21.1.07

Ahlulbait

Masih ingat dengan produk yang dijual oleh Sri Kandi yang memaparkan syair Ahlulbait sejak tahun lepas?

Syair Ahlulbait tersebut menurut Tuan Guru yang dikasihi terdapat di dinding belakang kediaman Rasulullah s.a.w (sekarang ini di dalam Masjid Nabi). Namun begitu syair tersebut sudah tidak dapat dilihat lagi.

Syair Ahlulbait seperti namanya mengetengahkan Ahlulbait iaitu Rasullullah s.a.w sendiri, Saidina Ali k.m.j, Saidina Hasan r.a dan Saidina Husin r.a, serta Saiditina Fatimah r.a.Ahlulbait seperti yang kita maklum adalah lima Insan yang Mulia ini. Rasulullah begitu mengasihi ahli keluarga Baginda sehingga pernah bersabda "Barangsiapa yang menyakiti Hasan dan Husin,maka ia sama seperti menyakiti Aku".

Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w juga sentiasa digalakkan bersalawat ke atas Baginda.Dan sebagai Ahli Silat Cekak juga,kita amat sinonim dengan dua macam selawat yang diberikan oleh Guru.Selawat ini di bahagian hujungnya turut memuliakan ahli keluarga dan sahabat Rasulullah s.aw.

Namun tidak semua Umat Islam yang turut menyintai ahli keluarga Baginda seperti mana menyintai Baginda sendiri.Sejarah telah menyatakan dengan jelas peristiwa pembunuhan Ahlulbait.Semuanya gara-gara berkepentingan di dalam politik dan gila tamakkan takhta.Saidina Husin misalnya,dipancung bercerai kepala dari badan dan terpisah antara makam kepala dan makam badannya.

Adakah Allah tidak memelihara cucu (namun Baginda memanggil kedua cucunya sebagai 'anak')? TIDAK. Dia mengizinkan perkara ini terjadi untuk kita jadikan renungan.Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Baginda s.a.w tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga pusaka Baginda demi kepentingan diri dan keturunannya pula.Sedangkan Baginda s.a.w begitu menyayangi Ahlulbait Baginda,mengapa pada waktu itu mereka tidak boleh turut sama menyayangi Ahlulbait?

Adakah apabila wafatnya Rasulullah s.a.w maka berakhirnya sifat sayang pada Ahlulbait sehingga tergamak untuk Merka diperlakukan sedemikian rupa?JIKA Baginda s.aw. tidak menyayangi Ahlulbait itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi Rasulullah TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Baginda.Masakan mereka pada waktu itu tidak menyedari perkara ini?

Dan setelah 1400 tahun kemudian,iaitu pada tahun 1993,wujudnya golongan yang hampir sama dengan puak Muawiyah ini tadi.Mereka begitu menyanjung Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad,menyayangi Almarhum sepenuh jiwa raga namun mereka GAGAL untuk turut sama menyayangi Insan yang disayangi dan dikasihi Almarhum.Malah mereka tabur nista dan caci keluarga Almarhum dengan hinanya.Mengapa mereka berkelakuan sedemikian?

Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Almarhum tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga waris Almarhum demi kepentingan diri dan kroninya pula.Sedangkan Almarhum begitu menyayangi ahli keluarga ,mengapa pada waktu itu mereka tidak boleh turut sama menyayangi ahli keluarga ?

Adakah apabila kembalinya Almarhum maka berakhirnya sifat sayang pada Ahli keluarga Beliau sehingga tergamak untuk diperlakukan sedemikian rupa? JIKA Almarhum tidak menyayangi ahli keluarganya itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi sebaliknya Almarhum TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Beliau.Masakan mereka pada waktu itu tidak menyedari perkara ini?

Dengan jelas Almarhum mengatakan ahli keluarga dan Anak Beliaulah yang akan menerajui pergerakan ini apabila tiba masa.Tetapi mengapa mereka tidak menerima kata-kata Almarhum tersebut?

Mengapa Allah mengizinkan perkara ini terjadi?Supaya kita mengambil iktibar dan pedoman di masa hadapan.Untuk kita jadikan panduan jika berlaku masalah kelak.

Malangnya selepas 13 - 14 tahun selepas 1993 tersebut,wujud pula satu golongan yang hampir sama dengan puak Ishak Itam tadi.Mereka begitu menyanjung Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad,menyayangi Almarhum sepenuh jiwa raga namun mereka GAGAL untuk turut sama menyayangi Insan yang disayangi dan dikasihi Almarhum.Malah mereka tabur fitnah dan tohmah keluarga Almarhum dengan kejinyanya.Mengapa mereka berkelakuan sedemikian?

Bagaimana segolongan puak yang mengagung-agungkan Almarhum tetapi akhirnya tidak berupaya untuk memelihara dan menjaga waris Almarhum demi kepentingan nafsu dan temboloknyanya pula.Sedangkan Almarhum begitu menyayangi ahli keluarga ,mengapa pada waktu ini mereka tidak boleh turut sama menyayangi ahli keluarga ?

Adakah apabila kembalinya Almarhum setelah 20 tahun maka berakhirnya sifat sayang pada Ahli keluarga Beliau sehingga tergamak untuk diperlakukan sedemikian rupa? JIKA Almarhum tidak menyayangi ahli keluarganya itu sudah menjadi kisah lain.Tetapi sebaliknya Almarhum TERLALU mengasihi dan menyayangi ahli keluarga Beliau.Masakan mereka pada waktu ini tidak menyedari perkara ini?

Dengan jelas Almarhum mengatakan ahli keluarga dan Anak Beliaulah yang akan menerajui pergerakan ini apabila tiba masa.Tetapi mengapa mereka tidak menerima kata-kata Almarhum tersebut?

Kita tidak menyamakan Baginda s.a.w dengan Almarhum di sini tetapi kita mempertikaikan tiga golongan manusia terbabit.Bagaimana ketiga-tiga golongan ini begitu menyanjung Ikon dan Pemimpin mereka,namun mereka tidak berupaya untuk SAMA menyayangi keluarga Pemimpin sebagaimana yang Pemimpin tersebut lakukan.Sedangkan Pemimpin ini telah dengan JELAS dan TERANG menunjukkan sifat sayang dan kasih Mereka pada ahli keluarga Mereka.

Kita tidak boleh menyamakan dengan peristiwa Nabi Noh a.s bersama keluarganya kerana dengan terang keluarganya telah menolak ajaran Nabi Noh sendiri semasa hayat mereka.

Tetapi adakah Saidina Hasan dan Husin menolak ajaran nenda Mereka?Tidak semasa hayat Rasulullah dan Tidak selepas hayat Baginda sehingga kedua-dua Hasan dan Husin wafat.

Adakah keluarga Almarhum terutamanya Tuan Guru Md Radzi menolak ajaran ayahanda tercinta?Tidak semasa hayat Almarhum dan TIDAK selepas hayat Almarhum sehingga sekarang.

Semua yang berlaku merupakan ujian kepada kita selaku pengikut.Bukan ujian untuk Guru dan Pemimpin semata-mata.Tuhan telah menguji kesetiaan kita terhadap pemimpin.Terpulanglah pada kita.JIKA dahulu kita boleh patuh dengan Almarhum,adakah sekarang ini kita boleh patuh kepada Anak Beliau selaku Pengganti yang dinamakan sendiri oleh Beliau?

Umpama menyintai seseorang,secara tertib dan adabnya,hendaklah kita turut sama menyintai keluarga buah hati kita sebagaimana dia menyintai mereka.

Umpama hendak berkahwin dengan ibu tunggal,secara sopan dan caranya,hendaklah kita turut sama menyayangi bakal-bakal anak tiri kita sebagaimana ibu mereka mengasihi mereka.

Terpulanglah kepada kita untuk memilih.

Kita boleh bercerai dengan isteri kita jika kita sudah tidak suka padanya atau mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan.Dengan lafaz,kita boleh memutuskan ikatan tersebut dengan halal dan tanpa dosa walaupun Allah tidak menyukai Talak.

Tetapi adakah kita boleh bercerai dengan ibu kita apabila tidak suka atau mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan?Adakah terputus hubungan dengan halal ibu dan anak walaupun kita melafazkan kata-kata tersebut?Bukan saja Allah tidak suka,malah nerakalah tempatnya kepada anak derhaka.

Terpulanglah kepada kita.

Isteri boleh diganti,ibu tetap ibu kita.Kawan,abang senior boleh diganti tetapi GURU tetap GURU!

Taat ke Guru membawa Berkat,
Sedikit belajar banyak yang Dapat,
Jika MENDERHAKA menjadi MUDARAT,
Semua ilmu TIADA yang LEKAT.

Untuk pengetahuan semua,sehingga saat ini,MANDAT PERGURUAN Silat Cekak MASIH berada pada YM Tuan Guru Md Radzi BIN Hj Hanafi BIN Hj Ahmad.

TIDAK PERNAH BERUBAH,TIDAK PERNAH BERPINDAH.MASIH SAMA.

Nak DERHAKA?

Terpulanglah kerana pantun di atas telah menerangkan impilikasinya.Tepuk dada,tanya pegangan.Jangan tepuk dada dok kata 'aku,aku,aku'.Takda aku persatuan tak jalan!

Nota kaki: Khabar-khabar angin bertiupan sekarang mengisahkan "pengHIJRAHan" keluarga "yang dikasihi" pereka fitnah ke tempat lain.Sejauh mana kebenarannya,belum dapat dipastikan.Tapi jika betul,timbul semacam satu persoalan.Awat kalut nak pindah jauh-jauh.Elok dah dok KL nu.Awat hangpa pindah sampai kena bayar tol RM 1.10 nak pergi pejabat, sampai 20-30 minit nak sampai KL?Yang ini bukanlah Hijrah kot,Tapi LARI!

No comments: