9.11.06

Setelah Lapan Bulan

Aktif KaDIN hari ini,sampai DUA posting di pak-kaduk.blogspot dan macam biasa,laman si badan besar terabai.

Tak puas-puas lagi si din ni nak memFITNAH."Seronok" betul baca khayalan si din mereka-reka dialog antara anak murid wanita dengan Tuan Guru.Cerita punya cerita,tapi bukti tiada.Macam biasalah din ni.Dah-dahlah tu din,henti-hentikanlah buat cerita.

Mana artis dan model-model zaman 'ustad' Ak?Kalau setakat 2-3 orang,bukanlah ramai sangat din oii.Si din mesti terlupa di awal perkembangan SC sewaktu zaman Almarhum lagi telah ada penuntut wanita.Bukankah dalam post si din "Akhir Kalam" di tulis sebegini:

"Saya difahamkan Almarhum Ustaz Hanafi juga pernah difitnah tetapi beliau berdepan dengan fitnah itu bersendirian tanpa melibatkan anak-anak muridnya dan alhamdullilah beliau berjaya.."
-Din

Tahukah si din apakah fitnah yang datang pada Almarhum waktu itu?Fitnah yang datang waktu itu juga melibatkan ahli wanita,isteri kepada ahli lain.Bilakah fitnah ini berlaku?Fitnah ini berlaku di AWAL perkembangan Silat Cekak lagi,sewaktu yang sekarang ini kita kenal pun masih belum masuk belajar lagi.

Mentor-mentor puak penentang waktu itu mungkin tengah nak habis sekolah menengah atau baru menginjakkan kaki ke universiti.Memang waktu itu Almarhum bersendirian,kerana ahli masih belum ramai.Kelakar juga mendengar cerita Mat 41 kali ini,yang mana mendakwa nampak Almarhum 'berzina' dengan isterinya 41 kali!

Tak tahulah kita kalau puak-puak penentang sekarang ini berada di zaman itu,bukan setakat dihina Guru waktu itu,silap-silap direjam Guru yang tidak berdosa dengan batu.Kalau si din tak tahulah pula macammana tindakannya.Berhabis duitlah membeli setem untuk mengedarkan surat layang!Yalah waktu itu mana ada internet.

Maka selepas itulah dihentikan seketika pengambilan ahli wanita untuk satu tempoh.Jika tidak salah saya,ahli wanita mula diterima semula pada tahun 1975.Kalau tidak salah saya.

Cerita pasal mandi ini,tertanya-tanya juga bilalah Tuan Guru turut serta memandikan penuntut wanita?Kalau di tempat saya 'bertugas' dahulu,ramai jugalah ahli yang cun melecun,gebu-gebu bak kata si din.

"Sebab itu Mad Radhi sangat suka pergi ijazah silat di universiti. Kat situ adalah lubuk yang sangat banyak ‘taste’ beliau."

Tapi tak pernah pula tengok Tuan Guru mandikan.Kalau tenaga pengajar lelaki yang mandikan pun bukannya mandikan dengan maksud turut seta dalam tempat pemandian."Mandi" tersebut tidak lebih sekadar 'membacakan' air untuk mandi.Yang jiruskan air ke penuntut wanita,yang sebenar-benarnya MANDI itu adalah tenaga pengajar wanita juga!

Din kata mandi boleh tunggu lama-lama,siap boleh guna istilah 'esok-esok'.Tapi kita nak tanya sikit,LIMAU PURUT yang digunakan untuk mandi itu boleh tahan berapa lama din?Limau purut yang sudah dibelah,jangankan 2-3 hari,kalau sehari pun,dah kecut kering dah!Macammana kata Tuan Guru boleh tangguh-tangguh pula bab mandi ini?Takkanlah 'pergi' Hotel Tuan Guru bawa limau purut kot?Mana nak cari kain putih nak bentang lagi?Nak cari pisau lagi?Alahai din ni.Kalau kata bodoh suka pulak dia ni karang.Tuduhan tak berasas langsung.Din terlupa agaknya mandi kena pakai limau?

Kalau dah bawa ke 'esok-esok',jangankan limau purut,limau bali yang sudah dibelah pun kecut!
Yang kita tahu,mandi tamat kena ada kain putih.Mandi potong perlu kain basahan.Tang mana yang bogelnya?Ingat si din ni dulu mandi tamat bogel gamaknya.Tak pakai kain putih.Itu yang dia terlupa mandi tamat perlu kain putih!

