27.11.06

Mastermind Fitnah di Alam Cyber

Salam, kepada saudara anti-fitnah dan para pendokong setia Tuan Guru yang lain. Diharap semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dari fitnah akhir zaman ini.

Untuk makluman, sumber didapati bahawa penulisan di laman web big body guy yang bertajuk "seribu kali sayang","apa hujahnya?","mana pergi perjuangan?" dan lain-lain sebenarnya bukanlah tulisan asal oleh pak kaduk atau lebih dikenali sebagai z.s. Ia sebenarnya ditulis oleh mentor z.s. itu sendiri iaitu abdul wahib Tiga abdul. Ya, memang saudara r3mu@simpson telah menunjukkan bukti sahih hasil siasatan beliau di dalam blognya membuktikan pak kaduk dan big body guy adalah orang yang sama. Tapi harus diingat, username account yang sama tak beerti orang sama. Boleh jadi satu username account dikongsi dua orang. Atau memang z.s. itu sendiri yang mengendalikan big body guy, tetapi dia hanyalah tukang upload setelah mentornya mengirimkan artikel. Ini saya boleh perjelaskan lagi dalam kronologi sejarah laman web cekakhanafi.com dalam artikel kemudian.

Seperti biasa z.s. yang selalu menulis dalam blog pak kaduknya dengan penuh emosi dan perasaan amarahnya tidak sama dengan penulisan big body guy ini. Tulisan dalam big body guy tersusun rapi ayatnya, ia tidak mengikut emosi penulis semata-mata. Setelah diteliti penulisannya penulis ini memang berpengalaman luas dalam bidang persilatan ini. Tulisan dalam tajuk ini memang selalu diungkapkan oleh abdul wahib Tiga abdul mengenai akal fikiran yang waras dan jiwa yang tenang.

Abdul wahib ini memang mementingkan aspek logik akal semata-mata dengan mengetepikan soal kebenaran, saksi atau bukti. Sebagai contoh, jikalau seseorang itu yang mempunyai akal fikiran yang waras dan jiwa yang tenang melakukan sesuatu fitnah, ia dianggap benar kerana telah menggunakan dua kaedah ini dengan betul. Tak kira apa jua matlamatnya, mesti menggunakan cara kaedah ini dengan betul. Beliau terlalu taksub dengan prinsip soal akal fikiran yang waras dan jiwa yang tenang melebihi soal kebenaran itu sendiri. Hanya mengikut logik semata-mata.

Apa gunanya jikalau menggunakan akal fikiran yang waras dan jiwa yang tenang tetapi mempunyai hati yang berprasangka buruk terhadap guru dan mempunyai dendam kesumat akibat terlalu lama memendamkan rasa tidak puas hati terhadap guru. Mula-mula pendam, lama-lama jadi dendam. Sepatutnya kita harus menggunakan akal fikiran yang waras dan jiwa yang tenang dengan hati tidak mempunyai prasangka buruk terhadap guru. Rata-rata puak penentang ini diperhatikan secara majoritinya mereka ini mempunyai buruk sangka terhadap Tuan Guru sebelum terpengaruh dengan fitnah ini.

Ya, buruk sangka adalah salah satu punca fitnah ini merebak dalam hati dan terus merebak bagaikan virus yang menjangkiti komputer. Abdul wahib ini memang seorang profesional. Dengan pengetahuan dan pengalamannya lebih 30 tahun dalam silat ini, kita tidak boleh memandang rendah kepada beliau. Sebenarnya kita bersimpati dengan orang-orang lama ini kerana telah terpengaruh dengan fitnah dari seorang wanita yang berumur 16 tahun! Tidak semestinya umur 16 tahun tidak pernah berbohong, tidak semestinya umur 16 tahun tidak pernah melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Boleh dikatakan abdul wahib ini merupakan mastermind di dalam alam cyber ini yang menyusun strategi. Pak kaduk hanyalah assistant beliau atau lebih tepat lagi ialah macai atau balaci. Kalau mastermind dalam strategi pengurusan persatuan yang menggantung keahlian dan menolak kepimpinan Tuan Guru ialah seorang 'nabi' melayu yang mengarang kitab kronologi baru-baru ini. Satu lagi mastermind pula yang menyumbang idea dan memberi gelaran pada Tuan Guru seperti MJ atau "Mad J***t" ialah seorang pengamal undang-undang yang pandai berkata-kata, pandai bermadah, pandai berpuisi. Orang yang juga melaga-lagakan keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi.

