27.4.07

Dari Baitullah Ke Almarhum Ustaz Hanafi..

Tidak dapat tidak, golongan sana tetap mengatakan yang tiada penyerahan mandat perguruan oleh Almarhum kepada sesiapa pun.Walaupun mereka ini juga dahulu yang berkata sedemikian (telah kita tunjukkan BUKTI-BUKTI nya),namun sekali air bah,sekali pantai
berubah."Perjuangan" yang didakwa mereka dilakukan sesuka hati dipengaruhi akal bijak (almaklumlah ramai yang belajar tinggi) dan nafsu buas masing-masing.


Apakah perjuangan Silat Cekak itu?Apakah perjuangan Almarhum?Adakah sekadar mendaulatkan seni warisan bangsa atau membasmi tahyul kurafat dalam silat Melayu?Adakah itu sebenarnya perjuangan Silat Cekak ini?Atau adakah kalimah Tauhid bak yang dilaung-laungkan oleh mereka namun membelakangkan Guru Tauhid itu sendiri?Wallahua'lam..


Setelah berkali-kali dibangkitkan,jelas sekali yang mereka inilah yang taksub.Bukan taksubkan perjuangan,bukan taksubkan Guru yang sedia ada sebaliknya taksubkan Almarhum Guru.


Bak kata big body bai " Bolehlah dirumuskan bahawa senario itu adalah sama semasa wafatnya Muhammad SAW. Terpulanglah kepada para sahabat untuk melantik pemimpin dikalangan mereka.."


Pertamanya, bid body bai telah mengangkat Almarhum setinggi tingkat Nabi sedangkan dia juga yang tulis, "Untuk pengetahuan ahli-ahli sekelian, perkara ini (sindrom mengagung-agungkan guru utama) tidak dibenarkan berlaku di zaman Ustaz Hanafi. Ustaz Hanafi sangat peka kepada gulungan ahli yang bersifat begini dan tahu bagaimana untuk menghadapinya dan beliau berjaya mengawal gulungan yang taksub ini."


Mungkin baru sekarang,setelah kembalinya Almarhum baru big body bai hendak mengagungkan Guru nya, yang mungkin tak pernah dia lakukan semasa hayat Almarhum.


Kedua,setelah wafatnya Nabi s.a.w,adakah kuasa sahabat itu untuk melantik Nabi seterusnya?Tidak,sebaliknya melantik Khalifah iaitu Pemimpin dan bukannya Nabi.Jika,sebagai contoh tadi,iaitu menyamakan jawatan Guru itu dengan Nabi,adakah kuasa sahabat-sahabat Guru itu untuk melantik Guru atau Pemimpin (sama seperti khalifah) semata-mata?Big body bai sendiri menggunakan perkataan "melantik 'pemimpin' di kalangan mereka.."
Maka senario yang diberikan adalah sama sekali berbeza.


Ketiga,adakah mereka yang melantik pemimpin itu benar-benar layak melantik pemimpin?Big body bai di sini cuba pula menyamakan mereka yang melantik Pemimpin itu sebagai Majlis Syura yang melantik Khalifah yang empat.Layakkah mereka?


Jawatan Nabi takkan pernah sama dengan Khalifah, dan Jawatan Guru takkan sama dengan jawatan Pemimpin.Cuma disesuatu masa,Guru dan Pemimpin adalah orang yang sama.Apabila Pemimpin itu bukanlah Guru yang sebenarnya ,maka tiadalah istimewanya Pemimpin itu.


Mereka telah diuji.Mereka telah diuji Tuhan tentang perjuangan itu sendiri. Jika dahulu di zaman Almarhum mereka boleh ikut perjuangan itu,adakah mereka mampu menurut kepada Pengganti beliau selaku Guru dan Pemimpin seterusnya?


Tidak.Kerana mereka ini terlampau berkiblatkan Almarhum.Merekalah yang taksub.Taksub pada Almarhum sehingga tidak mampu dan tidak sanggup untuk
menerima insan lain sebagai Pengganti kepada perjuangan Almarhum.Pada mereka Almarhumlah segala-galanya.Mereka meletakkan Almarhum terlampau tinggi sehingga sukar untuk diganti oleh Insan lain walaupun Anak Almarhum sendiri.Mereka tidak boleh melepaskan Almarhum sebagai Guru sedangkan Almarhum sudah kembali.


Mana mungkin kita berguru dengan Insan yang telah tiada?


