13.11.06

Putera Hanafi

Alkisahnya dalam blog pak kaduk si din mengatakan:

"..Ramai diantara mereka terkedu dengan apa yang telah didedah dan dibogelkan oleh Pak Kaduk tak kurang juga yang tidak boleh menerima pendedahan ini terutama nya mereka mereka yang terdiri dari juak juak yang taksub melampau tu, mereka juak juak ini bukan nak pergi siasat apa yang telah didedahkan atau berjumpa sendiri dengan mereka mereka yang telah Pak Kaduk sebut, yang mereka pergi jumpa adalah orang orang yang tak ada kena mengena dengan 'kes' saperti Penyelia kelas atau pun YDP.."
-Si din

Dalam kes ini,siapakah yang sebenar-benarnya perlu kita rujuk?JK Siasatan?JK Kehakiman?Tuan Guru?Syima?MMT?Atau MMK?

Atau sekadar pergi ke capaian internet,dan rujuk pada blog pak kaduk,si badan besar dan laman yang pro Tuan Guru?Cukupkah sekadar merujuk perkara sebesar ini hanya melalui internet?

Bolehkah kita pergi sendiri berjumpa atau hubungi Tuan Guru untuk bertanyakan beliau perkara ini?Sudah tentu boleh kerana Tuan Guru sedia memberi kerjasama apabila dipanggil oleh JK Siasatan memberi keterangan.Bolehkah kita pergi berjumpa dengan syima untuk bertanya?Sudah tentulah tidak boleh kerana dikawal ketat oleh kedua ibu bapanya!Sedangkan JK Siasatan pun tidak diberi peluang untuk menyoal siasat syima,apatah lagi kita ahli biasa!Siapa sebenarnya yang menyembunyikan sesuatu dalam isu ini?Apakah yang perlu sebenarnya disembunyikan dan kenapa perlu disembunyikan?

Kenapa JK Siasatan bersetuju untuk tidak mengambil keterangan syima?Memadaikah sekadar mengambil keterangan kedua ibu bapanya yang langsung tidak berada di tempat dan masa kejadian?Memadaikah sekadar menerima surat akuan sumpah yang boleh dibuat dengan kos sekitar RM5 sebagai pengakuan si penuduh?

Dan yang satu kita musykilkan,kenapa bapa saudara si mangsa kononnya yang menghantar surat pertuduhan sehingga tertubuhnya JK Siasatan dan Kehakiman?Kenapa bukan bapa mangsa sendiri yang melindungi maruah anaknya?Kenapa perlu bapa saudara?Kenapa surat aduan dari seorang ahli seumur hidup lain yang mendakwa difitnah oleh individu tadi tidak dilayan oleh MMK?Kenapa?


Si din dalam postingnya Lapan Bulan Berlalu berkata:

"Dan tujuan didedahkan nama nama yang terlibat ( secara terus ) adalah supaya rakan rakan boleh membuat rujukan dan memastikan apa yang Pak kaduk sampaikan ini adakah benar atau palsu jangan lah takut untuk mencari kebenaran walaupun ada kalangan rakan rakan di halang berbuat demikian.."
-Si din

Tetapi mengapa dalam posting terbaru si din iaitu Persoalan yang mungkin terjawab,dia sekadar berkata begini:

"Salah seorang rakan Pak Kaduk yang tahu aktiviti Pak Kaduk telah bertanyakan hal Persatuan kepada Pak Kaduk, Pak kaduk hanya menjawab mana mana yang patut sahaja tak mahu lerlebih dan takut tersilap cakap, sebab Pak Kaduk masih ingat pesan Almarhum Ustaz Hanafi satu ketika dulu. Dalam pada itu Pak Kaduk mengambil kesempatan untuk bertanya "tolong lah tengok ada tak perkara ini telah di buat laporan polis" dan kawan Pak kaduk ini telah mengesahkan bahawa laporan tersebut telah pun ada di balai polis ( tempat laporan itu dibuat nanti Pak Kaduk siarkan bila mendapat salinan laporan tersebut dan akan Pak Kaduk siar kan di blog ini dengan izin) sambil berkata "beri pihak polis masa untuk menyiasat kes ini dengan teliti sebelum kita ambil tindakan mungkin ambil masa sedikit"
-Si din

Kenapa tiada nama seperti yang si din kata sebelum ini?Dedahkanlah nama KAWAN kau tu din,senang juga kami nak rujuk yang kau ni temberang atau tidak!

Kalau kita perhatikan di dalam artikel Guru Silat Cabul yang dipaparkan Hairan Metro,tiada langsung nama atau jawatan polis yang mengesahkan menerima laporan.Cuma ditulis,"sumber polis ketika dihubungi.." sahaja.Kenapa?

Cuba kita lihat artikel jenayah lain di dalam tabloid tersebut.Jika sumber yang diyakini sahih,pasti akan tertulis Nama dan Jawatan sumber polis tersebut.Mari kita sama-sama perhatikan.Dan mengapa jika benar Hairan Metro benar-benar berani memaparkan artikel berkenaan,tiada langsung nama sebenar individu yang terlibat?Kenapa berselindung dengan Fakta kes jika cerita tersebut benar?Takut kena saman?

"Pak Kaduk akan menutup blog Pak Kaduk ini bila sampai masa dan ketika nya, saperti mana yang di sarankan oleh rakan rakan Pak Kaduk atau pun jika ada arahan pihak Polis mahupun dari perintah Makamah.."
-Si din

Tak payah nak auta lah din.Dulu pun kau cakap penulisan terakhir masa dalam Akhir Kalam .Tapi la ni berapa banyak dah post yang kau buat lepas kau cakap macam tu?Cakap kau satu pun tak boleh pakai!

"Pada Pak Kaduk pantang larang pertama Silat Cekak itu terbatal bila mana Mad Radhi mula BERBOHONG bila berbohong ia hilang sifat Sidiq.."
-Si din

Si din dengan terang membelakangkan semua keputusan tidak kira MMT,MMK apatah lagi keputusan Tuan Guru.Bukankah Mandat Perguruan masih di tangan Tuan Guru?Kau lupakah din?Dan sekadar ingin bertanya,atas dasar apa kau kata Tuan Guru berbohong?Tuan Guru berbohong pada kau ke?Ada?Kalau sekadar jumpa Tuan Guru bertanya pasal buasir (maaflah,asyik guna modal sama,masalahnya memang itulah KENYATAAN dari Insan yang boleh dipercayai) dan tidak langsung bertanya pasal isu ini,tak payahlah din.

Dengan terungkapnya perkataan dari penulisannya sendiri,si din dengan terang sudah mengaku BUKAN lagi ahli Silat Cekak.Maka dengan penulisannya sendiri,si din dengan terang telah mengisytiharkan dirinya BUKAN lagi murid Tuan Guru.

Jangan kita lupa MANDAT PERGURUAN masih kekal pada Tuan Guru.Jangan kita lupa Tuan Guru adalah Guru Utama Silat Cekak yang sah.Kita masih ingat lagi dahulu di zaman ‘ustad' Ak.Walaupun dia telah menimbulkan ‘bibit-bibit kesangsian’ sebelum ucapan kontrovesi di Dewan Malik Faisal lagi,kita tetap bertenang menunggu sehingga mandat perguruan bertukar,barulah kita menolak “ustad” Ak terang-terangan. Tetapi kenapa tidak waktu ini?Kenapa ramai puak-puak penentang yang MELATAH seolah-olah Tuan Guru bukan lagi Guru Utama yang HAK? Kenapa si din terang-terangan waktu ini?Waktu dulu itu pun kau tiada (merajuk) kan din?

Maka apabila sudah tidak lagi mahu mengaku dan tidak lagi boleh menerima Tuan Guru sebagai Guru Utama Silat Cekak,sedangkan Beliau MASIH kekal sebagai Guru,apakah TINDAKAN SEWAJARNYA yang perlu dilakukan?

BERUNDUR!

LETAK JAWATAN!

Dalam erti kata yang lebih mudah namun agak kasar sedikit;

BERAMBUS!

Usahlah menggangu menabur FITNAH merosakkan perjuangan yang suci ini lagi.Sudah banyak kerosakan dan kehancuran yang telah kalian palitkan pada jalan perjuangan ini.Kami akui jasa dan sumbangan yang mungkin telah kalian curahkan selama ini,tetapi itu tidak bermakna kalian BERHAK melakukan apa sahaja terhadap perjuangan ini demi memenuhi tuntutan hawa nafsu kalian.

SELAMAT TINGGAL PUAK-PUAK PENENTANG,kalian telah GAGAL dalam UJIAN dan PENAPISAN kali ini.Kalian telah mengkhianati AMANAH dan menodai PERJUANGAN yang ditinggalkan Almarhum yang kalian sendiri agung-agungkan.Kalian TEWAS dan KECUNDANG di tangan BUDAK 16 TAHUN!

PUTERA HANAFI yang kalian sanjung dan julang suatu masa dahulu telah kalian khianati dan curangi. PUTERA HANAFI yang kalian kucupi tangan dan tunduk hormat suatu ketika dahulu telah kalian hina dan keji bagaikan beliau tiada harga diri.PUTERA HANAFI yang dahulu kalian angkat tinggi kini telah kalian rendahkan ke tahap terendah yang mampu kalian lakukan.

Ingatlah,PUTERA HANAFI yang kalian FITNAH,KEJI dan HINA adalah Zuriat Almarhum yang kalian sendiri agung-agungkan.Renungkanlah,PUTERA HANAFI yang kalian perlakukan adalah PENGGANTI yang DITETAPKAN sendiri oleh Almarhum.Sedarlah, BANGKITNYA PUTERA HANAFI selepas ini tidak akan lagi bersama kalian yang telah mengkhianati perjuangan suci ini.BANGKITNYA PUTERA HANAFI selepas ini hanya bersama mereka yang tidak meragui,hanya bersama mereka yang dahagakan KEBENARAN..



Ya Allah,aku berlindung denganMu dari azab kubur dan fitnah hidup dan fitnah mati dan dari fitnah masih dajjal. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan segala hati,tetapkanlah hatiku atas agamaMu..

6 comments:

Pencantas Kebatilan said...

mereka-mereka ni perlu dicantas..mereka sudah melampau benar..jadi,kita cantas segala kebatilan mereka..teruskan anti fitnah..

Tiga Abdul said...

Ader setengah barang2 lama ni bagus untuk kita guna n pakai buat pengajaran or revision la. Tapi ada setengah barang2 lama ni patut dibuang jer coz dah memang tak boleh pakai n busuk lagik membusukkan.. Saya ni memang la xperience sangat dgn barang2 lama ni coz bapak mertua saya kan Saddiq Sigaraga saudagar barang2 purba..huhu...:)


JANGAN MARAH NANTI KENE JUAL.. :)

anti_fitnah said...

Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komen.Terima kasih juga kepada murid Tuan Guru dan 3 Abdul yang tolong menjawab bagi pihak anti-fitnah.Segala puji hanya untuk Dia,kita tidak buat apa-apa..

Gaya penulisan pendekar_berkanta seakan-akan penulisan yang diterima di peti inbox anti_fitnah@yahoo.com iaitu dari seseorang yang menggelar dirinya "kingkymaru".

Apa pun,terima kasih kerana mendedahkan lagi "kepandiran" anda.

Tiga Abdul said...

aikss..nampak macam marah... saudara pendekar berkanta marah kaaa?...jangan2 nanti kener jual...:) ecewah.. ikot pesanan nabi konon... dahsyat gak pendekar berkanta ni.. tak kener kat batang hidong sendiri boleh laa... hebat juga fahaman sedara ni... kuat betol pegangan... tapi kuat pegangan pon tak guna jugak coz benda fitnah kat depan mata pon tak nampak... tu la yg aku cakap... barang2 lama ni ader setengah bley pakai... ader setengah plak hampesh.. tak semuanyer.. kesian2.. moga2 terbuka hati tu untuk terima kebenaran yer... eceh... tak sebelah mana2 pihak konon... atas pagar laa yer.. takder pendirian nampak... :)

ok pendekar berkanta.. orang lama kan.. sure ader barang2 purba.. so bagi la kat aku.. aku nak bagi bapak mertua aku.. bley jual n masyuukkkk...huhuhuh

JANGAN MARAH YE NANTI KENE JUAL :)

no one said...

assalamualaikum...

pada mulanya saya menyokong pendekar berkanta (PK), tapi apabila beliau mengatakan...

'Maaf kata ya, cara anda dan GU anda sekarang ini sebijik macam zaman Pak Ak.Maaf ya.Saya tak nampak langsung kehebatan Mad Radzi menyelesaikan masalah ni, malah ahli2 telah berpecah dua, sebiji macam kejadian 1993 dulu.'

...saya terus berpendapat dia berpihak kpd yg menentang YM. saya bersetuju dgn beliau bhw sdr anti-fitnah (AF) agak kasar dlm blog beliau, tapi anda sendiri menegur AF dgn cara yg agak kasar..kata2 seperti...

'sian saya kat awak..sedih..pemikiran macam anak2 kecil ketandusan puting plastik'

...itu menunjukkan hostility! tak boleh ke tegur elok2 sket? kamu menyuruh org lain mencontohi nabi, tapi adakah nabi pernah berkasar spt demikian? that shows that u dont practice what u preach. bukankah kata2 begitu juga boleh menimbulkan bibit2 permusuhan dan perpecahan? kamu suruh org lain jgn bermusuh tapi kamu sendiri mencari musuh? kamu sendiri yg ingin memecah-belahkan antara diri kamu dgn sdr AF? cermin diri anda dulu dan fikir2kanlah...

pd sdr AF dan bloggers yg menyokong YM, saya faham anda marah dgn cara penulisan2 di blog2 yg menentang YM, tapi saya harap kamu jgn ikut cara mereka...jgn menentang ikut nafsu, tapi ikutlah akal fikiran..bak kata arwah ustaz hanafi, 'keluarkan akal fikiranmu, bukan isi perutmu'..YM sendiri pun sudah menegur mengenai perkara ini. kalau kamu sayang dan sokong beliau, lakukan dgn cara yg hebat dan berilmiah, bukan cara yg sama spt pihak yg menentang..'fight fire with water, not fire with fire'...

....spt yg dikata oleh sdr PK, contohilah baginda SAW...

jgn menyangka semua yg menyokong YM kerana taksub..saya menyokong YM bukan krn taksub dgn beliau, tetapi krn saya tidak percaya kpd pihak yg membuat tuduhan terhadap beliau...mereka xde bukti kukuh, lps tu memburuk2kan YM pula...jika benar2 yakin bhw beliau bersalah, jalankan siasatan dgn cara yg betul dan adil...bila dah terbukti bhw dia bersalah, barulah diberitahu kpd ahli2...ini tidak, belum dibuktikan samada beliau bersalah atau tidak, mereka sudah pun menyebarkan hal tuduhan salahlaku itu kpd students dan menyuruh beliau turun dr menjadi GU. maaf, saya tak boleh mnyokong perbuatan ini...

...yg paling penting beliau sudah pun bersumpah dgn Al-Quran, kitab suci kita...jika tak percaya pd YM, percayalah pd Al-Quran...percayalah pada sumpah 'Wallahi, Tallahi, Billahi', sumpah yg amat besar, tidak boleh dibuat main2..jika menipu, berbohong, maka balasannya amatlah perit..jika tidak dunia, maka di akhirat kelak...

sekian, wassalam...

Tiga Abdul said...

setuju sangat2 dgn saudara no one... jalankanlah siasatan yang adil dan saksama.. saya juga boleh mengatakan yang puak2 belah sana taksub dgn org lama dan mmk.. kalo puak2 sebelah sana yakin dengan pendirian dorg, apa lagi buktikanlah YM Tuan Guru bersalah..pergi report polis..simple jer.. ni dok kepoh yg kata dah report kat polis..kalo dah report pasal aper polis tak buat siasatan lagi.. ni kes cabul budak bawah umur.. kes yg amat besar... Kalo kes Tuan Haji Abu Huzaifah (Haji ker? perangai tak macam org pegi haji) yang konon2 nyer kener tampat kat mulut tu, polis terus panggil YM Tuan Guru bagi kenyataan.. Ini kan pulak kes cabul.. come on laa...

tapi yang paling penting dan main point dia YM Tuan Guru telah bersumpah dgn Al Quran.. apa lagi yg korang tak puas ati? Tak pecayer Rukun Iman ker?.. Very weird... Tapi kalo korg tak cayer ngan Al Quran tu baik bagi aku.. Mau lagi Al Quran yang versi lama2 @ purba.. Bley la aku simpan.. Bley bagi bapak mertua aku Sadiq Sigaraga.. hehehe :)

JANGAN MARAH YER NANTI KENER JUAL :)