Tapi mastermind segala mastermind saya tidak tahu. Dulu masa bertanyakan pada Abg Mad, Abg Mad tak beritahu. Susah sikit kalau nak korek aib orang daripada Tuan Guru ni. Punyalah jaga aib orang, kalau kita dah lama dah. Kena la cari sumber kot lain. Rasanya mastermind segala mastermind ni mesti orangnya very smart, very experience. Berdoalah kepada Allah S.W.T. semoga fitnah ini terhapus dari pemfitnah-pemfitnah durjana ini.

Nota kaki:Tulisan di atas adalah kiriman dari anti-virus ke inbox anti_fitnah@yahoo.com. Di paparkan sini dengan pengubahsuaian yang minima.Terima kasih kepada anti-virus yang sudi menyumbangkan penulisan.

Cuba diteliti di 'wajah baru' laman si badan besar.Macam kekurangan sesuatu.Dah serik nak bubuh 'hit counter' ke bang? Lagi satu, macam mana si din boleh mengetahui si Linda itu seksi?Musykil musykil..Nak juga kita tengok 'keseksian' si linda ini. (Kita takut si linda ini bapuk tua yang pakai g-string! Mahu hilang selera makan setahun gamaknya!!)

Pada si linda,usah main serkap jarang meneka identiti anti-fitnah. Kalau salah nanti malu, awak tu dah terkantoi. Tak baik main tuduh-tuduh. Ala,tapi ko memang KAKI tuduh pun,apa nak pelik!

1 comment:

eastern_knight said...

Assalamualaikum!

Saya pun setuju dengan pendapat antifitnah ini dari segi idea penulisan Pak Kaduk ni nampak macam idea dia orang. Dari segi pengalaman dan sejarah2 yang lama pun Pak Kaduk tahu jika nak bamdingkan pengalaman Pak Kaduk ni. Pak Kaduk ni zaman Pak Ak tak muncul pun. Ringkasnya Pak Kaduk ni tidak berdiri sendiri. Dia mempunyai backup yg kuat dari belakang.

Cuma saya nak tambah sikitlah.

Hasil perjumpaan saya dgn orang lama yang sama naik dgn mentor ni. Beliau memberi penilaian yg ringkas tentang mentor ni. Orang nya memang handal berpersatuan, dan bila bercakap perlu ada bukti dan figure. Kalau tidak pendapat kita tidak akan diterima. Tapi dalam menghadapi krisis kali ini saya nampak beliau gagal mengekalkan trademark yg ada pada beliau tersebut.

Nak kata dia orang ni berfikir secara logik tidak juga. Sebab bila dikaji kes cabul yg dihadapi oleh GU , Kalau ikut logik benda ni memang tidak berlaku(Kalau kita teliti jalan cerita/fakta kes tersebut). Logik ni memerlukan perbahasan untuk menerima sesuatu fakta. Logik ni selalunya memerlukan bukti.

Cuma pada pandangan saya istilah yg sesuai ialah mereka ni suka beranalogy.Bukan berfikir secara logik. Analogy ni lebih kurang maknanya : Proses taakulan membuat rumusan ciri sesuatu benda atau sekumpulan benda daripada ciri yang diketahui kepada ciri yang tidak diketahui kerana terdapat perkara yang serupa wujud antara benda berkenaan.

Lebihkurang menyamakan sesuatu itu berlaku sebab sebelum ini ia pernah berlaku. Tapi dalam menentukan hukuman kepada penjenayah analogy ini sangat merbahaya. Dan tidak boleh dipakai. Ia boleh dikategrikan sebagai andaian.