Selama hampir 21 tahun ini sejak Almarhum kembali,percayalah,mereka tidak pernah menganggap pemangku (Pak Ak) dan Pengganti Almarhum (Tuan Guru yang dikasihi) sebagai Guru.Mereka hanya menganggap Pemimpin semata-mata.Tiada Guru selain Almarhum di dalam benak fikiran mereka.


Kalau tidak masakan kita boleh lihat sebelum ini, yang mereka ini susah sangat hendak "bersama Guru".Kalau semasa program-program persatuan pun boleh kelihatan masing-masing dengan hal masing-masing.Lebih tepat lagi dengan 'protege' masing-masing.

Kalau tidak masakan salah seorang dari mereka ini yang sanggup menyertai pakej umrah lain walhal rombongan umrah Tuan Guru selang tidak berapa hari.Bila di ajak tidak mahu,tup-tup dah ke Baitullah.Apa kes?


Dan percayalah,Master Joe sendiri langsung tidak akan dianggap Guru oleh mereka.Malah hendak dianggap pemimpin oleh mereka pun tidak kerana mereka sendiri yang melantik MJ.


Sedarlah.Almarhum telah lama kembali.Yang ditinggalkan adalah Pengganti iaitu Tuan Guru kita.Kita telah jelas perkara ini dahulu.Mungkin kerana itu Almarhum tidak menyatakan nama Penggantinya iaitu Tuan Guru kepada ramai anak muridnya,yang terpilih-pilih sahaja.Mungkin
Almarhum sendiri sudah dapat menilai mereka ini maka Almarhum tidak menceritakan perkara Pengganti ini kepada sembarangan orang.Yang diceritakan pun tak ramai iaitu Pemangku (Ishak Itam) dan beberapa lagi yang terpilih.Dan yang terpilih itu kesemuanya menyebelahi Tuan Guru sekarang ini.


Mereka?Mereka telah pun gagal dalam ujian ini.Mungkin sejak dahulu lagi pun mereka sudah gagal iaitu sejak dari zaman Almarhum sendiri.Sia-sia lah 'perjuangan' yang dilaungkan selama hampir 4 dekad jika begini kesudahannya.


Kalian pergilah ke Bukit Permai untuk berguru sementara kami akan mengikuti Sebenar Guru yang hidup,yang ditinggalkan Almarhum Guru.Minta maaflah kalau kami nak menerima MJ sebagai 'guru'.


Semoga Tuhan yang memiliki dan membolak-balikkan hati-hati ini terus menetapkan kita di jalan-Nya,Insya Allah..


6 comments:

Unknown said...

"Atau adakah kalimah Tauhid bak yang dilaung-laungkan oleh mereka namun membelakangkan Guru Tauhid itu sendiri?Wallahua'lam"

guru tauhid apakebendanya kalau bab solat pun x ambik berat??

kalau betul guru tauhid, xkan pergi masuk rumah si anak dara bawah umur walaupun si "guru tauhid" dengan akal yg "waras" tahu dan faham bahawa ibubapa si anak dara bawah umur tersebut tiada di rumah ketika itu....

x kan "guru tauhid" x tahu kot perbuatan itu boleh menimbulkan fitnah dan bole menyebabkan "guru tauhid" menghampiri perbuatan zina???

Unknown said...

Hang tau ka benda tu semua betui? Hang ada saksi? Hang ada bukti? Perkara pokoknya ada dua, sama ada hang nak percaya En. Md. Radzi bin Haji Hanafi atau Hasyimah anak Rohaya & Asnawi... Pilih satu antara dua. Keputusan inilah yang akan menentukan pegangan hati (iktikad) kita...

Unknown said...

err..kalau dah tuan punya badan a.k.a Tuan Guru a.k.a Guru Tauhid sendiri yg "mengaku telefon, pergi dan masuk ke rumah" tu hari Jumaat pukul 3.00ptg dan berlaku persentuhan yang x sepatutnya berlaku antara mereka, x betui lagi ka saudara anti-virus??
takkan tuan punya badan a.k.a Tuan Guru a.k.a Guru Tauhid nak bohong kot..ish..:)

no one said...

tapi YM kata bukan dia yg initiate sentuhan tu...so adakah ngko nk abaikan statement tu?

shima kata dia dicabul, YM kata dia digoda..masa peristiwa tu berlaku, ada 2 org shj dlm rumah tu..so dlm kes ni selain YM & shima, cuma Allah shj yg tahu perkara sebenar yg berlaku..YM telah pun bersumpah dgn Al-Quran - menafikan tuduhan shima...bagaimana pulak dgn shima? sekadar membuat perakuan sumpah dgn lawyer?!...yg mana satu yg kita nk percaya? Al-Quran, or lawyer?!?!

abelah said...

yela.. kalu bukan dia initiate pn.. tp sebagai "guru" tauhid, dia patut tahu yg dia tak patut jejak masuk ke umah tu..

wahai kawan (no one), ingatlah.. skrng ni TERLALU RAMAI orang yg sanggup mempergunakn AL-QURAN yg suci utk kepentingan diri sendiri.. so MD RADZI pn bole buat laa.. ingat md tu bodo sgt ke? dia tu mmg pandai.. otak bergeliga... tp dlm bab2 yg tak elok n utk kepentingan diri ja..

wahai kawan (anti-virus), kalu MD tu yg mengaku dia masuk umah budak tu, apa lagi yg nak di kato.. statement tu kuar dr mulut MD sendiri.. takkan kawan tak nak percaya MD kot... fikir lah...

wahai kawan2 (sebelah MD), jgn terlalu taksub dgn 'guru' kamu tu.. kerana ketabsuban akan membinasakan diri kamu2 semua.. berfikiran waras n terima sesuatu kebenaran tu dgn hati terbuka..

** pesanan buat kawan 'against MD'
walaupn anda semua digolongan minoriti, ttp anda semua dah terselamat dr ketaksuban yg hina.. dgn guru baru ni (GU MARWI LATIF), jgn kita semai ketaksuban seperti yg MD suka.. MD suka org taksub pd dia..

Ingat! anda di pihak yg benar.. teruskn perjuangan ALMARHUM USTAZ HANAFI.. ttg MD ni, biar la undang2 setelkn...

no one said...

well, maybe apa yg ko kata tu betul, but like i said la kan, mana yg kita nk percaya? Al-Quran or lawyer? tu aje...kalo si shima tu betul2 innocent, awat dia tak sumpah dgn Al-Quran? tu aje yg aku musykil...

aku tak penah menafikan yg ADA KEMUNGKINAN yg YM buat perkara yg tak senonoh tu, tapi memandangkan shima tak berani sumpah dgn Al-Quran, so camne aku nk caya dgn dia? tak penah ke terlintas dlm pikiran korg yg ada juga kemungkinan yg si shima tu buat fitnah kt YM?...korg kata la ape pun, hakikatnya: YM Abg Mat dh pun bersumpah dgn Al-Quran, si shima cuma buat perakuan bersumpah je.. jadik aku pilih org yg berani bersumpah dgn Al-Quran, iaitu YM Abg Mat..

'berani kerana benar, takut kerana salah'!!!

ngko kata ramai org yg pergunakan Al-Quran yg suci utk kepentingan diri-sendiri, so ko tak percaya dgn sumpah dgn Al-Quran la ye? ko tak percaya dgn sumpah kalimah Wallahi, Tallahi, Billahi? bagi aku la kan, kalo YM nk berbohong pada sumpahnya itu, hanya Allah yg akan membalasnya..lambat atau cepat, itu terpulanglah kepadaNya..bukankah Allah itu Maha Adil? sebagai org Islam bukankah kita wajib mempercayai akan keadilanNya?

so back to reality: Al-Quran, or Perakuan Bersumpah? tepuk dada, tanyalah iman..

korg dok pertikaikan - nape YM masuk rumah si shima tu...kalau si shima betul2 suci & murni, apsal dia jemput YM masuk? apsal tak cakap je 'minta maaf pak tam, tapi skang ni saya seorg diri je kt rumah, jadi tak manis kalau berdua-duaan di dlm rumah ni'?..

korg dok kata 'kenape YM masuk rumah shima', tapi korg tak penah terpikir ke,'kenape shima jemput YM masuk'?

taksub? tidak...aku tak taksub pada abg mat, tapi aku percaya pada sumpahnya itu...aku percaya akan keadilan Allah SWT...aku percaya kalau benar dia bersalah, maka Allah akan memberikan balasan yg setimpal pada beliau..

tambahan: antara sebab lain aku menyokong YM adalah kerana tatacara MMK menjalankan penyiasatan adalah tidak telus dan berat sebelah..pada yg menyokong MMK & MMT, korg pikir2 la sendri..kalo depa2 nih boleh buat YM Abg Mat sampai mcm tu sekali, korg jgn menyesal pulak bila satu hari nnt korg pulak yg akan dilayan sebegitu..aku benci akan ketidakadilan, oleh itu aku berpihak pada pihak yg teraniaya, iaitu pihak yg menyokong YM Abg Mat..

wassalam...