si kaDIN = si badan besar = Zanuddin Salleh
Kesian kaDIN yang terpaksa 'menjaga' sekali dua medium penyebaran propaganda.Cukup tangan ke bang?Kalau tak cukup tangan boleh guna kaki sekali! Kaki yang kuat 'kencing' tu!Huhu..
Entah-entah pak pandir dulupun,zanuddin juga punya kerja!Sebab rasa tak larat/ tiada idea,ditutup sahaja pak pandir sekarang ini.Huhu..
si badan besar pula tidak jemu-jemu menyeru:
"Ikutlah MMK, pasti selamat!"
-Si badan besar
Kenapalah macam 'desperate' sangat ni?Rilekslah.Tak payah nak seru-seru,kami tahu apa nak buat.Atau semakin tertekan menantikan Bom iaitu Mesyuarat Agung Luar Biasa meletup?Mungkin puak-puak penentang semakin tertekan memikirkan kuota undi untuk mereka yang tidak cukup-cukup menjelang EGM.Maka diserulah supaya diikut MMK.Kasihan sungguh puak-puak penentang..
Untuk makluman semua pelayar,hari ini bertambah lagi satu blog ahli yang memihak Tuan Guru menjadikan semuanya lima sekarang ini iaitu;
- http://suwabara-cerita.blogspot.com
- http://pencantas-kebatilan.blogspot.com
- http://dowhdowh.blogspot.com
- http://anti-fitnah.blogspot.com
dan terbaru;
5. http://ch-siddiq.blogspot.com
Setiap blog mempunyai cara yang berbeza tetapi bermatlamat sama.
Kepada semua pelayar sekelian,bolehlah meluangkan masa melayari blog-blog yang disebutkan.Mungkin jawapan yang kita 'cari' ada di sana..
"Siapa yang menuntut sesuatu dengan kesungguhan dia pasti akan mendapatnya"
-YM Tuan Guru Md Radzi Bin Haji Hanafi



9 komen:
salam..
http://ch-siddiq.blogspot.com
kepada tuan punya blog, harap dapatlah kurangkan menggunakan bahasa yang keji..tak sanggup saya nak baca lama-lama..walaupun mereka telah berbuat sesuatu yang cukup menyakitkan hati, tapi rasanya tak perlulah dibalas sampai begitu sekali. biarlah DIA yang membalasnya. rasanya walau dibuka seribu satu rahsia mereka pun, tiada gunanya lagi. biarlah mereka dan dunia mereka. cukuplah kita membangkang kenyataan mereka tapi jangan diikutkan amarah hati kita seperti apa yang mereka lakukan. bila kita sudah membuka pekung mereka, bagaimana kiranya mereka mahu menerima kita nanti?..ingatlah, sesama Islam itu bersaudara. jangan ikutkan nafsu, nanti binasa jiwa!
salam...
yezza sokong simpson...
oh ya hari ni pukul 9.09am 9/11/2006 pak kaduk meroyan lagi pasal wanita dan buah d*d* ..& mandi silat..
sudah2 la tu pak kaduk.. dah nak muntah baca cerita dongeng anda..
aku rasa korang hentikanla tuduh menuduh kat internet ni. semua dah nak mengaibkan masing2. akan kubogelkan satu persatu? budak 16 tahun pun korang nak libatkan ke?
aku rasa dua-dua pihak memang tak betul. korang renung balik la. dari dulu zaman hanafi asyik bergaduh dengan orang. dulu dengan kalimah. kalau fikir balik, yahya said tu guru hanafi.
lepas dah takde orang nak gaduh, gaduh sesama sendiri sampai pecah dua, jadi cekak malaysia-cekakhanafi. gaduh lawan guru lagi. kali ni mat radhi dengan ishak itam. dakwaan ishak itam menyimpang dari ajaran hanafi yang sebenar.
sekarang dah takde apa nak digaduhkan dengan cekak malaysia, diorang pun dah semakin maju ke depan, tak terkejar, korang gaduh lagi sesama sendiri. kes guru lagi. lagi hebat, tuduhan cabul. lepas ni ada cekak mat radhi dengan cekak amruddin lak kot?
aku pun dulu budak cekakhanafi jugak. dah bosan la balik2 gaduh. korang tau tak tempiasnya budak2 tak bersalah, budak2 ipt yang korang libatkan dalam kancah benda2 politik ni. aku mengutuk perbuatan korang semua ni.
mungkin suara aku terlalu kecil, tak boleh ubah apa2.aku pun banyak dosa gak. tapi setau aku kalau kita mengaibkan orang. Tuhan akan aibkan kita balik, seaib-aibnya.
aku akhiri dengan pantun,
"Tak pakai, pakai
Hampa suma memang tak leh pakai!!"
