3.11.06

2003 atau 2002?

Benarkah Program Umrah bermula tahun 2003?Untuk pembetulan,,kali pertama Rombongan Umrah Silat Cekak bermula tahun 2002 iaitu bertarikh 8 – 19 Mei 2002.Bukan 2003 ye pak-kaduk. Harap Maklum.

Dakwaan pak-kaduk mengatakan Tuan Guru tidak menghiraukan ahli lain sama sekali tidak berasas.Mana pak-kaduk tahu Tuan Guru hirau ke tidak?Setahu saya pak-kaduk tidak pernah ikut serta di empat-empat program Umrah. Saya sendiri pernah mengikuti salah satu program Umrah, dan saya tahu bagaimana layanan Tuan Guru kepada ahli.

Kalau kita yang berkata susah hendak bersama Tuan Guru,maka memang susahlah jadinya.Sepanjang pemerhatian saya selama di sana,Tuan Guru amat mudah untuk didampingi kerana sepanjang tempoh tersebut,kita akan sentiasa bersama beliau.Kalau kita tak pandai mengambil peluang,SILAP kita sendirilah. Tidak kira ahli yang lama atau yang baru ,peluang untuk duduk makan semeja dengan Tuan Guru atau pergi ke mana-mana bersama beliau pasti ada kalau kita mahu.Pak-kaduk cerita macam pernah pergi,padahal tak pernah ikut pun.

Jangan cakap pak-kaduk,kalau tidak tahu.FITNAH namanya kalau yang disampaikan itu tidak betul. Pak-kaduk tidak pernah pergi pun Umrah bersama Tuan Guru,tetapi gaya pak-kaduk cakap macam sudah 10 kali pak-kaduk pergi dengan beliau. KALAU TAK TAHU LEBIH BAIK JANGAN CAKAP kaduk! Yang pergi percaya semua sumber “Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk” tu kenapa?Sudahlah yang menyampaikan itu belum tentu kesahihannya,pak-kaduk tambah lagi ‘ajinomoto’ sesedap rasa.Hujungnya terhasillah satu “karya” pak-kaduk yang ‘agung’.

Sebut pasal umrah,ramai yang tidak tahu kesusahan dan masalah AJK program di sebalik tabir.Yalah,sebab mereka pun susah hendak cerita.Mereka bukan jenis puak-puak penentang yang penuh dengan sikap “keAKUan”.

Pak kaduk tahu tak visa perlu diuruskan seminggu sebelum berlepas?Dan dalam tempoh seminggu sebelum (kira paling lewat la) perlu membuat pembayaran penuh?Tapi puak mana yang esok nak bertolak hari ini baru bayar? (Tanya Tang Teng Tong ) Dan yang lebih haru,siapa yang janji hendak bayar sampai la ni tak bayar-bayar? (Tanya Shah Rukh Khan) Bagaimana duit-duit mereka ini dapat ditampung?Menggunakan wang PERIBADI AJK sendiri.Tetapi mereka AJK-AJK ini tidak suka bercakap sehinggalah kebenaran terpaksa dinyatakan demi menepis FITNAH.

Pak-kaduk carilah pakej umrah 10 hari yang bayarannya serendah RM 3850.Pak kadukkan ada Jabatan Penyiasatan,cubalah tengok di pasaran sekarang berapa ribu pergi umrah.Pakej yang ditawarkan pula selesa,mencukupi dan sangat memuaskan hati.Pak-kaduk mungkin tidak tahu program Umrah 2006,Barakah Umhaj turut disertai bukan ahli Silat Cekak yang terdiri lebih kurang 20 orang,juga oleh Pemilik Barakah Umhaj itu sendiri.Secara tidak langsung,AJK-AJK turut menguruskan peserta yang BUKAN AHLI atau KELUARGA AHLI ini.Mereka bukan sebahagian dari Keluarga Cekak Hanafi tetapi mereka pun tahu menghargai JASA Tuan Guru dan AJK kita yang banyak membantu semasa di sana. Di kalangan ahli disampaikan penghargaan mereka ini.Pak kaduk tahu?

Usahlah bercerita pasal program Umrah,kalau tidak tahu atau tidak pernah pun ikut serta.Cakap macam pernah pergi,tapi habuk pun takda!.Menyebut tentang video umrah 2002,tang mana yang diambil dari produksi lain?Boleh pak kaduk khususkan,waktu mana yang diambil dari TV3?Menilai dari kualiti video dan cara rakaman diambil,video tersebut secara keseluruhannya menunjukkan diambil oleh separa-profesional,kerana pengambaraan di ambil agak bergoyang-goyang.Ia bukanlah melambangkan rakaman sebuah produksi dari stesen TV segah TV3.Cuba diteliti kembali video berkenaan.

Seperti contoh yang saya timbulkan sebelum ini. Kalau benar Tuan Guru memang mata duitan dan suka mengambil kesempatan, beliau pasti akan mengenakan caj tambahan bagi setiap kiriman Koka. Tapi adakah Tuan Guru berbuat demikian? Fikirkanlah sendiri.
Contoh paling mudah, beli sahaja dengan harga sekitar 200 riyal satu tasbih 99 biji.Kalau Tuan Guru ‘type’ yang suka ambil kesempatan, balik Malaysia beliau jual balik dengan keuntungan 200% – 300%.Tapi adakah Tuan Guru buat demikian?

Kenapa pak-kaduk mengkhususkan Program Umrah?Kerana program ini boleh dikatakan diuruskan oleh ahli-ahli yang sekarang ini semuanya di pihak Tuan Guru.Kenapa tidak fokuskan program-program lain seperti Makan Malam Nostalgia/Mega, program Gerak Gemilang tahun lepas?Program Gerak Cemerlang misalnya yang kurang sangat mendapat publisiti berbanding Gerak Gemilang.Kenapa tidak komen KPS dan Penolong KPS sewaktu Gerak Cemerlang?Sebab yang itu ‘sedare’ pak-kaduk juga,malah boleh dikatakan Mentor jugalah.

Sebut pasal Mentor pak-kaduk,teringat pula kisah perselisihan mentor-mentor pak-kaduk iaitu Abdul Wahib 3 Abdul dengan Datuk Khalady yang memang diketahui ramai orang.Hairan juga dalam keadaan sekarang, mereka yang memang dikenali ‘TIDAK SEBULU’ ini boleh bersatu.Kenapa ya?

Nota kaki: Mana lanjutan dari Hairan Metro pak kaduk?Senyap sunyi je?Hari itu bukan main ‘hangat’ lagi pak-kaduk bercakap.La ni senyap sunyi je?Kami tak sabar-sabar nak baca ‘dongengan’ lagi ni.Mungkin Hairan Metro belum kenal “Harimau” dalam Silat Cekak ini yang sedang ‘beristirehat dan menyimpan kuku’ di Dar Al-Ta’zim.Nasib baiklah ARAHAN BERSABAR oleh Tuan Guru berkumandang di seluruh rantau.Kalau tidak, nahaslah “Harimau” yang memang terkenal dengan ‘hati kering’nya itu mengaum!

Nota tangan:Cuba perhatikan posting pak-kaduk MR vs RM - 4 dipost jam berapa dan juga tarikhnya.Tarikh 3 Nov (Jumaat) waktu 1.03 PM.Hmm..Sempat lagi pak kaduk mengarang FITNAH dikala hendak menunaikan Solat Jumaat ye?Ke berimamkan Imam Masjid Negara dari depan televisyen?

No comments: