8.11.06

Bila Kaduk Menjadi KaDIN..

Pertamanya,diucapkan terima kasih dan tahniah kepada saudara r3mu @ simpson kerana berjaya 'membuka' identiti sebenar si kaduk dan si badan besar.Link ke blognya di sini .
Juga tahniah kepada suwabara dan pencantas kebatilan yang terus mempertahankan Guru kita yang tercinta.

Hari ini,kedua-dua si kaduk dan si badan besar menyentuh tentang 'wanita' tetapi yang disampaikan hari ini macam tiada point.Mungkin akal si kaduk tengah ligat mereka-reka fitnah malam ini.Esok tak tahu apa lagi yang bakal dikelentongnya!

Sudah-sudahlah tu kaDIN,cukup-cukuplah..Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh..Tidakkah si kaDIN menyedarinya?

Hari ini saya menerima maklumat dari salah seorang yang dinamakan sebagai peserta 'free' rombongan umrah oleh si kaDIN.Beliau dengan jelas mengatakan keluarganya pergi bukan atas tiket 'free' sebaliknya dari wang peribadi ayahanda beliau.Si kaDIN dengan selamba kata mereka sekeluarga pergi 'free'.Tidakkah si kaDIN rasa bersalah selepas selamba memFITNAH?Kita tidak faham jenis apa si kaDIN ni.

Mengulas kenyataan si badan besar pula:

"Kita kerap dikejutkan dengan perbuatan sumbang apabila ahli-ahli wanita berjabat malah mencium tangan Harimau Belantara (merujuk Tuan Guru). Kononnya tidak mengapa walaupun bukan muhrim. Harimau Belantara tidak sedar bahawa beliau diperhatikan. Percakapan beliau didengari dan disimpan.."
-Si badan besar

Boleh saya tanya sikit?Macam mana pula dengan ahli-ahli lama,seperti Amrudin sebagai contoh,yang bersalaman dengan Bonda Mak Teh?Bukan setakat salam,cium tangan malah berpelukan!Macammana tu?Sumbang ke perbuatan Amrudin dan Bonda Mak Teh itu?Minta maaf kerana menggunakan contoh yang melibatkan nama Bonda Mak Teh tetapi tujuan saya semata-mata untuk menyedarkan si badan besar yang 'buta hukum'.Saya tidaklah pandai sangat bab hukum-hakam ini tetapi saya tidaklah pula mempertikaikan bab-bab muhrim ini.

Menurut pemerhatian saya,rata-rata ahli wanita tidak sedikit pun terpengaruh dengan FITNAH ini.Yang terpengaruh adalah sikit.Itu pun sebenarnya mereka tidak diberi peluang untuk mendapatkan FAKTA.Yang lain,rata-rata tidak mempercayai FITNAH ini walaupun mereka tidak mengenali syima 'as-siddiq' x-rated tetapi mereka kenal dan tahu Tuan Guru bukan seperti itu.Kalau mereka kenal siapa syima 'as-siddiq' x-rated ini,lagilah mereka tak percaya!

Bukankah semasa HTP di Putrajaya sehari selapas kes 'cabul' kononnya berlaku,Tuan Guru menceritakan pengalaman atau ujian beliau dari anak-anak murid wanita?Bukan sikit yang diceritakan sewaktu itu.Masihkah kita ingat?Sehingga ada ahli yang ingin men'jadi'kan Tuan Guru sebagai 'cina buta' kerana dirinya dan bekas isteri mempercayai Tuan Guru.Tetapi adakah Tuan Guru hendak?Adakah Tuan Guru yang kita kenal 'type' yang macam itu?

Tuan Guru TELAH pun mengingatkan semua yang hadir di Putrajaya Mac lepas,ujian yang MUNGKIN datang waktu itu.Tetapi ramai antara kita yang terleka dan terlupa.Inilah dia rasanya,tujuan Tuan Guru berucap pada waktu itu.Supaya kita tidak mudah menerima FITNAH.

Teringat pula kata-kata Tuan Guru pada waktu itu yang hendak menceritakan rahsia di sebalik Ahmad Muhammad tahun hadapan.Patutlah ditakdirkan begitu,kerana ada PENAPISAN rupa-rupanya.Kepada mereka yang TERTAPIS,pergilah bertanya rahsia Ahmad Muhammad pada si kaDIN yang 'banyak ilmu (temberang) ' atau mentor-mentor dan abang-abang kalian!!Pasti 'dapat' jawapannya!huhu..

Sedarlah puak-puak penentang sekelian ,kembalilah ke pangkal jalan.Sampai bila kalian hendak terkapai-kapai mencari pedoman?Kepada siapa kalian hendak 'merujuk' sekarang ini?Puak-puak 'ustad' Ak sepaling kurang adalah tempat rujuk (walaupun tidak betul) Kalian? Nak rujuk pak 'ustad' CYCM takut Datuk Khalady cemburu pula.Nak rujuk Datuk Khalady risau Abdul Wahib melenting.Nak rujuk Abdul Wahib khuatir Asstord tak setuju pula.Hujungnya?Tuan Guru yang kalian cemuh dan fitnah itu jugalah yang kalian cari!

Kepada mentor-mentor dan abang-abang puak penentang sekelian,cukup-cukuplah mempengaruhi macai dan balaci kalian.Kalau ya kalian BERMASALAH,DENDAM atau TIDAK PUAS HATI dengan Tuan Guru,kenapa perlu libatkan menghasut macai-macai dan balaci kalian dengan memfitnah Tuan Guru?Saya menyeru kerana saya YAKIN dengan Tuan Guru yang di pihak KEBENARAN.

Tetapi ini semua ketentuan-Nya..

Nota kaki: Sampai sekarang kita PELIK dan HAIRAN macammana puak-puak penentang ini boleh berpakat.Kita bukan tidak tahu Man Ce 'tak ngan' dengan Datuk Khalady (walaupun sama-sama Ce) ,Datuk Khalady pula 'tak ngam' dengan Abdul Wahib (walaupun dikatakan saudara) ,Abdul Wahib pula 'tak ngam' dengan Shah Rukh Khan dan Asstord.Anda tahu kisah-kisah di sebalik ke'tak ngam'an mereka?Saya sedang mengumpulkan bahan ini,dan mungkin saya akan paparkan suatu hari nanti.


Harapkan LAMA,
Unta lagi LAMA tinggal di Arab..

Harapkan ABANG,
Abang ku memandu ke jalan sesat rupanya..

Harapkan GURU,
Aku telah membuang GURU ku sendiri,
Apalah malang nasib ku ini!!

(sajak untuk renungan puak-puak penentang)

2 comments:

simpson said...

mungkin mentalnya tertekan sebab identitinya sudah terdedah..

simpson said...

Big Body Guy tersilap!