21.3.07

30 sen

Di satu pagi yang hening bertempat di sebuah pejabat di sekitar Wangsa Melawati..

Orang Atas 1: Pertamanya kami ucapkan tahniahlah pada Master kerana telah terpilih dan dilantik menjadi Master dalam pergerakan kita ini.

Orang Atas 2: Terima kasih lah Master kerana sudi datang dan menyertai mesyuarat kita pagi ni.

Master: Sama-sama.Memang saya tahu saya telah banyak berjasa dan saya lebih layak daripada kamu semua.Tanpa saya siapalah kamu kan.Takde saya pegerakan tak jalan.

Orang Atas 1 : Begini Master.Maka kami pada pagi ini nak bincang sikitlah mengenai perjalanan pergerakan kita ini.Memandangkan Master pun kami yang lantik maka kami rasa Master pun perlu sedikit sebanyak ikut kehendak kami..bukan begitu orang atas 2?

Orang Atas 2 : Begitulah seadanya.Master kenalah ingat sikit peranan kami dalam mengangkat Master.Kalau kami tak cadang dan lantik Master mungkin sampai bila mati hidup balik pun Master tak merasa nak dapat kerusi panas pergerakan kita ini.

Master : Itu saya tahulah.Jadi apa yang hendak dibincangkan ni?

Orang Atas 2 : Begini Master.Kami nak bincangkan mengenai pengagihan pendapatan pergerakan kita ni.

Master : Hai,belum apa-apahal dah nak cerita pasal duit?

Orang Atas 1 : Mestilah Master.Maklumlah kita ni pun dah tua,dah nak pencen.Apa lagi yang nak kita kisahkan kalau bukan duit?

Orang Atas 2 : Mulai tarikh sekian-sekian,Master dah bolehlah nak mulakan ijazah ahli-ahli kita.

Master : Hrmm..Bolehlah tu.Tiada masalahlah kalau setakat nak ijazah tu.Tapi saya pun bukan tau nak baca apa masa ijazah tu.Macam mana?

Orang Atas 2 : Alah,Master gorenglah pape.Bukannya orang tau pun.

Orang Atas 1 : Ntah Master ni,takkanlah sampai itu pun nak kami ajar.Master bacalah pape.

Master : Hrmm.Baiklah.Tapi misallah,kalau ada orang yang datang 'try' masa majlis ijazah tu,macammana?Saya pun bukan tahu macammana.Buat ada yang datang dengan jin ke saka ke macammana?Tak ke haru namanya nanti?Tang yang mengucap pun tak betul semua macammana tu nanti?Saya bukan boleh baca apa orang cakap dalam hati..

Orang Atas 1 : Itu kami tak tahu sangatlah.Master kan dah sudi nak terima tanggung jawab ni,Master fikirlah macammana.Kami ni bukan Master.Master tanggung sendirilah..

Master : Isk,lagu tu ke?Saya ingat kamu semua fikir sekali la.Rupanya saya tanggung sendiri..

Orang Atas 2 : Apa boleh buat,Master dah terima,Master tanggunglah.

Orang Atas 1 : Berkenaan dengan Pengkeras pula Master.

Master : Ha,kenapa?

Orang Atas 1 : Sebelum-sebelum ni kita kutip RM 30.30 setiap kepala setiap ijazah.

Master : Itu saya tahulah.Saya dekat negeri dulu berapa lama..

Orang Atas 1 : Yelah..Kalau sebelum-sebelum ni kita,persatuan dapat sikit je dari duit pengkeras tu.Selebihnya kita beri pada Guru Utama kita.

Orang Atas 2 : Tapi memandangkan yang Master ini pun kami yang lantik,jadi kami ingat nak lebih sikitlah bahagian yang masuk ke persatuan.Lagipun Master pun bukan Guru.Master sekadar Master je.Tak begitu Orang Atas 1 ?

Orang Atas 1 : Begitulah Master.Kami dah bincang perkara ni sebelum melantik Master lagi.Harap Master setujulah.Kalau tak setuju pun buat-buat setuju jelah Master..

Master : Hrmm..Yelah.Apa boleh buat.Hak saya buat ni pun bukan HAK saya sebenarnya.Saya buat ni pun atas dasar nak tolong kawan-kawan..

Orang Atas 2 : Baguslah kalau Master sedar diri.

Master : Jadi macammana pengagihannya?Berapa yang saya dapat.

Orang Atas 1 : Kalau dulu,RM 20.30 tu bahagian Guru Utama.Tapi sekarang kita tetapkan RM 20 masuk ke dalam Tabung Pentadbiran.Tabung baru tubuh serupa macam gajilah untuk kami.

Master : Jadinya dari RM 20.30 tu saya dapat 30 sen je?

Orang Atas 2 : Yelah tu.Untung kami bagi jugak.Kalau kami tak bagi lagi haru.

Master : Isk.Awat lagu tu.Awat hangpa ni kejam sangat.Aku yang penat ke hulu ke hilir ijazah.Awat hangpa pulak yang dapat?Aku ni dah tua,kerap sakit pulak tu.Bagi muka lah sikit
.
Orang Atas 1 : Tapi Master dapat glamour.Popular.Kuasa.

Master : Kuasa taik kucing hang.Hangpa punya kuasa adalah.

Orang Atas 2 : Eh orang tua ni.Janganlah melawan.Kami pecat kang.Tak pasai.

Orang Atas 1 : Kalau Master taknak teruk kena macam Guru Utama dulu,Master kena ikutlah kata kami.Lagipun kami yang lantik Master.Tak ingat?

Master : Hrmm..Yelah-yelah.Aku turutkan je lah.Kira aku ni macam Master of Puppet la ye?
Orang Atas 2 : Kami tak kata.Master yang sedar diri, baguslah..

Master : Yang baki pulak macammana? Yuran bulanan tu kalau dulu sebulan Guru Utama dapat RM 5..

Orang Atas 1 : Hak yang itu pun masuk Tabung Pentadbiran.

Master : Tabung Pentadbiran jugak? Yelah-yelah..Ha,duit kain putih mesti dapat ke aku lah kan?Tak relevan lagilah kalau kita nak bagi macam dulu.Dia sekeluarga pun kita dah buang.

Orang Atas 2 : Kain putih kami ingat nak mansuhkanlah.Sebab Master pun bukan sebenar Guru,bukan bererti pun Kain putih tu.Kalau Master nak,Master bawak hampar sendiri lah sebelum mula ijazah..

Master : Lagu tu pulak?Hangpa pakat kudakan aku haa..

Orang Atas 1 : Master bawak simpan sendirilah kain putih Master tu.Besok-besok kalau mati tengah ijazah senang kami nak kapankan..Master kan dah nak dekat umur subsidi dah..

Master : Kuang hajaq betui hangpa ni..Tapi takpelah..Aku ikut jelah..

Orang Atas 2 : Lagi satu Master.Lepas ni kita nak tubuh Majlis Mesyuarat Utama.Duduk bawah sikit dari Master.

Master : Apa peranan Majlis ni?

Orang Atas 1 : Master lepas-lepas ni terikat pada Majlis ni lah.Dari segi persilatan lah.Kalau Master nak bagi petua ke,nak bagi pape ke kat ahli Master kena rujuk Majlis ni dululah..Master tak boleh lah nak bagi sembarangan.

Master : Yelah-yelah..

Orang Atas 2 : Kalau Master nak bagi pingat ke peringkat menengah ke lading ke,semua mesti rujuk kami dulu..Master tak bolehlah bagi sebarangan..

Master : Yelah-yelah..

Orang Atas 1 : Master lepas ni bolehlah cari rumah kat KL ni.Senang sikit kita nak arah Master buat apa-apa.

Master : Aku ingat hangpa sedia rumah untuk aku?Takde?

Orang Atas 2 : Bolehlah kalau Master nak duduk pejabat ni.Stor belakang tu kang kita kemas sikitlah..Kalau nak toto saya bawaklah dari rumah sedekah kat Master..

Master : Stor pun stor lah.Janji aku ada tempat nak tidoq..

BERSAMBUNG..

Nota kaki : Cerita di atas adalah rekaan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan sama ada yang hidup atau yang telah meninggal atau pun yang dah tua nak meninggal..

2 comments:

suwabara said...

hua hua hua...lawak siot... lepas what they did recently... benda macam ni it can really happen you know.

Aku Ahli Silat Cekak said...

tak perlu susah payah mengenakan org. Sudah jelas mrk tak mahukan abang mad. silap abang juga krn biarkan persatuan dikendalikan oleh seorang (SUA) dan persilatan dikendalikan oleh seorang lagi (SU LPT). Abg mad juga tidak gunakan ilmu kasyaf yg ada padanya utk mengesan tindak tanduk SUA dan SU LPT yg hangguk di depan,tetapi di belakang abang mad, mereka buat apa yg mrk gelar sbg "BUAH POTONG".

Mrk sikit, penyokong abang mad banyak. ratio 30-70 mungkin (minta ada pihak buat kajian sbb ini anggaran saja)tp yg sikit akan menang kalau yg sikit itu ada ilmu, ada strategi, bijak, cekap, pengalaman banyak, kerja kuat, rajin, berdisplin, etc.

Ini hakikat. Belajar lah ilmu pentadbiran krn tidak ada silat boleh bergerak tanpa persatuan. Belajar lebih baik dari asyik mencari salah org. cara ini mcm anjing menyalak bukit, tak ada makna, buat buang masa saja.