18.3.07

Tahniah!

Syabas dan tahniah kepada puak-puak penentang kerana penantian kalian 'untuk hari esok' telah berakhir dengan terumumnya 'Guru' bagi 'menggantikan' Guru yang MASIH SAH.

Dengan perlantikan Guru baru ini,maka berakhirlah salasilah perguruan yang kita semua pegang selama ini,dan berakhirlah perjuangan yang seperti kalian laung-laungkan.

Maka lebih berkuasalah anak-anak murid di dalam puak-puak penentang apabila 'guru' mereka dilantik oleh mereka sendiri.Maka tiadalah istimewanya 'guru' yang dilantik oleh anak murid itu.

Kepada yang melantik,tertanya juga kenapa 'beliau' yang dipilih sebagai 'guru'.Kenapa MMT yang 'berkuasa melantik Guru' tidak melantik 'beliau' sebagai 'guru' 14 atau 21 tahun lepas?Kenapa baru sekarang?Baru sekarangkah 'kredibiliti' beliau menonjol untuk dilantik menjadi 'guru' setelah lama mengendalikan 'perjuangan' di peringkat negeri sebelum ini?

Kepada 'beliau' tahniah diucapkan kerana sudi menjadi boneka kepada mereka yang melantik.Pemilihan beliau pun banyak faktornya.Selain dilihat lama,beliau juga dilihat seperti 'low profile' berbanding orang bawahan beliau maka dengan sebab itulah mudah untuk beliau dikuda-kudakan oleh puak-puak penentang disekeliling beliau.

Cuma kita tertanya sedikit,tidak susahkah beliau nanti?Almaklumlah,duduk pun nun jauh di pantai timur.Khabar-khabarnya kerap tidak sihat pula sejak akhir-akhir ini.Terlaratkah beliau hendak mengelilingi seantero negara untuk 'menjalankan' majlis ijazah?Atau mungkin selepas ini majlis ijazah mungkin boleh diwakilkan kepada sesiapa yang difikirkan layak?Bagaimana pula dengan 'ahli' yang telah selamat mempelajari silat cekak tanpa ijazah dalam tempoh 2-3 bulan sebelum ini?Perlukah mereka diijazahkan oleh 'guru' baru ini?

Ah,pedulikan itu semua.Mereka ini sanggup buat apa sahaja asalkan niat dan isi perut yang busuk itu tercapai dengan jayanya.Pedulikan pantang larang dan adat istiadat semua!

Tahniah kepada 'MMT' yang telah melantik 'guru' baru ini.Cuma tertanya sedikit,dengan ketidakhadiran sebahagian besar ahli MMT yang lain,cukupkah korum MMT untuk membuat keputusan?Sahkah keputusan 'MMT' tersebut dari sudut perlembagaan persatuan?Atau mungkin ahli MMT yang lain telah pun digantikan dengan ahli MMT baru yang sudah pastinya memihak kepada keputusan ini?

Walau apa pun,kita tunggu dan lihat.Mungkin selepas ini nama silat cekak tidak lagi disambungkan dengan Hanafi.

Silat Cekak Hanafi mungkin ditukar menjadi Silat Cekak Marwi atau lebih glamor lagi,Silat Cekak Joe!

Tahniah kepada beliau.Tahniah kepada puak-puak penentang.Tahniah kerana telah MENGKHIANATI perjuangan Almarhum yang kalian sendiri degar-degarkan.

Tahniah kerana kalian semua sudah 'berguru' sekarang ini.Almaklumlah,telah berbulan-bulan lamanya bergurukan syaitan dan darurat.Pasti berita perlantikan ini menggembirakan hati kalian!

Nota kaki: Kita menantikan lagi langkah-langkah mereka yang semakin lama semakin merapu dan memualkan.Ayuhlah kita teguh berdiri di belakang Guru kita yang masih sah dan berhak!

1 comment:

Unknown said...

Em... perkara tentang ni kami dah tahu sejak dari awal bulan lagi... Member serumah yang beli majalah seni beladiri keluaran bulan mac. Dia yang bagitau masa dia baca pada muka surat ke 45. Tak percaya, bacalah sendiri...