23.3.07

Kronologi sejarah pembinaan laman web cekakhanafi.com

Assalamualaikum buat semua… Di sini ada satu catatan bagaimana laman web rasmi cekakhanafi.com terbina. Siapa yang meloporinya pada awal, bagaimana ia terbina dan sebagainya.

Ia bermula pada sekitar tahun 1996, seorang ahli yang bernama Hardi Emrie yang masih menuntut di luar negeri telah membina satu laman web cekak hanafi sebagai percubaan. Teknologi yang digunakan untuk membina laman web pada ketika itu cumalah html sahaja. Setelah berjaya membuat laman web percubaan itu, dan selepas pulang ke tanah air beliau telah menghubungi saudara Amrahi untuk memaklumkan perkara ini. Pada tahun itu juga saudara Amrahi telah membawa saudara Hardi Emrie pergi ke rumah Zulkifli Said untuk membuat laman web ini. Bahan-bahan telah disediakan oleh Zulkifli Said. Pada tahun berikutnya laman web ini telah terbina secara rasminya. Alamat laman web pada mulanya adalah http://members.tripod.com/~cekakhanafi Alamat laman web ini masih lagi wujud hingga sekarang.

Perubahan demi perubahan telah dilakukan pada laman web tersebut, kemajuan demi kemajuan telah dicapai. Akhirnya pada tahun 1998 bulan mei laman web ini telah memenangi Top 5 best site www.cari.com.my Laman web ini juga pernah memenangi anugerah usma martial arts website excellence awards. Kejayaan ini bukanlah di atas nama Amrahi seorang sahaja. Ada lagi individu-individu lain yang menyumbang sedikit sebanyak dalam menjayakan laman web ini.

Pada sekitar tahun 2000 alamat laman web ini telah ditukar kepada www.cekakhanafi.com Selepas itu segala kandungan laman web ini tidak lagi memakai khidmat percuma www.tripod.com untuk di"web hosting"kan. Khidmat yang dipakai adalah dengan menyewa server untuk perkhidmatan "web hosting". Pada ketika itu, individu yang bertanggungjawap untuk menjaga web hosting tersebut adalah Amrulyusrin bin Amruddin 0126543937 atau dikenali sebagai Oyen. Beliau bekerja di Jaring/MIMOS, Teknologi park Malaysia, Bukit Jalil.
Selepas itu Amrahi telah menyusun beberapa orang webmaster yang terdiri daripada Rais, Zanuddin @ Din pernama, Hardi Emrie, Admen dan Fadzil (Saibog) yang mana Amrahi sendiri selaku ketuanya. Beberapa perubahan telah berlaku antaranya ialah pada muka hadapan (front page) laman web ini. Selain itu perkhidmatan seperti bulletin board "buletin lading online", virtual office (e-mel), sidang forum dan chatroom telah diwujudkan.

Pada sekitar tahun 2005, Amrahi telah memanggil webmaster-webmaster ini untuk berbincang di rumahnya. Perbincangan tersebut adalah untuk membuat perubahan sempena ulang tahun silat cekak yang ke 40 di mana pembaharuan akan dilakukan pada laman web tersebut. Semasa di rumahnya bukannya perbincangan yang dilakukan tetapi sebaliknya webmaster-webmaster itu diminta bersetuju untuk menerima perubahan yang dilakukan oleh Zanuddin pada muka depan laman web tersebut tanpa mengambil pandangan daripada webmaster-webmaster tersebut.

Zanuddin menggunakan "template php nuke" sebagai antaramuka hadapan laman web tersebut. Kemudian, hari demi hari, hanya Amrahi dan Zanuddin sahaja yang mengawal laman web tersebut walaupun Hardi Emrie, Admen, Saibog dan Lihazlifah (Jely) menjadi webmaster. Mereka ini menjadi seperti "daun kari".

Bersambung…

Nota kaki: Tulisan di atas adalah sumbangan dari saudara anti_virus kepada anti-fitnah.Tak sabar-sabar hendak menunggu kesudahan FAKTA ini.

No comments: