17.12.06

Dakyah dan Propaganda

Dalam tempoh 2 minggu ini,blog anti-fitnah ini lebih banyak memerhati dari mengulas kenyataan-kenyataan sampah puak penentang.Apa yang dapat disimpulkan ialah, puak-puak penentang kini menggunakan strategi MEMPERTIKAIKAN salasilah perguruan.

Bukan sahaja mandat perguruan pada Tuan Guru sahaja yang dipertikai malah mandat perguruan yang 'ustad' Ak terima dari Almarhum Ustaz pun turut DIPERTIKAI!

Bila membaca tulisan si din dan si badan besar, kita rasa macam kelakar sebab perkara-perkara yang tak perlu dibangkitkan,tiba-tiba diPERTIKAIKAN.Sedangkan selama ini mereka yang menentang ini jugalah yang menggunakan SALASILAH PERGURUAN ini. Tetapi mengapa secara tiba-tiba FAKTA yang telah sekian lama (20 tahun!) diterima pakai tiba-tiba hendak dipertikaikan?

Kenapa baru sekarang hendak mempertikaikan mandat yang diterima oleh 'ustad Ak' dari Almarhum?

Ini semua tidak lebih dari hendak menghasut dan memesongkan kefahaman ahli-ahli lain dari FAKTA yang telah diterima pakai sejak 20 tahun yang lepas. Tujuannya satu,iaitu untuk mendakwa yang Tuan Guru 'tidak' mempunyai mandat yang Sah dari Almarhum!
Lalu di benak minda ini terfikir juga, kenapa baru sekarang?Kenapa semasa 'ustad Ak' datang menuntut mandat perguruan, tidak kita dengar langsung pertikaian waktu itu?Kenapa ahli-ahli Majlis Pemuafakatan dan Penetapan (MMT) waktu itu (yang sekarang ini cuba menghasut) tidak mempertikaikan tuntutan 'ustad Ak'?

Ini semuanya taktik puak-puak penentang.Tujuan mempertikaikan mandat yang diterima dari 'ustad Ak' tidak lain tidak bukan adalah hendak menTIDAKkan HAK Tuan Guru sebagai Pewaris dan Guru yang SAH. Dengan menyebarkan DAKYAH dan PROPAGANDA jahat ini, maka dengan mudahlah mereka hendak meneruskan agenda mereka yang seterusnya.

Kita jangan hairan atau pelik sekiranya ada di kalangan ahli-ahli lama puak penentang selepas ini mengatakan mereka ada menerima mandat perguruan dari Almarhum.Kita jangan terkejut andai kata genap 21 tahun kembalinya Almarhum ke Rahmatullah, muncul individu yang mendakwa 'hak' guru ada padanya,kononnya diterima dari Almarhum.Mulalah direka-reka cerita demi memuaskan tembolok dan serakah sendiri.Kita janganlah terperanjat ANDAI perkara ini berlaku.

Kerana mereka ini benar-benar 'desperate' sekarang ini.Habis ligat kepala hotak berputar memikirkan cara dan strategi seterusnya. Apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?Cepat puak-puak penentang, dateline (EGM) mungkin sudah semakin hampir menyapa.

Sudah-sudahlah.Cukuplah kalian merosakkan tali persaudaran,kepercayaan,kasih sayang dan ukhwah sesama ahli.Cukuplah kalian memfitnah Tuan Guru dan Keluarga Almarhum.Berhentilah dari menyebarkan rasa benci dan hasad di kalangan ahli.Kita tahu kalian berusaha untuk meretakkan hubungan sesama ahli-ahli yang setia bersama Tuan Guru.Cukuplah.Bak kata si badan besar sendiri,kembalilah pada Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk renungan kita; (Di copy dari komen Murid Tuan Guru, terima kasih)

[11] Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

[12] Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

[13] Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

[14] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

[15] Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

[16] Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.

[17] Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

[18] Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya) ; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[19] Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

[20] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta) .

(Surah An-Nur:Ayat 11-20)

3 comments:

simpson said...

pak kaduk menulis: maafkan kami Ustaz Hanafi, kami telah mencuba untuk menyelamatkan keluarga mu, tetapi apakan daya, Allah maha berkuasa. Kami tidak dapat melawan takdir. Maafkan kami, kerana tidak dapat memenuhi harapan dan amanahmu. Pelayaran selama 21 tahun selepas pemergianmu tidak semudah yang disangka, badai dan taufan sering melanda, walaupun kami telah beriktikad untuk menjaga keluarga dan anak-anakmu, kami juga insan biasa. Tiada terdaya melawan ketentuannya…

BERIKTIKAD?..iktikad mendenye?..iktikad menjaga keluarga?..iktikad menjaga anak-anak?..anak sape?..anak sendiri?..keluarga sendiri?..tulis tak serupa bikin..tulis lain, buat lain..kaduk kata 'kami' (kaduk dan MMK kot?..) telah beriktikad menjaga keluarga dan anan-anak ustaz hanafi, tapi apakah yang diperlihatkan olehnya dalam blognya?..penuh kutukan terhadap keluarga ustaz..penuh cacian, hinaan, makian..inikah 'iktikad menjaga' yang dimaksudkan?..menulis dengan tujuan mengaibkan..menulis mengikut nafsu..mana yang 'menjaga' nya?..takde pun 'gaya' menjaga?..kalo nak jaga, jaga bebetul..kalo dah benci, bilang saja benci..jangan benci bilang cinta..jangan marah bilang sayang..tuh talam dua muka..hal 'mandat' perguruan asyik disebutkan, tapi kenapa baru sekarang?..dulu-dulu kenapa tak sebut?..apa kepala hotak encik dah nyanyuk ka?..nih tak bet0l nih..mana bule camnih..kalo dah taktau nak tulis apa, berenti je laa..tak usah laa nak buka cerita lain pulak..kes cabul pun sampai sekarang tak siap-siap lagi, dah nak melalut pegi cerita pasal mandat pulak..nih apa nak jadi nih?..pergerakan persatuan terbantut pasal hal sebegini..patut ka?..lama pulak tuh..saya pun dah naik menyampah nak tunggu lelama..bukan ada hasil! buang masa dan tenaga saja!

no one said...

assalamualaikum...

kita kan dah tau bhw kata2 pak kaduk xbley dipercayai? so rilex..buat xtau jerr.. la ni biaq pi la depa nk kata hape pon...kita tunggu jer la EGM nnt...baru depa tau nsb depa...

Pencantas Kebatilan said...

maaf rakan2 semua..saya sudah lama tidak menulis...kerana saya sedang perhati apakah penghujung rancangan busuk merea ini...saya akan menulis...demi mempertahanan guru saya yang tida bersalah...!