6.11.06

Lentingan Si Kaduk

Wah,emosi sungguh si kaduk dalam penulisannya hari ini.Habis semua orang di'sapu'nya,kecuali rakan-rakan puak penentangnya.Kenapa emosi sangat ni kaduk?Sebelum-sebelum ini kau tenang je,hari ini (pukul 2 pagi pula tu) tiba-tiba je kau 'melenting' semacam?

Takkanlah marah sangat kot kami di pihak Tuan Guru mendedahkan identiti kau?Bukan apa,kami nak semua pelayar 'keluar' sekejap dari alam maya ini,ke dunia sebenar.Untuk mengenali siapa sebenarnya Pak Kaduk.Setelah pelayar 'sudah' mengenali siapa sebenarnya 'Kaduk' ini,barulah kita akan sedar betapa semua yang disampaikan kau tidak lebih dari rekaan semata-mata.

Terima kasih kepada r3mu kerana berjaya membongkar dengan lebih terperinci identiti Kaduk.Kepada mereka yang tidak mengenali siapa orang di sebalik topeng kaduk ini,bolehlah bertanya kepada mereka yang kenal.Tanyalah mereka yang penah rapat dengan 'kaduk' ini,bagaimanakah sikapnya.Apakah hobinya?Yang jelas satu = MENIPU.Cuba tanya rakan-rakan di tempat 'kaduk' ini mengajar. (Serdang misalnya).

Saya ingatkan sudah habislah isu umrah ini,rupanya masih berbaki lagi satu episod.Ramai benar orang yang pergi umrah percuma ya?Sekadar berfikir.Si kaduk menyatakan harga satu pakej sekitar RM 3850 sebelum ini.Di post terbarunya,kaduk mengandaikan 'keuntungan' yang diambil oleh AJK umrah sekitar RM 500 setiap kepala.Cuba kalau di tolak RM 3850 dengan RM 500 = RM 3350! Murahnya pakej umrah si kaduk! Seronoknya pergi umrah 10 hari bayar RM 3350! Kalau dah tau AJK ambil 'untung' sebegitu banyak,kenapa tidak cakap sahaja dengan AJK yang kononnya terkantoi itu dan kau pergilah dengan harga RM 3350!

Yang saya dapat kantoikan 'fakta' kaduk ni satu. Di katakan En Yusaini dan isteri pergi percuma 4 kali.Setahu sayalah,yang 2006 baru ini Abg Franky tidak membawa orang rumah.Macam mana ni kaduk?Kalau dah satu 'fakta' menipu,yang lainnya kemungkinan BESAR pun tipu jugalah!Bila si kaduk sebut nama-nama yang 'kononnya' pergi percuma ini,terfikir juga.Ramainya yang pergi 'percuma'?Patutlah mentor si kaduk Abdul Wahib 3 Abdul cukup tidak bersetuju dengan progam umrah,sebab padanya,dari guna duit pergi umrah,baik buat bangunan atau pejabat persatuan!Punyalah busuk hati.(Di ucapkan oleh Abdul Wahib sebelum kemelut ini berlaku,sekitar tahun 2005)

Kenapa nama si astot peguam bengong tak kaduk masukkan sekali pergi percuma?Tak silap saya si astot pun rajin juga pergi umrah.Sebab si astot ini sudah jadi 'sedara' si kaduk sekarang ini.Takkanlah nak libatkan nama 'sedara' sendiri ye tak?Maka disenaraikanlah kononnya semua individu terbabit pergi secara percuma.Kasihan mereka dituduh sebegitu.Usaha mereka mencari rezeki dan wang untuk ke tanah suci mengerjakan ibadat kaduk dengan selamba tuduh percuma!Kan lagi senang kalau si kaduk cakap,semua yang sekarang ini di sebelah Tuan Guru yang pernah pergi umrah semuanya percuma?Cakap jelah puak-puak penentang sahaja yang bayar dan tanggung semua perbelanjaan ke sana.

