20.11.06

Seminggu Sudah

Akhirnya si din kembali setelah hampir 8 hari 'bertapa'.Kita tidak tahulah maksud 'bertapa' itu berehat seketika dari blog pak-kaduk nya,atau sebenarnya masih aktif di blog lain mahupun di laman si badan besar.

Seperti yang pernah kita bangkitkan sebelum ini,mereka iaitu puak-puak penentang ini sebenarnya memang sudah lama menyimpan perasaan tidak baik terhadap Tuan Guru.Si din sendiri dengan jelas mengatakannya.Tetapi persoalan yang amat besarnya,mengapa baru kini?Mengapa selepas lebih 10 tahun?

Kembali kita berfikir sejenak, jarak diantara kes dan mangsa pertama pada tahun 1994 dan mangsa terkini 2006 yang menyebabkan Mad Radhi tersungkur dipintu syurga,kalau Allah nak tunjuk, pasti akan terjadi bila tiba masanya,telah berlaku sejak 12 tahun lalu, tidak kah terfikir dijemala kita bahawa ada nya lagi "mangsa mangsa" yang telah diperlakukan perkara yang sama sedemikian tetapi tidak mahu tampil kedepan, tahu tahu mereka mereka ini telah tinggalkan Silat Cekak Hanafi dengan pelbagai alasan. Fikir fikirkan lah perkara ini, tanya tanyakan lah anak anak dara sunti kita, adik adik jelita kita yang dah tak mahu lagi aktif atau teruskan 'bersilat' entah entah mereka pun terbabit sama, disebabkan malu mereka mengundurkan diri, cuba cuba lah bertanya, tak salah bertanyakan?...
-Si din

Bagaimana mahu terfikir jika kes-kes yang dibangkitkan pun tidak boleh DIBUKTIKAN dengan KUKUH? Mana BUKTI?Lawak juga ya hendak bertanya pada ahli tidak aktif yang lain kot-kot mereka terbabit sama.Sedangkan yang kononnya terbabit sejak dari tahun 1994 itu boleh pula terus-terusan aktif ya?Dan bapanya yang kononnya sudah lama mengetahui boleh pula membenarkan anak daranya yang lain turut berguru dengan Tuan Guru?Sungguh lawak keluarga ini.Usah kau meminta kami bertanya din,kau sahajalah yang pergi bertanya.Tapi hati-hati sikit sekarang ini,silap bertanya,takut kau dan puak-puak penentang pula yang dituduh mencabul!

Isu kelewatan pembayaran rumah bukanlah satu isu.Janganlah kau perasan din sebab peringatan kau Tuan Guru baru bayar.Sebelum kau tulis sebelum ini lagipun Tuan Guru sudah menyelesaikan bayaran tersebut.Dasar pemutar alam betul kau ni.

Benarlah 'duit haram' kerana "ustad" Ak bukanlah guru yang HAK.Tetapi sekarang Tuan Guru adalah Guru yang masih dan tetap HAK.Tiada pula mandat perguruan itu berubah kepada orang lain.Tak tahulah kalau si din bercita-cita menjadi guru dan bengang akibat tak dapat-dapat nak jatuhkan Tuan Guru sampai sekarang ini.Sedarlah diri sikit.Kau itu siapa.Samalah kepada semua puak-puak penentang yang tak habis-habis melatah sekarang ini.Sedar diri sikit.Cermin muka dulu.Fikir sebelum bertindak.

Pak Kaduk ingin menyampaikan kata kata ahli ahli lama "Kamu ingat kami ini boleh jadi nyanyok dengan tiba tiba, boleh hilang ingatan secara beramai ramai serentak ?."
-si din

Lawak sungguh kenyataan ini,kalau benar dikatakan oleh ahli-ahli lama puak penentang seperti yang si din katakan.Mereka dengan RELA HATI mengaku sudah nyanyuk dan hilang ingatan.Apakan daya kalau itu sudah ketentuan-Nya.Bahagian kalian mungkin cukup setakat ini.Tuhan yang membolak-balikkan segala hati telah menetapkan bahagian kalian cukup sekadar ini,secara serentak pula.Tapi bukan semua ahli lama yang sudah nyanyuk.Masih ramai abang-abang yang lain yang masih setia dengan kebenaran bersama Tuan Guru.Masih ramai.

Cubalah diselidiki,kenapa ahli lama yang setia ini terus bersama Tuan Guru.Berkepentingankah?Kalau seorang tinggal di Johor dan seorang tinggal di Perak (sebagai contoh) walhal Tuan Guru di Kuala Lumpur,tetapi masih boleh terus setia bersama Tuan Guru.Si din tidak pernah pula berani mengaitkan nama mereka yang lama dan setia ini di dalam penulisannya setakat ini.Mereka orang 'kanan' persatuan juga.Ayuhlah kita renungkan.

Puak-puak penentang sengaja sejak dari dulu 'memfokuskan' kononnya Tuan Guru berada dalam keadaan yang tidak tenteram.Sejak dari penulisan "kitab" kronologi lagi.Kononnya Tuan Guru tidak selesa dan tidak tenang menghadapi kemelut ini.Malangnya mereka sendiri amat jarang berjumpa Tuan Guru semasa kemelut ini.Malah ada yang TIDAK PERNAH jumpa langsung pun! Telan mentah-mentah semua kata-kata orang.Malang sungguh!

Kepada kita yang memihak dan yakin dengan Tuan Guru,kita dapat bezakan sendiri antara orang yang didakwa bersalah dengan orang yang memang betul-betul bersalah.Cuba kita lihat.Tuan Guru tetap TENANG dan 'cool' .Ada beliau 'melatah'?TIDAK ADA.Inilah ciri-ciri Guru dan Pemimpin yang sebenar.Walaupun diasak dan dihujani dengan masalah,beliau tetap SABAR dan TENANG.Malah beliau langsung tidak terikut-ikut dengan cara dan provokasi puak-puak penentang.

Sebenarnya,kemelut ini bukanlah menambah keraguan ahli terhadap Tuan Guru sebaliknya menguatkan lagi keyakinan kepada Beliau.Bagi mereka yang TIDAK BERMASALAH dengan Tuan Guru lah .Bagi mereka yang BERMASALAH iaitu menyimpan sifat-sifat mazmumah di dalam hati pada Tuan Guru,maka bahagian mereka mungkin terhenti di tahap ini.Semoga Tuhan merahmati mereka dan membuka kembali pintu hati mereka menuju sinar,bukannya sirna seperti sekarang ini.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita terus terpilih berada di jalan kebenaran,selagi hayat dikandung badan,selagi nyawa masih belum meninggalkan tubuh badan dan selagi roh masih bersatu dengan jasad..

No comments: