10.11.06

Jajahan Wilayah Darul Ehsan - B*ng*

Baru-baru ini seorang penuntut dari sebuah ipt di jajahan wilayah darul ehsan menghantar sms kepada saya tentang kes fitnah ini. Beliau baru mendapat tahu dari web site cekakhanafi.com Beliau amat terkejut dengan kes fitnah ini. Yang penting sekali ialah beliau tidak mempercayai dengan kes ini. Beliau merupakan ahli baru, penuntut yang baru tamat semasa martikulasi sebelum memasuki ipt tersebut.

Yang menjadi isunya di sini ialah penuntut-penuntut ini tidak mempunyai sumber rujukan yang sebenar untuk dijadikan panduan. Memang di ipt tersebut penyelia dan tenaga pengajarnya rata-rata menyebelahi puak penentang kerana banyak mentor2 berasal dari ipt ini. Beliau memberitahu sebenarnya para penuntut tak kira di peringkat asas, jatuh, potong hatta yang baru tamat pun rata-rata tidak mempercayai kes fitnah ini. Mereka semua ternyata disogok dengan dakyah2 fitnah oleh tenaga pengajar yang menjadi puak penentang ini. Mereka hanya tahu setakat ini sumber untuk mendapat maklumat mengenai persilatan ialah cekakhanafi.com

Mereka semua tidak tahu mengenai kewujudan laman web baru www.silatcekakhanafi.org Mereka hanya membaca kronologi tak laku itu di cekakhanafi.com Mereka tidak tahu mengenai kronologi sebenar di www.silatcekakhanafi.org Malah beliau memberitahu terdapat berpuluh-puluh pelajar yang ingin memasuki silat ini terhalang niat mereka kerana majlis ijazah dibekukan, tambahan pula wilayah ini tempat kuat mereka untuk berkempen. Tidak kurang pula dengan ahli-ahli peringkat jatuh dan potong yang hendak memasuki ijazah kedua dan ketiga. Bila ditanya kepada tenaga pengajar mereka, mereka ini akan berdolak-dalih dengan pelbagai alasan atas sebab majlis ijazah tidak dapat dijalankan. Bayangkan jikalau kita pula yang berada di tempat penuntut tersebut, apa perasaan kita? Hak penuntut untuk meneruskan pembelajaran dihalang.

Sumber maklumat didapati bukan setakat di ipt ini sahaja malahan ahli-ahli terutamanya di peringkat cawangan negeri masih tidak mengetahui kewujudan laman web baru www.silatcekakhanafi.org ini. Jadi saya menyeru kepada diri sendiri, kepada semua pendokong setia Tuan Guru termasuk penulis-penulis blog yang mempertahankan Tuan Guru, untuk menyebarkan maklumat mengenai laman web baru www.silatcekakhanafi.org di seluruh negara sama ada di utara, selatan, pantai timur hatta di borneo sekali pun! Tidak kurang juga ahli-ahli yang berada di luar negeri.

Kepada penulis-penulis blog yang mempertahankan Tuan Guru, saya ucapkan syabas dan tahniah di atas usaha gigih kalian semua sehingga berjaga lewat malam. Setiap hari memantau dan mencantas dakyah fitnah yang dilemparkan terhadap Tuan Guru. Perjuangan kalian dihargai. Namun begitu pada pendapat saya, buat sementara waktu ini biarlah kita memberhentikan sementara penulisan-penulisan tersebut, atas nasihat YM Tuan Guru baru-baru ini di perutusan Aidil-Fitri di www.silatcekakhanafi.org mengenai blog-blog ini. Namun ini hanyalah pendapat saya, terpulang kepada penulis-penulis blog yang berhati mulia yang mempertahankan Tuan Guru kita.

Setakat ini, mereka yang tahu akan kewujudan laman web www.silatcekakhanafi.org sahaja yang akan membaca blog-blog ini. Ini kerana dalam laman web www.silatcekakhanafi.org mengandungi link ke www.peneraju.com, www.peneraju.com pula mempunyai link ke blog-blog ini. Jadi tumpuan harus dilakukan kepada laman web baru www.silatcekakhanafi.org ini agar dapat disebarkan kepada semua ahli. Terima kasih kepada saudara anti-fitnah diatas kesudian memaparkan artikel saya yang tidak seberapa ini. Wassalam...

Nota kaki: Tulisan di atas adalah kiriman e-mail seorang ahli yang menggelar dirinya Anti Virus kepada peti e-mail di anti_fitnah@yahoo.com
Terima kasih kepada Anti Virus kerana sudi memberikan maklumat dan pandangan.Tidak ada apa-apa yang telah kami lakukan,sebaliknya semata-mata untuk menangkis FITNAH terhadap Tuan Guru kita.Kita,sesiapapun yang MENGENALI Tuan Guru,TIDAK SANGGUP melihat mereka puak-puak penentang memperlakukan Tuan Guru sedemikian rupa.

Bak kata suwabara dalam blognya,kami tidak akan memulakan blog ini,sekiranya puak-puak penentang tidak memulakan dahulu..


2 comments:

simpson said...

bagaimana agaknya kalau web cekakhanafi.com digodam?..berbaloi ke?

simpson said...

capoeira..
saudara harus faham keadaan sekarang. saudara keluar dari cekak hanafi ketika saudara sampai buah apa?..peringkat apa?..dan lagi, sebab apa saudara keluar?..saudara semasa mengikuti cekak aktif atau tidak?..saudara faham atau tidak perjuangan yang ingin dikecapi?..

kalau jawapan saudara setakat ahli yang belum tamat, sudah itu tidak aktif dengan pula dengan persatuan, tidak hairanlah saudara 'bersyukur' dengan apa yang terjadi. sedangkan yang tamat sekalipun belum tentu faham dengan 'perjuangan' silat cekak. pada saya, pemahaman saudara tentang 'perjuangan' tidak sama seperti kami. kalau pemahaman saudara setakat senipis kulit bawang, nescaya saudara mempunyai persepsi yang tidak menentu. tapinya, kalau saudara mempunyai keyakinan yang teguh dan sanggup berjuang mempertahankan cekak, nescaya persepsi saudara akan sama dengan kami. paling tidak pun, saudara akan faham keadaan yang berlaku. usahlah bersyukur keluar dari cekak walhal perjuangan saudara belum pun sampai permulaannya.

ketika saudara mula menyertai silat cekak dulu, apa yang saudara ingin kecapi?..adakah setakat ikut-ikut kawan?..menunjuk dengan kawan yang saudara ada belajar seni bela diri?..nak cari 'awek'?..atau belajar silat setakat hendak tamat?..jawapannya hanya saudara yang tahu. apa yang saudara ingin kecapi, itulah yang akan saudara dapat! kalau saudara ingin dapat ilmu, maka ilmulah yang saudara akan dapat. kalau saudara belajar kerana hendak mendapat pujian, pujianlah yang saudara akan dapat. dan begitulah adanya.

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. itulah yang terjadi sekarang. dan nampaknya pandangan saudara lebih kepada nila, bukan susunya. memang ini semua dugaan dari Allah, dan sekarang ini kami sedang menghadapi dugaan ini!..bila saudara katakan menggelabah, apa yang gelabahnya?..saya tidak nampak langsung 'gelabah' ada terjadi. ingatlah, bila Allah memberi dugaan, HADAPIlah dugaan itu. ada masalahkah kalau kami menghadapi dugaan itu?..inilah yang terjadi sekarang, kami menghadapi dugaan!

kebenaran memang akan muncul, wajah-wajah keburukan memang tidak dapat disembunyikan. cuma masalahnya adakah semua itu dakwaan itu benar atau tidak?..jawapan ini hanya empunya penulis yang tahu. kalau saudara rajin mencari sumber, saudara tahulah apa kebenarannya. tapi kalau saudara setakat 'melihat', jadi 'pemerhati'..maka apa yang saudara akan dapat setimpal dengan apa yang saudara buat. kalau mahu kebenarannya, tanya pada DIA melalui solat istikharah. kalau malas, tunggu saja di hari pembalasan!..semua akan dibongkar!

kalau saudara faham, saudara fahamlah..kalau tidak, tidaklah..saudara yang baca, saudara yang faham sendiri. bagaimana pemahaman saudara, DIA dan saudara saja yang tahu. kalau buruk, buruklah adanya. kalau baik baiklah adanya.depends on you.

babai!