16.11.06

Linda - PemFITNAH TERBARU!

Lama si kaduk senyap.Begitu juga di anti-fitnah ini.Sekadar memerhati dan menilai satu persatu perkara yang dibangkitkan di laman si badan besar.

Tup,tup, muncul pula blog baru iaitu silat-cekak-hanafi.blogspot.org yang dikarang oleh seseorang yang menggelar dirinya Linda bermula 13 Nov.Sedangkan si kaduk mengakhiri karangannya pada 12 Nov. Adakah ini satu kebetulan?

Tetapi ketiga-tiga blog/laman puak penentang ini (tidak kiralah orang yang sama atau tidak) nyata tidak beranibersemuka’ dengan pelayar.Kenapa tidak dibuka ruang komen sama sekali untuk kita memberikan pandangan dan ulasan?Kenapa perlu TAKUT untuk berhadapan dengan KEBENARAN?

Puak-puak penentang ini nyata hanya berani melemparkan batu,namun tangan disembunyikan. Mereka sekadar berani melontarkan FITNAH tetapi takut untuk disoal balas.Kenapa?

Mari kita lihat apa kata si badan besar di lamannya:

“Jika kita teliti kes-kes cabul yang terbabit dengan Md Radzi Hanafi ini, kita dapati bahawa modus operandinya adalah jelas dan licik. Setiap langkah diatur dengan teliti ! Pastinya siasatan polis lebih teliti. Akan dikorek kesemuanya ! “
-Si badan besar

Tidak habis-habis cerita siasatan polis.Mana siasatan polisnya?Mana laporan polisnya?Bak kata suwabara di blognya, kes Altantuya yang baru saja dilaporkan,hari ini telah ditahan suspek-suspeknya.Begitu juga seperti kes si penyelia @ MMK dungu yang ditepuk oleh Tuan Guru.Petang buat laporan,malam dikehendaki hadir ke balai memberi keterangan. Itu dua contoh dari yang paling kecil, hinggalah ke kes yang melibatkan bom.
Kedua-duanya membuktikan siasatan dan kerja polis bukanlah mainan yang perlu memakan masa, sesuai dengan mottonya ; Cepat Dan Betul.

Tapi ‘kes’ cabul ini mana siasatannya?Mana laporannya? Adakah pihak polis tidak lagi CEPAT dalam kes ini? Bagaimana nak bertindak kalau laporannya pun TIADA!

“Hati bertanya lagi. Perlukah mangsa-mangsa ini terus berdiam diri? Atau perlukah mereka tampil ke hadapan. Kedua-duanya mendatangkan risiko yang berbeza. Perkara yang diperlakukan adalah sangat aib sekali. Sangat memalukan! Sangat menekan jiwa dan perasaan! Adalah jelas jika didiamkan perkara ini akan berulang lagi. Lebih ramai mangsa akan terlibat! Jika tampil ke hadapan bagaimana ingin berdepan dengan tohmahan dan kata-kata nesta yang dilemparkan oleh puak bermasalah.? Bagaimana berdepan dengan keluarga, suami dan anak-anak! Itu sebab kita ahli-ahli Silat Cekak seharusnya menabik keberanian mangsa kedua untuk membantu persatuan dalam siasatan yang dijalankan. Syabas! Hanya Allah swt sahaja yang akan memberikan balasan yang setimpal..”
-Si badan besar


Mana mangsa?Kita peliklah di sini.Kata ada tiga orang “mangsa”.Malah sejak tahun 1994 lagi ‘kononnya’ sudah dicabul.Ketiga-tiga ‘mangsa’ ini BODOH sangatkah tidak tahu hendak buat laporan polis?Malah sejak tahun 1994 lagi kononnya dicabul,selepas itu boleh pula terus-menerus dalam pergerakan ini?

Mari kita fikir sejenak. Jika kita ‘dicabul’ sejak 1994,sanggupkah kita terus-terusan menghadap ‘pencabul’ sehingga satu tempoh yang begitu lama?Sehingga hendak berkahwin pun hendak dirujuk pada Insan yang kononnya ‘mencabul’ itu?Sungguh tidak masuk akal!

Dengar khabarnya si FaFaFiFiFuFu ini agak kuat juga temberangnya.Pernah diceritakan, dia ini mengaku sebagai cucu Almarhum pada ahli di Kolejnya belajar dahulu! Sampai ke tahap keturunan pun boleh dia berbohong, setakat nak ‘mengaku’ ‘dicabul’ tentu “Kacang” sahaja.

Sebagai umat Islam, kita harus berani menegakkan kebenaran. Kita juga harus berani mencegah kemungkaran. Dunia adalah pentas lakonan buat kita semua. Mahkamah akhiratlah jua tempat dimana sebenar-benar kebenaran akan ditegakkan. Ya di dunia boleh kita menipu tetapi nun di sana kita tidak terdaya untuk menipu.”
-Si badan besar

Saya setuju dengan kenyataan si badan besar ini.Tetapi saya kurang bersetuju di dunia kita boleh menipu.Di mana-mana pun termasuk di dunia,kita memang tidak dibenarkan menipu.Tetapi si badan besar maksudkan “boleh” kerana kemampuannya untuk menipu sekarang ini.Tetapi sedarlah si badan besar,kata-katamu itu ditujukan pada dirimu sendiri sebenarnya!

“Dalam hal ini, mengapa Md Radzi Hanafi tidak mahu mengikut cadangan orang-orang lama agar ianya diselesaikan secara Islam? Telah dicadangkan agar kedua-dua belah pihak bersumpah bersaksikan ahli keluarga masing-masing dan orang-orang lama yang terpilih. Selepas itu, masing-masing meneruskan kehidupan masing-masing sehingga mendapat balasan yang setimpal daripada Allah swt. Jika ini dilakukan, keadaan akan kembali asal dan persatuan tidak terjejas! Biarlah Allah swt melaknatkan pihak yang bersalah..”

“Mahu tidak mahu kita harus mengkaji mengapa Md Radzi Hanafi menolak cadangan ini. Apakah dia tidak yakin dengan kaedah secara Islam ini? Adakah dia menolak ajaran Muhammad SAW? Mengapa dia menolak???”
-Si badan besar

Siapa yang mencadangkan perkara ini?Siapa yang berjumpa dengan Tuan Guru lalu bertanyakan seolah-olah Tuan Guru bersalah?Siapa yang sebenarnya bersumpah siapa yang tidak berani bersumpah sekarang ini? Sekadar untuk pengetahuan semua, kedua-dua NP memang ada berjumpa dengan Tuan Guru.Tetapi apakah tindakan mereka?Adakah seperti yang digambarkan oleh puak-puak penentang?TIDAK! Mereka pergi tidak lebih dari untuk menghukum Tuan Guru,seolah-olah Tuan Guru bersalah! Apakah ada cadangan itu dibuat?

Ini lagi satu FITNAH yang dilemparkan untuk mengelirukan ahli-ahli sekelian,kononnya Tuan Guru bersalah.Saya setuju,biarlah Allah memberi balasan setimpal pada mereka yang banyak mereka-reka cerita dan FITNAH.

“Yang paling penting kita berbalik kepada ajaran Al-Quran dan As Sunnah! Rujuk-rujuklah kita kepada hukum-hukum yang ada! Apa kata Al- Quran? Apa kata Al-Furqan?”
-Si badan besar

Mula-mula si badan besar menyeru kita untuk mengikut Al Quran dan Sunnah.Tetapi dihujung penulisannya diseur pula:

“Ikutlah MMK, pasti selamat!”
-Si badan besar

Adakah MMK mengendalikan perkara ini mengikut Al Quran dan Sunnah?Benarkah semua ahli lama dan MMK berpegang pada Al Quran dan Sunnah dalam menghadapi krisis ini?JIKA YA,krisis ini pasti tidak berlarutan sebesar ini.Fikirkanlah.

Mengulas pula di blog si Linda:

“Apakah jenis manusia dan gelaran yang selayaknya diberikan kepada Abang Mad @ Mad Radhi ini? Tidak lain tidak bukan dengan gelaran 'Anjing'. Malah lebih hina dari seekor anjing. Ini kerana beliau telah mengkianati perjuangan bapanya sendiri iaitu Al-marhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad.”
-Si Linda

Sungguh melampau tindakan puak-puak penentang ini sehingga sanggup menggelar Tuan Guru sebegitu.Cukup-cukuplah melatah.Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi adalah GURU UTAMA SILAT CEKAK yang SAH dan BERHAK.Janganlah kalian melatah lebih-lebih sangat.Kelak kalian juga yang rugi.

Sudah-sudahlah tu puak-puak penentang.Bawa-bawalah bertenang.Jangan terlampau diikutkan perasaan kalian.Kalau sudah tidak suka,nyah saja.Bukankah mudah berbuat demikian?Kalian pun tidak perlu memikirkan lagi soal perjuangan.Tidak perlu lagi melakukan kerja-kerja amal yang selama ini kalian lakukan mengharapkan balasan dan ganjaran.Tidak usah pening kepala menguruskan program atau mesyuarat persatuan.Bukankah itu lagi mudah untuk kalian yang sudah lagi TIDAK MAHU menerima ketua / pemimpin kalian?

Kalian pun tidak perlu lagi menanggung SAHAM akhirat yang berlipat ganda sejak bermula krisis ini akibat membuat,mereka dan menyebarkan FITNAH.

Senang saja bukan?Sudah tidak suka,NYAH saja!

Nota kaki: Teringat akan jenaka oleh seorang ahli lama yang setia bersama Tuan Guru. Ujar beliau, “Di Malaysia ini hanya ada dua Cina yang tak makan b*bi.Tahu siapa? Tahu kenapa diorang tak makan b*bi? Sebab b*bi tak makan b*bi! “ Tahu siapa yang dimaksudkan?Faham-faham sendirilah.huhuhu.

6 comments:

Panglima Undertaker said...

Nampaknya tohmahan dan latahan pihak "sana" semakin menjadi-jadi. Namun benarlah seperti kata mereka sendiri, "Biarlah Allah SWT sahaja yang membalasnya".

"Sesungguhnya Allah Maha Cepat HitunganNya." Al-Quran.

no one said...

assalamualaikum

saya berasa pelik, pak kaduk mengatakan laporan polis sudah dibuat, tapi di mana siasatannya? bolehkah siasatan dijalankan tanpa menginvolvekan YM? kenapa perlu dicaci2 YM walhal belum diketahui benar-salahnya? jika YM berani bersumpah (2 kali pulak tu) yg beliau tidak melakukan perkara2 yg dituduhkan kpd beliau, kenapa pihak2 penentang tidak berani bersumpah bhw tuduhan2 yg dilemparkan itu adalah benar?

and what is taking them so long? nape lama sgt nk buat tindakan? saya amat berharap kemelut ini dpt diselesaikan segera krn pergerakan silat kita telah terbantut disbbkan perkara ini, lebih2 lagi nama baik silat cekak hanafi,YM & keluarga arwah ustaz telah pun dicemari!!!

Pencantas Kebatilan said...

kalau berani menggelar guru aku anjing..aku pun berani dan tak teragak agak untuk menggelarnya BABI..!

no one said...

assalamualaikum...

kan dah kata dah...pendekar berkanta ni sama mcm pak kaduk, kejap kata itu, kejap kata ini... konon2 tak menyebelahi mana2 pihak, tengok2 rupa2nya menentang YM juga...boleh percaya ke org mcm ni?

kamu suruh YM buat repot polis, padahal pihak kamu yg menuduh beliau mencabul...takkan la YM nk gi buat repot polis yg mengatakan beliau dituduh mencabul??? baca ayat saya betul2 -'DITUDUH'!!! takkan la yg dituduh hendak membuat laporan????

lain la kalau pihak2 yg menentang sudah pun menjatuhkan 'hukuman' kpd YM, barulah boleh beliau hendak membuat laporan polis!! barulah kena status 'fitnah' itu!!!

tambahan pula, kita tahu fitnah2 yg berleluasa sekarang ini cuma berlaku di dlm blog2 yg menentang YM shj...spt yg kita ketahui, owners blog2 ini tidak diketahui identiti sebenar mereka, jd bagaimana pula YM hendak membuat laporan polis walhal yg penjenayahnya tidak diketahui identitinya??

kamu cabar pihak yg menyokong YM membuat laporan polis, walhal pihak yg menyokong YM sudah lama mencabar pihak kamu utk membuat laporan polis!!!...adakah kamu sahut cabaran itu??? siapa yg pengecut sekarang???

sekali lagi pendekar berkanta berkasar..cakap tak serupa bikin betul...kamu menggunakan nama nabi dlm kata2 kamu, tapi kamu sendiri yg mendustakannya!!! manusia jenis apa kamu ni??? ingat pendekar berkanta!! segala kata2 kamu, baik dlm pertuturan mahupun dlm penulisan itu, sama shj!!!ianya akan dihitung semasa Hari Pengadilan kelak!!!!jangan kamu ingat malaikat2 di kedua2 bahu kamu itu bodoh!!!

nasihat saya sekali lagi kpd yg menyokong YM - jgn cepat melatah, dan jgn diikuti perangai2 mereka2 yg menetang YM ini, tangani fitnah2 mereka2 ini dgn akal, bukan dgn nafsu amarah...jgn kamu hamburkan kata2 yg kesat spt yg dilakukan oleh mereka2 ini...

fight fire with water; not fight fire with fire!!!!

wassalam...

Pencantas Kebatilan said...

kalau kau ajak try aku sanggup sahut cabaran kau..!kenapa kau bodo sangat ha..kesian la kat kau..orang yang kene cabul apasal tak buat repot...AKU CABAR LA BUAT REPOT..BIAR POLIS YANG SOAL SIASAT..TAK DE TRAUMA2..TIME TU AKU NAK TENGOK SHIMA TERKENCING KENE MAKI DENGAN POLIS SEBAB BERBOHONG..!AKU CABAR LA WEI..!BUAT LA REPOT..!KITA JUMPA DI MAHKAMAH..!AMACAM?ADA BRANN...?!!!

Tiga Abdul said...

serius memang pendekar berkanta ni org lama yg dah basi atau dalam erti kata lain BANGANG.. suruh si shima tu repot polis dulu.. suruh fafafififufu pegi repot.. suruh hasan lembot tu repot. apsal lak yg Tuan Guru nak report? memang BANGANG nak mampos ko ni.. bagi otak purba ko tu.. bley gak aku jual...:)

JANGAN MARAH YER NANTI KENER JUAL :)