21.6.07

Cakap Biar Serupa Bikin

Salam buat semua,semuga diberikan Allah taufik dan hidayah Nya di dalam urusan seharian. Big Guy didalam blognya baru-baru ni telah melukis kartun yang mengambarkan orang nombor satu duduk atas keretapi yang landasan nya terputus dan menulis ayat 'hai ya alal falah yang bermaksud 'marilah menuju kejayaan '

Apa yang difaham ayat tersebut terkandung didalam seruan azan yang membawa maksud 'marilah menuju kejayaan'tetapi di dalam lukisan Big Guy dia tidak mengambarkan fahaman yang begitu.Ini merupakan satu penghinaan kepada lafaz azan itu sendiri. Adalah sesuatu yang menyedihkan bilamana perkara ini dijadikan bahan lawak sedangkan didalam penulisan nya dimulakan di dengan perkataan yang baik-baik.ini lah yang dikatakan cakap tak serupa bikin.

Kerana terlalu ghairah untuk mengutuk terlupa perkara-perkara asas,harap agar Big Guy bertaubat selagi ada kesempatan,rujuk lah pada Yusof Che Mat kalau tak reti.semuga kita dijauhi daripada golongan orang-orang yang mempersendakan agama, nauzubillah Fikir-fikirkan lah...

1 comment:

Zulkifli Hamzah said...

assalamaualaikum...

ni yang best ni..ada juga perubahan..taklah boring kengkawan nak tengok...baguih...