7.11.06

Lentingan Si Kaduk - Sambungan

La,ada lagi?Ingatkan sudah habis betul sebab sudah tulis Tamat:

"Peristiwa rumah dirompak ini sebenarnya adalah isyarat dari Allah swt. kepada kita semua sejak tahun 1999 lagi, tetapi kita semua tidak cermat menilai keadaan…Itulah, apa nak buat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian Mad Radhi yang untung. Duit dia dapat kebas, jilat pun dia dapat!… Hidup Mad Radhi.! "
TAMAT

-Si kaduk

Tapi boleh sambung lagi?Yalah,blog dia,ikut suka dialah.Tapi di sini dengan jelas mencerminkan PERIBADI si kaduk ini yang memang suka cakap berdolak-dalih,CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN.Kenapa si kaduk ini 'claim' dia turut pergi umrah,sedangkan di dalam postnya bertajuk Di antara ranting dan pokok dengan jelas si kaduk berkata:

"minta maaf lah yang sampaikan cerita ini pun juak juak Mad Radhi juga yang setia sangat sangat beria ia menceritakan kelebihan duit tambah duit berkenaan dan Pak Kaduk pun dapat lah juga 'se RIYAL' dua sebagai kenangan, simpan lah dalam dompet duit sebagai kenangan sahaja hadiah dari kawan. Pergi buat kerja UMRAH pun masih dok ingat masyukkkkk!!!! lagi ka?"
-Si kaduk


Dari penulisan si kaduk sebelum ini, iaitu "Pak Kaduk pun dapat lah juga 'se RIYAL' dua sebagai kenangan, simpan lah dalam dompet duit sebagai kenangan sahaja hadiah dari kawan" dengan jelas menunjukkan yang si kaduk memang TIDAK PERNAH pergi umrah bersama Tuan Guru.Tetapi dalam posting terbaru kaduk yang gila talak ini (dah kata nak habis,tapi tak habis-habis) dia dengan selamba menipu kononnya pernah pergi umrah bersama Tuan Guru.

Dah-dahlah tu kaduk.Cukup-cukuplah menipu.Kalau yang berkata itu sumber a.k.a Jabatan Penyiasatan kau,cakap jelah macam tu.Tak payah tiba-tiba nak mengaku pergi umrah kalau sebelum ini gaya kau cerita pun memang nampak kau tak tahu.Dah lepas siri akhir baru nak mengaku pernah pergi?Jenis kau ni kalau tahu awal-awal lagi mesti kau dah cakap kau tahu atau kau pergi.Tapi sebab tiba-tiba agaknya,dapat 'ilham' dari sedara-mara,terus claim pernah pergi pulak.Alahaila kaduk..

Tapi betullah,10 yang kau cakap,15 tak boleh percaya.Dulu dalam posting bertajuk Akhir Kalam pun si kaduk penipu ni pernah cakap:

"Kepada semua rakan-rakan ini adalah tulisan terakhir saya dan saya tidak akan menulis lagi di sini kerana mesej saya telah pun saya sampaikan dan saya tidak berhutang dengan rakan rakan sama ada di dunia atau pun akhirat.Maafkan saya sekiranya tulisan saya menyinggung perasaan rakan-rakan.."
-Si kaduk

Tapi lepas tu berjela-jela jugak lagi yang dikelentongnya.Apa cerita kau ni kaduk?Janganlah cakap berdolak-dalih.Memang dari kecik kau dah dididik untuk menipu ke?Memang suka cakap macam Hindu?Kau mengaku anak murid Almarhum tapi pesan Almarhum supaya "jangan menipu" kau tak boleh nak ikut?

Kita dapat simpulkan,si kaduk a.k.a si z.s ini memang dilahirkan ke dunia ini sifatnya MUNAFIK,kerana SUKA BERCAKAP BOHONG dan BERDOLAK-DALIH.Orang yang seperti inikah yang layak untuk memperkatakan tentang Guru?Si kaduk menggunakan tagline "matlamat tidak menghalalkan cara" tetapi adakah dengan MENIPU dan BERBOHONG itu boleh untuk menghalalkan MATLAMAT BUSUK puak-puak penentang?Memang malang nasib kalau kita mempercayai kata si kaduk kaki temberang.Adakah sikap bercakap benar hanya perlu ada pada Tuan Guru sahaja?Bukankah kita umat Islam DILARANG BERBOHONG?Tuan Guru sendiri selalu berpesan jangan kita berkata dusta.

Orang seperti si kaduk ini memang sangat elok,sangat sesuai Tuhan balikkan hatinya supaya tertapis dari pergerakan ini.Kerana orang seperti ini kalau dibiarkan dalam pergerakan,boleh menjadi racun yang sangat berbisa.Hujungnya jadilah dia sama seperti Abdullah Bin Ubay ketua segala munafik.Alhamdu lillah,terkeluar dia dari 'gerabak'.Cuma marilah kita sama-sama berdoa semoga Tuhan menghentikan perbuatan si kaduk dari terus menggunakan ruangan maya ini untuk menabur fitnah dan nista lagi.Kita bukan takut,tetapi kasihankan dia yang terpaksa menanggung 'beban' di 'sana' kelak.Sepaling tidak marilah kita berdoa semoga Tuhan membuka ruang di hatinya untuk berubah menerima kebenaran..

Wahai TUHAN yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hatiku mengikut Agama-MU..