9.4.07

Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena 2

Kata itu kota, Kata bersandarkan BUKTI dan FAKTA

Kita telah lihat sendiri kata-kata kedua-dua NP tentang MANDAT PERGURUAN.Kedua-dua mereka adalah ahli MMT.

Sekarang kita lihat pula penulisan salah seorang ahli MMT yang turut memperkatakan tentang MANDAT PERGURUAN..






Bagaimana? Tepuk dada,tanya selera.

Siapa PEMBELIT? Siapa yang cakap BERBOLAK-BALIK?

Buktinya telah ada,dan sedia dipaparkan.

Big body Bai, bila lagi? Jangan pandai bercakap sahaja..

Untuk muat turun file surat ini dalam format .pdf, klik sini:

Surat 1

Surat 2

3 comments:

Aku Ahli Silat Cekak said...

Tak perlu bersusah payah mengenakan orang. Buang masa. Sudah jelas mereka tidak mahukan abg Mad sbg guru dan presiden. walaupun mereka sedikit (anggaran 30 peratus) manakala ahli di pihak abg Mad banyak(anggaran 70 peratus), mereka tetap menang kerana mereka memegang kuasa. Mereka cekap dalam pentadbiran. Salah abang mad juga kerana membiarkan persatuan dikendalikan oleh seorang sahaja (SUA) manakala urusan persilatan dikendalikan oleh seorang lagi (SU LPT). Abang Mad juga tidak menggunakan ilmu kasyaf yg ada padanya untuk mengesan apa yg SUA dan SU LPT buat di belakangnya. Di depan abang mad, mrk hangguk, tapi di belakang, mrk tidak lobi apa2 utk survival dan kekebalan abang mad dlm persatuan. Mrk sudah lama tahu status GU dlm CH tidak kebal kerana jawatan GU sudah "diperlembagaankan" (Harap DBP tidak marah dgn perkataan ini).

Yg sikit akan mengatasi yg banyak kalau yg sikit itu ada ilmu, kerja kuat, bijak, cekap, berdisiplin, tidak emosi, tenang, terkawal, penuh muslihat, ada strategi, etc. Ini hakikat.

Ada org kata, persatuan tak penting, yg penting silat. Tapi dlm dunia moden hari ini, tak ada aktiviti yg boleh digerakkan tanpa persatuan. Bukan kah berkumpul lima org pun sudah dikira salah di sisi undang2 Malaysia? jadi, siapa kata persatuan tak penting? Bila ada persatuan, di sini lah pentingnya ilmu2 pentadbiran. Ilmu lain yg tidak kurang penting ialah psikologi hendak menengok air muka orang. Dlm persatuan TERLALU RAMAI org yg hipokrit sampai kita tak boleh kenal. Hipokrit sudah jadi satu syarat sah atau 'rukun' untuk berpersatuan. Saya setuju dgn tulisan sepakminang tentang hipokrit profesional. Tapi hipokrit seseorang pun boleh dikenali melalui tulisan. Sepakminang sendiri, sekalipun mendakwa diri di atas pagar tapi dia cenderung ke arah untuk menyokong abang mad. Tidak ada org yg benar-benar berdiri atas pagar. Ini juga hakikat. Mungkin juga Sepakminang ada strategi. Peringkat awal cuba untuk "psiko" ahli-ahli dengan cara berdiri di atas pagar dan akhirnya bila rasa sudah stabil dan ramai yang termakan pendapatnya, mula menunjukkan pendiriannya iaitu berpihak. (sekadar memberi pandangan, maaf jika salah).

Unknown said...

Hang toksah dok sibuk kata kat orang la!!! Hang pun apa kurangnya... Yang yang jaki sangat kat "sepak minang" tu pasai apa? Biaq pi la kat dia nak tulih apa!!! Awat hang tak komen pasai pak kaduk atau big bodoh guy? Rasanya hang ni pun ataih pagaq atau geng belah sana...

G.I. Joe... Guru Imitation Joe...

Aku Ahli Silat Cekak said...

aku tak komen pasai pak kaduk atau big body guy pasai depa dah sah2 menentang guru. Sepak minang ni pula dengan bangga mendakwa sebagai "ataih pagaq". Sebenarnya tak dak org yg betui-betul dok ataih pagaq. Kalau neutral pun, sikit tak banyak mesti ada condong kat mana-mana. Cuma peratusan condong tu, sikit ke, banyak ke. Sekarang, sepak minang diiktiraf masuk ke dalam kem abang mad bila Suara Hanafi meletakkan blognya dlm pautan. Sepak minang dulu sibuk memberi tekanan melalui penulisannya agar MMK dan MMT mengumumkan guru baru. Tapi bila guru betul-betul diumumkan, dia tak setuju. Nada penulisannya dulu ok, terkawal tidak emosional seperti anti-fitnah, mencantas kebatilan, peneraju, etc. tapi bila dapat tahu guru baru, rentak penulisannya bertukar kepada ala-ala emosi gitu. InsyaAllah saya akan menulis tentang sikap PANAS BARAN, emosi, cepat melenting di kalangan ahli-ahli silat cekak. Sikap ini tidak selaras dengan Islam tapi wujud d dalam diri sebilangan ahli-ahli silat cekak (termasuk aku!) Contoh ketara boleh dilihat dlm peneraju.com Siapa lah penulisnya agaknya... sikap ini sikit tak banyak mencalarkan imej YM guru utama yang selalu suruh ahli-ahli ikut nabi muhammad, ikut nabi muhammad, ikut nabi muhammad...

Pernah dengar cerita nabi Muhammad layan org buta dalam gua? Betapa sabarnya nabi dgn org tua itu. Kita yang mendakwa pengikut nabi Muhammad, 0.1 persen daripada kesabaran itu pun kita tidak ada. Ahli-ahli silat cekak ni, kalau cakap pasal nabi Muhammad, wah bukan main berdegaq-degaq lagi. tapi cakap saja, tak ikut pun. Oleh kerana sejak terlibat aktif dalam CH sejak 1993, aku banyak bercampur dengan "orang-orang ataih", "orang nombor satu", kroni, etc, aku dapati golongan ini lah yg paling tak ikut perangai nabi Muhammad. Orang-orang bawah aku tak tau. Masa aku mengajar pun, aku pergi bagi buah saja lepas tu aku balik. Tak sempat pun bergaul dgn bebudak kelas. tak pasti lah samada mrk ikut ikut nabi Muhammad atau cuba (struggle) nak ikut nabi Muhammad ke tidak, wallahualam. Aku tak tarbiah pulak depa sbb aku sendiri pun dok terkial-kial struggle nak ikut nabi Muhammad. Budak IPT dan lain-lain "orang bawahan" aku cuma kenal masa kat function, setakat bersalam dan bertanya khabar saja. tak tahu lah peribadi mrk macam mana. tapi 'orang-orang ataih' ni tak kira lah mmk ka, mmt ka, kroni ka, memang adalah ciri-ciri yg "kontra" dengan nabi Muhammad. Reverse (osmosis) la macam tu. Aku dah lama hilang hormat kat org-org silat, cuma aku terus bersama silat ini sebab aku suka buat 'aktiviti'. Boring kalau duduk2 rumah saja tak buat apa2. lagipun kawan-kawan baik lebih byk dlm CH dari yg di luar CH. prinsip aku, boleh berkawan, tapi perangai yg tak elok tak ikut lah. Prinsip tu menyebabkan aku kekal lama dalam CH. InsyaAllah akan tulis pengalaman aku bersama ahli-ahli CH dan apa pendapat aku terhadap PSSCUHM dalam blog aku. Buat masa ini, masa tak izinkan sbb aku sibuk bekerja dan mendidik keluarga aku. Sibuk cari duit utk sekolahkan anak2, tuntut ilmu dunia akhirat, simpan duit nak pi Mekah dan nak selesai hutang-hutang bank supaya aku tak terlibat sangat dengan riba. Lagi pun, kalau berhutang, org kata, mati nanti nanti roh tergantung antara bumi dan langit. tak tau lah betui ka tak betui pendapat tu. Tengok lah ada masa aku tulis, tungguuuuuu.....