Prasangka Baik
"Wahai isteriku, sesungguhnya di kota Madinah ini sedang tersebar berita tentang Ummul Mukminin Aisyah. Bagaimanakah pendapatmu tentang berita itu ? "
Isteri Abu Ayyub kembali bertanya, "Wahai suamiku, andaikan engkau menjadi Shafwan apakah engkau pernah berfikir untuk melakukan perbuatan serong dengan Ummul Mukminin Aisyah ?"
"Tentu saja tidak !", jawab Abu Ayyub.
"Wahai suamiku, jika aku menjadi Aisyah, aku pun tidak akan pernah berfikir untuk mengkhianati Rasulullah. Dan ketahuilah, bahwa Shafwan itu jauh lebih baik daripada engkau, dan Aisyah itu jauh lebih baik daripada aku. Jika terhadap kita saja hal itu tidak mungkin terjadi, bagaimana mungkin hal itu terjadi kepada orang-orang yang lebih baik dari kita ? (yaitu Shafwan dan Aisyah)".
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al_Hujurat:12)
Berita Bohong
Pertanyaan di atas sekali itu adalah pertanyaan Abu Ayyub kepada isterinya tentang berita bohong yang sedang hangat di kota Madinah tentang Ummul Mukminin Aisyah ra yang dituduh berbuat serong dengan Safwan bin Mu’atthal As-Silmi. Tuduhan tersebut dilontarkan oleh kaum munafiqin yang dikepalai oleh Abdullah bin Ubay bin Salul. Mereka adalah sebahagian penduduk Madinah yang tidak sukakan kehadiran kaum Muslimin yang berhijrah ke kota Madinah.
Peristiwa ini bermula dari peristiwa Aisyah ra tertinggal dari rombongan Rasulullah ketika baginda kembali dari peperangan melawan bani Musthaliq. Aisyah yang tertinggal dari rombongan, ditemukan oleh Shafwan yang bertugas berjalan di belakang pasukan. Ketika Shafwan menemukan Aisyah yang sedang terbaring berselimutkan kainnya, Shafwan bertanya,
"Mengapa anda tertinggal ?"
Shafwan segera mendekatkan untanya pada Aisyah dan mempersilakan beliau untuk menaikinya. Shafwan kemudian menuntun unta yang ditunggangi Aisyah dan menyambung perjalanan menuju ke Madinah. Melihat peristiwa ini, kaum munafiqin segera mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kehormatan keluarga Rasulullah dengan mengeksploitasi peristiwa itu dan melontarkan tuduhan yang sangat keji.
Sikap kaum muslimin
Kaum muslimin pada waktu itu terbahagi kepada dua dalam menanggapi hal tersebut. Ada yang yakin bahawa berita tersebut hanyalah fitnah orang-orang yang tidak suka kepada keluarga Rasulullah saw., ada pula yang secara langsung atau tidak langsung membenarkan berita tersebut melalui kata-kata dan sikap mereka.
Bagaimana sikap yang seharusnya?
Allah menyebutkan bahawa sebahagian dari prasangka adalah dosa. Memang benar, kerana pada kenyataannya prasangka itu hampir selalu mengikuti keinginan hawa nafsu. Ketika seseorang mendapatkan sesuatu berita negatif (yang belum pasti kebenarannya), maka dengan pantasnya syaitan duduk di sampingnya, menambahkan berita itu dengan beribu macam dugaan dan membisikannya ke dalam hati manusia.
Hendaklah kita segera menepis segala pemikiran, dugaan, prasangka yang terlintas, agar kita tidak terjerumus ke dalam dosa dan segera beristighfar minta ampun kepada Allah.
Selanjutnya Allah pun melarang kita kaum muslimin mencari-cari kesalahan orang lain (apalagi saudara sendiri) dan mengaibkan mereka, hingga Allah memisalkan perbuatan tersebut seperti memakan daging saudara sendiri. Siapakah yang sudi memakan daging seperti itu ?
Jika kita kebetulan mendengar sesuatu hal tentang saudara kita, yang belum teruji kebenarannya, maka wajiblah bagi kita untuk mendahulukan prasangka baik (husnudzon) sebelum prasangka buruk (su’udzon), seperti yang dicontohkan oleh keluarga Abu Ayyub dia atas. Prasangka baik inilah yang akan menjadikan hubungan persaudaraan (ukhuwah) semakin erat dan melindungi kita dari penyakit hati iri dan dengki terhadap saudara seiman.
Ikatan persaudaraan yang dilandasi oleh iman, yang terlindung dari prasangka buruk dan kedengkian inilah yang akan mampu membangunkan Islam yang tahan menghadapi serangan panas, hujan dan badai.
yezza ....
walau pun saya tidaklah serapat dgn guru seperti puak penentang (yg dulunya amat taksub dgn guru-selalu membeli mkn, hadiah etc.kunon nak amik hati-pirahhh...lepas itu ungkit kembali apa yg diberikan dari sekecik2 smpi sebesarnya). Jika ke open house guru pun saya duduk perhati dari jauh saja kerana biasanya hanya doa saya mengiringi YM GU serta ahli keturunannya-bukan seperti puak penentang yg RIAK klu dpt dekat2 dgn YM GU, buat baik dgn YM GU.suka klu org perhati dorang sdg sembg dgn YM GU -kunon, I'm somebody to YM GU -Wallahuallam.
Akan tetapi ,saya tahu YM GU saya mmg org yg mulia kerana:
a) tidak pernah dia membohongi saya melalui ilmu2 atau pengajaran yg disampaikan
b) YM GU saya bukan kaki perempuan
c) YM GU membawa Bin Hanafi.oleh yg demikian, beliau akan berfikir 10 kali utk melakukan sesuatu pekerjaan terkutuk
d) sedangkan saya yg jahil ini @ org kebanyakan pun malu dgn Allah apabila ingin melakukan sesuatu yg tidak betul krn MAha Suci Allah melihat saya serta lebih hampir dgn saya drp urat leher saya sendiri walau di mana saya berada.-terima kasih pada arwah emak yg mendidik saya & adik2 hingga jd begini-
INIKAN PULA YM GU yg bertanggungjawab memelihara serta mendidik kita menjadi seorg manusia berguna Dunia Akhirat..yg mana beliau lah yg akan Allah soal dahulu berkenaan ilmu yg dicurahkan..jika TIDAK BETUL..amat pedih balasan menanti.
e) YM GU saya adalah seorg yg WARAS AKAL FIKIRANNYA dan apabila YM GU waras, secara otomatik..perkara yg bukan2 @ tidak baik bukanlah makanannya
f) sekiranya kira berada dlm kebatilan selama kesekian lamanya iaitu hatta sudah 13 tahun YM GU membimbing kita, perkara baik serta perjalanan perjuangan kita tidak akan bergerak lancar dan teratur serta diberkati oleh ALLAH swt. Yg Maha Agung..sebaliknya keadan menjadi HARU-BIRU akibat ANGKARA TAK SENONOH puak penentang!!pada waktu ini
ye la ANGKARA FITNAH MEMANG LAMBAT DIJERNIHKAN dan akan memakan masa tetapi tidak mengapa Allah Lebih Mengetahui Hikmah di sebalik nya.
Kita perlu REDHA dgn ketentuanNYA walau amat PEDIH & PERIT. ALHAMDULILLAH.
Biarkan Zanudin salleh @ Pak kaduk serta kawan2nya @ teamnya MENANG SORAK tapi kampung TERGADAI !!! Wallahuallam-
capoeira jaga sikit perkataan anda..kami bukan tuduh menuduh tetapi menegakkan kebenaran YM GU..bila berckp cermin dulu..jgn pandai buat andaian serta prasangka.
pasal budak 16 thn, saya kenal benar dgn perangainya..walau 16 thn. telah berani dusta..
jgn anda bimbang capoeira, di antara dua org tersebut YM GU & budak 16 tahun.Sudah pasti salah seorg adalah BENAR..cuma masa serta IZIN ALLAH yg akan menentukan..
rasanya dua2 pihak yang uat blog ni bengung jugak..tak percaya?? kta tenguk dan lihat
Kepada semua, jangan percaya dengan pendekar berkanta ni. Dia menyamar. Dia adalah pak kaduk. Pak kaduk guna taktik baru. Dia dah tak tulis dalam blog dia. Sebaliknya dia guna "taktik halus" untuk "masuk jarum" dalam blog ni. Kata-katanya semua bohong belaka. Kononnya belajar kat utm skudai la. Berjaga-jaga. Pesan kepada yang lain supaya berhati-hati... Dia takkan mengaku punya...
oh ya anti-virus..Hmmmm...Isk isk..Ye lah nanti kita jaga-jaga.Insya Allah.
Post a Comment