23.1.07

Darurat?

Maka tersebarlah kisah di wilayah-wilayah tertentu akan pergolakan yang berlaku dalam pergerakan sekarang ini. Guru dikatakan telah melakukan 'kesalahan serius' yang boleh menjejaskan kredibiliti pergerakan konon-kononnya.

Setelah badan yang 'bertanggung jawab' menggantung dan menolak kepimpinan Guru tercinta,maka kelam kabutlah mereka memikirkan masalah yang datang kemudiannya.Mungkin ketika membuat keputusan berikut mereka yang 'bertanggung jawab' ini tidak terfikir kesan dan implikasinya terhadap pergerakan.

Nun bertiup kencang di wilayah-wilayah tertentu ini, pengajian silat masih jua diteruskan walaupun tiada sebarang pengijazahan yang berlaku.Maka sekonyong-konyong masuklah ahli baru yang tidak mengerti apa-apa tentang pergerakan ini ke alam persilatan tanpa bertemu dahulu dengan yang empunya silat.

Maka tiadalah lagi gamaknya kain putih sabagai alas,tiadalah lagi kalimah yang perlu dibaca sebelum tidur tiga malam berterusan,tiada lagilah limau yang mewangikan tubuh,jauh sekali kenduri di majlis tamat.Pihak yang sememangnya 'bertanggung jawab' dengan penuh rasa takzim dan rendah dirinya mengisytiharkan perkara ini dibolehkan atas alasan "DARURAT".

Termaktublah dalam catatan,pergerakan yang diteraju oleh mereka yang 'bertanggung jawab' ini tiada beza lagi dengan pergerakan-pergerakan yang lain.Hilanglah sudah keistimewaan pergerakan yang selama ini menyanjung tinggi institusi Perguruan.Lenyaplah sudah perbedaan pergerakan ini dengan pergerakan lain baik dari alam Melayu mahupun yang hak luak negeri.

Yang dikatakan DARURAT itu apa sebenarnya?Adakah boleh dikatakan keadaan semasa ini DARURAT?Sedangkan yang empunya silat ini masih lagi BERHAK,dan masih LAYAK dan masih UPAYA?

Jelas sudah mereka yang 'bertanggung jawab' ini sanggup melakukan apa saja demi memenuhi tuntutan hawa mereka.Mereka sanggup mengetepikan adab dan budaya yang selama hampir 42 tahun ini dipegang berlalu dengan begitu sahaja.Mereka sanggup meleraikan ikatan yang selama ini terjalin di antara yang empunya dengan penuntut tanpa ada rasa apa-apa.Kononnya siutasi sekarang tidak tenteram,kononnya DARURAT!

Apa guna menepuk dada bangga kononnya lama dalam pergerakan tetapi masih tidak mengerti hal seperti Majlis Pengijazahan?Kalau dalam hal yang paling asas dalam pergerakan pun masih terkial-kial,bagaimana pula dengan hal-hal lain?Kalau diri masih tidak sedar berada di bawah yang empunya silat dan masih enggan menerima,bagaimana boleh mendakwa diri faham dan tahkik dalam perjuangan?

Segelintir ahli yang 'di bawah' ini,walaupun baru,walaupun mentah dan tidak banyak jasa,Tetapi masih boleh "melihat" peri pentingnya Majlis Pengijazahan di antara Guru yang Empunya dengan bakal ahli yang hendak belajar.

Mungkin Silat Cekak anjuran mereka yang 'bertanggung jawab' ini akan lebih menjadi global lagi selepas ini.Kita jangan hairan jika ada orang Belanda Kristian atau bangsa Cina Buddha atau India Hindu turut sama "tamat" silibus Silat Cekak.Almaklumlah,tiada lagi perakuan KeIslaman dari sesiapa pun.

Kita jangan pelik jika peringkat potong dan tamat sudah boleh dimasukkan dalam demonstrasi dan penerangan.Mungkin juga jurulatih-jurulatih di wilayah tertentu ini bertukar status menjadi "gurulatih" (guru letih adalah gamaknya..)Almaklumlah mereka yang baru hendak belajar ini 'berijazahan' dengan jurulatih untuk menerima ilmu persilatan.

Guru sudah diketepikan.Guru sudah dibuang dan ditolak serta diabaikan.Maka keadaan "DARURAT" mengambil alih tugas Guru.Keadaan "DARURAT" menghalalkan semua perkara yang sama sekali bertentangan dengan pendirian selama ini.Keadaan "DARURAT" memungkinkan SILAT CEKAK SUDAH TIDAK BERHARGA LAGI!

Imbaslah kembali detik kita semua melalui Majlis Pengijazahan dengan Guru.Adakah Majlis tersebut dijalankan untuk suka-suka?Adakah sekadar melepaskan batuk ditangga?Apakah tidak lagi penting Majlis ini sedangkan ia adalah pokok di dalam pergerakan ini?Gurulah yang menyemak KeIslaman bakal penuntut,hampir sama seperti Tok Kadi atau Wali menyemak KeIslaman bakal pengantin.Bukan LPT,bukan MMT,jauh sekali MMK yang dipilih 3 tahun sekali!

Renungkanlah.Jika kita mendakwa sebagai pejuang dalam pergerakan,tergamakkah kita mencemarkan dan menodai pokok perjuangan ini?Tergamakkah kita 'bersaudara' dengan yang bukan segama kita?Sanggupkah kita melihat kelak MMK yang "disanjungi" kemudiannya dipelopori oleh mereka yang bukan dari rumpun kita malah bukan seugama dengan kita?

Pergerakan ini hak agama kita.Maka peranan Guru itu memastikan melalui Pengijazahan dengan bakal penuntut.Silat ini Hak Mutlak Beliau.Mandat perguruannya jelas,salasilahnya kukuh.Usahlah dipertikaikan.Kita tolak tepi fitnah-fitnah yang berlegar.Kita kembali kepada pokok. Adakah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

BENARKAH PERGERAKAN INI DILANDA DARURAT?

Percayalah,'jika' benar Guru sudah hilang kelayakan sebagai Guru,nescaya dengan mudah mandat perguruan itu beralih tangan dengan Izin-Nya.Seperti yang berlaku pada 1993 dahulu.Walaupun berpetir dan beribut taufan mantan Guru berucap,tetapi akhirnya yang Hak tetap berpindah pada yang BERHAK.

Kemelut ini tidak akan terjadi jika kita tidak termakan dengan tipu daya syaitan,nafsu dan BUDAK 16 TAHUN! (mungkin sudah meningkat 17 tahun 2007 ini)

Nota kaki: Marilah kita sama-sama berdoa agar kemelut ini segera berakhir dan keadaan akan menjadi baik malah menjadi lebih baik berbanding dahulu...

1 comment:

Mad Ready said...

Berita Mad Radhi di tahan oleh pihak polis telah mengemparkan seluruh warga Cekak Hanafi. Apatah lagi penahanan beliau dilakukan di rumah tempat juak-juak beliau berkumpul di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan dilakukan di hadapan pulohan pengikut-pengikut yang tidak mengerti apa sebenarnya masalah yang melanda persatuan.

Banyak cabaran dan tuduhan yang dilemparkan kepada orang-orang lama dan para pemimpin persatuan kononnya tiada laporan polis dibuat dan kononnya semua isu yang ditimbulkan adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan Guru Utama. Walaupun pihak MMK telah menubuhkan jawatankuasa yang dipersetujui oleh semua mereka, yang kemudiannya mendapati Mad Radhi bersalah, mereka mula menuduh ada elemen berat sebelah dan bias dan tidak mahu menerima keputusan yang dibuat oleh MMK. Mereka mahu pihak yang lebih berwibawa mengendalikan kes tersebut. Dan kata mereka lagi, Mad Radhi tetap tidak bersalah walau apapun keputusannya. Jadi, apa yang berlaku pada pukul 1.30 pagi pada 7 Muharram 1428 bersamaan 26 Januari 2007 merupakan satu titik hitam dalam sejarah keluarga Ustaz Hanafi apabila Mad Radhi di gari tangan beliau dan dibawa pergi dengan van polis dan peristiwa ini berlaku dengan di saksikan oleh pulohan penyokong-penyokong beliau yang taksub itu dan juga abang kandung beliau iaitu Mokhtaruddin.

Sejak di awal kes ini lagi sudah kedengaran Abang Amruddin dan Abang Md Nasir menasihati pihak keluarga Ustaz Hanafi supaya kes ini tidak dibawa kepada pihak luar. Takut nanti kita tidak mempunyai kuasa lagi untuk mengawalnya. Tetapi oleh kerana perasaan takbur dan ego mereka yang sangat tinggi, mereka telah menolak mentah-mentah saranan anak murid kesayangan Ustaz Hanafi ini, malah pihak keluarga telah melabelkan mereka sebagai binatang!. Mereka juga berkata, jika kes ini dilaporkan kepada pihak polis, mereka sudahpun bersedia dengan polis dan penguam untuk menghadapi kes ini. Bukan main sombong lagi mereka ini. …
Oleh itu, permintaan mereka supaya kes ini diadili oleh pihak yang berkuasa telah dipenuhi dan sekarang pihak persatuan sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sekarang kita hanya tunggu dan lihat sahaja anak-anak Ustaz Hanafi bertempiaran berlari ke sana ke mari bagi menghadapi kes tersebut.

Sebenarnya tindakan MMK terhadap Mad Radhi sebelum ini adalah betul dan berdasarkan bukti dan asas yang kukuh.. Tindakan menggantung keahlian dan menolak kepimpinan beliau tidak dapat dielakkan apabila Mad Radhi didapati bersalah oleh jawatankuasa penghakiman. Keputusan MMK dibuat bukan atas dasar suka-suka ataupun fitnah ataupun untuk menjatuhkan guru utama. Tindakan MMK adalah untuk mengelakkan Mad Radhi dari berhadapan dengan pihak berkuasa dan keluarga Ustaz Hanafi mendapat malu yang tidak terhingga. Tindakan MMK juga adalah untuk menjaga maruah dan imej perjuangan yang telah diterajui oleh Ustaz Hanafi sendiri.

Penahanan Mad Radhi ini setidak-tidaknya telah membuka minda ahli-ahli sekelian bahawa Mad Radhi sebenarnya adalah manusia biasa sahaja. Beliau tidak kebal dari undang-undang dan boleh dikenakan tindakan jika disabitkan kesalahan. Kita tidak tahu apakah keputusannya selepas ini apabila kes di bawa ke mahkamah, namun dengan hanya beliau ditahan reman oleh pihak polis sahajapun, telah memberi malu yang teramat sangat kepada keseluruhan pergerakan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Apa lagi yang hendak dikatakan kalau itu yang Mad Radhi dan keluarga Ustaz Hanafi mahu….
Biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan. biarkan…….

Pak Kaduk – tidak akan membaca talqin kali kedua untuk Mad Radhi kerana Pak Kaduk telah talqinkan beliau beberapa hari yang lalu….