3.11.06

Kaduk Yang Malang

Baru-baru ini,didedahkan e-mail pak kaduk iaitu obeyone1@yahoo.com di blog anti-fitnah ini.Sehubungan dengan post berkenaan,satu komen telah diterima berbunyi;

"Nampaknya saudara anti-fitnah dah mendedahkan alamat e-mel saya. Itu saya tak kisah. Saya cabar kepada semua juak2 mad radhi yang taksub termasuk anti-fitnah sendiri. Hantar e-mel ke obeyone1@yahoo.com atau boleh chat melalui yahoo messenger. Atau terus talipon atau hantar sms ke 019-6635203 Ini talian hangat saya.."
-Pak-kaduk

Sebelum itu juga dalam post Siri Akhir satu komen telah diterima sebegini;

"Untuk pengetahuan umum, sayalah yang menghantar artikel yang ada di dalam blog pak-kaduk ke setiap e-mel pengguna yang menggunakan e-mel cekakhanafi.com Dengan menggunakan nama samaran dan alamat e-mel yang berlainan. Kerana saya salah seorang webmaster cekakhanafi.com Saya mempunyai database setiap pengguna yang register di cekakhanafi.com Saya membuat ini demi menegak kebanaran..."
-Pak-kaduk

Pelayar boleh rujuk sendiri di dalam ruangan komen di post-post berkenaan.Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran identiti "pak-kaduk" ini,tetapi pengakuan telah dibuat.Tetapi di dunia maya ini,sesiapapun boleh melakukan penyamaran.Mungkin betul itu pak-kaduk,mungkin juga bukan.Sesuai dengan namanya iaitu PAK KADUK yang berlatarkan kisah rakyat yang penuh dengan pengajaran,begitu jugalah dengan penulisan pak-kaduk ahli strategi yang selayaknya dijadikan bahan jenaka dan dongengan semata-mata.

Alahai malang nasib si kaduk
Hendak dilawan Raja ke bawah daulat
Yang dipertaruhkan tanah sekampung
Diharap pada Jalak yang handal bertarung

Jalak menang kaduk gembira bukan kepalang
melompat berteriak laksana jaguh
sehingga terkoyak seragam kertas
Malunya tak terkira kaduk yang malang

Jalak rupanya bukan milik si kaduk
Kaduk lupa Jalak empunya Sang Raja
Aduh bertambah malanglah lagi nasib
Pak kaduk menang bersorak,tergadai kampung..

No comments: