23.11.06

Hangat!

Mendidih seketika membaca tulisan si din di blognya.Sudahlah semalam si linda sudah bikin 'panas'.Tetapi bila difikir dan direnungkan kembali,nyatalah puak-puak ini yang sebenarnya semakin tertekan.

Cakap kosong,tiada bukti,siapa pun boleh buat.Contohilah saudara simpson @ r3mu yang berjaya mengeluarkan bukti-bukti kukuh siapa 'orang' yang bertanggung-jawab memfitnah Tuan Guru di dunia maya ini.Dulu didedahkan si kaduk dan si badan besar itu orang yang sama iaitu si din.Sekarang di dedahkan pula siapa si linda.Aiseymen,baru seminggu dah terkantoi la pulak!Huhu..Susah nak cari 'makan'.

Untuk pembongkaran ini,sila ke blog simpson @ r3mu di sini

Si din ni memang tiada kerja lain ke?Kita pun hairan bagaimana dia bekerja.Setelah dirisik-risik,barulah kita tahu.Dia ini kerja 'freelance' rupa-rupanya.Maka banyaklah masa di rumah.Tak hairanlah kalau 24 jam boleh menghadap komputer dan mereka-reka cerita!!

Tapi bila tulisannya di blog pak-kaduk dalam posting Dato Paduka Raja Menjilat , kita dapat kesan ada satu nada tertekan dalam penulisannya.Tertekan dan tak tentu hala. Mari kita lihat tulisannya:

"Bila ditanya ini siapa yang ajar? dengan bangga mereka berkata orang lama pun tak ada petua ini kerana Ustaz bagi pada Mad Radhi sahaja. agaknya petua menjilat nih aruah Ustaz yang bagi agaknya itu sebab orang lama lama tak ada ilmu macam ini.."
-si din

Beberapa hari lepas 'habis' Mak Teh 'ditibainya'.Hari ini dengan Almarhum sekali cuba 'ditibainya'.Melampau sungguh! Perjuangan apa ini?Perjuangan apa kalau Almarhum pun turut sama kau heret dalam masalah ini? Jelas penulisan si din semakin dipengaruh EMOSI dan NAFSU DENDAM nya.Kalau selama ini kita lihat penulisannya agak 'berhemah', tetapi sejak kebelakangan ini tulisannya semakin merapu dan semakin TERTEKAN.

Semua perkara yang dibangkitkan din dalam postnya yang terbaru ini iaitu 'kisah' Mercedes WFT 7,'kisah' rompakan di rumah Mak Teh,'kisah' pingat Dato' semuanya kita telah jelas CERITA dan FAKTA sebenarnya.Kita pun tak terlarat kadang-kadang nak layan si din ini ada ketikanya sebab dah merapu sangat,betul tak?

Si din juga menulis:

"..sekarang ini telah popular dengan pangilan Mad Jilat @ sebutan ini diperkenalkan oleh Mr Joker iaitu abang Mad Radhi sendiri bukan dari orang lain, abang nya sendiri yang mengelarkan Mad Radhi ini Mad Jilat.."
-si din

Gelaran tersebut bukan abang-abang Tuan Guru yang beri.Gelaran itu datangnya dari jajahan & wilayah dalam Darul Ehsan (B*ng*) . Seperti yang kita maklum,kemelut dan FITNAH ini merebak dengan cepat angkara sindrom dan virus B*ng* tersebut.Ramai sunguh dari wilayah ini yang KECUNDANG gara-gara mengangkat abang-abang lebih tinggi dari Guru.Segelintir sahaja yang berjaya.Khabarnya signboard di rumah pergerakan wilayah ini juga sudah diturunkan.Tetapi signboard penunjuk jalan di area tersebut terlupa pula nak tanggalkan ye?

Kita tabik spring pada ahli rumah pergerakan wilayah tersebut yang langsung tidak terpengaruh dengan abang-abang dan bertindak keluar rumah.Ini menunjukkan yang 'Pusat Pegerakan' mereka (puak-puak penentang) sendiri pun tidak 'solid'.Kasihan.

Kepada mereka yang menghidap virus dan sindrom B*ng* ini,tidak kiralah di Pahang atau Terengganu atau di mana-mana sahaja, beringatlah-ingatlah.Bukankah Guru sudah berpesan;

"Manusia yg tidak ada hasad dengki ialah GURU, IBU dan BAPA, selain daripada itu BERHATI-HATI."

"Jangan jadikan Guru, Ibu dan Bapa seperti paku karat.."

-Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi

Mengapa kita tidak mengambil iktibar dari sms Pesan Guru yang diterima?Sayang sekali jika kita menghabiskan RM 71 untuk melanggan servis ini tetapi kita tidak langsung mengambilnya sebagai nasihat dari Guru kita tercinta..

Notakaki: Kita tertanya-tanya apa tindakan puak-puak penentang sekarang ini setelah 'menolak' Tuan Guru sebagai Guru Utama.Takkanlah guna 'senjata' internet melalui si din je?Bila nak 'lantik' "guru baru".Dah lebih 60 hari dah ni! huhu..
Kita juga masih musykil dengan keputusan MMK untuk menamatkan sewaan ibu pejabat Keramat dan pejabat persatuan di Wangsa Maju.Kenapa bertindak demikian ya kalau MMK ini bagus sangatlah (bak kata si badan besar) ? Bukankah tindakan ini akan menjahanamkan pergerakan ini?Kalau benar-benar jujur dengan tindakan itu,kenapa perlu mencari pejabat lain (di Wangsa Melawati) sebagai galang ganti?

Kepada 'rakan karib' si din, janganlah emosi sangat bila menulis tu.Rilekslah,jangan tunjukkan sangat kau tu tertekan dan gelabah,BURUK! Kau dah tau yang kau buat ni tak betul,tapi kenapa kau teruskan juga?Tak faham betul aku. Kau tahu tak kau tu HAMBA?Bila-bila masa TUAN kau boleh ambil balik semua pinjaman ini. Ingatlah, kau menganiaya Insan yang tak bersalah.Guru pula tu.Kau kena ingat DOA orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan..Berapa ramai dah yang kau aniaya?Setiap orang yang terpengaruh dengan FITNAH kau sudah dikira teraniaya.Kau sanggup nak menjawab kelak din?KAU SANGGUP??Fikirkanlah..Itu pun kalau masih ada 'akal' mahu fikir.Kalau nak bertuankan nafsu sampai MATI,silakan.Nafsi-nafsi.Kubur lain-lain.Jangan kata kami tak nasihat pulak!

1 comment:

Panglima Undertaker said...

Ambillah iktibar dari pesan guru kita. Satu SMS RM1 tapi nilainya sangat tinggi buat pedoman hidup.