Hisap dan jilat adalah dua perkataan yang begitu sinonim dengan puak-puak penentang sekarang ini.Sehingga sanggup menggelar Tuan Guru dengan gelaran "MJ" yang bermaksud "Md J***t"!!Tak sanggup rasanya nak ungkapkan.Tapi itulah yang dipakai oleh puak-puak penentang merujuk Tuan Guru semenjak JK Siasatan sedang menjalankan tugas lagi!

Kenapalah Tuan Guru perlu buat begitu?Atas sebab apa?Beliau sudah berkahwin,mempunyai cahaya mata.Untuk apa beliau mencabul anak murid?Beliau memegang status "Bin Hanafi".Beliau mempunyai anak murid yang ramai,mempunyai nama yang cukup tersohor!Adakah beliau tidak memikirkan "Title" beliau semata-mata untuk mengambil kesempatan?Fikir-fikirkanlah.

Dalam post seterusnya,si din berkata:

"Sekarang saperti retak mengunggu belah sama kisahnya saperti krisis En Ishak Hitam dan Cekak Malaysia, sejelas mana pun yang dibuat mereka akan berpusing pada perkara ranting saperti terhutang budi,terhutang jasa, terhutang Ilmu, memandu arah hidup dan macam macam lagi sedang perkara pokok Kerosakkan Akidah tak di ambil kira walaupun telah didapati bersalah oleh JAKIM dan di minta bertaubat dua kali pulak tu .."
-Din

Kita perlu jelas situasi di antara perpecahan 1993 dahulu adalah berbeza sama sekali dengan yang sekarang.Kalau dulu Pusat Islam(JAKIM belum tukar nama lagi waktu itu din oi) yang keluarkan surat,sekarang badan berwibawa mana yang memutuskan Tuan Guru 'bersalah'?MMK?Sungguh berwibawa MMK ini ya,almaklumlah peguam yang sekolah tinggi pun ramai.Yang berjawatan besar dan 'berjaya' pun ramai.

Waktu itu,mantan Guru Utama dengan terang-terangan membuat ucapan yang kontrovesi,yang sah-sah melanggar akidah.Waktu itu tidak perlukan JK Siasatan pun.Tapi kali ini,adakah Tuan Guru terang-terang melakukan kesalahan?Adakah Tuan Guru terang-terangan mencabul?Dan kalau dahulu boleh dikeluarkan surat dari Pusat Islam,kali ini nak keluarkan LAPORAN POLIS pun susah?Kronologi boleh dipaparkan di cekakhanafi.com,takkanlah LAPORAN POLIS pun tak boleh nak paparkan.Kami baru minta LAPORAN POLIS,belum pun lagi minta keputusan mahkamah yang mengesahkan Tuan Guru bersalah! Itu pun tak boleh nak buat ke?Bukti,kami mahu BUKTI!

Pernah tak kita tonton drama "Ustaz Sufi" lakonan M.Rajoli,Raja Azura,Razak Ahmad dll sekitar tahun lepas?Bagaimanakah keadaan Ustaz Sufi waktu difitnah oleh anak muridnya waktu itu?Adakah Ustaz Sufi bertindak mempertahankan dirinya?Siapakah yang kemudian bangkit membela Ustaz Sufi waktu itu?Walaupun ianya sekadar drama,tetapi drama tersebut penuh dengan pengajaran.Kenapa Ustaz Sufi membiarkan dirinya difitnah,sehingga diusir oleh orang kampung?Kenapa perlu anak muridnya (lakonan Razak Ahmad) yang bangkit membela?Kenapa?Mari kita renungkan bersama-sama.


"Dan tujuan didedahkan nama nama yang terlibat ( secara terus ) adalah supaya rakan rakan boleh membuat rujukan dan memastikan apa yang Pak kaduk sampaikan ini adakah benar atau palsu jangan lah takut untuk mencari kebenaran walaupun ada kalangan rakan rakan di halang berbuat demikian.."
-Din

Ya,memang palsu yang kau sampaikan.Bagus juga kau dedahkan nama sebenar kerana senang kami nak merujuk.Beberapa individu yang si din katakan Tuan Guru kononnya berhutang telah dipastikan memang 'hutang' tersebut tiada.Sebagai contoh,apabila ditanya 'kononnya' Tuan Guru berhutang dengan Abang Shahrul Nizam (Vellu) ,tercengang-cengang Abg Vellu sambil berkata "Bila pulaklah?".

Cukup-cukuplah tu din.Kami sudah naik muak dengan FITNAH yang kau sogokkan.Henti-hentikanlah.Sekadar bertanya kepada si din yang pernah mempertikaikan sumpah Tuan Guru;
Beranikah menulis dengan kalimah "Demi Allah,saya tidak berdusta"?

Tuan Guru telah bersumpah dengan nama Tuhan,bersaksikan ramai orang.Sejak dari awal lagi.Beranikah si din ini bersumpah dengan nama Tuhan bahawa semua penulisannya adalah benar?Beranikah dia?Kita tunggu dan lihat sahaja.

Kalau tak berani nak mengaku Zanuddin tidak mengapa,Pak kaduk pun boleh juga.Sebab Tuhan tahu siapa pak kaduk.Kita cabar pak kaduk untuk menggunakan sumpah demi Allah dalam penulisannya yang akan datang!

1 comment:

Mded said...

INDAHNYA MEMAAFKAN

Suatu hari, Abdullah bin Ubay, bertekad menghancurkan kekuatan umat Nabi Muhammad SAW. Berbagai cara telah dilakukan, di antaranya selalu mencari kesempatan untuk membunuh Rasulullah dan mendalangi penyebaran hadits al-ifk (berita bohong) tentang Siti Aisyah putri Abu Bakar Ash-Shiddiq. Gara-gara terpengaruh peristiwa ini, Abu Bakar bersumpah hendak memutus tali silaturahim dengan sahabat karibnya Masthah. Padahal, Abu Bakar telah lama membantu dan menjamin kebutuhan hidup karibnya itu. Lalu turunlah ayat, "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang," (Q.S. 24:22). Abu Bakar pun memaafkan karibnya.

Sikap khalifah pertama ini bercermin pada perilaku uswah hasanah Rasulullah. Nabi tak pernah dendam, dengki, atau benci, sekalipun hati beliau sering disakiti karena berkali-kali ditimpa hasutan dan fitnah orang kafir dan musyrik Quraisy. Malah, beliau bersikap baik dan memaafkan, termasuk kepada Abdullah tadi. Dalam hadis lainnya yang dirawikan Ath-Thabrani dari Ubadah bin Shamit, Nabi SAW menjelaskan kriteria manusia mulia dan berderajat tinggi di hadapan Allah dan manusia. Tali persaudaraan dan solidaritas sosial kita akan semakin kokoh, apabila jiwa kita dihiasi sifat pemaaf, pemurah, sabar dan toleran.

Suatu saat, Nabi Muhammad SAW berkumpul dengan para sahabat dan bersabda, "Maukah kalian kuberitahukan tentang sesuatu yang dengannya Allah memuliakan (manusia) dan mengangkat derajatnya? "Ya," jawab mereka. Rasulullah melanjutkan, "Kalian bersabar terhadap orang yang tidak mengenalmu. Kalian memaafkan orang yang pernah menganiayamu. Kalian memberi (sesuatu) kepada orang yang tak pernah memberimu. Dan, kalian menyambung (kembali) tali silaturahim orang yang telah memutuskannya denganmu." Kita pun dalam hidup ini tentu pernah menghadapi seseorang yang berbuat salah atau keliru.

Islam mengajarkan agar kita selalu membuka pintu maaf kepada setiap kesalahan. Menurut Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam, memaafkan termasuk perasaan jiwa seseorang untuk bersikap toleran terhadap orang zalim, pendengki, dan pendendam . Ketika kita memaafkan seseorang, berarti kita telah rela menghilangkan hak kita pada orang tersebut, dan kita membebaskan bebannya kepada kita sehingga tidak menimbulkan permusuhan. Bukankah Islam tidak menghendaki kaum muslimin saling bermusuhan? Karena itu, sikap tidak pemaaf merupakan kehinaan dan kerendahan hati kita.

Memaafkan berarti menekan atau menahan sifat egois dan emosi kita kepada orang lain. Memaafkan merupakan perbuatan mulia yg dapat meningkatkan kualitas takwa kita kepada Allah. "Dan pemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa. Dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Sesungguhnya Allah melihat segala apa yang kamu kerjakan," (Q.S. 2:237).

Tebarkan kasih sayang kepada sesama dengan mengentalkan sifat pemaaf disetiap saat.