9.1.07

Guru Utama atau MMK?

Kita dikejutkan apabila bertarikh 5 hb Januari lepas, MMK telah mengeluarkan pekeliling yang bertajuk :

PENGGANTUNGAN KEAHLIAN DAN PENOLAKKAN KEPIMPINAN
ENCIK MD RADZI HJ HANAFI SEBAGAI PRESIDEN DAN GURU
UTAMA, PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

(boleh rujuk di cekakhanafi.com)

Antara intipatinya ialah menghalang Tuan Guru dari menjalankan sebarang aktiviti persatuan mahupun persilatan!

MMK dengan terang dalam pekeliling tersebut menyatakan:

Majlis Mesyuarat Kebangsaan juga pada mesyuarat MMK bil. 4-06/09 telah
membuat keputusan menolak kepimpinan Encik Md Radzi Hj Hanafi
sebagai Presiden dan Guru Utama berkuatkuasa pada 17 September
2006.

Kita sebagai ahli Persatuan dan juga selaku ahli Persilatan di bawah Guru Utama terpinga-pinga apabila membaca kenyataan ini.

Bagaimana MMK iaitu badan bertindak dalam persatuan boleh PUNYA KUASA untuk menolak Guru Utama?

Apakah dalam Silat Cekak ini, MMK lebih berkuasa dari Guru Utama?Siapa MMK ini?Mereka adalah ahli-ahli persatuan yang DILANTIK oleh ahli-ahli lain semasa mesyuarat agong perwakilan setiap 3 tahun. Guru Utama TIDAK DILANTIK oleh ahli-ahli semasa mesyuarat agong,sebaliknya memiliki HAK MANDAT PERGURUAN YANG SAH.

Kita jangan terkeliru antara Guru Utama dan Presiden.Mungkin ya, dari segi PERLEMBAGAAN yang BETUL, Presiden boleh diturunkan tetapi bukan dengan cara DIGANTUNG KEAHLIAN. Tetapi bolehkah Persatuan menolak kepimpinan Guru Utama?

Rujuklah Perlembagaan Persatuan,nescaya tidak ada peruntukan yang membolehkan mana-mana pihak mencabar kedudukan Guru Utama.

Kita semua maklum, Persatuan iaitu Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia adalah jentera penggerak bagi menggerakkan Silat Cekak. Dahulu Silat Cekak pernah bergerak dalam jentera Perkumpulan Seni Sari Budaya Kedah, Persatuan Bawean Putra K.Lumpur,Persatuan Seni Silat Chekak Kedah,Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan kini, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Di dalam perguruan Silat Cekak, sudah tentu Guru Utama sebagai pucuk pimpinan tertinggi.Tetapi bagaimana keadaannya, apabila Persatuan, yang bertindak sebagai PENGGERAK sahaja boleh menolak kepimpinan Guru Utama?

Nama persatuan silat,tapi Guru Utama silat tersebut ditolak kepimpinannya.Bagaimana itu?Sudahnya,Silat apa yang hendak digerakkan oleh Persatuan apabila Guru Utama Silat Cekak sudah ditolaknya?

Sudahlah ditolak,dihalang pula Guru Utama untuk menjalankan aktiviti Persilatan.Bagaimana itu?

Jelas,MMK lah yang banyak berpolitikus dalam isu ini.Sejak dari awal lagi.MMKlah yang berperanan besar dalam usaha MENGHANCURKAN pergerakan Silat Cekak.

Kita kena ingat,MMK yang dilantik pada sesi 2006 lepas adalah tidak sah memandangkan cawangan Pulau Pinang yang tidak memenuhi syarat turut sama menghantar perwakilan.MMK yang 'mewakili' Persatuan sejak Mac 2006 sebenarnya adalah tidak sah! Kita kena ingat itu.

Maka sebab itulah sebahagian besar Cawangan (Negeri) memohon untuk diadakan EGM memandangkan perjalanan AGM Mac 2006 yang tidak sah.Malangnya,MMK YANG GILA KUASA DAN PANGKAT INI , MENOLAK PERMOHONAN ini.

Sila Rujuk Perlembagaan Persatuan 7 Ceraian 23 & 24:

23. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa akan diadakan :-

(a) Apabila difikirkan mustahak oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan; atau
(b) Dengan permintaan bersama oleh Majlis Mesyuarat-Majlis Mesyuarat daripada dua buah atau lebih cawangan-cawangan atau dengan permintaan daripada dua puluh (20) orang Ahli Terus Ibu Pejabat yang berhak mengundi yang menyatakan tujuan dan sebab-sebab mesyuarat itu hendaklah diadakan.

Permintaan-permintaan itu hendaklah dengan bersurat.

24. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang diminta oleh cawangan atau oleh Ahli Terus Ibu Pejabat hendaklah diadakan dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh permintaan mereka diterima.

Tetapi mengapa MMK menolak permintaan Cawangan ?Bukan 2 Surat yang diterima tetapi hampir kesemua cawangan!Kenapa?

Permintaan Cawangan-cawangan ini jelas, dan berdasarkan peraturan dan perlembagaan Persatuan.Atas alasan dan sebab-sebab yang munasabah.Tetapi mengapa MMK menolak permintaan ini?

Akhirnya,tindakan saman pun diambil memandangkan MMK telah pun MEMBELAKANGKAN perlembagaan demi MEMENUHI MATLAMAT DAN NAFSU BUSUK mereka.

Dan sejak diketahui tarikh 23 Januari ini kes ini akan dibicarakan, kelam-kabutlah mereka ini bagai tak cukup tanah hendak mengejar masa menyebarkan dakyah dan propaganda. Kita boleh lihat dan baca di laman-laman si kaduk dan si badan besar.

Jika YAKIN di PIHAK BENAR,untuk apa bertindak PENGECUT? Untuk apa dikesalkan tindakan saman ini? Apabila kita berada di persimpangan, kita terpaksa menyerahkan perkara ini kepada pihak yang lebih berkuasa untuk menentukan.

Ada yang berkata kenapa isu AGM 2006 yang tidak sah digunakan dan bukannya isu "salah laku" Guru Utama? Kerana apabila berlaku sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan,kita seharusnya kembali ke pangkal masalah tersebut.Isu 'salah laku' Tuan Guru bukannya berpunca dari Beliau sebaliknya berpunca dari MMK! Maka kita perlu melihat dan menilai kredibiliti MMK dalam isu ini.Dan kita tahu jawapannya!

Kita tidak tahu apa keputusan yang bakal ditentukan nanti.Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di hadapan.Sama-samalah kita berdoa agar semua kemelut ini dapat berakhir dengan segera dan kembali seperti sedia kala.Semoga Pergerakan kita kembali harmoni seperti sebelum-sebelum ini..

3 comments:

no one said...

assalamualaikum...

depa lupa agaknya sblm tertubuhnya PSSCM, silat kita bergerak di bawah naungan persatuan2 lain...ini menunjukkan bhw silat ini boleh bergerak tanpa persatuan, tetapi tidak tanpa guru!!!

Hidup Abg Mat!!!

Admen Hassan said...

Kenyataan bigguy yang merujuk kepada ahli-ahli "di bawah sana" jelas menunjukkan perasaan takbur mereka terhadap pangkat dan jawatan mereka di dalam persatuan.

Pada mereka, jawatan dalam persatuan mereka anggap sebagai jawatan mutlak ala diktator untuk memerintah. Mereka lupa bahawa mereka mewakili ahli-ahli persatuan sebagai perwakilan. Sebab itu mereka ingat boleh ketepikan sahaja syarat-syarat Pendaftar Persatuan(ROS) dan undang-undang.

Malah mereka sangka mereka lebih berkuasa daripada undang-undang dan pihak berkuasa dengan mengenepikan peranan polis(sehingga kini mereka melaksanakan malice tanpa segan silu, dengan manabur fitnah tanpa bukti dan tanpa siasatan pihak polis).

Kita kena ingat bahawa status "kesalahan" jenayah yang mereka dakwa diputuskan hanyalah status maya yang mereka main buat sendiri, bukannya dibuat oleh pihak polis dan pihak berkuasa.

Sebenarnya pangkat merekalah yang sebenarnya HARAM kerana tiada restu jemaah ahli. Kepada MMK, hentikanlah perasaan taksub kepada pangkat anda. Beratus-ratus ahli sudahpun mencabar kepimpinan MMK secara rasmi(itu yang belum masuk yang tidak rasmi), tapi MMK buat pekak, sebab mereka rasa jawatan mereka jawatan kuasa mutlak. Lihatlah nanti tindakan yang bakal mereka terima oleh pihak berkuasa. Kita hidup dalam masyarakat yang punya undang-undang.

matKL said...

Den pun dah lama perhati depa2 tu sejak sekian lama, mulai dr zaman almarhum & zaman Pak Ak lagi..kini terbukti sikap & matlamat depa knape nak sangat dok kat jawat MMK, pura2 buat baik utk perjuangan konon..hujungnya di zaman En Md Radzi terbongkar; depa lah sebenar2nya pengkhianat perjuangan almarhum ustaz Hanafi, yg jugak pengkhianat bangsa & agama.
Hidup kat dunia pun tak lama mana, nanti bila dah mati masing2 akan tau..tapi waktu tu tak guna menyesal kerna dah terlambat nak perbetul diri/menyesal, takleh reverse nak hidup balik ke dunia yg sementara ini.