1.11.06

Mencantas Kebatilan

Dalam 'keseronokan' melayan pak-kaduk dan si badan besar, saya sesekali terlupa untuk melihat perkembangan blog rakan seperjuangan, Blog Cerita Ceriti Kepada pelayar-pelayar blog anti-fitnah ini,sila klik di link atas atau di sidebar blog ini untuk melihat respon suwabara terhadap ulasan pak-kaduk untuk video keterangan Tuan Guru.

Juga saya cadangkan ke Blog Mencantas Kebatilan,yang juga rakan seperjuangan.Mungkin info dan FAKTA yang diberikan kami dapat membuat kita berfikir betapa BUSUKNYA hati puak-puak penentang! Link blog ini juga terdapat di sidebar blog anti-fitnah ini.

Nampaknya selepas berhempas pulas berfikir untuk menjadi 'Hakim',kini pak-kaduk mula berkira-kira hendak menjadi 'Akauntan' pula.Tahniah pak-kaduk yang serba boleh! Saya amat kagum dengan kebolehan pak-kaduk.Jadi webmaster boleh,jadi soundman boleh,jadi 'askar' boleh,jadi 'hakim' boleh,jadi 'akauntan' boleh.Dan saya agak yakin,pak-kaduk turut boleh menjadi 'guru silap mata'!

Sekadar membetulkan info pak-kaduk,LHDN, Lembaga Hasil Dalam Negeri,bukan JHDN (mungkin pak-kaduk berfikir Jabatan Hasil Dalam Negeri).Di posting lepas bertajuk Tag Team Kaduk Dan Badan Besar,saya sudah menjangkakan yang pak-kaduk sememangnya menunggu respon dari blog anti-fitnah ini.Dalam posting hari ini,pak-kaduk mula memasukkan nama ahli lain bagi megaburi FITNAH nya.Kononnya ahli-ahli yang setia turut menjadi 'mangsa' Tuan Guru.

Teringat pula cerita Abang Jalil yang tidak berjaya 'dibeli' oleh puak-puak penentang.Adakah patut,kita disuruh memberi keterangan mengikut arahan JK Penyiasatan?Sekarang namanya sekali lagi digunakan oleh puak-puak penentang.Usahlah menabur FITNAH pak-kaduk.Kalau nama-nama yang kau sebutkan itu semua 'sedara' kau,susah jugalah kami hendak mendapatkan kebenaran.Tapi nama-nama itu sebahagiannya di pihak Tuan Guru.Kami dengan mudah boleh bertanya pada mereka sejauh mana kebenaran 'fakta' kau tu.Usahlah mereka-reka cerita.

Kenapalah puak-puak penentang ini BUSUK HATI sangat?Kalau iya pendapatan Tuan Guru sebanyak itu,apa masalahnya?Itukan rezeki Allah pada beliau.Mulalah dirangka kononnya Tuan Guru 'liat' membayar hutang.Eh Kaduk,kau tiada isu atau modal lainke?
Pak-kaduk mungkin tidak sedar,PEMUTARAN ALAM yang dilakukannya sedikit demi sedikit menjejaskan 'kepercayaan' puak-puak penentang sendiri.Mana tidaknya,mereka naik muak bila terpaksa berhadapan dengan FITNAH yang semakin banyak.Isu Cabul pun tak selesai-selesai lagi,di'suap' pula lagi dengan cereka-cereka karut.

Percayalah,semakin lama,semakin banyak yang akan DIPUTARKAN pak-kaduk.Kita yang setia dengan Tuan Guru,awal-awal lagi berjaya menepis.Tapi lama-kelamaan,macai-macai dan balaci-balaci puak penentang sendiri akan turut berfikir.Betul ke ni?Boleh percaya ke ni?Takkanlah macam itu? Dan waktu itu baru mereka sedar yang selama ini mereka terpedaya dengan kata abang dan mentor mereka.Kecuali bagi mereka yang sudah buta hati,memang tak mampu dapat diselamatkan.

Kepada rakan-rakan yang masih dengan sikap 'lalang' atau 'atas pagar',lihatlah betapa puak-puak penentang ini semakin lama semakin merapu.Semakin jauh mereka memusingkan FAKTA.Dan kita lihat siapa yang masih konsisten dan tenang sehingga hari ini.Tuan Guru kita.Beliau tidak pernah pun dilihat 'menggelabah' seperti yang didakwa puak-puak penentang.Macam mana boleh claim Tuan Guru itu ini sedangkan jumpa Tuan Guru pun tidak pernah sekarang ini?

Apa pun,terima kasih kepada pak-kaduk yang sudi memberi komen di blog anti-fitnah ini.Harap pak-kaduk bukalah juga ruangan komen pak-kaduk.Baru mudah untuk kita 'berdiskusi'.Kalau YAKIN BENAR,usah TAKUT.Pak-kaduk sendiri cakap.Bukalah komen supaya semua yang berada di alam maya ini dapat memberi respon terhadap tulisan pak-kaduk.Janganlah bersikap baling batu sembunyi tangan.Itu orang takde Konet (meminjam istilah pak-kaduk)NAMANYA!

Nota kaki: Selepas ini pak-kaduk nak putar isu apa pula?

No comments: