5.11.06

Hikayat Kaduk - Sambungan

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini Pak kaduk dalam penulisan beliau semakin lari jauh dari isu sebenar iaitu kes mencabul kehormatan.Beliau lebih banyak menceritakan perkara-perkara peribadi yang tidak relevan di dalam isu sebenar.Terkini Pak kaduk menceritakan pasal program umrah.Banyak fakta yang tak tepat (seperti biasa) telah ditulis.Pak Kaduk adalah penulis upahan yang mejadi 'pesuruh' kepada mereka-meraka yang mempunyai perasaan tak puas hati terhadap En Md Radzi sejak lama dulu tetapi takut untuk bersemuka dalam menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka.Mereka sekadar menyampaikan maklumat, yang lain terpulang pada Pak Kaduk untuk mengolah cerita mengikut selera Pak Kaduk. Umum tahu siapa yang 'menyampaikan'maklumat-maklumat tersebut.

Mungkin penyampai-penyampai maklumat tersebut lupa bahawa mereka juga mempunyai kisah-kisah peribadi yang terlalu sensasi yang mana kalau di dedahkan akan mendatangkan aib kepada diri mereka sendiri termasuk Pak Kaduk sendiri..Mereka-mereka ini (tak perlulah sebut nama mereka satu persatu)juga lupa pada satu ketika dulu mereka pernah datang berjumpa dengan En Md Radzi meminta pertolongan bagi menyelesaikan masalah 'peribadi'samada masalah kesihatan, mahupun masalah keluarga .Itu belum lagi diambil kira aduan para isteri mahu pun suami tentang 'salah laku' suami atau isteri masing-masing.Namun serangan peribadi seperti yang dilakukan oleh Pak Kaduk (penulis upahan) bukan lah jalan penyelesaian yang terbaik.Berbalik lah kepada persoalan pokok iaitu kes mencabul kehormatan yang diwar-warkan sebelum ini.Pak Kaduk jarang pula mengupas kes anak ahli di Ampang sedangkan kalau nak di kirakan, kes tersebut lebih sensasi.Kalau benar En Md Radzi bersalah biarlah beliau saja dihukum bukan keseluruhan atau sebahagian ahli silat cekak hanafi mahupun persatuan itu sendiri.

Berbalik kepada kisah program umrah,Pak Kaduk seperti biasa gemar membuat andaian mengikut selera beliau sendiri,sedikit tahu banyak yang kelentong.Beberapa pertanyaan timbul, adakah Pak Kaduk sendiri pernah turut serta program umrah yang telah diadakan?.Kalau pernah nampaknya Pak Kaduk memang suka berbohong (seperti yang dinyatakan oleh beliau pada member,GU tak boleh bohong tapi Pak Kaduk boleh sebab beliau orang berniaga).Kalau tak pernah turut serta beliau lagilah terang-terang berbohong.Adakah program umrah ini dibawa di dalam mesyuarat bulanan MMK?Kalau sudah dibawa tak kan ahli MMK bagai tunggul kayu atau tukang angguk saja dalam mesyuarat tanpa mempersoalkan apa-apa lapuran yang dibentangkan.Umum juga tahu ada juga ahli lama yang banyak jasanya kepada pergerakan yang tidak turut serta program umrah anjuran persatuan atas alasan sibuk dan tidak berkelapangan tetapi pergi bersama-sama rombongan keluarga.Seorang ahli lama yang seangkatan dengan beliau pernah berkata kenapa dia tak ikut program persatuan ?Cuba Tanya berapa harga yang dikenakan kepada rombongan beliau ketika itu,jumlah nya jauh lebih besar dari jumlah yang dianjurkan oleh persatuan(Pak Kaduk kenal beliau).Benarkah En Md Radzi susah untuk didampingi ditanah suci.Cuba tanya mereka-mereka yang turut sama dalam program tersebut.Susah didampingi dengan tak mahu mendampingi adalah satu perkara yang berbeza.Kalau di Malaysia pun tak mahu berdamping apatah lagi di sana.Tak susah sebenarnya kalau ikhlas untuk berdamping dengan En Md Radzi ketika disana.Banyak peluang kalau nak, baik waktu makan,waktu tazkirah,waktu ziarah mahu pun dalam perjalanan pergi atau balik dari masjid.Ada juga ahli-ahli yang datang terus kebilik penginapan beliau untuk bersembang mahupun betanyakan perkara-perkara yang berkaitan agama.Ada juga antara ahli-ahli yang hanya bercampur dengan tenaga pengajar sekelas sahaja disana tanpa mahu berdamping dengan jemaah yang datang bersama-sama malah ada yang cuba berlagak pandai tolong memilih tasbih koka untuk kawan-kawan kerana sudah beberapa kali kesana.Benarkah nama-nama yang disebutkan oleh Pak Kaduk pergi umrah secara percuma kerana menjadi ajk?Pak Kaduk bukan lagi membuat andaian tetapi terang-terang telah membuat tuduhan melulu.Seperti biasa Pak Kaduk akan cakap' ada asas ajk pergi umrah percuma'seperti yang berlaku kepada En Md Radzi tetapi langsung tiada bukti kukuh.Banyak lagi fakta yang cuba diputar belitkan oleh Pak kaduk didalam penulisan beliau.Jangan lah bak kata perumpamaan 'rumah siap pahat berbunyi'masa dalam mesyuarat semua kata ok dan angguk,dah habis program suruh Pak Kaduk tulis macam-macam.

Secara keseluruhannya Pak Kaduk cuba lari dari pada isu sebenar sebab beliau ternyata dah ketandusan idea bagi meyakinkan ahli-ahli bahawa En Md Radzi mempunyai peribadi yang buruk dan tak layak menjadi guru.Kepada Pak Kaduk ingatlah pesan Almarhum Ustaz Hanafi 'boleh jadi benda yang kamu benci itu penawar dan boleh jadi benda yang kamu suka itu racun'. Hentikan lah penulisan yang memburukkan peribadi seseorang kerana sebenar sahabat tidak mencari keburukkan sahabatnya yang lain.Kalau benar-benar mengaku anak murid Ustaz Hanafi dan mengamalkan kefahaman yang dibawa selesaikan masalah atau isu ini secara rasional dengan menangani isu sebenar dan tidak rencong.Ahli-ahli yang menyokong En Md Radzi bukan 'taksub'cuma buktikan Md Radzi bersalah dan mereka akan bersikap terbuka sekiranya terdapat bukti yang terang dan nyata bukan sekadar menunjukkan sebahagian gambar semasa penyiasatan yang telah diambil dari video yang dirakam.Mereka juga yakin dan percaya bahawa En Md Radzi bukan lah maksum begitu juga mereka-mereka yang Pak Kaduk percaya selama ini termasuk mereka yang banyak berjasa di dalam persatuan .Semua ahli silat cekak hanafi ada jasa masing-masing terpulang pada tahap keikhlasan mereka.Sekiranya apa yang Pak kaduk tulis itu tidak benar sanggupkah 'di atas' sana nanti Pak Kaduk memohon maaf terhadap tiap-tiap individu yang dtuduh didalam penulisan-penulisan beliau kerana dosa terhadap Allah boleh diampunkan oleh Nya tetapi dosa sesama manusia hanya individu-individu tersebut yang boleh mengampunkan nya . Renung-renungkanlah……..

Wasalam.

Nota kaki: Penulisan di atas diterima oleh saya menerusi e-mail anti_fitnah@yahoo.com dari ahli yang menggelar dirinya Tunku Taro Tunku Gaban.Saya postkan disini tanpa sebarang perubahan dan pengeditan untuk tatapan semua pelayar.Semoga dapat membuka minda kita bersama.

Nota tangan: Seorang ahli,yang menggelar dirinya sebagai r3mu telah memberi komen di posting Hikayat Kaduk dan membongkar misteri identiti Pak-kaduk Si Pemutar Alam.Klik ke blognya di sini untuk megetahui siapa sebenarnya pak-kaduk yang selama ini menabur fitnah dan nista di alam maya ini.

No comments: