru hendak mengambil kesempatan.Tetapi adakan sikap Beliau sebegitu?

Bagi mereka yang pernah terlibat dengan penganjuran majlis ilmu seperti Kursus Solat,adakah Tuan Guru mengambil upah atas apa yang diajarkan Beliau?(Saya sendiri pernah terlibat) Bukan Beliau yang ambil upah,sebaliknya penganjur (puak-puak penentang) pula yang sapu!Buat program di rumah,tetapi kutip yuran sampai RM100.Duit mana pergi?Tanya MAK BUDAK 16 tahun tu apa cerita.Peliklah kalau nak kata Tuan Guru mata duitan.Kalau betul pun Tuan Guru senang,apa busuk hati na pak-kaduk nak pertikaikan.Itukan rezeki Beliau.Itukan ketentuan-NYA.Apa boleh buat,hati dah busuk,macam-macamlah yang tidak kena.Busuk punya kaki!

Cuba kita perhatikan dengan teliti.Pak-kaduk sendiri dengan rela hati mendedahkan sendiri nama-nama puak penentang rakan 'seperjuangannya'.Mereka inilah yang bila membantu Tuan Guru,tidak timbul sifat ikhlas.Mereka inilah yang di dalam hati tersemat sifat-sifat mazmumah pada Tuan Guru.Sejak dari dulu lagi sebenarnya.Maka sekarang ini diceritakan semua jasa dan bantuan mereka pada Tuan Guru.Hei macha,orang lain pun berjasa juga.Tapi jenis hati yang tidak busuk,tidaklah diceritakan jasa itu pada orang lain.Bagus jugalah mereka ini tertapis.Selamat pergerakan ini dari orang-orang yang bukan mukhlisin.Itulah penyakit dan sindrom puak-puak penentang,banyak benar rasa riak dan takabur.Banyak naa sifat keAKUan.Eloklah hangpa kena tapis!

Yang si badan besar pula,tak habis-habis dengan Harian Metronya.Agak kau kerat artikel tu simpan dalam wallet la kot?Modal dah habis?Ingatkan lepas seminggu berehat,dapatlah upload report polis tu ke,ini habuk pun tadak!

"Kita tidak mahu mengganggu urusan pihak polis. Mereka lebih arif. Jika perlu diangkut Harimau Belantara, mereka akan angkut. Cuma perkara ini belum lagi berlaku. Bila akan berlaku adalah hak polis. Mereka handal dalam hal siasatan ini.."
-Si badan besar

Polis sibuk makan kuih raya lagi agaknya ya si badan besar?Ini 'kes' cabul la wei.Bukan kes selipar atau kasut hilang kat masjid.Mana ada polis rehat.Cuba baca kes bunuh pelajar sekolah di Kelantan baru-baru ini.Raya ke tak raya,semua suspek kena tahan.Dah tak buat laporan,macam mana polis nak buat siasatan?Tengoklah,sampai BUDAK 16 tahun tu dah 40 tahun pun polis tak siasat-siasat juga!

"Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Puak bermasalah ini pula mengatakan akan timbul guru utama yang baru. Kononnya akan berlaku 40 hari selepas 3 September. Ini rekaan mereka sebab mereka ada teori ciptaan mereka sendiri.."
-Si badan besar

Apa pula kami reka?Dah terang dengan jelas puak-puak penentang yang menolak kepimpinan Tuan Guru.Keluar kenyataan lagi di web 'rasmi' persatuan.Kalau dah tolak,takkan tiada pengganti?Dah terang dan jelas,puak-puak penentang sendiri yang menetapkan tempoh 40 hari.Cuba si badan besar tanya pada YDP Kinjing apa dia cakap?Dia sendiri yang cakap 40 hari bila kena tanya dengan ahli yang sedang belajar.

Lupa pula,puak-puak penentang sekarang inikan tidak berguru.Susahlah bagi mereka.Nak capai kata sepakat pun susah kalau tiada pemimpin.Mentor yang ini cakap begini,mentor yang itu cakap begitu,abang besar lain cakap lain pula.Bercelaru kepala otak!Lepas ini mungkin dibahagi-bahagikan tugas 'guru' di kalangan puak penentang.Hal persilatan rujuk pada Datuk K.Hal agama rujuk pada Pak 'ustad' CYCM 'berkecuali'.Hal sembahyang rujuk pada Abdul Wahab 3 Abdul.Nak buat demo besar-besar rujuk pada Abdul Wahib 10 Perayaan.Nak buat makan malam rujuk pada Shah Rukh Khan.Maka jadilah puak-puak penentang macam komik dan cerita cina,ada Guru Long,Guru Ngah dan seterusnya.Namun yang pasti,kalau nak buat FITNAH,rujuk SEMUA.PASTI BERJAYA! Lebih-lebih lagi dengan paduan dan kekuatan 3 serangkai Man Ce,Yayah dan Sawi!

Nota kaki: Kenapa pak-kaduk suka buat posting sekerat-sekerat?Nak tengok dulu apa respon di anti-fitnah?Saya tak kesah pak-kaduk.Kalau sudah senjata KEBENARAN,keluarlah apa pun.Insya Allah,dapat ditangkis.Mana FITNAH hotel pak-kaduk?Dah tersebut hari tu,keluarlah cepat.Kami tak sabar-sabar nak baca dan tergelak baca dongeng pak-kaduk! Kalau dah cereka tu cereka lah juga.Kalau dah Pandir tu Pandirlah juga.Takdanya Kaduk boleh jadi ahli strategi!Strategi baju kertas dan tergadai kampung tu adalah! Huhu..

1 comment:

zanth said...

Apa nak percaya sgat ckap metro 2, saya dulu waktu kat uitm Melaka,hantar wakil pg UTP Tronoh, masuk gak metro,2 kali lak 2.Siap gambar lagi.Bkn menang apa2 pun.Sbb ada member keja kat metro.Ada bahan,diaorang siar je la.Dpt gak diaorang duit.Nak2 kalau front pages.Kita terus je based pada artikel 2,pening gak orang2 yang menentang ni.
Al-Quran x nak percaya time guru bersumpah,metro pulak diaorang percaya.Nk kena panah petir apa.