1.5.07

Dan Jawatan Kuasa Pusat Tidak Boleh...

Sempena 'Hari Tenaga Pengajar' mereka,mari kita saksikan sendiri sekali lagi kata-kata Setiausaha MMT yang juga Naib Presiden..



Maaflah bertanya,

Tahun 1428 ini dapat cenderahati apa ya?Mungkin;
  1. DVD JK siasatan terhadap YM Tuan Guru Md Radzi,
  2. Hard Cover Laporan Siasatan yang tebal sampai ratus muka surat tu,
  3. Gambar 'ym' Master Joe (silap tengok kat cekakhanafi.com perasan macam Ayah Pin pun ada.ada iras sikit la kot.Tapi dulu rasanya takdelah pulak bila tengok bebetul..)

Almaklumlah,duit tengah banyak,ahli lebih kurang 150 ke 200 orang je.Bolehlah bagi seorang satu tiga-tiga item tu.

Tahun ini Penerima Anugerah Khas Guru Utama yang Pertama nak bagi pada siapa pulak Anugerah Khas Master?

Kita cadangkan, hanya satu sahaja yang layak.Sudah tentulah:

Syima as-siddiq si gadis suci lagi terpelihara.

Jangan Marah :P

3 comments:

Aku Ahli Silat Cekak said...

Sila lihat entri terbaru dalam blog ahli-silat-cekak.blogspot.com

Aku Ahli Silat Cekak said...

lihat entri terbaru dalam blog saya

Aliran Pemikiran Islam dalam SCH

Aku Ahli Silat Cekak said...

Di bawah adalah reaksi saya terhadap komen Aryon dari CM mungkin yg saya jumpa dalam Blog Mencantas Kebatilan :

aryon said...
alhamdullilah persatuan seni silat cekak malaysia (psscm) semakin berkembang setelah masalah 1993 selesai..... yang benar tetap benar, bila datang nya hak yang batil akan batal.... terpulang kepada mana pihak untuk memilih
3:51 PM

Aku Ahli Silat Cekak said...

Sdr Aryon,

Berkembang maju atau tidak bukan ukuran kebenaran. Sbg cth : Lihat organisasi Yahudi dan Kristian, mereka maju jauh ke hadapan dari organisasi Islam, tetapi adakah mereka benar?

Organisasi Islam ada banyak masalah, ada yang mundur, tidak bergerak, tetapi adakah mereka batil?

Bagi saya golongan yang benar ialah golongan yg sentiasa mengamalkan Islam sebagai mana yang disuruh oleh al-Quran dan dibuat pula oleh nabi seperti yang tercatat dalam Hadis. Cth : Surah at-Taubah iaitu surah ke-9,ada byk ayat yg suruh sembahyang dan keluarkan zakat. Kalau pemimpin dan ahli-ahli Cekak Malaysia hatta Kalimah sekali pun sembahyang dan keluarkan zakat, saya tak teragak-agak utk kata itu satu tindakan yang benar. Kalau pemimpin dan ahli-ahli Cekak Malaysia hatta Kalimah sekali pun tidak memburukkan orang lain, tidak memfitnah atau tidak mengadu domba, saya tak teragak-agak utk berkata kalian benar. Tapi harus ingat, sikap segelintir atau majoriti ahli tidak mencerminkan kebenaran sesebuah organisasi. Kalau sebahagian besar ahli berkelakuan ikut Quran dan Hadis, tetapi pucuk pimpinan tidak mengikutnya malah menerajui organisasi ke arah perkara-perkara mungkar, itu tetap tidak benar.

Ogrnisasi yang benar ialah yang mampu melakukan amal maaruf nahi mungkar. Kalau tak mampu buat nahi mungkar, at least buat lah amal maaruf dulu. Saya tidak dapat beri komen tentang Cekak Malaysia kerana tidak aktif dalam Cekak Malaysia. Tapi sebagai umat Islam saya berbaik sangka pada Cekak Malaysia dan Pak Ak yang pernah saya salam dan cium tangannya satu waktu dulu. Pernah dengar majlis2 petuanya hingga lewat pagi. Sejak awal lagi, pendirian saya konsisten iaitu menilai peribadi orang berdasarkan kriteria Q dan S. Ambil yang baik dari orang itu dan tinggalkan yg buruk. Ini pendirian ustaz hanafi. Sebab itu lah dia boleh berkawan dengan gangster, kaki pukul samseng,orang yg banyak bini, orang yang pelik2 dan macam2. Dia pandai pilih mana yang benar pada diri seseorang.

Sekali lagi saya tegaskan, pihak yang benar ialah pihak yang ikut apa Islam buat dan berkelakuan seperti A GOOD MUSLIM atau sekurang-kurangnya berusaha untuk jadi A GOOD MUSLIM.Kita ini bukannya baik-baik, tapi kita kena struggle untuk jadi baik. Kalau kita sudah baik, tentu kita sudah jadi ustaz, agamawan, mufti, ulama, etc. Sebab kita tidak baik lah, kita masuk Silat Cekak dan jadi ahli biasa.

Tidak kira organisasi mana kita sertai, CM, CH, Kalimah, ABIM, JIM, PAS, UMNO HADHARI, Keadilan, Ikhwan Muslimin, Hamas, Hizbullah, GPMS, Belia 4B atau tidak menyertai mana-mana organisasi, orang yang benar ialah orang yang beramal dengan ilmu. Ada sikit ilmu, amal lah yang sikit2 tu. Ada byk ilmu, byk kan amal. saya akui memang susah nak amal. Bercakap tentang agama memang senang, tapi mengamalkan agama yang susah. Berdasarkan pengalaman dengan SCH dan dengan SCM dulu sebelum tahun 1993, ramai yang CAKAP SAJA PASAL AGAMA TAPI AMALNYA KURANG. SCM sudah lama saya tinggalkan jadi saya tidak tahu bagaimana SCM sekarang. Apa pun, saya tetap berbaik sangka pada Pak Ak dan SCM atas dasar sesama saudara seIslam.
5:34 AM