20.3.07

Master Joe @ MJ

Akhirnya,setelah lebih 180 hari sejak 17 September 06, 'guru' baru pun dilantik.

Nun di 'bawah' sini,kedengaran suara-suara merdu yang membantah keputusan perlantikan tersebut.Apakah suara-suara ini harus dipandang sepi begitu sahaja?

Bagaimana dengan wasilah perguruan selepas ini?Masihkah mahu 'mereka' mengekalkannya sebagaimana sebelum-sebelum ini.

Jika sebelum ini salasilah perguruan inilah yang menjadi senjata kita untuk berhadapan dengan Kalimah dan Cekak Malaysia,bagaimana pula selepas ini?

Bagaimana puak-puak penentang ini hendak berhadapan dengan mereka sedangkan kalian puak-puak penentang sendiri yang mencemarkan salasilah perguruan ini?

Sebenarnya salasilah perguruan kita tidak pernah berubah.Sebagaimana yang kita dimaklumkan sejak 14 tahun lepas,itulah yang kita pakai ke saat ini.Salasilah Perguruan ini tidak pernah berubah sedikit pun!

Hakikatnya,Tuan Guru Md Radzi masih Guru Utama Silat Cekak yang sah.Tiada 'guru' lain yang boleh diterima selain Beliau.Kerana beliau tidak pernah menyerahkan mandat perguruan kepada sesiapa pun!

Jika pertukaran mandat dilakukan dengan Bisik Panglima dari Guru ke Guru,bagaimana kita boleh menerima 'guru' baru yang dilantik ini?Apakah pakaiannya sebagai 'guru' Silat Cekak? Lengkapkah pakaian Guru yang Empat itu?

Sudah tentu tidak.

Maka 'guru' yang dilantik ini kiranya tidak layak sama sekali memakai gelaran Guru Utama.Jauh sekali Yang Mulia.Apatah lagi Ustaz atau Tuan Guru.

Gelaran apa yang sesuai?

Selaras dengan era globalisasi yang diterapkan sendiri oleh puak-puak penentang sejak memulakan pengambilan ahli baru tanpa majlis pengijazahan,kita ingin cadangkan gelaran untuk 'guru' baru kalian ini.

Mungkin agak segak kalau kita panggil 'MASTER'.

Yang Berbahagia Master Joe Marwi Latif.

Fuh,memang sedap dan kena sekali julukan tersebut.

Kita harapkan pihak MMK agar mempertimbangkan cadangan ini.Lagi mudah,tak usah pening jika ada soalan provakasi dari Kalimah mahupun Cekak Malaysia yang bertanyakan fasal salasilah perguruan.

Jawab saja "kami tidak lagi punya salasilah perguruan.Yang kami ada hanyalah Master.Master Joe @ MJ.."

Selamat Maju Jaya kepada Master Joe dan puak-puak penentang.Selamat membantu syaitan menyesatkan umat hingga ke akhirnya!

Nota kaki:Khabarnya MMK akan bersidang hujung minggu ini untuk endorse 'keputusan' MMT.Marilah sama-sama kita nantikan kesudahan episod pelik dan jelik arahan puak-puak penentang ini..

1 comment:

buayaputih said...

"..Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat.."

Ahmad, H. (circa 1975)