Si kaduk kalau dikatakan BODOH memang dia suka agaknya.Dengan selamba kata Tuan Guru merujuk pada mutawif untuk beri penerangan semasa Ziarah.Kau pernah pergi tak Kaduk?Kau pernah dengar sendiri tak penerangan Tuan Guru dan penerangan Mutawif?Kalau tak pernah,jangan banyak cakap.Makin banyak yang kau sampaikan,makin susahlah kau menjawab 'di sana' kelak.Sekadar memberi satu contoh.Penerangan Tuan Guru tentang Jabal Thur misalnya,yang menjadi tempat di mana Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a berlindung semasa peristiwa Hijrah.Jangankan mutawif,Jejak Rasul 12 yang ditayangkan Ramadhan lepas pun tidak menerangkan keadaan Asma' Bt Abu Bakar yang pada ketika itu sedang sarat mengandung tetapi masih mampu menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahandanya walaupun terpaksa mendaki hampir 2 jam untuk sampai ke tempat persembunyian Baginda.Tetapi mana saya tahu keadaan Asma' tersebut?Saya tidak akan tahu kalau bukan Tuan Guru yang menerangkan.Sekadar contoh sahaja.Si kaduk dengan selamba kata Tuan Guru diberi penerangan oleh mutawif.Kau hilang akal ke Kaduk?Habis ilmu yang selama ini kau dapat Tuan Guru belajar dari siapa?

Kita baru berhadapan dengan fitnah dan nafsu serakah masing-masing sudah tidak mampu nak mempertahankan Guru merangkap pemimpin kita.Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita ini tinggal di zaman Baginda s.a.w?Sanggupkah kita mendaki gunung selama dua jam dalam keadaan yang amat sukar demi menghantar makanan kepada Baginda s.a.w?Mampukah kita melindungi Baginda mempertaruhkan nyawa dengan menggantikan tempat tidur Baginda seperti yang dilakukan Ali k.r.w?Renungkanlah..Dia Maha Mengetahui...

"Tahukah Mad Radhi, jika orang di sekeliling beliau tahu siapa beliau sebenarnya, nescaya bila mati nanti akan dikencing oleh mereka ini di atas kubur beliau . Sedarlah….."
-si kaduk

Yang saya risaukan,dalam mulut kaduk nanti di kalangan puak-puak penentang sendiri yang kencingkan.Tapi memang layaklah mulut yang jahat itu dikencing-kencingkan dan tangan yang menulis itu ditahi-tahikan sahaja.Lagi baik kalau puak-puak penentang sendiri yang meludah muka si kaduk yang TERLAMPAU HEBAT BERDUSTA ini kerana yang saya dengar,segelintir macai dan balaci puak-puak penentang pun sudah jelik dan muak dengan penulisan kaduk yang besar temberangnya!

Habis bohong bab Umrah,dibohong pula kononnya Rumah Bonda Mak Teh kena rompak.Tahu tak beza antara rompak dan pecah masuk?Ha kaduk?Kalau yang kau dengar itu setakat kena pecah dan kehilangan setakat tong gas,janganlah ditambah-tambah lagi!Itu pun berlaku di kala tiada siapa di rumah!Apa mengarut sangatlah puak-puak penentang ini.Penulisan Kaduk dengan JELAS MEMBUKTIKAN PUAK-PUAK PENENTANG SEBENARNYA SUDAH LAMA MEMENDAM RASA DAN DENDAM TERHADAP TUAN GURU.ISU 'CABUL' YANG DIBANGKITKAN HANYALAH SEBAGAI 'PEMBUKA SELERA' SEMATA-MATA.Sudah 13 tahun tidak buang air besar,sekali keluar,Masya Allah,BUSUKNYA!

Jangan cakap pasal perjuangan kalau Guru sendiri pun tidak boleh dibela.Jangan cakap soal pengorbanan sekiranya dengan Guru sendiri pun masih 'berkira-kira'.Dan jangan sebut pasal Almarhum Ustaz,jika PENGGANTI yang DITETAPKAN tidak boleh diterima!

Aku berlindung dengan mu YA ALLAH dari siksa kubur, dan dari fitnah hidup dan mati,dan dari fitnah al-masih Dajjal.Wahai TUHAN yang mebolak-balikkan hati,tetapkanlah hatiku mengikut Agama-MU..

No comments: